Wednesday, July 14, 2010

JESUS ITU TUHAN?

Pernahkah Jesus mengaku bahawa baginda adalah Tuhan?

Samuel memandang ke jendela luar, cuba mencari-cari ayat di dalam bible yang beliau hafal.

"Tidak ada bukan?" Soal Fatohi, mematikan lamunan Samuel.

Tidak ada sepatah pun kata-kata keluar dari mulut Samuel. Kerut-kerut di mukanya semakin bergaris tebal. Tanda beliau semakin rungsing dan pening.

"Benarkah?"

Fatohi menganggukkan kepalanya. Dia menunjukkan buku 'Jesus bukan beragama Kristian' tulisan Yussamir kepadanya.

"Nah! Di dalam buku ini semuanya sudah dibuktikan. Penulis buku ini sudah bawakan pelbagai fakta dan bukti dari Bible dan juga Sarjana Kristian."

Samuel teragak-agak untuk mengambil buku tersebut. Fatohi sekadar tersenyum.

"Kenapa? Takutkah?" Fatohi memprovokasi Samuel.

Samuel kaku seketika, kemudian cepat-cepat mencapai buku tersebut dan membelek-belek isi kandungannya.

Kemudian dia tersentak apabila membaca satu petikan dari buku tersebut.

Petikan tersebut adalah:

"Cendekiawan ‘New Testament’ secara keselurahannya bersetuju dengan pandangan bahawa Jesus tidak pernah membuat apa-apa dakwaan mengenai ketuhanan dirinya, Jesus tidak pernah mendakwa dirinya sebagai Tuhan, anak Tuhan atau penjelmaan Tuhan. Mendiang Archbishop Michael Ramsey, seorang ilmuwan ‘New Testament’, pernah menulis, “Jesus tidak pernah menganggap dirinya sebagai Tuhan”.

Samuel cepat- cepat menutup buku tersebut. Dia hilang kata-kata, dia semacam mahu pitam dan terus tumbang. Tapi cepat-cepat Fatohi menyedarkannya dan memberikannya segelas air.

"Eh kenapa kau ambil kembali buku tersebut." Samuel tidak berpuashati dengan tindakan Fatohi mengambil kembali buku yang dipinjamkannya tadi.

"Ah, beli sendiri. Buku ini ada di pasaran pada bulan Julai ini atau awal bulan Ogos." Fatohi terus berlalu pergi. Dia mendakap kuat buku tersebut.

Yussamir
Pandan Mewah, Kuala Lumpur
14 Julai 2010
_______________________________________________________________

© YUSSAMIR.COM (2007-2009)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Yussamir .Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Yussamir .Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin YUSSAMIR . COM terlebih dahulu.

"memperkasakan paradigma"Yussamir Yusof @ www.yussamir.com

Wednesday, July 7, 2010

AH CHONG MENGAJARKU AGAMA

Malam semalam saya belajar akhlak dari seorang lelaki Cina beragama Budha.

Uh? Tak percaya.

Ya memang benar, semalam saya belajar akhlak Islami dari beliau. Walaupun percakapannya sedikit kasar, dan hanya seorang tukar pomen kereta tetapi akhlaknhya terhadap orang lain sangat Islamik.

"Lu jangan cerita buruk pasal orang lainlah. Wa taknak dengar. Itu dia suka hatilah mahu buat apa. Kita tarak buat tak payah bising-bising. Itu dia mahu cakap buruk sama kita biarlah. Yang penting kita tarak buat." Ujar Chong dengan pelatnya.

Saya sekadar memerhati, dan pekerjanya yang melayu tadi hanya diam dan menunduk malu.

Bagaimana pula kita yang mengaku sebagai Muslim? Renung-renungkan dan jangan nakal.

Yus
Masai Johor Bahru,