Friday, January 5, 2007

AMALAN BERCUKUR YANG PATUT DITINGGALKAN


Cukur Jambul Amalan Bidaah Orang Melayu

Oleh ZUNAIDAH ZAINON

Sumber: Utusan Malaysia (11 Sept 2006)

AMALAN cukur jambul kebiasaannya diadakan sempena menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga. Berpandukan kepada syariat Islam, istilah cukur jambul sebenarnya tidak wujud dan selari dengan sunah Nabi Muhammad s.a.w.. Malah amalan ini juga dipercayai berasal daripada kepercayaan masyarakat India yang beragama Hindu.

Dalam Islam, Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama." (Riwayat Ahmad dan disahkan oleh Turmudzi)

Berdasarkan kepada hadis ini, ulama menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. menggalakkan umat Islam yang dikurniakan cahaya mata supaya melakukan akikah pada hari ketujuh. Kemudiannya, daging akikah tersebut diagih-agihkan kepada golongan fakir miskin.

Mengikut sunah, apa yang dilakukan oleh Baginda kepada cucunya, Hasan dan Husin, apabila jatuh hari ketujuh diadakan akikah adalah memberikan nama dan mencukur rambut mereka berdua. Rambut tersebut ditimbang dan disamakan dengan nilai perak dan kemudiannya disedekahkan kepada fakir miskin. Bagaimanapun, ulama hari ini menyatakan, emas boleh digunakan bagi menggantikan perak. Bahkan, mengikut Islam juga, pada hari ketujuh akan dilakukan tahnik, jelas Pegawai Agama Istana Negara, Datuk Abu Hassan Din al-Hafiz.

Menurut beliau, amalan tahnik adalah memasukkan sesuatu yang manis seperti manisan madu lebah atau buah tamar yang dihancurkan dan memalitkannya ke lelangit bayi. Sebaliknya, cecair manis hanya disapukan ke bibir bayi dan bukannya ke dalam mulut sebagaimana yang disunahkan oleh Rasulullah s.a.w..

Islam menggalakkan amalan mencukur rambut bayi sehingga botak supaya segala kekotoran yang keluar daripada rahim dapat dibuang dan membolehkan rambut baru tumbuh dengan sihat.

Sebahagian masyarakat Islam hari ini tidak mencukur rambut anak-anak hingga botak sebaliknya mengadakan upacara cukur jambul sebagai adat dan tradisi yang telah dilakukan sejak turun temurun. Tambah mengelirukan, rambut yang digunting itu dimasukkan ke dalam buah kelapa.

Memandangkan terdapat beberapa perkara yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam, maka ulama berpendapat, mengamalkan adat cukur jambul adalah bidaah dan khurafat. Paling menyedihkan apabila terdapat segelintir umat Islam yang cuba menghidupkan kembali kepercayaan seperti ini.

"Mengikut sesetengah pendapat, amalan cukur jambul adalah tradisi dan kepercayaan yang dilakukan oleh masyarakat India seperti menggunakan buah kelapa. Soalnya, kenapa menggunakan buah kelapa? Apakah relevan amalan sebegini dengan masyarakat Islam?" kata beliau.

Selain amalan-amalan di atas yang bertentangan dengan syariat agama, kesilapan yang turut dilakukan ibu bapa hari ini ialah akikah atau cukur rambut dilakukan setelah bayi berusia beberapa bulan. Majlis tersebut turut disertai dengan adat berendoi di mana buaian dihias dengan bunga-bungaan dan perhiasan lain.

Menurut Abu Hassan, upacara cukur rambut tidak perlu disertakan dengan marhaban atau berzanji. Ia memadai dengan bercukur rambut sahaja. Melainkan jika ia diadakan pada hari akikah, bolehlah diadakan jamuan.

"Tetapi kadang-kadang disebabkan rasa gembira dengan kehadiran orang baru dalam keluarga, kita mengadakan majlis secara besar-besaran hingga menampakkan unsur-unsur kemewahan. Perbuatan ini tidak menjadi kesalahan asalkan niat dan tujuan diadakan adalah ikhlas kerana Allah s.w.t.. Cuma dibimbangi sekiranya ia bertukar menjadi riak, maka ia adalah menjadi satu kesalahan," ulas beliau mengenai kecenderungan masyarakat hari ini yang gemar mengadakan majlis cukur jambul secara besar-besaran.

Masyarakat Islam harus faham bahawa sesuatu amalan yang dilakukan sama ada yang sudah menjadi tradisi dan kebiasaan tanpa bersumberkan nas atau dalil yang sah perlu ditolak. Apatah lagi apabila ia dikaitkan dengan kepercayaan dan tradisi agama lain.

Kebanyakan amalan yang dijadikan adat bagi orang Melayu dipercayai berasal daripada kepercayaan masyarakat India yang sekian lama diamalkan di negara ini. Berpandukan kepada sejarah, sebelum kedatangan Islam ke Tanah Melayu, penduduk asal negara ini ketika itu menganut agama Hindu.

Antara adat yang tidak boleh dipisahkan oleh masyarakat Melayu ialah persandingan dan menepung tawar pengantin ketika majlis perkahwinan. Walaupun Islam tidak melarang tetapi dari segi perlaksanaannya ia tetap bertentangan dengan syariat agama. Contohnya, menghiaskan pengantin dan ditambah dengan pelamin yang berhias bunga-bungaan dan sebagainya. Kemudian, pengantin diletakkan di atas pelamin dan diadakan upacara merenjis dan menepung tawar. Malah pengantin perempuan pada hari ini juga cenderung melukis pelbagai bentuk dan corak pada tangan mereka sedangkan ia jelas bertentangan dengan hukum Islam yang melarang sebarang lukisan dilakukan pada anggota badan.

"Sebenarnya terlalu banyak adat dan tradisi yang bertentangan dengan syariat tetapi masih tetap diamalkan oleh masyarakat Melayu. Sepatutnya semua perkara bidaah ini harus dihentikan demi menjamin kesejahteraan ummah. Justeru, demi kebaikan bayi yang dilahirkan supaya menjadi manusia yang berguna kelak, tidak seharusnya mereka didedahkan dengan perkara khurafat dan bidaah sejak masih kecil," tegas beliau.

Adat Cukur Jambul (Menurut Kebiasaan Amalan Masyarakat)

Adat ini dilakukan pada hari ketujuh selepas bayi dilahirkan. Untuk menjalankan upacara tersebut beberapa kelengkapan disediakan iaitu sebuah dulang berisi tiga mangkuk atau piring yang berisi air tepung tawar, beras kunyit dan bertih.

Sebiji kelapa muda dipotong bahagian kepalanya dengan potongan berkelok-kelok siku seluang untuk dijadikan penutup. Airnya dibuang dan diganti dengan sedikit air sejuk. Kemudian kelapa yang dihias dengan lilitan rantai emas atau perak disekelilingnya diletakkan di dalam sebiji batil. Kesemua rambut bayi yang dicukur akan dimasukkan ke dalam kelapa. Akhirnya kelapa tersebut di tanam di sekitar halaman rumah bersama sepohon anak kelapa atau seumpamanya sebagai memperingati masa anak itu dilahirkan.

Lazimnya, semasa adat ini dijalankan akikah turut diadakan. Dari segi syarak, akikah membawa pengertian menyembelih ternakan pada hari ke tujuh selepas anak dilahirkan. Akikah sunat dilakukan pada hari ketujuh kelahiran iaitu boleh dijalankan serentak dengan adat mencukur rambut dan adat memberi nama. Namun ia juga boleh dilakukan pada hari yang lain.

Adat berendoi (Menurut Kebiasaan Amalan Masyarakat)

Semasa adat berendoi, bayi akan diletakkan di dalam buaian dengan menggunakan kain songket atau batik dan dihias indah dengan bunga-bungaan. Selendang akan diikat di kiri kanan buaian dan ditarik perlahan-lahan semasa upacara berlangsung. Ketika itu juga nazam atau marhaban dialunkan oleh sekumpulan lelaki atau wanita. Pada hari ini, masyarakat Melayu menjalankan adat ini serentak dengan adat memberi nama dan adat cukur rambut.

Sumber: Utusan Malaysia (11 Sept 2006)

HUBUNGI PARADIGMA

Sila guna 'EMAILKAN' di bawah untuk menghubungi Paradigma. Kritikan, pembetulan atau cadangan adalah amat dihargai. Paradigma akan memberi respon secepat mungkin.




NIKAH KHITBAH

BRADER BERSAMA USTAZ MAZLEE MALEK
Nikah Khitbah : Solusi Masalah Cinta Remaja!
Oleh : Ustaz Maszlee Malik

Selepas Majalah I sudi menerbitkan artikel “Cinta anta dan anti” penulis menerima banyak maklum balas. Sama ada melalui sms, panggilan telefon, emel dan juga pertanyaan-pertanyaan. Apabila majalah I bulan Mac pun turut memaparkan reaksi para pembaca mengenai artikel tersebut, persoalan ini semakin popular. Terdapat juga pertubuhan-pertubuhan di IPTA dan IPTS menjemput penulis untuk berbicara “soal cinta”. Walaupun bukanlah seorang pakar dalam hal ini, namun pengalaman yang dilalui sepanjang enam tahun menjadi pensyarah IPT turut mendorong artikel tersebut dihasilkan.

Antara soalan yang biasa diajukan kepada penulis berkaitan artikel “cinta anta dan anti” ialah: “Apakah kesudahannya?” atau “Apakah penyelesaiannya?” Artikel tersebut seolah-olah tergantung, dan ramai yang begitu ingin mendapatkan jawapannya.

“Ustaz, jangan biarkan kami terawang-awang begini, berikanlah penyelesaiannya!”, antara bunyi sms yang pernah diterima. Mudah-mudahan nukilan ini cuba memberikan alternatifnya.
Akibat Kurang Bercinta

Ketika ada yang bertanya punca siswa dan siswi Melayu kurang cemerlang di IPT, saya jawab dengan mudah: “Mereka kurang bercinta!”. Tentu ramai yang tidak berpuas hati dengan jawapan tersebut. Mereka lantas mengungkit teori saya bahawa ramainya pelajar Melayu gagal di IPT adalah kerana gejala “coupling”. Saya menegaskan bahawa memang “coupling”lah yang menjadi faktor utama kegagalan pelajar-pelajar IPT, tidak kira Melayu atau bukan. Coupling hanya menghabiskan masa, duit, perasaan dan juga tenaga intelektual yang mereka ada. Coupling hanya membawa kepada kegagalan, kecuali coupling yang halal, iaitu menerusi perkahwinan! Lihat sahajalah laporan akhbar kosmo mengenai kegiatan seks luar nikah dan juga aktiviti pengguguran para siswi IPT di ibu kota .

Cuma bercinta dan coupling adalah dua benda yang berbeza. Bercinta yang dimaksudkan ialah proses percintaan yang sebenar. Cinta yang suci dan bersifat positif dan jauh dari pencemaran maknanya yang hakiki. Cinta yang difahami oleh kebanyakan orang dewasa ini adalah “nafsu” dan bukannya cinta. Cinta telah ditukarkan kepada nafsu oleh idealogi materialisme dan juga liberalisme yang berjaya menjajah pemikiran manusia dewasa ini. Cinta sebenarnya bersifat suci dan positif serta jauh dari nafsu. Sayangnya apabila manusia gagal memahami erti cinta, mereka telah menjadikannya sesuatu yang taboo, negatif dan juga tidak suci lagi.

Coupling pula, walaupun dari segi literalnya bersikap neutral, tetapi telah dikotorkan oleh idealogi liberal yang menjadikannya hanya sebagai definisi kepada perhubungan intim dia insan berlaina jantina sebelum berkahwin. Mengikut tafsiran coupling yang difahami oleh ramai orang dewasa ini, ia bukanlah bercinta, tetapi lebih kepada “melayan nafsu serakah” semata-mata.
Cinta yang dimaksudkan di sini ialah cinta suci. Cinta kepada Allah dan Rasul, cinta kepada agama Islam, cinta kepada ibu bapa, cinta kepada Negara dan juga cinta kepada pasangan suami atau isteri. Cinta akan menjadi unsur motivasi dan penggerak, dengan syarat ia adalah cinta sejati!Khitbah Bukan Tunang

Salah seorang remaja dari salah sebuah IPT di Gombak pernah mengatakan, “Alah, takkan tak boleh couple ustaz, kita ni bukan hidup zaman dulu lagi. Lagipun bukan buat apa-apa, untuk suka-suka aje!”.

Penulis menjawab: “Siapa kata tak boleh coupling? Nak bercouple, bercouplelah, tapi kena dengan cara yang halal…iaitu bernikah!”.

Jika diutarakan persoalan nikah, ramai yang akan memberikan respon yang skeptic. “Mana ada duit!”, “Nak bagi anak orang makan apa?”, “Mak bapak tak kasi!”, “Nak tinggal di mana?”, “Mana ada kerja lagi!”, “Diri sendiri pun tidak terjaga!” dan pelbagai alasan lagi. Mengapa mereka boleh mengemukakan alasan-alasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan untuk melakukan perkara yang haram? Jawapan saya bagi segala persoalan tersebut, mudah sahaja… “Kamu wajib berkhitbah!”.

Apakah “khitbah”? Jika diterjemahkan secara literalnya, ia membawa maksud “bertunang”. Bertunang menurut adat dan pengamalan orang Melayu adalah perjanjian di antara dua orang insan untuk berkahwin melalui proses ritual tertentu. Definisi itu jugalah yang terdapat dalam pengamalan fiqh klasik dan juga di zaman Rasulullah s.a.w. Definisi ini jugalah yang diamalkan oleh orang-orang Melayu di Malaysia. Malangnya, disebabkan kejahilan masyarakat, hubungan pertunangan yang sekadar perjanjian semata-mata ini, akhirnya dianggap sebagai upacara untuk menghalalkan perhubungan di antara dua pihak yang bertunang. Lebih dahsyat lagi, ada di antara ibu bapa yang menyangkakan bahawa bertunang bermaksud “separuh berkahwin”. Ada pasangan yang bertunang, berpelesiran, berpegangan tangan dan juga bermadu asmara akan cuba menjustifikasikan tindakan tersebut dengan ikatan pertunangan serta mendapat restu ibu bapa kedua-dua belah pihak.

Khitbah menurut pengamalan orang Arab moden, terutamanya di Jordan pula amat berbeza dengan pengamalan orang bertunang secara klasikal dan juga pengamalan orang Melayu. Ia merupakan “akad nikah” dalam erti kata yang sebenar. Akad khitbah di dalam masyarakat arab pada realitinya merupakan akad nikah. Seperkara yang membezakan di antara akad nikah dan khitbah ialah kedua-dua pasangan khitbah tidak tinggal bersama sehinggalah selesai majlis perkahwinan dijalankan. Pada dasarnya, mereka berdua adalah suami isteri dan halal untuk melakukan apa sahaja yang difikirkan untuk mereka melakukannya. Di dalam masyarakat kita, pernikahan tersebut diberikan nama “nikah gantung”. Bukankah bunyinya amat mengerikan?
Jika ditukarkan nama “nikah gantung” tersebut kepada “nikah khitbah” tentu konotasi terhadap kontrak tersebut tidaklah mengerikan. Bunyinya pun agak “islamik”. Jika ia dapat diamalkan oleh kebanyakan para siswa dan siswi kampus yang dilanda asmara dan cinta serius berkemungkinan ia boleh menyelesaikan banyak perkara yang mereka hadapi.
Khitbah di IPT

Jika pelbagai alasan yang dikemukakan demi mengatakan bahawa bernikah di alam kampus itu mustahil, maka khitbah adalah solusinya. Kedua-dua pasangan tidak perlu duduk sekali, tidak perlu mencari rumah berasingan, tidak perlu menanggung satu sama lain, tidak perlu makan lebih,tidak perlu membeli peralatan rumah dan perabot-perabot. Nikah adalah untuk menghalalkan perhubungan dan juga membina kematangan. Yang utamanya, kedua-dua pasangan sudah halal dan sudah boleh bersama dan melakukan apa sahaja.

Bunyinya agak mudah, namun realitinya tidak demikian. Sudah pasti ada ibu bapa akan tidak bersetuju. Dalam hal ini, anjakan paradigma oleh para ibu bapa amat diperlukan. Ibu bapa perlu sedar zaman anak-anak mereka kini bukanlah seperti zaman mereka dahulu. Zaman kini fitnahnya berleluasa dan kebejatan moral menggila. Lihatlah apa yang berlaku di IPT-IPT seluruh tanah air, rasanya pendedahan oleh sebuah akhbar harian baru-baru ini mengenai aktiviti pengangguran di IPT-IPT Lembah Klang sudah cukup merisaukan banyak pihak. Apakah ibu bapa mengharapkan anak-anak mereka menjadi malaikat yang tidak terpengaruh dengan suasana persekitaran, rancangan-rancangan hiburan dan bahan-bahan literasi menjurus kearah maksiat dan nafsu.

Sudah sampai waktunya para ibu bapa moden membuat anjakan paradigma. Mereka hendaklah menerima realiti jahiliah moden yang menggila ini. Mereka menghadapi dua jalan penyelesaian, sama ada menerima arus liberal dan sekular yang menghalalkan segala perhubungan bebas di antara dua jantina, dan kemudian mereka yang akan menanggung malu. Atau pilihan kedua, iaitu untuk membenarkan anak-anak mereka menikmati alam percintaan dengan cara yang halal, iaitu melalui ikatan perkahwinan. Walau bagaimanapun, membenarkan anak-anak mereka bernikah di dalam ini adalah satu risiko. Maka di sinilah peranan ibu bapa moden untuk membantu anak-anak mereka mengurangkan risiko tersebut demi menyelamatkan agama dan maruah mereka.

Kebanyakan ibu bapa menyuarakan kerisauan mereka terhadap kemungkinan anak mereka akan hamil dan ia sudah pasti mengganggu pembelajaran. Penyelesaian untuk perkara tersebut amat mudah. Pasangan itu sendiri perlu mengambil langkah berjaga-jaga dengan pelbagai cara untuk mengelakkan kehamilan sewaktu belajar. Adalah amat naïf bagi mereka yang hidup alaf baru ini tidak mengetahui cara untuk mencegah kehamilan. Jika kaedah pencegahan tersebut gagal, dan dengan izin Allah, pasangan tersebut terpaksa menghadapi fasa kehamilan, maka sokongan ibu bapa amat diperlukan.

Risiko
Seperkara yang perlu diingat, perkahwinan di kampus ini juga tidak sunyi dari risiko. Adalah terlalu silap untuk menyangkakan semuanya indah belaka tanpa sebarang cabaran. Pernikahan di kampus hanyalah salah satu penyelesaian untuk masalah perhubungan bebas di antara jantina dan juga salah satu kaedah rawatan untuk gejala maksiat di IPT. Sekurang-kurangnya, walaupun ia berisiko, namun ia masih dapat mengelakkan risiko yang lebih besar. Walau bagaimanapun, bagi mereka yang tidak terlibat dengan gejala berpacaran, serta boleh mengawal diri dan nafsu, adalah digalakkan untuk mereka hanya menumpukan perhatian kepada pembelajaran. Cadangan nikah kampus atau nikah khitbah ini hanyalah untuk mereka yang tidak mempunyai ketahanan jiwa dan keyakinan diri yang mantap untuk menghadapai cabaran semasa yang begitu menggila. Akhirnya kepada para siswa dan siswi kampus dan juga para aktivis di universiti, walau apapun tindakan yang diambil, pastikan mardhatillah menjadi matlmat utama!
(Majalah i Mei 2006)

Perhatian


Blog Paradigma dibangunkan atas tujuan untuk berkongsi ilmu dan idea penulis. Setiap posting di dalam blog ini ditulis oleh pemilik blog ini, kecuali dinyatakan sebaliknya. Adalah dibenarkan untuk menyalin, mencetak atau menyebarkan sebarang tulisan daripada blog ini secara percuma dengan syarat bukan untuk tujuan komersil, kandungannya tidak diubah, dan penulis dimaklumkan terlebih dahulu. Tulisan tersebut juga perlu disertakan URL blog ini. Syarat yang dikenakan adalah untuk memudahkan proses rujukan, memberi komentar, membaca komentar pembaca lain atau pembetulan kesilapan.

Thursday, January 4, 2007

HASIL KAJIAN

Di bawah ini adalah antara hasil kajian yang pernah saya buat, dan ada di antaranya pernah dibentangkan di seminar atau kelas-kelas pengajian. Hasil kajian ini tidak akan terlepas dari sebarang kesalahan dan kesilapan, oleh itu jika ada sebarang kesilapan atau kesalahan, sila beritahu dan nyatakan kesilapan atau kesalahan tersebut. Moga hasil kajian ini dapat dikongsi bersama dan disebar-luaskan.

1- Membongkar kepalsuan As-Sya'ari al-Arqam : Tulisan ini membongkar kepalsuan yang ada di dalam sebuah buku karangan isteri beliau. Kajian ini mengambil masa 1 minggu untuk mengupas dan mengeluarkan isi-isi penyelewengan dan kepalsuan buku tersebut.

2- Bagaimana solat di dalam Kapal Terbang : Menjelaskan kaedah dan dalil bagaimana untuk solat di dalam kapal terbang semasa dalam perjalanan.

3- Memakan sembelihan Yahudi dan Nasrani, haram atau halal? : Mengupas tentang kebenaran memakan sembelihan Yahudi dan Nasrani dari pandangan para Ulama Muktbar.

4- Bolehkan Jin merasuk badan Manusia? : Menceritakan serba sedikit tentang kejadian Jin dan dua pandangan tentang benar atau tidak bahawa Jin boleh merasuk.

5- Tidak tahu solat Qasar? : Tulisan ini akan menerangkan secara ringkas tapi padat, cara, bagaimana, dan bila solat Qasar boleh dilakukan.

6- Pandangan Imam Syafie tentang zikir selepas solat : Tulisan ini mengupas secara tuntas tentang zikir selepas solat. Adakah ia boleh dikeraskan bacaannya atau perlu didiamkan.

7- Murtad, satu trend atau satu bencana? : Membincangkan tentang hukuman kepada mereka yang murtad dan apakah ada taubat bagi mereka.

8- Air musta'mal boleh dibuat untuk berwudu' ? : sebuah tulisan menjadikan blog ini dahulu sedikit kontroversi. Tulisan 2 tahun dahulu.

9- Bolehkah solat dengan berkasut? : Membincangkan tentang sebuah sunnah yang telah dilupakan, sunnah memakai kasut jika solat di luar masjid.

10- Kesalahan yang biasa dilakukan ketika solat : Menjelaskan tentang beberapa kesalahan biasa umat Islam ketika solat.

11- Maulidur Rasul, antara Bida'ah dan Mubah 1
Maulidur Rasul antara Bida'ah dan Mubah 2
Maulidur Rasul antara Bida'ah dan Mubah 3

Menilai kembali beberapa pandangan dari para Ulama Muktbar tentang keharusan menyambut Maulidur Rasul. Namun begitu, terdapat beberapa syarat yang harus dipatuhi agar tidak menyanggah syara'.



~AYAH DAN IBU~


asslamualaikom...
syukur kehadrat ALLAH,sSELAMAT BERPUASA kepada semua raakan2ku...
sejak akhir2 ni aku selalu sebak bile teringat ibu n ayah aku...ntah la,dalm 3 mggu ni pon dah 3 kawan aku mak@ayah diorang meninggal...takut nak menghadapi kenytaan tersebt tapi tidak boleh tidak aku mesti mnerimnya,seperti Firman ALLAH "SETIAP MANUSIA AKAN MERASAI MAUT"..Dan kematian adalah satu SUNATULLAH dan aku tidak bleh menolaknya...Namun aku tak sedia dengan semua tu...erm...hari aku sentimntal skit lak..Smalam aku tgk forum perdana kat tv1,tajuk perbincangan "WARGA EMAS".Aku ingat lagi apa yg Dr Sharifah cakap,dia kata selagi ada ibu dan ayah nilah masanya kita berbakti kepada mereka,jgn bila mreka dah tiada didunia ini baru kita terhegeh2 sampai sanggup mencium batu nisan mereka.
SUBHANAALLAH...betapa kita lupa bahwa pinjaman ALLAH ini bila2 masa DIA boleh ambil balik...
Dan disamping tu Dr sharifah menceritakan dimana Nabi Saw bersabda "kalaulah aku ada kedua orang tua ku,atau salah satunya.Ketika aku sudah mengangkat takbir dan membaca fatihah,dan ketika itu juga ibuku memanggilku,maka aku akanku Sahut seruan itu"..YaALLAH bertapa mulianya insan yang bergelar ibu dan ayah..Tanpa mereka kita tidak dapat merasa apa yg kita rasakan sekarang ini..
Dan ALLAH juga sudah berfirman tentang payahnya ibu mengandungkan kita,firmanNYA"dan kami perintahkan kepada manusia(berbuat baik) kpda kedua orang tuanya,ibunya telah mengandungnya dalam keadaan LEMAH YANG BERTAMBAH-TAMBAH dan menyampihnya dalam dua tahun ..." (surah luqman ayat 14)*menyampihnya=menyusunya.
Allah juga berfirman"jgnlah kamu mengatakan ah...",dalam kaedah ilmu saraf dan nahwu,perkataan jangan membawa maksud larangan dimana kita tidak sekali2 boleh,berdosa besar..sedangkan AH tak boleh kita cakap,inikan pulak "ala mak kejap la","kita dengarlah mak,mak cakap mcam kita pekak pulak","ee..mak ni,kejapla,saya nak tgk cerita ni", dan macm2 lagilah yg kita cakap terhadap ibu dan bapa kita,terutama pada ibu.,para pembca BLOGKU ni,sempena bulan ramdhan kita berubahlah ke jalan kebaikan.bertaubatlah dan berjanji pada diri kita,yang kita takkan lakukan perkara yg bkn hak terhdap kedua ibubapa kita..Allah berfirman "ssghnya aku mnyukai hambaKU yang bertaubat dan menyucikan diri"...
sampai disini jela nasihat,aku mengingatkan utk diriku juga dan utk para pembca..ingatlah IBUBAPA KITA ADALAH PINJAMAN DARI PEMINJAM YANG MAHA AGUNG.....SUBHANAALLAH!!!!!



7/10/2006
13 RAMDHAN 1427H
SAYANG IBU N AYAH SANGAT2,DAOKAN KEJAYAANKU!!! ashabul_kahfiislamic@yahoo.com

CERITA WAHABI YANG DONGENG???


DONGENGAN TENTANG WAHABI

Asslamualaikom,,,berjumpa lagi kita tapi dalam episode yang berlainan.Kali ini saya nak bercerita sedikit tentang kekecewan saya dalam beberapa perkara terhadap masyarakat kita sendiri.Saya memanglah bukan seorang yang boleh digelar ulama dan mujtahid tapi adakah salah jika saya nak mengkaji dan memahami Islam yang tulen.Dan adakah salah jika saya nak menyampaikan dan berkongsi tentang sesuatu yang saya tahu?Kadang2 saya emosi juga bila memikirkan apa saya hadapi ini,belajar agama salah tak belajar agama pun salah,sedih sangat-sangat bila ada orang mengatakan saya gila ‘ntah apa-apa’, ‘ko belajar dari mana ni’ dan bermacam lagi….Adakah mereka tidak pernah membaca dan memahami firman Allah yang bermaksud "dan jgnlah kamu mencampurkan kebenaran dan kebatilan dan janganlah kamu sembunyikan kebenaran sedangkan kamu mengetahuinya"(surah al-baqarah;42).

Saya selalu termenung seketika bila mengenangkan persepsi masyarakat(tidak semua tapi kebanyakan) terhadap orang2 seperti saya.Memang kami mengaku kami tidak la hebat seperti Yusuf Qaradawi dan sebagainya tapi kita sepatutnya tidak melihat kepada ‘siapa yang cakap tapi lihatlah apa yang dicakapkan’..Begitulah yang dituturkan Saidina Ali kepada sahabat semasa perang siffin berlaku,dimana ketika sahabat dalam dilemma sama ada mahu berpihak kepada Umaiyah atau Saidina Ali.Dan pepatah arab pun pernah menyatakan “orang yang berilmu itu nampak besar walaupun orang itu muda(usianya),dan orang yang jahil nampak kecil walaupun orang itu besar (usianya)”…

Kita boleh lihat sejarah dimana Imam Syafie memberi fatwa walaupun ketika itu beliau baru berusia 15 tahun (sejarah ini diriwayatkan oleh Muslim Bin Khalid al-zanji oleh Ahmad Naim al-irqususi didalam tahqiq Syi’ar al’alam al-nubalak)..Dan adakah orang ketika zaman itu menolak beliau dan menyatakan beliau gila atau ‘ntah apa-apa’,TIDAK!! Tidak sesekali kerana beliau berbicara berdasarkan Sunnah dan quran walaupun ketika itu pandapat-pandapatnya lain dari apa yang orang-orang ketika itu sudah maklum sejak sebelum adanya Imam Syafie.Nah!begitulah yang kita inginkan,melihat hujah,dalil dari nas2 yang sahih dan selari dengan syariat bukan melihat kepada betuk tubuh badan,umur atau perkara-perkara yang tidak berkaitan dengan apa yang ingin dituturkan…Saya selalu berdepan dengan mereka-mereka yang berkata begini “eh seperti yang saya belajar dengan ustaz-ustaz saya bukan begini,eh kamu salah tak betul ni” atau yang lebih popular ayat begini “masakan ustaz-ustaz ana salah dan anta betul”,ini bukan hanya soal betul atau tidak betul tapi soal kepada kecenderungan masyarakat kita terlalu taqsub kepada ajaran-ajaran gurunya walaupun pendapat-pendapat guru mereka tidak selari dengan Quran,sunnah dan ijmak ulama.Hinggakan mereka yang bijak menjadi JUMUD pemikiran mereka,tidak boleh menerima dan akan menolak terus jika pendapat yang dari quran dan sunnah tidak selari dengan pendapat-pendapat yang sudah mereka ‘install’ sejak sekian lama..

Saya teringat dengan Firman Allah “dan apabila dikatakan kepada mereka “marilah menurut kepada apa yang telah diturunkan oleh ALLAH(Quran) dan kepada RasulNYA”,mereka menjawab “cukuplah bagi kami apa yang kami dapati datuk nenek kami mengejakannya”.Adakah (mereka akan menurut juga)sekalipun datuk nenek mereka tidak mengetahui apa-apa dan tidak pula mendapat hidayah penunjuk”(surah almaidah ayat 104) dan lagi satu firman Allah “dan demikianlah halnya(orang-orang yang taqlid buta);kami tidak mengutus sebelum mu (wahai Muhammad)kepada (penduduk)sesebuah negeri,seseorang Rasul pemberi amaran,melainkan orang-orang yang berada dalam kemewahan di negeri itu berkata:sesungguhnya kami dapati datuk nenek kami menurut satu jalan agama dan sesungguhnya kami hanya mengikut jejak mereka sahaja.Rasul itu berkata “adakah kamu akan menurut juga mereka walaupun aku membawa kepada agama yang lebih jelas hidayat petunjuknya daripada jalan agama yang kamu dapati dari datuk nenek kamu menurutnya?Mereka menjawab “sesungguhnya kami tetap mengikari apa yang kamu diutuskan membawanya.Lalu kami balas keingkiran mereka dengan azab yang membinasakan,maka perhatikanlah bagaimana buruknya kesudahan umatumat yang mendustakan Rasulnya” (surah al-zukhruf ayat 23-25)….

Selain itu sikap taksub kepada Mazhab juga adalah punca kepada ketidakmahuan mereka-mereka ini menerima pendapat selain dari pendapat para imam-imam mereka sekalipun pendapat yang satu lagi itu lebih kuat dengan hadis2 yang sahih dan lebih dekat dengan kebenaran.Kenapakah sikap ini perlu ada sedangkan Imam-imam Mazhab tidak pernah sesekali menyuruh para pengikutnya taqsub kepada mereka.,saya ingin memetik beberapa kata imam Syafiee “jika dapati apa yang aku ucapkan bercanggah dengan riwayat RasulluLLAH yang sahih ,maka ia (hadis Nabi) itu adalah lebih utama .JANGANLAH kalian mengikutku” dan mereka-mereka ini tidak pernah ke merenung Firman ALLAH yang bermaksud “kemudian jika kamu berbantah2 dalam sesuatu perkara,maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada KITAB ALLAH (QURAN) dan SUNNAH Rasul,jika kamu benar beriman kepada ALLAH dan hari akhirat,Yang demikian adalah lebih baik bagi kamu dan lebih elok pula kesudahannya.[maksud surah an-nisa 59]…..

Runsing dengan perkara ini,lagi sekarang ini sibuk dengan Kisah-kisah Dongeng tentang Wahabi.Kalau lain saja dari pendapat dengan mazhab yang diikuti mereka maka mereka mengelar “ha!inilah wahabi ini,ntah apa2 berlagak pandai”..Disini saya nak tanya kepada mereka-mereka yang suka bersangka buruk dan suka sangat memberi gelaran-gelaran yang bukan-bukan semata-mata berlaianan pendapat,tidakkah mereka membaca firman Allah “hai orang-orang yang beriman !jauhilah banyak menyangka,kerana sesungguhnya sangkaan itu berdosa”(al-hujarat 12),dan juga Sabda Nabi “Hati-hatilah kamu terhadap prasangka,kerana sesungguhnya prasangka itu adalah sedusta-dusta perkataan”(hadis riwayat Bukhari)..Dan persoalan tentang WAHABI ini saya juga runsing dan pening,adakah mereka faham tentang apa itu wahabi?,siapakah Muhammad Bin Abdul Wahab?.Kadang-kadang mereka memberi jawapan yang tidak tepat dan boleh dikatakan mereka hanya mendengar apa yang orang cakap kemudian mencanang ia kesana kemari…Pelik dan kesian dengan orang begini,sudahlah tidak tahu sejarah dan manhaj Muhammad Bin Abdul Wahab malahan mengikut saja kata-kata orang yang tidak betul.Ini sudah masuk kepada FITNAH kalau nak diikutkan,Mereka-mereka ini tidak menghayati Firman Allah “ Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti” [al-Hujurat 49:6]

Pengajaran yang ingin disampaikan oleh ALLAH dalam ayat ini adalah janganlah kita menerima saja kata-kata orang tanpa melihat sendiri bukti-buktinya.Kita kena selidik betulkah apa yang disampaikan oleh seseorang kepada kita,lagi-lagi daripada orang yang kita tidak kenali.

Saya ada mendapat beberapa rungutan atau luahan ketidakpuasan hati dari seorang cikgu yang saya sangat Hormati,dia mengatakan di kampungnya semakin berpecah belah kerana imam ditempatnya adalah berfahaman wahabi.Saya katakan pada beliau (kepada cikgu saya tu) “cikgu,saya lebih suka menggunakan istilah Salafi,penggunaan wahabi itu hanya digunakan oleh mereka- mereka yang tidak menyukai proses tajdid yang dilakukan oleh Muhammad bin Abdul Wahab terhadap zamannya yang dipenuhi dengan bidaah” saya teruskan “Imam tersebut sudah mencemar imej baik salufsoleh!! pada hakikat sebenarnya,manhaj salafi adalah satu manhaj yang cukup simple dan menarik,dan mereka-mereka yang mengelar dirinya salafi tapi keras dan tidak berlapang dada terhadap perkara khilaf adalah mereka-mereka yang bukan dan tidak tahu menhaj salafi sendiri,sekadar mengikut-ikut tanpa menghayati manhaj tersebut.Misalnya mengenai wirid yang cikgu kata imam teesebut tidak benarkan.Bagi golongan salafi,tidak apa-apa tentang wirid untuk dilaksanakan selepas solat,tapi wirid itu tidaklah terlalu kuat dan malahan ada membenarkan untuk mengeraskan zikir seperti mana Sabda RasullALLAH dalam sahih muslim “Dari Ibnu Abbas r.a.,katanya “sesungguhnya zikir dengan suara keras setelah selesai solat wajib,adalah biasa pada masa RasullALLAH SAW.Kata Ibnu Abbas , “aku segera tahu bahawa mereka telah selesai solat,kalau suara mereka membaca zikir telah kedengaran”.

Dan mahu ingatkan bahawa zikir-zikir tersebut mestilah yang ada asalnya,jika tiada asalnya dari Nabi maka tertolak zikir-zikir tersebut.Zikir yang selalu Nabi baca adalah ‘ALLAH AKBAR’,Sepertimana Sabda Nabi yang diriwayatkan oleh Bukhari didalam sahih Bukhari “ Dari Ibnu Abbas ra. Katanya “kami ingat,setelah RaullALLAH SAW selesai solat,lalu dibaca TAKBIR”.(sahih mulim)

selain itu ada juga Nabi mengajar zikir yang lain sepertimana Sabda Nabi,Dari Abu Zubair katanya Ibnu Zubair setiap kali selesai solat ,sesudah membaca salam dia sentiasa membaca “LA ILAHA ILLALLHU WAHDAHU LA SYARIKALA,LAHUL MULKU WALAHUL HAMDU WA HUWA ‘ALA KULLI SYAI’IN QADIR.LA HAWLA WALA QUWATA ILLA BILLAHI.LA ILAHA ILLALLAH WA LA NA’BUDU ILLA IYAHU,LAHUN NI’MATU WA LAHUL FADHLU WA LAHUTS TSANAUL HASANU..LA ILAHA ILLAHLHU MUKHLISHINA LAHUD DIENA WA LAW KARIHAL KAFIRUN”kata Ibnu Zubair “RasullALLAH sentiasa tahlil dengan membaca kalimat-kalimat itu setiap selesai solat”(sahih muslim) .

Selain itu soal Doa qunut pun tidak terlepas dari mereka-mereka yang menggelar ‘salafi’ tapi tidak mahu berlapang dada dalam perkara ini,tidakkah mereka membaca sabda Nabi megenai adanya qunut dan kemudian ada Nabi meninggalkannya,Ini bermaksud tidak ada masalah sama ada mahu baca atau tidak.Mengenai adanya qunut kita lihat Sabda Nabi “Dari Al-Barra bin ‘Azib r,a katanya “RasullALLAH SAW pernah berqunut dalam solat subuh dan maghrib” (sahih muslim)

Mari kita lihat apa yang dikatakan Imam Nawawi mengenai qunut ini

“dalam Mazhab Syafiie mengatakan qunut itu sunat setiap solat subuh,adapun dalam solat selain solat subuh ada tiga pendapat:

  1. Sunat apabila Kaum muslimin dalam keadaan bahaya,seperti peperangan,wabak penyakit,kelaparan dan kehausan,mendapat tekanan dan intimidasi maka dalam keadaan demikian mereka berqunut setiap kali solat wajib.
  2. Mereka selalu berqunut,sama ada dalam solat subuh atau dalam solat

    lima

    waktu yang lain,baik dalam keadaan bahaya atau tidak.
  3. Mereka tidak berqunut sama sekali.

Tempat berqunut ialah selepas mengangkat kepala dari ruku’ dalam rakaat terakhir,kemudian beliau menambah sunnat menjaharkan Qunut dalam solat jahar(yang mengeraskan suara dalam solat) sambil mengangkat kedua belah tangan,tetapi tidak disunatkan menyapu muka.Tetapi ada juga yang membolehkan mengangkat tangan.Namun mereka sepakat mengatakan makruh menyapu dada.Dalam Qunut tidak ada doa tertentu yang dikhususkan,tetapi boleh dengan macam-macam doa.Antara yang masyhur ialah : “ALLAHUMADINI FIMAN HADAIT……” Tetapi yang pasti,qunut itu sunnat tidak termasuk syarat sah solat maka opsyen sama ada mahu baca atau tidak,kalau nak baca silakan,kalau tidak mahu jgn paksa orang untuk ikut sama dengan kita tidak membca qunut.(boleh lihat dalam Syarah Nawawi perbincangan ini)

Oleh itu tiada masalah dalam perkara ini,mereka-mereka yang mengaku bermanhaj salafi mestilah faham apa sebenarnya yang ingin dibawa dan mestilah sentiasa berlapang dada dalam perkara furu’.Seperti kata Syeikh Qardawi”kita haruslah melihat titik persamaan dan hindari titik-titik perbezaan,dan sentiasa berlemah lembut dalam menyampaikan”(fiqh al-auliat)…tidakkah ‘mereka-mereka’ membaca firman ALLAH ““sekiranya kamu bersikap keras dan berhati kasar tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu”(ali-imran:159)..kita mahukan orang-orang rapat dengan kita agar kita mudah untuk sampaikan meseg Islam oleh itu bersikap lemah lembut lah serti Nabi dalam berdakwah dan dalam menyampaikan Islam Seperti firman ALLAH “sesungguhnya telah ada pada diri RasulluLLAH itu suri tauladan yang baik bagi kalian(iaitu)bagi orang-orang yang mengharap(rahmat)ALLAH dan (kedatangan)hari kiamat dan dia banyak menyebut ALLAH”(al-ahzab:21).Oleh,Nabi adalah ikutan yang baik dan seharusnya kita perlu mengimbau kembali bagaimana method Nabi yang ‘cool’ dalam menyampaikan dakwah . Dan rasanya sampai disini sahaja luahan saya,dan insyaALLAH pada artikel yang akan datang saya akan menceritakan kisah Siapa Muhammad Bin Abdul Wahab dan apa yang dibawa olehnya.

Luahan ini tidak ada kena mengena dengan sesiapa tapi sekadar menegur mana yang silap dan tidak ada salahnya saling menegur kejalan kebaikan.Akhir kata ambil lah yang baik dari saya dan buanglah apa-apa yang tidak baik dari penulisan saya ini,Yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk datangnya dari kelemahan saya sendiri.Jika ada apa-apa kesilapan fakta ,nas dan sebagainya silalah beritahu kepada saya supaya saya boleh membetulkan atau menarik kembali artikel ini,saya berlapang dada dalam sebarang kritikan,mahupun yang membina atau ‘membunuh’..Sekian saja dari saya WASALAMUALAIKUM…….

‘Hamba yang mendambakan TUHANNYA’

(Yussamir al-yusofi)

23 syawal 1427H/3:15 pagi/rabu