Monday, July 30, 2007

berhenti seketika.......

Blog ini akan diberhentikan seketika untuk memberikan laluan kepada MIDTERM EXAM DAN SUBMISSION ASSIGMENT PADA MINGGU INI.....Report berkenaan dengan cofference IIF akan dibuat pada hujung minggu ini..kemungkinan ia didalam bahasa inggeris..harap maklum kepada semua pembaca blog ini...sekian..
doakan saya sukses dalam midterm dan tak direject assigment saya... :)

hayati lah gambar2 semasa pertandingan silat cekak hari itu.......













Friday, July 27, 2007

BILA MULUT BERBICARA TANGAN MENAIP…..




BILA MULUT BERBICARA TANGAN MENAIP…..

OLEH:aljohori
jam:4.27 pagi

Apa khabar semua rakan-rakan??

Eh demam ke?
Kalau demam saya doakan agar cepat sembuh.

Gementar nak menduduki peperiksaan PMR bagi adik-adik pembaca blog saya?
Abg doakan agar adik-adik semua tenang dan mudah untuk menjawab soalan peperiksaan dan berjaya dengan cemerlang.

Sedih?
Kenapa sedih,adakah diri dirundung masalah?Erm,moga kesedihan itu terubat kerana kadang-kala manusia perlukan kesedihan bagi muhasabahkan diri.

Rindu?
Jangan terlalu merindu nanti anda akan merasa jemu.Rindu-rinduanlah secara sederhana kerana rinduan yang hebat hanya rindunya sederhana.

Gembira?
Alhamdulilah anda gembira,kalau boleh kongsikan kegembiraan anda itu bersama dengan orang yang ada di sekeliling anda.Mungkin kegembiraan itu akan membuatkan mereka dapat menghindarkan diri daripada bersedih dan bermenung.


Emosi SEGE

Keadaan-keadaan itu semua pasti berlaku pada semua manusia,cumanya manusia itu sendiri kena pandai mengawalnya dan atasinya.

Oh anda bertanya apakah perasan dan kondisi saya pada hari ini?
Alhamdulilah,hari ini saya berada di dalam lingkungan SEGA,ha mesti ramai tertanya-tanya apakah SEGE.SEGE adalah dari dua perkataan yang saya gabungkan iaitu SEdih dan GEmbira.


GEMBIRA

Gembiranya adalah sebab saya dapat berborak dengan orang yang saya hormati dan kagumi,iaitu MENTOR saya.Ada orang tanya pada saya berkenaan dengan mentor saya ini,adakah beliau yang membentuk secara seluruhnya.Pastilah jawapan saya adalah tidak,cumanya saya berjumpa dengan beliau ketika saya mahu membentuk SIKAP saya.Dan saya bernasib baik kerana berjumpa beliau ketika proses pembentukkan sikap saya,dan terjumpanya saya laman web beliau adalah satu kebetulan yang tidak disangka-sangka.Alhamdulilah....

Kegembiraan kedua saya pada hari ini ialah saya perlu mengeluarkan duit untuk membeli sebuah buku.Kelemahan terbaik saya ialah bila terlihat kedai buku,terasa lemah bila melihat kedai buku kerana saya yakin duit saya pasti akan terbang lagi ketika itu...(tersenyum).

“Kau ni gila buku la yus’’ keluh sahabat saya apabila saya mengajak beliau ke MPH.Ya saya memang gila buku dan tabiat itu sudah terbentuk sejak saya berumur 14 dan ia makin menjadi-jadi ketika umur saya 17 tahun.Tidak boleh diubati,dan saya harap penyakit itu tidak akan sembuh sampai bila-bila,kerana penyakit itu memberi saya kebahagian...

Saya pernah menyatakan tentang betapa feelnya bila kita ada penyakit itu,dan ada orang tanya macam mana feelnya itu?Jawapannya ialah “kena dapat dulu penyakit itu barulah tau macam mana perasannya,nak dapat penyakit tu kena bersedia untuk mengeluarkan duit tidak kira masa pabila berjumpa dengan gedung buku…(tersenyum)…

Tadi petang bersamaan dengan 27 Julai 2007 saya baru membeli sebuah buku yang bertajuk “bila tuhan berbicara’’ karangan Faisal Musa berharga Rm21.90.

Buku genre novel drama yang cukup skarstik dan santai tapi memerlukan daya pemikiran yang fokus agar tidak culas dalam pembacaan.Usai membaca novel drama itu,saya akan curahkan di blog ini isi-isinya yang mungkin boleh kita kongsikan.




SEDIH
Terus,adalah kesedihan saya.Sedih kerana blog saya didatangi mereka yang mahu mencari keburukan dan penuh dengan sangkaan-sangkaan yang busuk.Sudah banyak kali saya titipkan di blog ini yang saya ANTI PELABELAN dan tidak mahu ada unsur-unsur yang boleh memecah belahkan para pembca blog ini.Geram dan mahu saja menampar muka mereka yang suka melabel-label ini.Tidakkah mereka ini semua pernah membaca dan memikirkan ayat Allah ini:

firman ALLAH dalam Surah al-Hujurat ayat 11-12: (maksudnya): Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim. Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.

Sedih sangat-sangat blog ini didatangi oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dan penuh dengan prejudis.Bertopengkan dengan nama yang ntah apa-apa dan tidak ada apa-apa pengenalan diri kemudian ’buat kecoh’ kat blog ini,bercerita mengenai hadis tetapi dia sendiri bersikap majhul,kalau begitu semua pengkhabaran orang yang majhul perlu dibuang sahaja.Aduhai sikap!!!Selepas ini sebarang komen dia shout box yang boleh merosakkan permandangan blog ini akan didelete oleh saya.Saya tidak boleh terima mereka yang hanya mahu datang sekadar melabel-label dan merendah-rendahkan ulama.,




TIDAK SUKA BERDEBAT
Dan saya tidak suka kepada perdebatan kerana perdebatan yang tidak digarisi dengan adab dan ilmu pasti akan membawa kerosakan.Oleh itu marilah kita menghayati hadis ini:

Saya menjamin satu rumah di pinggir syurga bagi orang yang meninggalkan perdebatan sekalipun dia benar, satu rumah di tengah syurga bagi orang yang meninggalkan penipuan sekalipun bergurau dan satu rumah di tempat tertinggi dalam syurga bagi orang yang baik akhlaknya.

(Hasan: Dikeluarkan oleh Abu Daud dan dinilai hasan oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Abu Daud – hadis no: 4800.)



CARILAH …..

INI BUKAN TEMPATNYA UNTUK ANDA TUNJUK SIKAP BUSUK ITU!!
Carilah blog lain dan buatlah apa yang anda suka....Sedih saya.........
Moga kesedihan ini terubat apabila mereka-mereka ini tidak buat kacau lagi di blog saya.Maaf saya tuturkan kerana bersikap kasar sedikit,dan bagi saya kita perlu sedikit ketegasan dalam menangani hal-hal sebegini.Moga Allah mengampunkan saya…

Sedih dan gembira itu adalah subjektif dan kesanlah apa yang boleh buat anda sedih dan gembira,kerana ia akan membantu untuk bersedia….


P/s:esok saya akan ke conference IIF,dan segala butir forum itu akan saya coretkan disini untuk para pembaca yang saya hormati..

Thursday, July 26, 2007

Peristiwa seminggu



Oleh:aljohori
25 julai 2007

Sudah seminggu blog ini tak diisi dengan apa-apa bahan dari cetusan idea saya..Kepenatan,kesibukkan,kerisauan dan berbagai lagi melanda diri saya sejak akhir-akhir ini.Dalam seminggu ini pelbagai perkara saya lakukan sehingga badan ini merajuk dengan say..Demam dan sakit kepala menyerang…

Posting kali ini aku akan menceritakan peristiwa yang berlaku pada Sabtu dan Ahad yang lepas.Saja sebagai kenangan……

Silat cekak

Dah berusaha sekarang ini kita tawakal je pada Allah” beritahu rakan pasukan ku ketika pertandingan bermula…Aku tersenyum dan kemudian teringat dengan hadis ini.

Dari Umar r.a., katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:"Andaikata engkau sekalian itu suka bertawakkal kepada Allah dengan sebenar-benarnya tawakkal, niscayalah Dia akan memberikan rezeki padamu sekalian sebagaimana Dia memberikan rezeki kepada burung. Pagi-pagi burung-burung berperut kosong dan sore-sore kembali dengan perut penuh berisi.

Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahwa ini adalah Hadis hasan.

Pada Hari sabtu lepas bersamaan dengan 21 Julai 2007 saya memasuki pertandingan silat Wajadiri Rakan Muda Persatuan seni silat cekak Ustaz Hanafi di MMU cyberjaya.Saya memasuki 2 kategori iaitu kategori 10 buah jatuh dan papan sekeping.Setelah berhempas-pulas melakukan latihan selama 3 minggu nasib tidak menyebelahi kami,kami tewas tanpa membawa sebarang pingat..Walaupun tidak membawa sebarang pingat,ada satu perkara yang membuatkan aku gembira dan puas.PENGALAMAN..Ya pengalaman yang aku perolehi selama satu hari itu adalah satu hadiah yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit..Kami gembira!!!

Mesyuarat para nuqaba dan Tanzim

Sebenarnya pada hari yang sama juga aku perlu menghadiri perjumpaan bersama para Nuqaba IU di Freaser’s Hill.Para Nuqaba dan para tanzim sudah bertolak sejak pagi tadi, dan kini aku sahaja yang belum bertolak.Penat,sakit belakang(sebab jatuh ketika beraksi),sakit kepala yang aku hadapi membuatkan aku pada awalnya membuat keputusan untuk tidak pergi ke Perjumpaan itu.Tapi aku sedar bahawa aku punya tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh Organisasi aku.Kemudian aku juga teringat yang Mentor aku pun selalu berkeadaan begitu,walaupun penat dan sakit mentor aku tetap juga akan pergi memberi ceramah dek kerana tanggungjawab dan tidak mahu mengecewakan mereka yang menunggu beliau untuk mendengar ceramah beliau.Aku terus bersemangat kembali,ya kadang-kala kita perlukan pemangkin untuk membuatkan kita bersemangat…..

[2.286] Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya

Jam menunjukkan 4.45 petang,majlis penyampaian hadiah masih lagi berlangsung.Aku kedepan berjumpa dengan ketua kontinjen untuk meminta kebenaran pulang awal.Alhamdulilah beliau faham dan membenarkan aku untuk pulang awal.Aku berjanji dengan Sahabatku untuk pergi bersama-sama ke Freaser Hill menaiki kereta beliau.Kami bertolak ke Freaser Hill pada jam 5.50 petang bersama seorang lagi nuqaba.

Keadaan jalan menuju ke Freaser Hill yang bengkang-bengkok membuatkan aku berasa loya dan sakit kepala yang amat.Aku terus tertido………..

Freaser’s Hill

Sampai di tempat penginapan kami di Hotel TM,kami terus bergegas ke bilik mesyuarat untuk sertai perbincangan yang sedang dijalankan.Perbincangan lebih berkisar kepada modul yang bersesuaian bagi Usrah Umum di MMU.PErbincangan itu berlanjut sehingga jam 1 pagi,meletihkan tetapi Alhamdulilah Modul telah dapat dikenal pasti dan ia akan dijadikan guide line bagi para Nuqaba untuk menjalankan Usrah biro dan umum.

Demam…

Suhu badan aku bertambah,kepala sakit dan belakang badan aku bertambah sakit.Ya Allah,ampunkanlah dosaku dan sembuhkan sakit ku ini dengan kadar yang segera...Senyuman dan gelakkan tetap aku titipkan pabila bersama para Nuqaba dan para tanzim,mungkin inilah yang perlu dilakukan oleh seorang pemimpin apabila bersama dengan orang yang dipimpin.Namun pagi Ahad aku memang langsung tidak boleh bangun dan melakukan sebarang aktivit,Sakit sangat...

Usai menunaikan solat subuh yang diimami oleh Saudara Edry,aku terus ke bilik dan menyelimuti tubuh yang ketika itu sangat sejuk dan sakit.Rakan-rakan yang lain mengajak aku untuk turut sama-sama beraktiviti di bawah tapi aku menolak..Memang tidak boleh untuk aku lakukan apa-apa ketika itu...Pasrah....

Dari Jabir r.a. bahwasanya Rasulullah s.a.w. masuk ke tempat Ummu Saib atau Ummul Musayyab, lalu ia berkata: "Mengapa anda, hai Ummu Saib" atau "hai Ummul Musayyab. Mengapa anda gementar." Wanita itu menjawab: "Dihinggapi penyakit panas. Semoga Allah tidak memberkahi penyakit ini." Jabir berkata: "Janganlah anda memaki-maki penyakit panas itu, sebab sesungguhnya penyakit itu dapat melenyapkan semua kesalahan anak Adam, sebagaimana dapur pandai besi dapat melenyapkan kotoran - yakni karat - besi." (Riwayat Muslim)

Tersedar

Aku tersedar dari tidur jam 12 tengahari,itupun disebabkan keadaan yang riuh rendah di dalam bilik.Rakan-rakanku yang lain baru saja balik dari melakukan aktiviti yang dijalankan untuk mereka.Berasa sedih sebab tak dapat bersama-sama dengan mereka untuk lakukan aktiviti.......

Aku bangun,mandi dan bersiap-siap.Kami akan check-out pada jam 12.30 tengahari dan seterusnya akan ke bandar Freaser’s Hill.Demam aku tak kebah lagi,kali ini urat leher aku pula berasa sakit semacam bengkak disitu.Tekak sakit untuk menelan sesuatu waima menelan air liur.Ya Allah aku bersyukur dengan ujian ini Mu,mungkin inilah kafarah yang perlu aku terima diatas perbuatan-perbuatan yang tak sedar aku lakukan...

Bertolak balik

Kami bergerak bertolak balik tapi sebelum itu singgah sebentar di Masjid untuk menunaikan solat Zuhur dan Asar secara berjamaah.Aku,huzaifah dan khair yang menaiki satu kereta yang sama bergerak pulang ke MMU dahulu berbanding denngan rakan-rakan yang lain yang akan berjalan-jalan di sekitar bandar Freaser Hill...

Kemalangan berlaku

Terkejut aku apabila dimaklumkan kereta salah seorang sahbat kami mengalami kemalangan.Tapi Alhamdulilah tidak ada kemalangan nyawa,kesemuanya selamat dan hanya mengalami beberpa kerosakan sahaja.Bersyukur ke Hadrat Illahi sebab tidak ada apa-apa yang tidak diingini berlaku dan kami semuanya selamat sampai ke MMU...

[2.216] “……dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.”

Sampai sahaja di MMU,setelah menyelesaikan kewajiban dan sebgainya tepat jam 9.30 malam aku terus tidur.Demam tak reda lagi,insyAllah selepas makan ubat dan tidur mungkin akan sihat esok pagi............

Doakan...............

Monday, July 23, 2007

EMPAY, HIBAH, JAINETWORK TERSENARAI?


Artikel ini saya ambil dari website Ustaz Zaharuddin,disebabkan ramai yang menggunakan beliau sebagai sokongan kepada mana2 perniagaan maka memang moleklah saya postkan tulisan beliau...Kepada yang beriya mengatakan beliau membenarkan maka fikirkanlah kembali kata-kata anda tersebut...sekadar berkongsi..


p/s:sebonarye den maleh dah nak ceghito pasal bondo ni,sebb ramai yang tak nak percayo apa yang den cakap,,,nak juga yg ustaz atau yg ada gelaran cakap baru nak terkedu, ni den post artikel ini....Bacolah eyh...


Senarai Baru Skim & Web Tak Sah..
EMPAY, HIBAH, JAINETWORK TERSENARAI?

Berikut adalah senarai dikemaskini terbaru ( pada 17 Julai 2007, sila buka http://www.sc.com.my/) semua skim dan web yang dikira bermasalah. Saya menasihatkan agar menjauhinya bagi mengelakkan maslaah dikemudian hari. Oleh kerana ia tidak dikitiraf, semua peserta akan terdedah kepada unsur gharar (ketidaktentuan) terhadap sebarang pelaburan dan modal mereka. Ini kerana jika pihak kerajaan mengambil tindakan, nasib wang modal, transaksi serta semua perjanjian yang dilakukan oleh para peserta tidak akan diketahui tidak akan diketahui. Lihat sahaja nasib peserta Swsiscash kini, malah orang kuat swiscash (CFO) yang digembar gembur bernama 'Mansfield' tidak kelihatan, yang kelihatan hadir di mahkamah adalah 3 orang berbangsa Cina. Justeru, tatkala wujudnya unsur gharar itu, Islam menegah dari melibatkan diri. Fikrikanlah.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

18 Julai 2007

SC kemas kini senarai laman web pelaburan

PETIKAN BERITA ASAL

Laporan Magendran Rajagopal

Simpanan berjumlah RM2.5j dibeku guna peruntukan AMLA

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Sekuriti (SC) menyekat akses lapan laman web sejak 12 Jun lalu selain menyenaraikan 67 laman tidak berlesen yang mengendalikan pelaburan internet secara haram.

Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya, berkata laman web SC juga mengemas kini maklumat mengenai syarikat dan laman web yang tidak dilesenkan di bawah undang-undang sekuriti.

"Kita juga menyelaras usaha pemantauan bersama Bank Negara dan agensi penguat kuasa lain selain menggalakkan orang ramai sentiasa menyemak latar belakang syarikat pelaburan.

"Namun, semua usaha kerajaan ini tidak bermakna sekiranya pelabur tidak bertanggungjawab atau menghiraukan amaran yang dikeluarkan. Malah ada pelabur enggan membuat laporan selepas menjadi mangsa, sekali gus menyukarkan usaha mengelakkan lebih ramai tertipu.

"Justeru, kita tidak dapat membuat anggaran jumlah kerugian penipuan pelaburan internet ini atau membanteras kegiatan mereka dengan serta merta," katanya menjawab soalan Senator Wan Ubaidah Omar.

Bagaimanapun, katanya, berdasarkan aduan yang diterima selain penyiasatan yang dijalankan terhadap kes tertentu, pelaburan berbeza mengikut setiap individu iaitu antara puluhan hingga ratusan ribu ringgit.

Beliau berkata, setakat ini RM5.3 juta dikesan disimpan dalam akaun di negara ini menerusi pelaburan internet tidak sah dan daripada jumlah itu, SC membekukan RM2.5 juta menggunakan peruntukan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLA).

Katanya, SC juga menjalankan siasatan terperinci terhadap individu dan syarikat skim pelaburan internet tidak sah tertentu dan baru-baru ini melakukan serbuan bersama Bank Negara dan polis terhadap AB Fund, sebuah syarikat yang disyaki menjalankan kegiatan mengambil deposit dan pelaburan tidak sah melalui internet.

Selain itu, SC memperoleh injunksi Mareva seluruh dunia terhadap individu yang terbabit dalam skim pelaburan Swisscash, antara lain menghalang mereka menjual aset masing-masing di dalam dan luar negara.

*

ABFund (http://www.sc.com.my/eng/html/licensing/investors/Alert_list.html#a)

*

Al-Arabic Fund (http://www.sc.com.my/eng/html/licensing/investors/Alert_list.html#a)

*

ABB Fund (http://www.sc.com.my/eng/html/licensing/investors/Alert_list.html#a)

*

Artemis Wealth Management

*

Asia Wallet/ASWtrader/Splitindex Inc (http://www.sc.com.my/eng/html/licensing/investors/Alert_list.html#a)

*

AM Global Management (www.nypoe.com)

B

*

BHG e-investment (http://www.sc.com.my/eng/html/licensing/investors/Alert_list.html#b)

*

Bidvask Investment Ltd (www.bidvask.com)

*

Buy-e-barrel (www.buyebarrel.com)

*

Brentwood Trust Company (www.brentwoodtrust.com)

*

Belton Market ( www.betonmarkets.com )

C

*

Cambridge Capital Trading

(http://www.sc.com.my/eng/html/licensing/investors/Alert_list.html#c, www.dubaiex.com) * (Press Release)

*

Capital Enhancement Club/ CEC

*

CB.IRAQ

*

Capital Glory Holdings Ltd

*

Cfdventures

*

Colonyinvest

D

*

Data Saham (www.datasaham.com)

*

Dragon Gold Sdn Bhd / Dr Iain Gray

*

Duit Wayang

*

Dana Futures (http://www.sc.com.my/eng/html/licensing/investors/Alert_list.html#d)

*

Dana Modal (www.angelfire.com/journal2/danamodal)

*

Debenture Petal Trust

E

*

Eaindex

*

Empay

*

eUK Gold (http://www.sc.com.my/eng/html/licensing/investors/Alert_list.html#e)

*

Eubond.com (http://www.sc.com.my/eng/html/licensing/investors/Alert_list.html#e)

*

Eduit2u.com (http://www.sc.com.my/eng/html/licensing/investors/Alert_list.html#e)

*

E-suisse Fund (http://www.sc.com.my/eng/html/licensing/investors/Alert_list.html#e)

*

Euro America Index (www.eaindex.com)

*

E-Barrel (http://www.sc.com.my/eng/html/licensing/investors/Alert_list.html#e)

F

*

Fical (http://www.sc.com.my/eng/html/licensing/investors/Alert_list.html#f / http://www.sc.com.my/eng/html/licensing/investors/Alert_list.html#f)

G

*

GC Group Asset Management

*

Good Credit Asset Management

*

Goldmill Wagner Ltd / GWA Worldwide (www.goldmillwagner.com)

*

Global Investment Network System (http://ginsystem.com)

H

*

Hibah Funds

*

Hollinger Newcastle Limited

I

*

IPC Shopping Services Sdn Bhd/Empay (http://www.sc.com.my/eng/html/licensing/investors/Alert_list.html#i)

J

*

Jai Network System Sdn Bhd



Friday, July 20, 2007

CEKAK HANAFI..


pertandingan silat cekak hanafi bermula...doakan aku dan rakan2 berjaya untk mengutip banyak pingat untk MMU cyberjaya..........

aku masuk 2 kategori:

1-kategori papan sekeping
2-kategori 10 buah jatuh


ramai2 jom p grand hall pada 21 julai 2007 bersamaan dengan hari sabtu pada jam 9 pagi hingga jam 5 petang...Moih POIE!!!!

MAJU JAYA CEKAK HANAFI MMU CYBERJAYA!!!!




berdiri tegak ketika berhadapan dengan musuh..sambil senyum baru gempak..huhuhuh


merenung kedepan adakah aku akan memungut pingat untk MMU..erm....




GAmbar dua diatas ni adalah gambar ketika hari pertandingan rakan muda rakan wajadiri silat cekak ustaz hanafi....cerita tentang hari tersebt akan diceritakan kemudian hari,.....aku baru je balik dari freaser's hill penat tak habis lagi..ok daa~~

Kewajipan kita terus berdakwah tanpa ada titik notah.



Kewajipan kita terus berdakwah tanpa ada titik notah..

“Aku dah tak larat la nak nasihatkan mamat tu lagi,letih aku dibuatnya”….Keluh rakan saya semasa kami duduk didalam halaqah sementara menunggu Syeikh Almandili di Babu Salam bagi mendengar kuliah maghrib beliau.

“Haih Said,takkan dah mengalah?”soal aku hairan dengan sikap rakan aku kali ini,selalunya dia beriya-iya dalam hal nasihat menasihati ini…Aku hairan…..

Begitulah keadaan dai’e- dai’e muda dewasa ini,bukanlah pukul rata semuanya begitu tapi itulah reality yang saya pernah hadapi dan situasi itu masih saya dengari.Termanggu dan hairan,kalaulah Nabi Muhammad SAW dan para sahabat bersikap demikian ketika di hambat keseksaan yang diperbuat oleh kaum mereka sudah pasti Sinar Islam tidak akan sampai ke tanah melayu dan saya pun tidak akan merasa betapa manisnya Islam itu.SubhanaAllah segala puji bagiNYA yang menghadiahkan hambanya seorang Manusia yang bergelar Muhammad..Muhammad yang terpuji……

Allah menciptakan manusia dimuka bumi adalah untuk menjadi khalifah dan tugas sebagai khalifah adalah besar.Khalifah telah dibebani dengan satu tugas yang cukup besar iaitu memperbaiki dirinya kearah kebaikan dan juga MEMPERBAIKI ORANG LAIN..Memikul dakwah untuk memperbaiki orang lain.

Menyorot Firman Allah yang bermaksud:

[103.1] Demi Masa!
[103.2] Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -
[103.3] Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.(surah al-asr)

Berdasarkan kepada Ayat Quran ini dapatlah kita mengambil pengajaran daripadanya,iaitu syarat untuk manusia beroleh kejayaan ialah sentiasa berpesan kepada orang lain dengan kebenaran dan kesabaran. Tidak cukup dengan amal soleh bahkan Allah memberikan syarat iaitu perlu berpesan-pesan dengan kesabaran dan kebenaran.Kesabaran dan sentiasa mengatakan yang benar walau pahit adalah key point yang ingin saya bawakan dalam artikel kali ini.Ramai rakan-rakan saya yang dahulunya hangat dengan aktiviti dakwah kini semuanya runtuh dibalik kekecewaan dan ketidaksabaran mereka untuk melihat madu’nya untuk berubah menjadi malaikat.Masakan untuk mendidik seseorang hanya mengambil masa setahun atau dua tahun,tidak!!!ia perlu mengambil masa dan perlu istiqomah dalam hal ini.Lihat sahaja Nabi Muhammad,selama 23 tahun beliau dan para sahabat membawa Islam barulah Islam dapat dikembangkan dengan terang-terangan.

Dakwah bukan lah kerja yang mudah yang boleh kita lihat hasilnya dengan sekelip mata.Perkara ini telah disebutkan Allah didalam Quran yang maksudnya:

[73.5] (Sayugialah engkau dan pengikut-pengikutmu membiasakan diri masing-masing dengan ibadat yang berat kepada hawa nafsu, kerana) sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran yang mengandungi perintah-perintah) yang berat (kepada orang-orang yang tidak bersedia menyempurnakannya).


Dakwah adalah perkerjaan yang amat berat dan ia sendiri telah dinyatakan Allah didalam ayat diatas.Dan kini pada zaman yang serba macam ini lagilah dugaan dan cabarannya lagi berat,manusia berpaling dari agama,mengejar dunia,hiburan haram merata-rata,banyaknya rintangan dan dugaan dalam menyebarkan kebenaran dan banyaknya perkara yang mengajak kepada kejahatan dan kerosakkan.

Saya ingin memetik kata-kata Syeikh Alamah Dr Yusuf Al-qaradhawi(untuk mengenali beliau boleh ke blog http://muridqaradhawi.blogspot.com) didalam artikel beliau yang bertajuk kewajipan generasi muda islam hari ini,beliau berkata “dari sini tanggungjawab ini semakin bertambah berat atas ahli dakwah,engkau akan mendapati rintangan-rintangan itu sehingga dalam rumah-rumah mu sendiri,mungkin engkau mendapati ayahmu,saudaramu,sahabat-sahabatmu atau manusia yang lebih dekat darimu yang akan menghalangmu dan mengatakan kepadamu: “mengapa engkau berbuat demikian?Mahukah engkau dipenjara?mahukah engkau ditangkap?mahukah engkau diseksa?mahukah engkau begini dan begitu??

Perkara yang Syekh Qaradhawi katakana itu memang benar dan perkara ini sendiri telah dinyatakan oleh Nabi Muhammad iaitu orang yang berpegang atas agamanya bagaikan orang yang mengengam bara api.Betapa beratnya untuk menghapi ini semua,tapi Allah menjanjikan pertolonganNYA dan nabi Muhammad telah bersabda “Kamu mendapati pertolongan atas kebaikan dan mereka tidak akan mendapat pertolongan atas kebaikan”

Berdasarkan ini lah kita sepatutnya tidak gentar dan lesu dalam mengajak manusia kejalan Islam sekalipun mendapat tentangan dan cubaan dari pelbagai sudut.
Bergembiralah orang-orang yang sentiasa menyeru kearah Islam kerana Allah memuji mereka didalam surah Fusilat:

[41.33] Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!"


Ayuh sahabatku,janganlah cepat kau kecewa dan lemah semangat dalam agenda ini kerana Dakwah adalah tugas yang cukup mulia kerana ia adalah tugas para nabi,dakwah adalah kewajipan bagi generasi muda mudi pada zaman ini..Jangan biarkan lelahan-lelahan itu membuatkan kamu terus jauh dari Dakwah,jangan larikan dirimu kerana islam memerlukan Mu..Mereka diluar sana memerlukan mu,mereka tercari-cari,mereka mendambakanmu..Ayuh!!Kita bersatu,bersama,berpegang menuju dakwah…

Akhir sekali marilah kita menghayati maksud Firman Allah ini:

[30.4] Dalam masa tidak sampai sepuluh tahun. Kepada pentadbiran Allah jualah terpulang segala urusan, sebelum berlakunya dan sesudah berlakunya; dan pada ketika berlakunya (kemenangan Rom) itu, orang-orang yang beriman akan bergembira -
[30.5] Dengan kemenangan yang diberi Allah. Ia memberi kemenangan kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan Dia lah jua yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.

[30.6] Demikian dijanjikan Allah. Allah tidak pernah mengubah janjiNya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).

*seronok berdakwah gunakan medium tulisan...

Wednesday, July 18, 2007

Satellites witness truth of Muhammad (pbuh).. A MUST SEEEE!!




Satellites witness truth of Muhammad (pbuh).. A MUST SEEEE!!

Nak tulis juga….


Nak tulis juga….

Asslamualaikom saya ucapkan kepada semua para pembaca….Saya sebenarnya tidak mahu menulis lagi artikel pada minggu ini kerana ada seorang sahabat saya mengadu pada saya berkenaan banyaknya artikel yang saya tulis dalam beberapa minggu kebelakangan ini..Sahabat saya itu menyuruh saya untuk menghadkan hanya 2 artikel untuk setiap minggu sebab kata dia tak sempat nak baca. “Tak sempat aku nak baca artikel semalam tetiba hari ini ada pula artikel baru..adeh…” Tersenyum saya mendengar keluhan sahabat saya,saya tahu beliau maksudkan adalah tak ramai pembaca yang dapat mencerna dengan baik tulisan2 saya lagi2 tulisan-tulisan baru sangat cepat dihasilkan..
Saya cuba..

Tapi saya resah apabila tidak dapat menggerakan jari-jari ini untuk menaip dan mencurahkan idea-idea saya menerusi artikel-artikel saya..Saya mungkiri juga,hari ini saya terpaksa mengerakkan jari2 ini untuk meluahkan beberapa perkara yang tersimpan didalam hati ini.Minta maaf saya ucapkan kepada sahabat saya itu,tapi saya tahu beliau memahami perasan saya ini sebagai seorang yang susah untuk menghaibkan diri dalam menulis…Terima kasih kerana memahamiku…

Tadi saya membaca post baru mentor saya di Saifulislam berkenaan dengan subjek baru yang beliau ambil pada semester ini.Erm..menarik…Tiba-tiba saya pun terpanggil untuk menulis juga apa yang saya ambil dan berapa subjek saya ambil pada tahun 2 di MMU ini.

Tahun dua,semester pertama adalah masa untuk menambah baik keputusan yang lepas-lepas.Azam dan semangat baru juga perlu ditambah dan diperbaiki,namun ada beberapa perkra yang tetap seperti biasa.

Semester ini saya mengambil 5 Subjek termasuk dengan satu subjek elektif.:

1) Business Law – Mr Abdul Rahman bin Kamaruddin (practice law)

2) Financial Accounting and Reporting 2 –Madam SALSIAH BINTI MOHD. ALI

3) Accounting Information System -Mr ZULKIFFLEE BIN MOHAMED

4) Advance Management English – Mr RAJANDARAN PERUMAL

5) Technology Management – Mrs Aliza Akmar Bt Omar

Semester ini subjek saya semakin membacar dan kali ini semuanya menjrus kepada bidang saya iaitu Accounting.Pembelajaran Accounting bersistemkan computer pun sudah dimulakan pada semester kali ini,subjek ini saya amat minati kerana ia mendedahkan saya terus kepada dunia perakaunan sebenar.Dan disebabkan subjek ini jugalah saya terpaksa mengulang tutorial saya kerana saya tersilap masukkan tarikh…Tapi berbaloi sebab saya semakin mahir menggunakan aplikasi software accounting…

Subjek-subjek lain seperti FAR 2 macam biasa,subjek ini memang subjek ‘kesayangan’ semua pelajar2 accounting..hehehhee….Subjek TM seronok belajar sebab subjek ini banyak menyuruh kami pelajar accounting lebih berfikir sebagai seorang manager…Sebab ia membawa kita berfikir bagaimana untuk membentuk company yang bersistematik berteraskan Technology…(selalu jer kena tanya kat dalam tutorial..huhuhuh)..

Business Law sangat-sangatlah menarik minat saya,sampaikan ada seorang kawan saya mengatakan sepatutnya saya yang mengajar kat depan..huhuhuh..Erm.mungkin ini semuanya disebabkan memang minat saya pada undang-undang.Untuk pengetahuan para pembaca,pada mulanya cita-cita saya adalah ingin menjadi peguam tapi disebabkan ada beberapa masalah teknikal pada keputusan saya(saya perolehi 8A1,tapi ada requirement untuk bidang perundangan yang saya teruk) maka saya terpaksa untuk melupakannya..Tapi insyAllah suatu hari nanti pasti saya akan ambil kursus undang-undang J..

Management English menyeronokkan sebab lecturer yang mengajar tu pandai mengambil hati kami…..Dan subjek inilah juga yang pertama sekali menghidangkan kami dengan assignment ..

Dan saya berharap semester ini saya dan rakan-rakan dapat menempuhinya dengan jayanya dan Berjaya untuk mendapatkan Dean list..Amin……

Sekian…..

Tuesday, July 17, 2007

gambar kenangan KASI PECAH LA BEB!!!

PROGRAM "KASI PECAH LA BEB" IU ICE BREAKING!!!




*merenung strategi mcam ner nak kenakan peserta2 KASI PECAH LA BEB!!.huuhuhuhu



Gambar pemandangan sungai pisang


Pada 14 Julai yang lepas Institusi Usrah Cyber mengadakan ice breaking untuk Member's IU,dan program itu dinamakan dengan nama "KASI PECAH LA BEB".....Mesti ada yang gelak bile baca tu...saja kami tukar nama ice breaking kali ini,mencuba sesuatu yang baru selagi mana ia dibenarkan..Program itu dijalankan di Sungai Pisang selama sehari sahaja...Peserta yang mengikut sebanyak 40 orang dan ia dikendalikan oleh para tanzim IU 06/07 dan 07/08 serta beberapa orang kuat IU...

Antara aktivit nya adalah Jungle tracking,mandi manda di air terjun,solat didalam hutan,khutbah di dalam hutan dan pelbagai lagi. =)..Alhamdulilah program itu berjalan dengan baik,,terima kasih saya ucapkan setinggi-tingginya kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak..


*para komiti yang berkerja kuat



berjalan menuju kearah kejayaan oleh peserta KASI PECAH LA BEB!!!


Yeiy!!!saya menang!! Ainor berkata-kata jayanya bagi menjeleskan Syed...huhuhuh


mari2 cari pantun anda semua..Kunur berceloteh bak mak malau sipemantun..=)

para runner jungle tracker KASI PECAH LA BEB!!!!


memohon keberkatan dari Allah pemilik bumi dan langit...AMIN...


meredah terowong kelam.....


Khutbah disampaikan di atas batu sebelah dengan air terjun,kutbah berkisar dengan mengangkat wuduk secara khuf,solat didalam hutan,solat mengunakan kasut.Dan 3 pokok utama disentuh berkenaan dengan kepentingan TAARUF dikalannga ahli IU,kedua persaudaraan dikalangan ahli IU,dan kepentingan solat walau dimana saja berada.


dimana2 saja ummat islam boleh bersolat..tidak ada sebarang alasan!!!

bersolat didalam hutan manakala wanita pula solat tanpa telekung adalah perkara baru bagi sesetengah ahli IU,dan mendapat respon bhawa program sebegini dapat menambah pengetahuan dan menambahkan lagi keyakinan terhadap Islam itu sendiri...Dan program ini sebnrnya amat bermakna bagi ahli IU...


"mungkin dilain kali kita akan mengadakan lagi program sebegini."..Aku bercoleteh didepan member's IU....kalau nak gambar2 semasa program tu leh tgk dan ambil di
http://www.flickr.com/photos/8939931@N05/836907653


post by:
yussamir yusof aljohori
vice president 1 IU MMU cyber
0126297870

Monday, July 16, 2007

berkenaan dengan puasa di bulan Rejab berdasarkan Quran dan Sunnah


Berkenaan dengan puasa di bulan rejab

Oleh:Aljohori
www.ibnuyusofaljohori.blogspot.com

Disini saya mengeluarkan pendapat2 para ulama berkenaan dengan Kelebihan puasa dibulan rejab yang di uar-uarkan...Semua kenyataan ini disertakan dengan sumber2 nya agar semua para pembaca dapat membuat rujukan.....Diharap artikel ini dapat memberikan kita kesedaran didalam mengamalkan sesuatu ibadah dalam agama Islam..sekian.


Shaikh Yusuf al-Qaradhawi:

a) Fadilat Rejab adalah sama dengan fadilat bulan-bulan haram yang lain. Beliau berkata:[4]

Tidaklah ada kesahihan (fadilat-fadilat) di dalam bulan Rejab, melainkan ia merupakan salah satu daripada bulan-bulan haram yang disebut oleh Allah di dalam kitabnya (surah al-Taubah, ayat 36), iaitu Rejab, Zulqaedah, Zulhijah dan Muharram....Inilah bulan-bulan yang mempunyai fadilat. Tidak terdapat hadis sahih bahawa yang mengkhususkan Rejab sebagai bulan yang yang memiliki keutamaan.

b) Hadis-Hadis mengenai fadilat Rejab kebanyakannya adalah dha‘if dan maudhu’. Shaikh al-Qaradhawi menyambung:

Hadis ini dimaklumi sebagai sebuah hadis fadilat Rejab: “Rejab bulan Allah. Sya'ban bulanku dan Ramadhan bulan umatku", namun hadis ini mungkar dan sangat dha‘if, bahkan sebahagian besar ulama' mengatakan hadis ini maudhu’, yakni dusta. Maka tidak ada baginya nilai saintifik mahupun agama. Selain itu terdapat juga hadis-hadis fadilat Rejab yang menerangkan sesiapa bersolat sekian-sekian maka dia mendapat ganjaran sekian-sekian, sesiapa beristighfar sekali maka baginya sekian-sekian ganjaran…..semua ini adalah satu pelampauan dan pendustaan. Malah termasuk isyarat bahawa sesuatu hadis adalah dusta adalah bahawa ianya bersifat melampau dan berlebih-lebihan. Berkata para ilmuan, janji mendapatkan ganjaran yang besar terhadap amalan yang biasa atau azab yang berat untuk kesalahan yang ringan termasuk isyarat bahawa hadis tersebut adalah dusta.

c) Oleh itu, lanjut Shaikh al-Qaradhawi, kita sebagai orang Islam wajib mengetahui darjat hadis yang didengar atau dibaca. Tidak boleh bersikap remeh dalam hal ini kerana sudah sedia terdapat buku-buku di pasaran yang menerangkan sumber dan darjat hadis, berbanding buku-buku yang hanya mengemukakan hadis tanpa menerangkan sumber dan darjatnya.

Shaikh al-Sayid Saabiq:

Shaikh al-Sayid Sabiq dalam karyanya yang masyhur, Fiqh al-Sunnah menyebut:[5]

Puasa Rejab, bukanlah ada padanya fadilat yang melebihi bulan-bulan lain melainkan sesungguhnya ia daripada bulan-bulan Haram.

Ini bermaksud bahawa bulan-bulan haram semuanya memiliki fadilat yang sama darjatnya.


Bagaimana cara sebenar untuk beramal di dalam bulan Rejab?

Apabila ditanya, selain bulan Ramadhan, bulan apakah yang afdal untuk berpuasa, Shaikh Mutawalli al-Sya’rawi menjawab dengan mengemukakan sebuah hadis daripada ‘Ali bin Abi Thalib radhiallahu 'anh, bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:[6]

Wahai Rasulullah! Apakah bulan yang engkau perintahkanku berpuasa selepas Ramadhan?” Rasulullah menjawab: “Jika kamu ingin berpuasa selepas Ramadhan, maka berpuasalah pada bulan Haram kerana sesungguhnya ia adalah bulan Allah dan padanya terdapat satu hari yang terima taubat daripada satu kaum dan diampunkan padanya kaum (yang lain).”

Berdasarkan hadis ini, dianjurkan berpuasa sunat pada bulan-bulan Haram tanpa dikhususkan kepada bulan Rejab sahaja.


Shaikh Abdul Aziz bin Baz, mufti besar Arab Saudi pernah juga dikemukakan soalan yang seumpama. Beliau menjawab:[7]

Dari sudut syara’, dibolehkan berpuasa (sunat) pada bulan Muharam dan demikian juga bulan Sya’ban. Adapun berpuasa pada 10 hb Zulhijjah, tidak ada dalil ke atasnya, akan tetapi jika seseorang ingin berpuasa tanpa beriktikad bahawa ia adalah puasa yang khusus, ia tidak mengapa. Adapun bulan Allah al-Haram, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah bersabda: “Sebaik-baik puasa selepas puasa Ramadhan ialah puasa pada bulan Allah al-Haram.” Maka apabila berpuasa pada bulan-bulan tersebut maka ia adalah baik, atau berpuasa pada 9, 10, 11 hb itu adalah baik juga, demikian juga dibolehkan berpuasa pada bulan Sya’ban.


Shaikh Yusuf al-Qaradhawi menulis:[8]

Berpuasa di dalam bulan Haram adalah maqbul (diterima) dan mustahab (sunat hukumnya). Akan tetapi tidaklah diriwayatkan daripada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bahawa baginda berpuasa pada keseluruhan bulan-bulan Haram tersebut. Baginda hanya berpuasa penuh satu bulan (yakni) dalam bulan Ramadhan. Selain itu baginda banyak berpuasa pada bulan Sya’ban tetapi tidak berpuasa sepenuhnya dalam bulan tersebut. Inilah sunnah Nabawiyah.

Pada bulan-bulan yang lain (selain Ramadhan dan Sya’ban), baginda berpuasa dan berbuka sehingga dikatakan oleh para sahabat dalam sebuah riwayat: “Baginda berpuasa sehingga kami mengatakan beliau tidak berbuka, baginda berbuka sehingga kami mengatakan beliau tidak berpuasa.” (Riwayat al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud). Maka apa yang dilakukan oleh sebahagian manusia dengan berpuasa pada bulan Rejab seluruhnya sebagaimana yang kita lihat sebelum ini, malah aku telah lihat sebahagian manusia berpuasa pada bulan Rejab, Sya'ban, Ramadhan dan 6 hari di dalam bulan Syawal dan menamakannya "Al-Ayam Al-Baidh" selepas berbuka, (lalu) mereka membuat satu perayaan pada hari ke 8 bulan Syawal. Hasil dari puasa ini ialah 3 bulan dan 6 hari saling secara berterusan. Mereka hanya akan berbuka apabila tiba Hari Id (1 Syawal). Amalan seperti ini tidak datang daripada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam mahupun para sahabat dan generasi al-Salaf al-Salih (generasi awal umat Islam).

Maka sebaik-baik puasa (sunat) ialah puasa sehari dan berbuka sehari, bukan berterusan di dalam berpuasa. Setiap kebaikan ialah pada mengikuti generasi awal dan setiap keburukan ialah pada rekaan generasi terkemudian. Barangsiapa yang ingin mengikut dan memperoleh ganjaran yang sempurna, maka ikutlah Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dengan tidak berpuasa pada bulan Rejab dan Syaban seluruhnya. Inilah sebaik-baik (bentuk puasa sunat). Wa Billahi Tawfiq.[9]

Kesimpulan

1. Hadis-Hadis keutamaan (fadilat) bulan Rejab kebanyakannya adalah dha‘if (lemah) dan maudhu’ (palsu). Berterusan menyampaikan hadis-hadis ini adalah satu bentuk pendustaan terhadap Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam.[10]

2. Kita dilarang mengkhususkan hari atau malam tertentu melainkan jika pengkhususan tersebut berasal daripada Allah (al-Qur’an) dan Rasul-Nya (hadis-hadis yang sahih).

3. Tidak ditemui dalil bahawa bulan Rejab memiliki fadilat yang khusus, yang ada cuma fadilat umum keempat-empat bulan haram.

4. Demikian juga, tidak ditemui dalil bagi melakukan solat, puasa, zikir, ziarah kubur dan sebagainya yang khusus bersempena bulan Rejab.

_____________________________________

Nota Kaki:

[1] Budiman Radzi - Fazilat bulan Rejab, Sya'ban dan Ramadzan. Alor Setar: Muzakkir Enterprise, 1990.

[2] Tafsir al-Jalalain. Harf.com. (URL: http://quran.al-islam.com/arb/Default.asp)

[3] Fatwa IslamOnline - Fadilat Rejab.

(URL: http://www.islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=10249)

[4] Fatwa IslamOnline - Kesahihan Fadilat Rejab.

(URL : http://www.islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=1308)

[5] Fiqh al-Sunnah (Beirut: Al-Fath Lil'alam Al-Arabi, 1995. Cetakan khas dari manar Al-Dauliyah), jld. 1, ms. 596.

[6] Al-Fatawa (Kaherah: Dar Al-Fath Lil-A'lam Al-Arabi, 2000), ms. 371

Sanad hadis ini dha‘if, rujuk Musnad Ahmad yang disemak oleh Shaikh Syu‘aib al-Arna’uth dan rakan-rakan, hadis no: 1322 (Musnad ‘Ali bin Abi Thalib). Walaubagaimana ia memiliki penguat daripada apa yang diriwayatkan oleh Imam Muslim di dalam Sahihnya, hadis no: 1163 (Kitab Puasa, Bab Keutamaan Puasa pada bulan Haram) daripada Abu Hurairah radhiallahu 'anh, maksudnya: “Sebaik-baik puasa selepas puasa Ramadhan ialah puasa pada bulan Allah al-Haram.” (Hafiz Firdaus)

[7] Majmu' Fatawa (Riyadh: Dar Al-Watan, 1996) ms. 269

[8] Fatwa IslamOnline - Puasa Rejab

(URL: http://www.islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=1310)

[9] Untuk memudahkan kefahaman para pembaca, orang-orang yang berpuasa pada bulan Rejab boleh dikategorikan kepada beberapa kumpulan:

1. Mereka yang memperbanyakkan puasa sunat pada bulan-bulan Haram, iaitu bulan Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab tanpa melakukannya secara berterusan. Ini adalah sunnah.

2. Mereka yang berpuasa sunat Isnin, Khamis dan sebagainya dalam bulan Rejab. Mereka berpuasa sunat bukan kerana fadilat Rejab tetapi kerana hadis-hadis yang menganjurkan puasa sunat pada hari Isnin dan Khamis. Ini adalah sunnah.

3. Mereka yang berpuasa sunat dalam keseluruhan bulan Rejab kerana fadilat Rejab. Ini bukanlah sunnah.

4. Mereka yang berpuasa secara berterusan daripada bulan Rejab, Syaban, Ramadhan dan enam hari bulan Syawal. Mereka tidak berhenti kecuali pada 1 Syawal. Ini bukanlah sunnah.

5. Mereka yang melarang apa-apa bentuk puasa sunat dalam bulan Rejab. Ini tidak benar. Boleh berpuasa sunat dalam bulan Rejab sebagaimana yang disebut dalam kategori pertama dan kedua di atas. Yang dilarang ialah puasa sunat kerana fadilat Rejab.

6. Mereka yang mengqadha puasa Ramadhan yang lepas dalam bulan Rejab. Ini dibolehkan selagi mana dia tidak beriktikad adalah lebih utama untuk mengqadha dalam bulan Rejab kerana fadilat-fadilatnya. (Hafiz Firdaus).

[10] Kenapakah ia satu bentuk pendustaan? Rujuk risalah berikutnya berjudul Hadis Dha‘if: Hukum dan Syarat Pengamalannya.

Saturday, July 14, 2007

Sahabat Hebat...


Sahabat Hebat...

Sahabat,

Aku sukar untuk luahkan,
Tapi hati ini tidak dapat membohongi,
mata yang menyaksi,
Tangan yang menghulur,
Telinga yang mendengar,
Semua itu mustahil berdusta...

Sahabat,

Peluh keringatmu,
Idea-idea bijaksanamu,
Semangat jatimu,
Ikhlas hatimu,
Semua itu buatkan aku terus terkedu,
Terkedu kerna cekalnya mu,
Terus berdamping disisiku.

Sahabat,

Tiadamu bagaikan gempita yang kelam,
bulan yang tidak bersinar,
pungguk yang tidak lagi merindui bulan,
tangan dan kaki juga tidak akan bersatu,
tiadamu semuanya derai beribu.

Sahabat,

Gerakmu itu semua atas dasar Ukhwahmu,
Atas dasar Agamamu,
Keyakinanmu Akan Tuhanmu,
Kesetianmu pada sahabatmu,
Jati dirimu pada dirimu,
semua itu kau bertumpu.

Sahabat,

Tidak ada lagi ucapan semulia ucapan terima kasih,
Kepadamu aku berikan,
Tiada nilai atas jasamu,
tiada erti tanpamu,
semuanya licin kernamu.

Sahabat,

Kernamu IU terus subur,
Subur memayungi bumi MMU,
Bagai sang pendekar berpencak di gelangang pencak,
Kau la pendekarnya,
terus menongkah arus dibumi MMU,
Tanpa secalit gundah dan gulana bersama IU,

Sahabat,

Hati ini ingin sekali melihat kita terus bersama,
gembeleng tenaga bersama IU,
agar jiwa Islam terus subur di jiwa setiap insan di Bumi MMU,
Kerana tengamu besar ertinya untuk IU......

Sahabat,

Hanya ini sahaja dapatku titipkan,
Kerna jiwa ini terlalu gembira melihatmu semua,
bersama bersatu bersekutu,
didalam IU........

Bicara dari lubuk hatiku,

Yussamir yusof aljohori.
Vice president 1 IU
sebagai penghargaan kepada semua yang bertungkus lumus menjayakan program

kasi pecah la beb’’(IU ice breaking) 14 july 2007