BIODATA PENULIS


Yussamir Yusof adalah penulis dan pemilik blog ini. Seorang Muslim yang taat, anak terakhir dari 6 adik-beradik, Seorang Jurulatih Kesihatan Herbalife, Usahawan Pakaian, dan Penulis Bebas.
Memulakan pendidikan di Tadika (Cina) di Taman Daya, Johor Bahru. Kemudian bersekolah rendah di School Education Development Centre (S.E.D.C), Johor Bahru sehingga darjah Enam.

Pendidikan Menengah: Madrasah Al-Arabiah Islamiah An-Nur, Benut Pontian, Johor sehingga tingkatan 3. Kemudian menyambung persekolah ke SMKA Pedas, Negeri Sembilan sehingga tingkatan 5.

Pengajian Tinggi: Sebelum menyambung pengajian peringkat Sarjana Muda, beliau belajar di Matrikulasi Perlis selama setahun. Setelah selesai dan mendapat Biasiswa Telekom Malaysia, beliau terus ke Multimedia Universiti dalam bidang Perakauanan.

Pernah menjawat pelbagai jawatan di sekolah dan Universiti. 

Beliau juga adalah penulis sambilan, dan tulisan-tulisan beliau pernah tersiar di Berita Harian dan juga majalah. Antara rencana-rencana yang pernah tersiar ialah:

1. RASULULLAH TIDAK MENETAPKAN JUMLAH RAKAAT SOLAT TARAWIH - Berita Harian 17 Ogos 2009.
2. SEBAR NIKMAT & ISLAM DALAM AGENDA DAKWAH - Berita Harian 13 Jun 2009.
3. Islam terapkan amalan demokrasi pilih pemimpin - Berita Harian
4. Senyuman Rasulullah banyak bantu misi dakwah – Berita Harian.
5. Sebuah Perjuangan – Cerpen di Majalah I
6. Hadith Maudhuk di bibir para penasyid – Majalah Milenia Muslim
7. Zikir Dan Fikir – Majalah Milenia Muslim
8- Ilmuan Munafik yang menyesatkan akidah - Berita harian 5 Oktober 2009.
9. Allah sembunyikan hikmah ibadah sebagai ujian - Berita harian 24 November 2009
10- Rasulullah mengingatkan ummah agar berakhlak mulia - Berita Harian 7 December 2009
11- Ummah mundur selagi membelakangkan Islam - Berita Harian 30 December 2009
12- Meraikan as-Sunnah secara beransur-ansur - Majalah I bulan Januari

Setakat ini beliau telah menulis sebuah buku yang berkaitan dengan Perbandingan Agama. Buku terbitan Karangkraf ini diberi judul "Akidah Kita Nyawa Kita" dan telah menterjamahkan 3 buah buku.


Yussamir Yusof
Jurulatih Kesihatan | Usahawan Butik | Penulis Bebas
Julai 2015