Tuesday, June 30, 2015

RAMADHAN DAN MAKAN BUKAN TUHAN KITA


Minggu pertama bulan Ramadhan sudah meninggalkan kita. Antara sedar dan tidak, hari-hari di bulan Ramadhan begitu cepat berlalu. Lapar dan dahaga tidak terasa, sedar-sedar sudah maghrib dan berbuka puasa. Apakah dunia semakin tua dan renta, masa juga tidak mahu menunggu lama diri kita yang banyak dosa? 

Muhasabah kembali 11 bulan yang lepas, bertanya kepada diri sendiri adakah saya sudah menjadi Hamba Allah yang taat? Atau sekadar hamba yang ala kadar mengabdikan diri kepada Allah? Kemudian cuba menokok lompang-lompang yang ada, dengan beribadah sekuat hati di bulan Ramadhan. Tertanya-tanya juga, adakah Ramadhan Tuhanku, atau Allah Tuhan aku yang menghidupkan dan mematikanku.

“Bulan Ramadhan penuh masjid. Sampai tak cukup saff.” Teman saya bergurau. Saya sendiri tersentap, betul kata dia, Ramadhan penuh masjid ini, kalau tidak 1 saff saja setiap waktu. 

“Pesta ibadah. Diaorang ingat Tuhan masa bulan puasa saja kot.” Aduh, sakitnya tuh di sini! Teman saya ini memang kaki masjid, dan saya doakan agar dia termasuk dari 7 golongan yang dinaungi Allah di akhirat nanti.

Hati sangat-sangat tersentap bila teman saya menyoalkan sikap umat Islam yang menjadikan Ramadhan hanya bulan beribadah kepada Allah. Sehingga melupakan bahawa Allah itu adalah Tuhan kepada seluruh bulan yang ada. 

Friday, June 26, 2015

LAGI 5 MINIT TUTUP

"Kau rasa sempat ke kita ini? Aku dah cuak dah ini." Saya dah tak senang duduk, sudahlah saya dengan mizan sahaja dalam bas ini. 
Saya berdebar-debar. Kepala dah mula pening, perut pula dah sebu-sebu. Tak tahu nak mengadu pada siapa, dan tiada tempat untuk meminta tolong. Bas bertolak jam 4.30 petang dari Melaka, hanya saya dan Mizan menjadi penumpang bas StarMart. Kami sangka, paling lewat pun kami sampai ialah jam 7 petang. Nasib baik saya dah awal-awal check in melalui website AirAsia. Okay. Pada mula memang rasa semuanya smooth sahaja, tanpa ada sebarang masalah. Yalah, dah banyak kali naik kapal terbang dah pergi banyak tempat kononnya dan sudah kali ketiga ke Bangkok.
Orang kata, panas disangka hinga ke petang, rupanya hujan ditengahari yang perit dan membakar! Kami stuck dari keluar dari tol ayer keroh, sebab ada sebuah Lori Trailer terbalik dan halang jalanraya. Semua kenderaan kena ikut jalan lama, dan keluar balik dekat tol pedas linggi. 
Saya dah tak boleh nak cakap apa-apa dah, badan dah tak sedap kepala pun dah pening. Mizan masih steady borak-borak dengan Driver. Sempat jugalah saya dengar, Uncle ini ada 8 orang anak, ada seorang jadi polis, dan dah 17 tahun duduk di Melaka.
“U okay lagi. Kawan awak seorang lagi ini, saya rasa bila sampai Airport baru dia senyum.”
Saya tersenyum kelat. Malas nak melayan.