Monday, February 26, 2007

Orang kata saya dah tua…ye ke????heheheheeh


Orang kata saya dah tua…ye ke????heheheheeh

*mintak maaf pada semua kerana saya tidak update blog saya setakat ini kerana masalah masa..pada waktu yg lain saya akan sajikan dengan artikel terbaru dan menarik,,insyAllah.

Alhamdulilah pada hari ini bertarikh 26 Februari adalah hari dimana saya dilahirkan didunia ini dan saya mengucapkan syukur kepada Allah kerana masih memberi peluang kepada saya untuk meneruskan perjalanan hidup di buminya.Terima kasih kepada semua yang ‘wish’ terutama kepada kedua ibu bapaku,adik beradikku dan rakan2 yang sentiasa mengingati diri ini.Antaranya ialah,Amin,Sarah,Fasihah,Pikot,Raudhah,Tqah,Lia,Anis dan beberapa lagi nombor yang takde dalam hp saya.Terima kasih pada semua…

Dan tadi baru balik makan di kedai mamak bersama sahabat2ku,dan berterima kasih pada Ifwan sebab hadiah kan saya sepinggan MEE ROJAK…huhuhuh,,,terima kasih sahabat sebab tu hadiah yang bermakna atas nama persahabatan…Nabi sendiri pernah bersabda Dari Abu Hamzah, Anas bin Malik r.a, khadam kepada Rasulullah SAW, bersabda Nabi SAW : Tiada beriman seseorang kamu, sehinggalah ia mencintai saudaranya sama seperti ia menyintai dirinya sendiri….

Dan saya akan menghargai umur yang Allah beri ini dengan mendambakan diri ini kejalanNYA.Dan tidaklah Allah menjadikan manusia dan jin adalah semata-mata untuk mengabdikan diri kepadaNYA…..Rindu diri ini pada sahabat yang berada di luar Negara,sahabatku Lutfi(Australia),Zul,basir,bon (mesir),firdaus(korea),syafrul (us) semoga kalian berada dalam golongan mereka yang sentiasa mempertahankan umurmu untuk agamamu.Dan saya rindukan juga kenangan di Perlis Matriculation College sebab time tu masa hari jadi saya,saya diraikan dengan dua kek dalam dua masa yang berlainan..(happy tul time tu,rakan2 pompuan lak tu..hehehhe) …terima kasih sahabatku semua,kenangan bersama kamu semua tersemat baik dihati ini….

moga Allah berkati umurku..terima kasih pada semua

Thursday, February 15, 2007

MENYOROT KEMBALI PENDAPAT IMAM SYAFIE DAN BEBERAPA IMAM LAIN TENTANG ZIKIR SELEPAS SOLAT

ketika di Genting bersama rakan-rakan.Teringin pula nak naik benda alah ini..kehkhekhe..


MENYOROT KEMBALI PENDAPAT IMAM SYAFIE DAN BEBERAPA IMAM LAIN TENTANG ZIKIR SELEPAS SOLAT

Baru-baru ini saya diberi satu amanah untuk membuat satu research mengenai zikir selepas solat.Kajian ini lebih menjurus kepada persoalan sama ada dibenarkan atau tidak berzikir selepas solat dan bagaimana perlaksanaannya jika dibenarkan.Alhamdulilah kerana saya pun sudah lama membuat beberapa kajian tentang perkara tersebut dan kini bolehlah mengeluarkan semula kajian-kajian yang telah saya perapkan didalam laci saya dan menambah beberapa perkara agar hujah-hujah saya lebih mantap.

Persoalan zikir ini selalu dijadikan modal oleh seseorang untuk menuduh atau melebel sesuatu kelompok melakukan kesesatan dan sebagainya,dan kini lebih sensasi dengan mengelarkan golongan tersebut sebagai ‘wahabi’.Sebelum saya masuk pada persoalan zikir ini,adalah tangungjawab saya untuk membersihkan nama Muhammad bin Abdul Wahab (gelaran wahabi dinisbahkan atas nama Imam ini).

Pada semua pembaca,pengalaman saya bila bertanyakan kepada pada orang yang selalu melabel orang wahabi ini apakah yang dia faham tentang wahabi, Berbagai jawapan yang mereka berikan. Ada yang katakan wahabi ialah sesiapa yang tidak qunut subuh. Jika kita beritahu dia, mazhab-mazhab yang lain juga demikian. Apakah al-Imam Ahmad bin Hanbal dan Abu Hanifah juga wahabi?. Dia diam. Ada yang kata: wahabi tidak tahlil. Kita beritahu dia tahlil maksudnya La ilah illa ALLAH, tahmid bermaksud Alhamd li ALLAH, tasbih bermaksud subhana ALLAH. Setahu kita mereka ini menyebutnya. Mana mungkin, jika tidak, mereka kafir.

Tidak pernahkah mereka membaca firman ALLAH dalam Surah al-Hujurat ayat 11-12: (maksudnya) Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim. Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.

sebenarnya Saya tidak mahu banyak menyentuh mengenai hal ini tapi saya terpanggil untuk menulisnya setelah berkesempatan untuk membentangkan kajian ringkas saya megenai Zikir dan Murtad di IIS ini. Dan saya rasa cukuplah cerita tentang Wahabi ini,kini saya akan bentangkan beberapa kajian yang saya lakukan dalam 3 hari ini.

Zikir adalah satu element dalam likungan solat tapi ia juga membawa beberapa persoalan dalam perlaksanaannya dan kewajarannya selepas menunaikan solat.Perbincangan kita mengenai zikir ini akan dibuat berdasarkan Pendapat Imam Syafie dan Pendapat ulama lain.(tapi lebih menumpukan kepada pendapat Imam syafie) Dan saya lebih suka sebelum meneruskan perbincangan ini dengan membawa beberapa hadis mengenai Zikir ini,antaranya:

1) Ummu Salamah (RA) berkata : "Rasulullah (SAW) apabila melakukan salam setelah solatnya, kaum wanita berdiri setelah baginda menyelesaikan salamnya ; sedangkan Nabi SAW sendiri diam di tempatnya sebentar." (Musnad Syafi'i)

2) A'ishah (RA) telah berkata : "Adalah Rasulullah (SAW), apabila mengucapkan salam, rampung dari solat ; baginda tidak duduk kecuali sekadar mengucapkan 'Allahumma antas salam, wa min kas salam, tabarakta yadzal Jalali wal Ikram." (Sahih Muslim)

3) Jabir bin Samurah (RA) berkata, "Setelah solat subuh, biasanya Rasulullah (SAW) tetap duduk di tempat solatnya sehingga setelah matahari naik." ( Sunan an-Nasai)

4) Berkata Simak bin Harb, aku pernah berkata kepada Jabir bin Samurah (RA) :

"Pernahkah engkau duduk bersama Rasulullah (SAW). Jawab Jabir: "Ya! Biasanya setelah solat subuh, Rasulullah (SAW) tetap duduk di tempat solatnya hingga matahari naik. Di saat itu, biasanya para sahabat ada yang bercerita tentang kisah jahiliyah, ada yang membaca puisi nasihat ; dan jika mereka sampai tertawa baginda ikut sama tersenyum." (Sunan an-Nasai)

5) Jabir bin Yazid Ibnu Aswad berkata, dari ayahnya (RA) bahawa dia pernah solat bersama Rasulullah (SAW) dalam solat subuh. Setelah selesai solatnya, maka baginda segera meninggalkan tempat solatnya. (Sunan an-Nasai)

6) Berkata Ibnu Syihab, aku diberitahu oleh Hindun binti Haarits al-Faarrasyah, bahawa Ummu Salamah (RA) pernah memberitahukan : "Bahawa di masa Rasulullah (SAW) pada umumnya kaum wanita segera meninggalkan tempat solat setelah malam. Sedangkan Rasulullah dan kaum lelaki yabg ikut solat bersama baginda masih duduk sampai Rasulullah bangkit maka kaum lelaki segera bangkit pula." (Sunan an-Nasai)

7) Al-Barra' Ibnu Azzib (RA) berkata : "Aku pernah memerhatikan solat Rasulullah (SAW). Aku dapati berdiri, rukuk, berdiri setelah rukuknya, sujud, duduk di antara sujud, duduknya di wakti tasyahud, duduknya di antara setelah salam dan waktu berdirinya dari tempat solat hampir bersamaan lama waktunya." (Sunan an-Nasai)

8) Abdullah ibnu Abbas (RA) telah berkata : "Semasa zaman kehidupan Rasulullah (SAW) adalah menjadi kebiasaan untuk orang ramai berzikir dengan suara yang kuat selepas berakhirnya solat berjemaah." (Bukhari)

9) Abdullah ibnu Abbas (RA) juga telah berkata : "Apabila aku mendengar ucapan zikir, aku dapat mengetahui bahawa solat berjemaah telahpun berakhir." (Bukhari)

10) Abdullah ibnu Abbas (RA) juga telah berkata : "Aku dapat mengetahui berakhirnya solat berjemaah yang diimami Rasulullah (SAW) apabila terdengar suara orang berzikir." (Bukhari)

11) Abdullah ibnu Zubair (RA) berkata : "Rasulullah (SAW) apabila melakukan salam daripada solatnya, mengucapkan doa/zikir berikut dengan suara yang keras- "La ilaha illAllah..." (Musnad Syafi'i)

11 hadis diatas menunjukkan bahawa Nabi ada membaca zikir selepas solat dan persoalan sama ada atau tidak selepas menunaikan solat telah terjawab dan kini timbul persoalan bagaiaman zikir itu dilaksanakan? Yang mana satu lebih diutamakan berzikir secara kuat atau secara perlahan dan bolehkah ia dibaca secara berkumpulan?

Berdasarkan pendapat imam Syafie dalam kitab Al-Um mengenai sama ada secara senbunyi atau keras ialah:

"Saya (Imam Syafi'i) memandang baik bagi Imam dan makmum, bahawa berzikir kepada Allah, sesudah keluar (selesai) daripada solat. KEDUA-DUANYA MENYEMBUNYIKAN ZIKIR, KECUALI bahawa dia itu adalah seorang imam yang harus orang belajar darinya.

Allah Azza wa jalla telah berfirman (dalam surah al-Israa' (17):110)
".... dan janganlah engkau menyaringkan bacaan doa engkau atau sembahyangmu, juga janganlah engkau perlahankannya.." Iaitu - Allah sahaja yang Maha Mengetahui ialah doa. Tidaklah engkau keraskan, ertinya janganlah engkau tinggikan suara. Dan tidak engkau diam sahaja, ertinya sehingga tidak dapat engkau dengar sendiri.

Saya (Imam Syafi'i) mengira (berpendapat) bahawa yang diriwayatkan daripada Ibnu Zubair adalah dari tahlilnya Nabi SAW. Dan yang diriwayatkan daripada Ibnu Abbas adalah dari takbirnya, sebagaimana yang kami (Imam Syafi'i) riwayatkan. [rujuk kepada hadis-hadis ( No 8, 9 dan 10) Saya (Imam Syafi'i) mengira (berpendapat) bahawa Nabi SAW mengeraskan sedikit suaranya, supaya manusia dapat belajar daripadanya. Yang demikian itu kerana umumnya riwayat yang kami (Imam Syafi'i) tuliskan bersama ini dan yang lainnya, tidak disebutkan padanya sesudah salam, akan perbacaan Tahlil dan takbir.

Kadang-kadang disebutkan bahawa Nabi SAW berzikir sesudah solat, dengan yang saya terangkan itu, dan disebutkan juga perginya Nabi SAW dari Solat tanpa zikir. Dan Ummu Salamah menyebutkan berhentinya Nabi SAW sekejap sesudah solat dan baginda tidak bezikir dengan keras (kuat).

Saya (Imam Syafi'i) mengira, bahawa Nabi SAW tidak berhenti yang sekejap itu, selain untuk berzikir dengan zikir yang tidak keras suara....."

Inilah pendapat Imam as-Syafi'i terhadap hadis-hadis zikir selepas solat. Beliau menyatakan zikir setelah solat secara keras yg diriwayatkan dari ibnu Abbas RA adalah untuk para sahabah belajar dari Nabi SAW akan tatacara untuk berzikir. Setelah para sahabah paham caranya maka zikir selepas solat itu disirkan atau disembunyikan dengan suara yg lembut dan perlahan secara individual.(pendapat Imam ini langsung tidak selari dengan pendapat pengikut mazhabnya yang mengatakan berzikir secara keras selepas solat adalah dari Mazhab Syafie,ini terbukti bahawa khabaran tersebut adalah batil.Adakah pengikut mazhab lebih mahir dari pendiri Mazhab?Kalaulah pengikut-pengikut Imam ini menelaah kitab Induknya pasti mereka juga akan mengatakan Imam Syafie adalah wahabi (senyum), dan saya berharap pengikut mazhab Syafie tidak menambah-nambah atau mengurangkan sesuatu dan kemdian menisbahkan perbuatan tersebut keatas Imam Syafie.Perbuatan ini jugalah boleh dianggap sebagai satu Fitnak kepadanya.Dan fitnah itu lebih besar dosanya dari membunuh.)

Perbuatan menyembunyikan dan tidak mengeraskan zikir Ini juga selari dengan frman Allah "Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintahnya) dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai." ( al-A'raaf (7) : 205)

"Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas." ( al-A'raaf (7) : 55).

Setelah saya menerangkan pendapat imam Syafie ini maka terjwab lah persoalan kita diatas iaitu adakah Zikir secara sembunyi atau keras .Kini persoalan mengenai boleh atau tidak berzikir secara berjemaah. Pendapat membolehkan berzikir secara berkumpulan seperti pendapat Ibnu Tayimiah “Alhamdulillah, telah disepakati bahawa membaca al-Qur'an, berzikir dan berdoa adalah amalan yang baik sebagaimana yang telah disepakati akan pensyariatannya dan dianjurkan selagi tidak diambil (baca: tidak dijadikan) yang sedemikian sebagai satu ADAT RATIB, dan tidak bergabung dengannya (sesuatu perbuatan) bid'ah yang munkar.

Adapun menanggalkan serban bersama yang sedemikian, maka ianya dibenci terutamanya apabila perbuatan tersebut diambil sebagai satu bentuk ibadah. (Apabila dianggap ibadah) maka sesunggunya disaat itu terjadi satu kemungkaran dan tidak boleh beribadah dengan yang sedemikian, Allah sahaja yang lebih mengetahui”

[Majmu' al-Fatawa Ibn Taimiyyah (Dar al-Wafa', Kaherah 2001), jld. 22, ms. 523]

Dan ada juga pendapat yang menyunatkan Zikir secara mengeraskannya iaitu dari pendapat Ibnu Taimiyah juga “Ibnu Taimiyah berkata dalam IKhtiyarat : “disunatkan mengeraskan tasbih,tahmid,dan takbir sesudah solat” (rujuk Nailu Authar m/s 603)

Dan saya berpendapat bahawa berzikir secara berjemaah boleh namun begitu perlu diingat bahawa Rasulullah SAW berzikir dan para sahabat juga berzikir. mereka berzikir secara beramai-ramai (berada bersama-sama) dan secara berseorangan. masing2 membaca zikir pada keadaan yang membenarkannya berzikir atau memudahkannya utk berzikir (secara khusus).Oleh itu berzikir secara bersama boleh tapi secara sendiri-sendiri dan tidak terlalu keras suaranya dan ini bertepatan dengan Zahir hadis Nabi (hadis no 8 dan 9).Dan akhir sekali saya mahu membawa kenyataan al-Hafidz Ibnu Hajar Asqalani pengarang kitab Fathul Baari mengenai kata-kata Imam an-Nawawi Rahimahullah ta'ala (kedua-dua mereka adalah tokoh hadeeth yang bermazhab Syafi'i) sebagai berikut :

"Imam Syafi'i memahami hadis ini (yakni hadis Ibnu Abbas) bahwa mereka mengeraskan suara hanya beberapa waktu lamanya untuk mengajar sifat (cara) dzikir, bukan bererti mereka terus menerus mengeraskan bacaan dzikir. Adapun pandangan yang terpilih adalah bahawa imam dan makmum sama-sama membaca dzikir dengan suara perlahan kecuali bertujuan untuk mengajar dzikir tersebut kepada orang-orang." (Fathul Baari 4/711, Pustaka Azzam)

Dan kesimpulan yang boleh saya buat adalah Berzikir secara perlahan dan tidak terlalu keras dan boleh duduk bersama-sama setelah solat tetapi berzikir secara individu.Dan saya harap penjelasan ringkas saya mengenai zikir ini(lebih tertumpu kepada Pendapat Imam Syafie) dapat membuka keinginan kita untuk mendalami dan mengkaji Islam yang tulen tanpa kotoran-kotaran bidaah yang tidak disukai oleh Nabi.



Yang sentiasa mendambakan tuhannya
Artikel kedua/kajian kedua yang diamanahkan untuk melaksanakannya
MMU cyberjaya/16 february 2007

MURTAD dan perbincangan Ilmiah


*salah faham terhadap Islam bagi episode-4 terpaksa ditunda kerana saya dikhendaki membuat artikel ringkas mengenai Murtad dan saya harap artikel ringkas ini bermanfaat kepada semua.........

MURTAD

Surah An-Nahl [16.106] Sesiapa yang kufur kepada Allah sesudah ia beriman (maka baginya kemurkaan dan azab dari Allah), kecuali orang yang dipaksa (melakukan kufur) sedang hatinya tenang tenteram dengan iman; akan tetapi sesiapa yang terbuka hatinya menerima kufur maka atas mereka tertimpa kemurkaan dari Allah, dan mereka pula beroleh azab yang besar.

Murtad adalah satu isu yang cukup sensitive bagi umat islam,namun adakah persoalannya disini ialah adakah mereka betul-betul sudah mengenali MURTAD.Artikel ringkas saya kali ini akan menjelaskan:

  1. Apa itu murtad
  2. Apakah hukuman bagi murtad

Murtad dalam segi bahasa adalah ‘kembali dan berbalik’,manakala menurut istilah syarak ialah “orang yang keluar dari agama islam berbalik menjadi kafir” (kitab feqh syafiee jilid 2 oleh ustas H.Idris Ahmad S.H). Manakala dalam kitab feqh sunnah “riddah adalah kembalinya orang islam yang berakal dan dewasa ke kafiran dengan kehendaknya sendiri tanpa paksaan dari orang lain”(feqh sunnah dalam bab riddah m/s 159).

Kesimpulannya ialah “murtad adalah kembalinya orang islam yang berakal dan dewasa ke kafiran dengan kehendaknya sendiri”

Berkenaan dengan syarat berakal dan dewasa itu ia selari dengan hadis nabi “diangkat kewajipan daripada 3 golongan ,dari pada orang yg tidur hinggalh ia terjaga,daripada kanak2 hinggalah dia baligh dan daripada orang yang terencat akal sehinggalah dia berakal”(HR Imam Ahamad dan ashabusunnan).

Seterusnya perbincagan mengenai hukuman keatas mereka yang murtad.

Terdapat beberapa hadis yang saya jumpa ia berlainan lafas tapi maksudnya tetap sama. Hadith2 ini didatangkan dari beberapa orang sahabat utama seperti Saidina Uthman Affan ra, Saidina Ali kw, ‘Aisyah, Ibn Abbas, Ibn Mas’ud, Abu Musa as-Sya’ary, Muadz bin Jabal, Anas Bin Malik, Abu Hurairah radhiyallahuanhum ajma’in.

Antara hadis yang kuat dan popular berkenaan dengan hukuman Murtad ini ialah:

  1. Dari Ibnu Abbas ra : Sesiapa yang menukar agamanya (Islam) maka hendaklah kamu membunuhnya” ( Riwayat Bukhari 2/280; Abu Daud (4351); Tirmizi 145 ; Nasaie, 7/104 dan Ahmad ,1/282)
  1. Mafhumnya : …Inilah wahai Rasul seorang lelaki yang dahulunya Yahudi kemudian telah Islam dan kemudian telah kembali kafir (murtad) kepada agamanya yang buruk, Bersabda Nabi : Aku tidak akan duduk sehingga dibunuh, menurut hukuman Allah dan Rasulnya, Maka Muadz (mempersilakan Nabi utk duduk) berkata : Silakan duduk..Sabda Nabi : Aku tidak akan duduk sehinggalah ia dibunuh, hukuman Allah dan Rasulnya sebanyak 3 kali, maka diarahkannya untuk membunuh lelaki murtad tadi, lalu dibunuh…( Riwayat Bukhari bab hukuman murtad ( no 6923) ; Muslim ( no 4695) dan Abu Daud dalam kitab aqdhiyah dan Hudud(no. 4354); Riwayat An-Nasaie, Jld 7/104, dan lihat juga Tuhfatul Asyraf. Juga diriwayatkan oleh Imam Syafie Jld 2/280)
  1. Dari Ikrimah ,Ia berkata: “Ali R.A pernah membawa beberapa orang yagn murtad,lalu semuanya dibakar.Maka setelah berita itu sampai ke Ibnu Abas ia berkata : “Kalau aku tidak akan membakarnya,kerana RasulALLAH pernah melarang iaitu bersabda : “janganlah kamu menyeksa seseorang seperti siksaan Allah”.Tetapi aku akan membunuhnya,kerana Rasul pernah bersabda “barangsiapa menukar agamanya (dari Islam ke agama lain) maka bunuhlah dia” .(HR Jamaah kecuali Muslim,dalam kitab Nailul Authar imam Syaukani)
  1. Riwayat dari Muadz dan dianggap hasan oleh Hafiz Ibnu Hajar bahawa Nabi Muhamad SAW ketika mengutus Muadz ke Yaman beliau berpesan: “Setiap lelaki yang bertindak Murtad maka panggillah dia,bila ia menolak untuk kembali lagi kedalam Islam maka penggallah lehernya!begitulah pula setiap perempuan yang bertindak murtad maka panggillah dia,bila ia menolak untuk kembali ke dalam Islam maka penggallah lehernya”(Feqh Sunnah m/s 167 bab riddah)
  1. Muadz Bin Jabal dan Abu Musa As-Sya’ari juga pernah melaksanakan hukuman bunuh di Yaman, terhadap seorang Yahudi yang Islam kemudian kafir kembali. Berkata Muadz setelah itu (Hukuman Allah Dan Rasulnya) - (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim dan Ahmad; Sila lihat Nailul Authar bab hukuman tentang Murtad m/s 2695)

Diatas adalah beberapa hadis tentang Pelaku Murtad dihukum bunuh,namun terdapat beberapa persoalan atau perbezaan pandapat mengenai murtad yang macam mana yang layak dihukum bunuh.Saya mulakan dengan pendapat bahawa hanya murtad yang memberi kesan kepada tercetusnya memerangi Islam dan mengajak orang Islam kepada kekufuran adalah mereka yang layak dihukum bunuh Seperti Salman Rushdie.

Mereka yang berpandangan sedemikian membahagikan murtad ini kepada al-Khafifah (ringan) dan al-Ghalizah (berat)

Berkata Syeikhul Islam Ibn Taimiyah (Lihat As-Sorim al-Maslul hlm 368, Ibn Taimiyah) : “ Sesungguhnya Nabi SAW telah menerima taubat sekumpulan murtad manakala telah menjatuhkan hukuman bunuh kepada sekumpulan murtad yang lain. Ini kerana, selain murtad mereka juga membuat jenayah2 lain yang membawa mudharat kpd Islam dan Muslimin, spt:

i) Arahan Nabi membunuh Maqyas Bin Hibayah pd hari Fathul Makkah, kerana selain murtad ia telah memerangi muslim dan mencuri harta serta tidak bertaubat selepas berkemampuan berbuat demikian,

ii) Nabi juga memerintah membunuh sekumpulan ‘uraniyyin juga dengan sebab yang sama,

iii) begitu juga Nabi mengarahkan membunuh Ibn Khattal akibat murtad disertai dengan penghinaan, cacian dan memerangi muslim,

iv) dan Nabi mengarahkan membunuh Ibn Abi Sirh akibat murtad disertai celaan dan pembohongan terhdp muslim.”

Lalu Ibn Taimiyah membahagikan murtad kpd 2 jenis :

i) Murtad semata-mata maka boleh diterima taubatnya.

ii) Murtad yang bersamanya muharabah (memerangi) Allah dan RasulNya serta menyeru kefasadan atas muka bumi, taubatnya tidak diterima.(sila lihat beberapa komentar dari Ustaz Zaharudin)

Berdasarkan beberapa hadis dan kenyataan diatas benarlah Nabi pernah melaksanakan hukuman bunuh ini, dan seterusnya menolak dakwaan Nabi tidak pernah menjatuhkan hukuman bunuh terhadap si murtad. Menurut Dr Yusof al-Qaradhawi, kiranya benar sekalipun,(mengenai pendapat bahawa nabi tidak pernah membunuh perlaku murtad) ia adalah kerana murtad tidak terzohir di zaman baginda.Oleh itu sudah nyata dan terang bahawa pelaku murtad hukumannya adalah bunuh berdasarkan Quran dan Sunnah atas kefahaman salafusolleh.

Menurut Ibnu Taimiyah lagi bahawa, kumpulan Murtad yang tidak dibunuh adalah kerana mereka bertaubat dan tidak memerangi Islam ( iaitu sekali dua) !, lalu Taubat bagi si Murtad yang tidak memerangi Islam adalah diterima Nabi SAW.

Adakah hukuman terhadap perempuan sama seperti lelaki?.

  1. Hukuman keatas perlaku murtad adalah sama,tidak kira lelaki atau perempuan [Jumhur (Saidina Abu Bakar as-siddiq, Imam Hasan al-basri, Imam Az-Zuhri, Imam Al-Awza’ie, Imam al-Laith, Imam Ishak Rahuwiyyah serta majority termasuk tiga mazhab kecuali Hanafi)].,dalilnya adalah:
  • Riwayat dari Muadz dan dianggap hasan oleh Hafiz bahawa Nabi Muhamad SAW ketika mengutus Muadz ke Yaman beliau berpesan: “Setiap lelaki yang bertindak Murtad maka panggillah dia,bila ia menolak untuk kembali lagi kedalam Islam maka penggallah lehernya!begitulah pula setiap perempuan yang bertindak murtad maka panggillah dia,bila ia menolak untuk kembali ke dalam Islam maka penggallah lehernya”(Feqh Sunnah m/s 167 bab riddah)
  1. Namun menurut Pendapat Imam Hanafi bahawa wanita yang murtad tidak dibunuh tetapi hanya dipenjara dan diminta kembali kpd Islam.

Hujah Imam hanafi dapat disanggah berdasarkan riwayat bahawa Abu Bakar telah bertindak menganjurkan seorang wanita bernama Ummu Qurfah yang murtad untuk bertaubat dan kembali lagi ke dalam islam.Ummu Qufah menolak maka ia pun dibunuh.Mengikut keterangan yang dikeluarkan oleh Baihaqi dan daraquthni (lihat feqh sunnah m/s 167)

Keperluan menyuruh dan meminta si murtad bertaubat (istitab)

Namun Islam itu adalah agama yang toleransi dan kasih sayang,tidaklah pelaku murtad itu terus dibunuh setelah sabit kesalahannya,tapi Islam menganjurkan mereka-mereka ini bertaubat dan tanggungjawab pihak berwajib memberi nasihat dan penerangan kepada perlaku-perlaku ini.

Menurut sebahagian Ulama kesempatan yang diberikan kepada orang yang murtad utk menghilangkan keraguannya dan kembali ke dalam Islam adalah selama 3 hari.Akan tetapi sebahagian ulama lain ada yang tidak sependapat dengan pendapat tadi.Sebahagian ulama mengatakan bahawa orang yang murtad hanya diberi penjelasan dan pandagan secara berulang-berulang sehingga dapat diperkirakan dengan mantap,apakah ia tetap murtad atau kembali kepada Islam.Bila ia tetap murtad maka ia dijatuhi hukuman Bunuh.(sila lihat feqh sunnah m/s 169)

*. Pandangan Jumhur (Imam Malik, Imam Syafie, Imam Ahmad, dan dari salaf dan khalaf. : Hendaklah simurtad disuruh bertaubat.

- Ibnu Qusar al-Maliki menaqalkan bahwa para sahabat telah ijmak dalam hal ini

Pendapat ulama yang mengatakan bahawa 3 hari ialah kerana mereka bersandar kepada Qaulu Sahabi iaitu saidina Umar Al-khatab “Dan dari Muhammad Bin Abdullah bin Abdullah al-Qari dia berkata : “ ada seorang laki-laki dari tawanan Abu Musa,lalu Umar betanya kepada Abu Musa tentang (pendapat) orang banyak (sahabat lain),kemudian Abu Musa memberitahukannya.Kemudian Umar betanya lagi “ ada apa berita baru?Abu Musa menjawab “Ya ada iaitu berita seorang lelaki yang kufur setelah masuk islam,Umar betanya “Lalu apa yang kamu perbuat terhadap dia?Abu Musa menjawab “Kutarik dua kupukul lehernya,Umar berkata “mengapa engkau tidak tahan saha dia selama tiga hari dan kamu memberi makan setiap hari dengan sepotong roti,lalu kamu suruh dia supaya taubat,barangkali dia mahu taubat dan mahu menarik kemabali urusan Allah itu.Demi Allah sesungguhnya aku tidak akan hadir dan tidak rela,” kerana begitulah yang telah sampai kepadaku. (HR Syafie sila lihat Nailul Authar m/s 2696 juga sila lihat dalam feqh sunnah m/s 169)

Manakala bagi ulama yang berpegang pada pendapat kedua ialah mereka berpegang pada tindakan Muadz .Ketika Muadz datang ke Yaman dan bertemu dengan Abu Musa Al-Asyari.Disebelah Abu Musa ada seorang lelaki yang terikat.Muadz bertanya “ada apa ini?” Jawab Abu Musa “ lelaki ini asal yahudi lalu ia masuk Islam dan kembali kepada Agama Asalnya iaitu Yahudi. Lelaki yahudi tersebut telah dinasihati untuk bertaubat selama 20 malam atau hamper 20 malam sebelum Muadz datang. Kemudian Kata Muadz “aku tidak mahu duduk selagi ia tidak dibunuh”Bunuh itu adalah keputusan RasulALLAH!Muadz mengulangnya sebanyak 3 kali maka dibunuh lelaki tersebut. (sila lihat feqh sunnah m/s 170)

Ada beberapa pendapat lai antaranya:

  • . Pandangan Thowus, Imam Hasan al-Basri, Ibn al-Majishun al-maliki, Qadhi Abu Yusof al-Hanafi, serta mazhab Dzohiriyah. : Tidak perlu istitab. Bahkan sekiranya si murtad bertaubat, ianya hanya akan memberikan manfaat kepadanya di akhirat, manakala di dunia tetap akan dibunuh.
  • Pandangan ‘ato’ bin abi ribah (ulama’ besar tab’ien) : sekiranya ia lahir muslim kemudian murtad maka tidak perlu istitab, terus dijalankan hukuman bunuh. Kiranya ia lahir sebagai kafir kemudian muslim kemudian kafir, ketika itu perlu istitab. Demikian juga pandangan Hasan al-Basri.(rujukan internet)

Ulama’ ittifaq (sepakat) bahawa jenayah riddah akan gugur (hukumannya) sekiranya si Murtad bertaubat (bagi mereka yang tidak muharabah). Ini adalah kerana maksud istitab adalah mengembalikannya kpd Islam. (al-Mabsut As-Sarakahsi; Fathul Qadir Ibn Humam ;Bidayatul Mujtahid Ibn Rusd ; Al-Mughni al-muhtaj Khatib Syarbini; al-Mughni Ibn Quddamah)

Seterusnya Alamah Yusuf Al-Qaradhawi berkata : “Adalah mesti utk kita mengasingkan di antara riddah ghalizah dan riddah khafifah, juga perlu dibeza di antara murtad dengan menyeru orang lain (agar membenci Islam dll) dan murtad yang tanpa seruan” (Yusof al-Qaradhawi, Jarimatur Riddah,hlm 35) *Beliau *memberikan contoh riddah ghalizah seperti Salman Al-Rushdie iaitu si murtad yang membawa pemikiran bid’ah dan sesatnya dengan lisan dan tulisannya.

Bagaimana pula Murtad yang dipaksa?

Firman Allah Ta’ala mengenai golongan yang murtad secara dipaksa ataupun tidak sengaja : Ertinya : “ Sesungguhnya orang-orang yang mengikrarkan kekufuran setelah mereka beriman, akan mendapatkan murka Allah. Kecuali orang yang diperintah secara paksa untuk mengucapkan ikrar itu sementara hati mereka penuh dengan keimanan . Orang seperti itu akan selamat dari murka Allah. Akan tetapi orang-orang yang merasa lega hatinya dengan kekufuran itu, dan ikrar lisannya sesuai dengan apa yang ada dalam hati, maka mereka itu akan mendapat murka besar dari Allah. Dan di akhirat kelak, Dia akan menurunkan pada mereka siksa yang besar” ~ Ayat 106 , Surah an-Nahl

Al-Imam al-Hafiz Ibnu Katsir rh memberikan komentarnya mengenai ayat di atas dengan katanya : Adapun Firman Allah Ta’ala “ Sesungguhnya orang-orang yang mengikrarkan kekufuran setelah mereka beriman, akan mendapatkan murka Allah. Kecuali orang yang diperintah secara paksa untuk mengucapkan ikrar itu sementara hati mereka penuh dengan keimanan ) ~ Maka ayat ini sebenarnya merupakan PENGECUALIAN bagi sesiapa yang mengucapkan perkataan kufur secara TERPAKSA, demi menyenangkan hati kaum msuyrikin dengan perkataannya itu , disebabkan tidak tahan menanggung penyiksaan dan kesakitan sedangkan hatinya tetap teguh beriman dengan Allah dan Rasul-nya dengan sebenar .
Al-Imam al-‘Aufi meriwayatkan daripada Saidina Ibnu ‘Abbas r.a bahawa ayat ini memang diturunkan disebabkan kejadian yang menimpa Saidina ‘Ammar Bin Yasir r.a apabila beliau teruk sangat diazab oleh kaum musyrikin sehingga dia mengucapkan perkataan yang mengengkari status Baginda Nabi Muhammad s.a.w demi menyenangkan hati kaum itu . Selepas itu , beliau pun menemui Baginda Rasulullah s.a.w dengan memohon kemaafan yang tidak terhingga , lalu turunlah ayat di atas .

Oleh itu penulisan serba ringkas ini diharapkan kita dapat memahami serba sedikit tentang hukuman Murtad.anggaplah penulisan ini adalah satu titik tolak untuk ktia sama-sama mengkaji dan memperdalami ilmu pengetahuan kita tetang Murtad.Dan jika kita ada kemampuan atau bakat maka perluaskanlah dan perjelaskanlah mengenai Murtad ini dalam pelbagai medium,agar kita sama-sama menjauhi dosa ini.Penulisan ini tidak ada hakcipta kerana semuanya adalah milik Allah dan saya mengalu-alukan sebarang pertambahan keatas artikel ringkas saya ini. Dan Akhir sekali marilah kita sama-sama teruskan kelas Brother Shah...



Yussamir yusof aljohori

http://ibnuyusofaljohori.blogspot.com

email & YM : ashabul_kahfiislamic@yahoo.com

14/februari/2007:MMU Cyberjaya

Friday, February 9, 2007

Adakah kita adil dalam berbicarakan sesuatu


Adakah kita adil dalam berbicarakan sesuatu

Adakah kita adil dalam membicarakan sesuatu,perkara ini kadang-kadang diambil oleh kita semua secara sambil lewa.Tidak kiralah sama ada perbualan kita di pejabat,kedai kopi mahupun didalam tulisan-tulisan di makalah atau surat khabar.Situasi ini bagaikan suatu perihal picisan yang tak perlu diambil peduli oleh masyarakat gayanya,tapi sebanarnya kita lupa dalam membicarakan sesuatu perkara kita tidak boleh memihak pada sesiapa,tapi kita memihak kepada kebenaran.Jika kebenaran itu berada dipihak A kita berpihak kepada A dan juga sebaliknya begitu,selain itu sebagai masyarakat yang rasional dan berpendidikan kita juga tidak hanya mendegar dari sebelah pihak sahaja,kerana ini akan menimbulkan sikap perjudis dalam menilai sesuatu.

Dan perkara yang paling utama saya inigin tekankan ialah janganlah memisahkan penilaian kita terhadap sesuatu dengan Agama,kerana batasan agama adalah penilai yang terbaik dalam segala aspek masalah.Ada sesetengah insan yang saya pernah jumpa dan berbual,bila saya memberikan pandangan saya dengan bersertakan dalil dalam masalah politik dan muamalah mereka dengan sinis mengatakan “kita jangan cakap pasal dalil tapi kita bercakap berdasarkan ekonomi’.Yang saya pelik yang bercakap ini adalah orang Islam sendiri,tidakkah mereka lupa bahawa Quran juga mencatatkan perihal muamalah dan pelbagai aspek yang lain.Selain itu orang-orang seperti ini juga hanya melihat satu pandangan sahaja,dan tidak mahu melihat pandagan yang tak selari dengan selera mereka.Sikap begini yang kita tidak boleh terima dalam menilai kerana Allah telah berfrman “Dan janganlah kamu tertarik kerana kebencian suatu kaum sehingga kamu tidak berlaku adil,Maka berlaku adillah kerana keadillan itu lebih dekat lepada takwa…” (al-maidah:5) berlaku adillah dalam menilai sesuatu perkara.

Dan ada sesetengah mereka hanya berpandukan Internet sebagai sumber-sumber informasinya,tidakkah mereka sedar bahawa internet juga adalah tempat menyebarkan Fitnah dan segala macam coretan sampah!Allah telah berfirman ”Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan“. [al-Hujurat 49:6] ayat ini memberikan peringatan kepada mereka-mereka yang menerima sesuatu berita haruslah siasat dahulu sebelum membuat keputusan.Dan bila saya memberikan dalil ini kepada seorang sahabat saya kerana beliau hanya berpandukan internet dalam menilai,beliau berkata ’itu orang fasik yang aku cakap ini bukan orang fasik’ memang nyata beliau tidak faham dalam menafsirkan kata-kata Allah dalam konteks ’pengajaran’ yang ingin disampaikan kepada hambaNYA.Selain dari ayat itu Allah juga telah berfirman Bawalah kemari keterangan-keterangan yang (membuktikan kebenaran) apa yang kamu katakan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar. [al-Baqarah 2:111] ..Dalam membicarakan seuatu kita mesti bersikap adil,jangan disebabkan kita tidak sukakan seseorang maka kita hanya melihat keburukannya dan membutakan mata dan menulikan telinga tentang kebaikan-kebaikan yang pernah dibawa olehnya.Sikap mereka yang ghulu dapat dilihat bilamana mereka membicarakan dalam persoalan politik, antara persoalan yang besar sering mereka2 ini menunjalkan kepada saya ialah adakah Islam Hadhari itu bertepatan,adakah negara ini negara islam,adakah mereka adil dan berbagai adakah lagi yang saya pun sudah muak nak terangkan.Kadang-kadang bila saya memberikan jawapan,mereka dengan tidak sabar-sabar mahu untuk mencelah bagi membuktikan pandangan mereka sajalah yang benar ,tanpa mahu mendengar pandagan orang lain.Sikap begini memang tidak boleh diperaktikan kerana ia seolah mahu jawapan tapi dah tahu jawapan. Situasi ini dan orang-orang begini pun sudah banyak dikupas oleh ulama-ulama besar antaranya Yusuf Qaradhawi dalam Feqh Iktilafnya.Mereka tidak boleh menerima perbezaan pendapat dalam membincangkan sesuatu perkara,kerana mereka telah disogok dengan idoelogi-ideologi berat sebelah.Sogokan inilah yang perlu dicantas dalam pemikiran pemikir.Jika benar mereka mahu menjadi pemikir maka cantaslah pemikiran sebegitu sebelum layak untuk menisbahkan diri mereka sebagai seorang pemikir.

Sebenarnya saya tidak mahu panjang-panjangkan isu ini tapi saya merasakan situasi ini sudah menjadi barah dalam masyarakat kita utamanya.Barah jika tidak dapat dikesan dan dirawat dengan segera ia akan merebak dengan cepat dan seterusnya akan memasuki peringkat yang terakhir yang kemungkinan akan membawa maut.Begitu jugalah dengan masalah ini,kita seharusnya perlu bersikap husnu Zan dalam mana-mana perkara sebelum menilainya dengan teliti.Bersangka baik adalah satu tuntutan dalam Agama,Dr Yusuf Al-Qaradhawi dalam sebuah karyanya iaitu “kebangkitan para pemuda islam“ beliau menekankan tentang HUSNU ZAN perlu diperaktikan dan diamalkan oleh masyarakat dalam sesebuah negara.

Islam sendiri menggalakkan umatnya menjauhi dari banyak melakukan sangkaan yang sebenarnya kita tidak tahu adakah sangkaan kita itu tepat atau tidak,sepertimana Firman Allah “ Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani“ (surah al-hujrat 11-12)
Oleh itu saya berharap kepada semua sebelum menuduh atau menyatakan sesuatu siasatlah dengan betul dan bersikap adillah dalam menilai sesuatu perkara,dan janganlah pisahkan agama dengan segala aspek kehidupan kita semua.Akhir sekali saya berharap kita semua akan menjadi MASYARAKAT YANG ADIL DALAM BERBICARA

Yussamir yusof aljohori
22 muharam 1428H/10 februari 2007
sebelum bertolak ke Johor dalam misi pertolongan mangsa banjir

Thursday, February 8, 2007

Salah faham dalam Islam episod-3



Salah faham dalam Islam episod-3

Alhamdulilah kita sudah berada pada episode ketiga bagi artikel saya yang bertajuk “salah faham dalam Islam”.Kali ini saya akan memberikan jawapan bagi persoalan ‘Ah chong baik masuk neraka dan Ali yang jahat masuk Syurga’.Jawapan bagi soalan ini saya akan berikan dengan cara yang amat mudah untuk difahami,saya lebih suka membawa analogi bagi menjawab soalan ini.Tamsilannya begini ‘didalam sebuah kedai terdapat 2 orang pekerja,perkerja pertama bernama ah chong dan perkerja kedua ialah Ali.Semasa En sylveter mengaji mereka berdua beliau sudah memberikan beberapa arahan dan peraturan ketika bekerja dikedainya.Antara peraturannya ialah setiap hari selepas tutup kedai mereka perlu menyimpan duit jualan kedalam bank.Sepanjang mereka berdua berkerja Ah chong la yang paling baik dan rajin ketika berkerja,manakala Ali pula malas dan sering menimbulkan masalah.Namun setiap hari setelah menutup kedai,Ah chong tidak memasukkan duit jualan tersebut kedalam bank en Sylverter tapi masukkan kedalam akaun orang lain.Ali pula walaupun malas dan sering melakukan kesalahan tapi dia tidak pernah tidak memasukkan duit kedalam akaun En.Sylverter.Setiap tahun En Sylverter akan melakukan audit dalaman dan luaran terhadap penyata akaunnya,dan beliau mendapati Ah chong pecah amanah dan Ali tidak.Oleh sebab Ah chong pecah amanah maka En Sylverter telah membuat laporan polis dan Ah chong disumbarkan kedalam Penjara,manakala Ali en Sylverter memotong gajinya sahaja ,kerana malas.’

Berdasarkan kepada cerita ini kita sudah dapat jawapannya bagi mereka yang mahu berfikir.segala kebaikan yang dilakukan oelh Ah chong adalah sia-sia kerana dia telah melakukan kesalahan yang amat besar iaitu pecah amanah.Begitu jugalah dengan Orang Islam dan orang kafir, bagi orang Islam selagi tidak m,elakukan syirik kepada Allah maka segala dosa kesalahannya akan ampunkan oleh Allah tapi bagi orang kafir tidak kerana memang sudah terang-terang mereka melakukan syirik kepada Allah, seperti mana Firman Allah [4.48] Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar.

. Bagi mereka yang berfikir dan memerhatikan Firaman Allah mereka akan melihat banyak sekali Allah menekankan tentang pentingnya berfikir,antaranya [4.44] Tidakkah engkau memerhatikan (wahai Muhammad) orang-orang yang telah diberikan sebahagian dari Kitab, mereka memilih kesesatan (dengan meninggalkan pertunjuk Tuhan), dan mereka pula berkehendak supaya kamu juga sesat jalan. dan [3.190] Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal;

Oleh itu saya berharap para pembaca dapat memerhatikan cerita ini dan berfikir akan kerelevennya dalam persoalan Ah chong Vs Ali ini.Akhir sekali saya serahkan kepada para pembaca menilai dan mengambil pengajaran dalam cerita tersebut,agar kita beroleh hidayah dan inayah dari Allah SWT.Tunggu episode yang lebih menarik pada artikel yang berikutnya,InsyaAllah........

Wednesday, February 7, 2007

Salah tanggapan dalam Islam-episod 2

Terima kasih diatas penantian para pembaca bagi artikel seterusnya mengenai “salah faham dalam islam”.Kali ini saya mahu menyentuh sedikit tentang kepada perlunya kita berfikir secara kritis dan efektif.Dua perkara ini sering kali dilupakan oleh mreka yang mahu melibatkan dalam gelanggang dakwah,walaupun nampak seperti sindiran sinis terhadap mereka yang berada dalam lingkungan dakwah tapi persooalan ini perlu ditekankan.Baiklah saya tak mahu sangat menyentuh perkara ini kerana saya tahu para pembaca sudah tidak sabar ingin tahu apa jawapan bagi persoalan Salah faham dalam Islam episode 2.Kali ini saya mahu mengutarakan jawapan bagi soalan :

1. Adakah semua agama adalah sama

Bagi semua soalan ini saya akan jawab dalam bentuk soal dan jawab,ia bagi memudahkan para pembaca membaca dan menilai semula semua jawapan-jawapan yang diberi.

Jawapan:

Bagi menjawab soalan ini saya lebih tertarik untuk membahagikan jawapan ini kepada 2 bahagian.bahagian pertama untuk Muslim dan kedua untuk non-muslim.Pendekatan ini dilaksanakan bagi memudahkan pemahaman para pembaca sendiri.

· Pendekatan pertama.

Ada sesetengah orang islam sendiri memandang semua agama adalah sama dan mereka menyangkakan agama Islam ini adalah salah satu pecahan didalam semua agama.Tapi semua hipotesis mereka dalam menukilkan persoalan ini amat kabur dan tidak didokong dengan hujah yang kukuh.Jawapan bagi mereka ini amat mudah.Islam membersihkan manusia daripada syirik tapi non muslim melakukan dosa yang paling besar dalam islam iaitu Syirik.Islam menyeru kepada tuhan yang satu tapi agama-agama lain tidak.Mereka lebih rela menyembah berhala dan menduakan Tuhan. Dan dosa paling besar disisi Allah adalah syirik kepadaNYA,sepertimana Firman Allah didalam Quran[4.48] Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar. Dan agama Islam adalah agama yang diredhai oleh Allah bukan agama-agama lain sepertimana firmanNYA dalam surah [3.19] Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai ugama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya.

Selain daripada itu,sejarah telah memunjukkan bahawa perjuangan dakwah Nabi Muhammad kepada orang yahudi dan nasrani adalah kepada Ketauhidan kepada Allah dan membersihkan orang-orang jahiliyah dan ahli kitab(yahudi dan nasrani) dari kesyirikan.Kalaulah semua agama itu sama,sudah semestinya Nabi Muhammad sudah menyeru kepada kesyirikan,tapi sebaliknya yang berlaku.

· Pendekatan kedua kepada non-muslim

·Pertama-tama sekali bagi menjawab persoalan ini saya lebih menyukai untuk memulakan dengan satu ayat yang bagi saya sudah dapat memberikan jawapan bahawa Islam dengan agama-agama lain tidak sama iaitu “Islam not just only teach the good but how to achieve good”.Kenapa saya kata begitu,sebab islam tidak hanya memberikan panduan dalam pengwujudannya tapi islam juga memberikan peneyelesaian dalam panduannya.Ayat macam berbelit tapi sebenarnya simple,iaitu islam memberikan cara dan jalan dalam menjalani kehidupan.Yang sebenarnya islam bukanlah agama tapi Ad-din iaitu “cara hidup” yang cukup praktikal dan mencakupi semua aspek.Saya bawa satu tamsilan,didalam semua agama melarang penganutnya mencuri tapi hanya Agama Islam mempunyai penyelesaiannya dalam menangani kemelut ini.Penyelesaiannya mudah dan praktikal iaitu system zakat.

Sistem zakat adalah satu jalan penyelesaian dalam menangani masalah kecurian kerana zakat jika dilaksanakan maka permasalah orang mencuri kerana miskin tidak akan berlaku,kerana semua memperolehi hak mereka.Didalam Quran system ini sentiasa diutarakan oleh Allah misalnya didalam surah [2.43] Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk.

[2.110] Dan dirikanlah oleh kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat dan apa jua yang kamu dahulukan dari kebaikan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasan pahalanya di sisi Allah. Sesungguhnya Allah sentiasa Melihat segala yang kamu kerjakan. 4.162] Tetapi orang-orang yang teguh serta mendalam ilmu pengetahuannya di antara mereka dan orang-orang yang beriman, sekaliannya beriman dengan apa yang telah diturunkan kepadamu (Al-Quran), dan kepada apa yang telah diturunkan dahulu daripadamu, - khasnya orang-orang yang mendirikan sembahyang, dan orang-orang yang menunaikan zakat, serta yang beriman kepada Allah dan hari akhirat; mereka itulah yang Kami akan berikan kepadanya pahala (balasan) yang amat besar.

[5.55] Sesungguhnya Penolong kamu hanyalah Allah, dan RasulNya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah).

Banyak sekali Allah menyatakan tentang kewajipan berzakat didalam Quran,apakah semua ini?Semua ini adalah penyelesaian kepada masalah kecurian.Dengan zakat kita boleh mengumpulkan berbilion ringgit dari orang-orang kaya dengan mengenakan 2.5% dari harta kekayaan mereka.Dengan wang-wang ini kita boleh menyediakan segala kemudahan asas yang diperlukan oleh orang-orang yang tidak mampu,kita boleh memberikan asas pendidiakan,makanan,pakaian dan lain-lain.Setelah semua kerperluan asas dipenuhi,apakah perlunya keperluan untuk mencuri?Langsung tiada kerperluan untuk mencuri,dan jika keadaan ini berlaku dan masih ada yang mencuri barulah hukuman dilaksanakan iaitu potong tangan.Sebabnya saja-saja mahu mencuri tanpa ada sebab yang munasabah .Maka perlaksanaan hukuman potong tangan boleh dilakukan,seperti friman Allah dalam surah [5.38] Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. dengan adanya hukuman ini ia dapat mencegah daripada mencuri dan menjadi ikitbar kepada mereka yang lain agar jangan sesekali mahu mencuri.(ada syarat-syaratnya sebelum melaksanakan hukuman ini,bukan perkara yang mudah untuk memotong tangan manusia)

Namun realitinya yang kita lihat pada hari ini ,kebanyakan kes mencuri adalah disebabkan keperluan asas tidak dapat dipenuhi namun kalau semua keperluan sudah dipenuhi melalui system zakat masalah ini tidak akan berlaku lagi.

Nah sekarang saya mahu bertanya kepada anda semua,adakah masih Agama Islam sama dengan Agama yang lain???Fikir-fikirkanlah,think rational not emotional!

Tapi ada suara-suara mengatakan “kalau agama kamu benar dan kamu kata semua perkara ada penyelesaiannya mengapa tetap masih ada orang islam yang mencuri???” Saya suka menjawab soalan ini dengan mengunakan analogi.Begini saudara,anda sedang memandu disebuah lebuh raya dengan kelajuan 145 Km sejam sedangkan had laju sebenar adalah 110 Km sejam dan tiba-tiba anda mengalami kemalangan.Adakah kemalangan itu disebabkan oleh kenderaan anda atau sikap anda sendiri?Sudah semestinya sikap anda yang patut dipersalahkan.Begitu jugalah dengan agama Islam,Agama islam sudah menetapkan peraturan kepada penganutnya sekarng ini yang tinggal penganutnya sahaja untuk bertindak sama ada mahu mengikut peraturan itu atau tidak.Dalam perkara ini tidak boleh dikambing hitamkan kepada agama tapi perlu ditujukan ialah kepada penganut itu sendiri.Islam itu sudah sempurna sepertimana firman Allah didalam surah [5.3]. Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari ugama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Akhir sekali bagi menjawab soalan ini ialah ISLAM TIDAK SAMA DENGAN AGAMA YANG LAIN! Pada artikel yang akan datang saya akan memberikan jawapan bagi persoalan Ah Chong baik VS Ali jahat ,InsyaAllah.Jumpa kita dalam episod yang seterusnya......

Monday, February 5, 2007

Burqini: Baju mandi untuk wanita Islam


Burqini: Baju mandi untuk wanita Islam

Sebenarnya sudah lama saya memerhatikan trend membudayakan pemakaian menutup aurat dikalangan Orang Islam yang berada dinegara barat.Keadaan begini membuatkan saya terfikir bahawa Islam di barat lebih berkualiti dari islam yang ada dinegara-negara Islam.Bukanlah saya berniat untuk membeza-bezakan islam antara barat dan negara Islam,tapi inilah realiti yang boleh kita lihat dewasa ini.Betullah seperti janji Allah bahawa Ahli kitab jika memeluk islam akan menjadi lebih baik dari umat islam yang lain(iaitu yang sudah memeluk islam dari lahir),Firman Allah:

“Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik”

Gembira dan bangga apabila sekali lagi saya melihat usaha mereka dalam mencipta pakaian berenang yang menutup aurat diperkenalkan.Dan saya cukup gembira dengan usaha ini,dan sudah semestinya seluruh umat islam perlu menyokong dan tidak ada lagi alasan yang mengatakan Islam itu menyekat Umatnya untuk menjalankan aktiviti luar terutamanya yang melibatkan aktiviti renang.Islam adalah agama fitrah dan mudah,

Sepertimana Firman Allah surah yang ke 22 ayat 78 “Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya Dia lah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan ugamanya); dan Ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara ugama, ugama bapa kamu Ibrahim. Ia menamakan kamu: "orang-orang Islam" semenjak dahulu dan di dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu, dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah). Oleh itu, dirikanlah sembahyang, dan berilah zakat, serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah! Dia lah Pelindung kamu. Maka (Allah yang demikian sifatNya) Dia lah sahaja sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Pemberi pertolongan.”.

Akhir sekali saya berharap dengan adanya usaha sebigini ia akan menjadi satu motivasi kepada Umat Islam diluar terutama wanita supaya bertambah-tambah keyakinan mereka terhadap agama yang syumul ini.dan secara tidak langsung ia akan memangkin daya kreativiti umat islam dalam industri Fesyen. Disini saya turut sertakan keratan akhbar tentang perkara tersebut:

MELBOURNE 4 Feb. - Burqini, pakaian renang yang menutup aurat, kini membolehkan wanita Islam berenang dan bersantai di pantai dengan selesa.

Agensi Berita Nasional Australia (AAP) dalam laporannya hari ini menyebut burqini yang sudah dijual kepada lebih 9,000 wanita di Sydney, disokong oleh Majlis Islam Australia dan Mufti Australia.

Ketika memperagakan burqini pada “Surf Life Saving Australia” (SLSA) semalam, Laa Laa, 20, dari Mekah berkata, pakaian daripada kain polyester itu yang menutup aurat dari kepala hingga kaki, memberikan kebebasan kepada wanita Islam untuk berenang di pantai dan pada masa yang sama mematuhi tuntutan agama.

“Matlamatnya ialah membolehkan wanita aktif dalam air, menggalakkan wanita menyertai aktiviti sukan, aktiviti renang dan dengan burqini, mereka boleh lakukannya, kata Laa Laa kepada AAP.

Turut hadir pada majlis Anugerah Kelab Sukan di Campsie, di barat daya Sydney itu yang merupakan sebahagian daripada program On The Same Wave SLSA yang diperkenalkan ekoran rusuhan Cronulla, ialah Ketua Menteri New South Wales, Morris Iemma.

Laa Laa berkata, orang ramai kini mula berebut-rebut mendapatkan pakaian yang dijual antara RM450 (A$150) dan RM540 (A$200) itu.

“Kawasan pantai kini semakin popular. Saya selalu ke pantai, kini dengan adanya burqini, ia pasti mendapat sambutan,” kata Iemma dipetik oleh AAP.

Iemma berkata, baju renang itu merupakan program terbaru melatih pengawal penyelamat peluncur ombak dan membantu mengatasi halangan hubungan masyarakat di selatan Sydney.

“Ia merupakan salah satu daripada pelbagai program yang merapatkan masyarakat, dan sebagai perakuan bahawa kami semua adalah warga Australia yang berkongsi tanah air ini, kami mempunyai banyak haluan tapi kami ada satu masa depan, masa depan yang dikongsi bersama,” kata ketua menteri itu.

“Persoalan dari mana kami datang, wajah kami, pakaian kami tidak timbul, tapi kami semua cintakan pantai dan itulah yang kami kongsi bersama,” katanya.

Jurucakap SLSA, Lee Howell pula memberitahu AAP, Majlis Islam Australia selesa dengan pakaian itu.

“Mufti (Sheik Taj Aldin Alhilali) secara peribadi turut menyokong burqini sebagai pakaian yang sesuai dan dibenarkan atas sebab-sebab agama dan budaya.

“Pakaian renang itu yang seragam dengan pakaian pantai tradisional lain, memenuhi tuntutan agama,” katanya.

– Bernama



yang sentiasa mendambakan tuhannya

yussamir yusof aljohori

*baru balik dari kelas economy

5 february 2007

Thursday, February 1, 2007

Salah tanggapan dalam Islam-episod 1



Salah tanggapan dalam Islam-episod 1

Sudah dua hari saya balik lewat ,kadang-kadang sampai di MMU dalam pukul 2 pagi.Tapi saya tetap puas kerana ada banyak benda saya dapat dalam dua hari (terima kasih sahabat seperjuangan,terutama edry,sabau,syed,tekong) ini.Dalam kesempatan ini saya nak berkongsi dengan semua rakan2 pembaca tentang pelbagai topic,salah satunya ialah tentang Misconception In Islam.Bagi saya perkara ini amat membimbangkan dan berbahaya jika ia tidak ditangani dengan segera dan efficient.Banyak factor yang membuatkan salah faham ini terjadi antaranya ialah :

1. Media massa

2. Perbezaan budaya

3. Orang islam sendiri

4. Fatwa yang bukan dari pakar

Dalam 4 faktor ini yang paling utama perlu kita tekankan ialah Media massa.Bila cakap tentang media masa kita akan terus memikirkan tentang TV,radio,majalah dan sebagainya sama ada bercetak atau elektronik.Media mempunyai banyak pengaruh dan pengaruhnya mudah untuk disebarkan dengan cepat dan terasa berbanding dengan yang lain.Kita lihat saja bagaimana media-media masa barat menghentam dan melaporkan islam secara negatif,dek kerana tidak ada etika dalam melaporkan sesuatu perkara maka ia akan mengakibatkan situasi ‚win-loss’.Yang tidak menguntungkan adalah islam dan imej islam terus tercemar,jika situasi ini tidak ditangani secara serius maka ia akan menjadi barah yang berbahaya.Selain itu pengaruh Media juga menjaja Ideologi Hindunism iaitu berlebih-lebihan dalam hiburan yang kini ideology tersebut membiak dalam pemikiran rakyat Malaysia dan khususnya Orang Islam.Brother Shah (guru FCR saya) juga ada menyebut tentang Filem2 atau drama melayu lebih bahaya dari filem2 atau drama Barat.Soalnya kenapa?Jawapannya mudah,jika anak-anak kecil menonton filem atau drama dari barat mereka dapat membezakan dengan mengatakan “ooo..ini filem orang barat berlakon memanglah takde sopan santun dan sebagainya” tapi bila menonton drama atau filem melayu mereka akan berkata “eh kalau diorang boleh buat kita pun boleh buat sebab dia sama agama dengan kita”..Sebab mereka kata begitu kerana yang berlakon dalam MALAYWOOD tu adalah sama dengan kakak-kakak atau abang-abang mereka,maka mereka mudah terpengaruh.Saya sungguh sedih apabila anak remaja kita dihidangkan dengan hiburan yang tak tentu arah hingga hilang sifat malu dan sopan santunnya.

Dan para non-muslim pula melihat perkembangan ini dengan pandangan tidak betul,kerana mereka akan berkata “sama saja je perangai orang islam dengan kita”.Itulah akibat yang sangat ditakutkan.Mereka sebenarnya salah kerana mereka melihat penganutnya tapi tidak melihat Islam itu sendiri,saya tak boleh salahkan mereka 100% kerana umat Islam sendiri taknak menunjukkan praktik Islam yang sebenar kepada mereka yang bukan beragama Islam.

Metodologi Menjawab soalan

Saya lebih tertarik dengan topic Metodologi menjawab yang dibawa oleh Bro Shah untuk diutarakan dalam artikel ini..

· Point utama bagi menjawab soalan ialah ‘memahami soalan yang ditanya”.Point ini tidak ramai yang pedulikan,dan bila tak faham dia akan jawab soalan yang ditanya dengan merapu.Bak kata Bro Shah “pusing satu dunia baru jawapannya disampaikan” banyak sangat bunga-bunga yang dibawa sehinggakan ia akan membuatkan orang yang menanya itu tidak berasa selesa.terutamanya orang bukan Islam.Mereka mahu jawapan dengan cepat dan ringkas dan satu pantangnya ialah JANGAN BERBOHONG dengan orang bukan Islam.Jika tidak tahu cakap tidak tahu.Itu methode pertama yang perlu diterapkan oleh seorang Dai’.

· Kedua ialah jawab soalan berdasarkan iman orang yang bertanya bukan berdasarkan iman kita..Misalnya Nabi Muhammad pernah menjawab satu soalan dengan jawapan yang berlainan berdasarkan siapa yang bertanya itu.Misalnya baginda disoal mengenai apakah jihad yang utama,nabi Muhammad memberikan jawapan yang berlainan.Ini menunjukkan pendekatan perlu berhikmah dan kita kena pandai memerhati keadaan dan kondensi orang yang bertanya tersebut.Sama ada jawapan itu adalah untuk memotivasikan,meyakinkan atau mendekatkan kepada kebenaran.Menurut Bro Shah pendekatan kebanyakan para dai’ kita tidak sesuai dan kadang2 emosi.dan kadang-kadang kita memarahi orang bukan islam apabila mereka menanyakan sesuatu tentang islam.Mereka yang marah-marah ini sebenarnya tidak tahu untuk menjawab disebabkan itu mereka marah-marah.Jika situasi ini berterusan maka ia akan menyusahkan dan menyempitkan ruang dakwah itu sendiri.Sebagai seorang dai kita perlu pandai mengawal emosi dan sentiasa bersikap rasional,objektif dan saintefik.Kalau boleh apabila menjawab soalan berikan mereka nombor rujukan,ayat berapa dan kalau boleh muka surat berapa dan perenggan berapa sekali.Secara tidak langsung ia akan memberikan imej “oh orang islam ini betul-betul yakin dengan agama mereka dan mereka betul-betul memahami agama mereka ”.Ini yang kita mahukan.

· ketiga ialah sentiasa mengeluarkan hujah-hujah yang logic terhadapa orang-orang bukan islam.Kalau boleh sentiasa kaitkan Al-Quran dengan Sains bagi menunjukkan agama islam adalah agama yang sentiasa selari dan releven bagi setiap zaman.

setelah kita mengetahui beberapa Method untuk menjawab soalan, saya lebih suka mendedahkan kepada para pembaca beberapa soalan lazim yang selalu ditanya oleh orang bukan Islam kepada para dai’.Antaranya ialah:

1. masuk islam adalah masuk melayu.Paradigma ini sentiasa diselebungi oleh masyarakat Malaysia khasnya.Dimalaysia ini jika masuk Islam adalah masuk melayu.Nama perlu ditukarkan kepada nama melayu,kena pakai songkok dan pelbagai lagi.Tidak ada Nas yang sahih menunjukkan yang Nabi Muhammad menyuruh orang yang baru masuk islam menukarkan namanya.Misalnya Saidina Umar,namanya ketika mushrik dan setelah masuk islam tetap dengan Umar.Ini menunjukkan bahawa nama ,adat dan bangsa adalah tidak berubah sekalipun setelah memeluk Islam.Hanya Iman yang kita mahukan, yang lain jika tidak bercanggah dengan Quran dan Sunnah maka ia boleh dilaksanakan.

2. Agama Islam adalah agama yang susah.Pada hakikatnya Agama Islam adakah agama yang amat mudah dan praktikal.Sepertimana Firman Allah surah yang ke 22 ayat 78 ” Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya Dia lah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan ugamanya); dan Ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara ugama, ugama bapa kamu Ibrahim. Ia menamakan kamu: "orang-orang Islam" semenjak dahulu dan di dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu, dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah). Oleh itu, dirikanlah sembahyang, dan berilah zakat, serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah! Dia lah Pelindung kamu. Maka (Allah yang demikian sifatNya) Dia lah sahaja sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Pemberi pertolongan.”.

Selain itu dalam surah yang sama ayat ke 86 “(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.

Allah sendiri telah berfirman bahawa Allah sentiasa menginginkan kemudahan dan tidak mahukan kesusahan dihadapi hamba-hambanya.Selain hujah dari Nas saya juga gemar menghidangkan hujIslam itu adalah agama fitrah dan ia sentiasa releven, Analoginya seperti mandi disebatang sungai,adakah kita mahu berenang melawan arus atau mengikut arus.Sudah semestinya kita akan berenang mengikut arus kerana ia tidak susah dan sentiasa memudahkan kita untuk bergerak.Semua perkara yang diperintahkan oleh Allah adalah semata-mata untuk kebaikan para hambanya.Tidak ada sedikit pun ia mempengaruhi kekesuaan Allah.segala larangan yang deperintahkan oleh Allah pun adalah untuk kebaikan Hambanya.Tamsilannya begini,Ali ada seorang anak kecil.Nama anaknya itu Abu,pada suatu hari abu melihat api yang sedang marak dan abu terasa tertarik dengan api tersebut.Kemudian abu memberitahu ayahnya Ali bahawa dia nak main didalam api.Ali melarangnya sekeras-kerasnya kerana Ali sudah tahu bahawa berbahaya bermain api.Walaubagaimana cara sekalipun Abu memujuk ayahnya,namun Ali tetap melarangnya kerana Ali sangat menyayangi Abu.Ali takut api akan membakar Abu.Cerita ini related dengan mengapa adanya larangan dari Allah.

Bersambung pada episode yang seterusnya iaitu jawapan bagi persoalan semua agama adalah sama dan persoalan Ah Chong baik VS Ali jahat, dan beberapa isu keganasan.Tunggu artikel selanjutnya dari saya…..tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuu….