Thursday, August 25, 2011

BERUNTUNGLAH MEREKA YANG DIUJI

“Apakah manusia itu menyangka bahawa mereka dibiarkan sahaja dengan mengatakan, “Kami telah beriman”, sedangkan mereka tidak diuji lagi?” (Surah al-ankabut ayat 2)

Setiap manusia akan menghadapi ujian dan cubaan dari Allah. Ia silih berganti, dan kadang-kala tidak pernah putus-putus menguji diri. Bagi yang beriman, ia akan menjadikannya sebagai penguat diri. Tapi bagi yang tidak beriman, ia akan tersungkur dan rebah kebumi.

Kehidupan tidak seperti mimpi, yang sering indah-indah berlaka. Bahkan kadangkala mimpi itu boleh dicipta dengan pelbagai imaginasi tersendiri. Kehidupan adalah sebuah pentas realiti yang didalamnya penuh kesulitan dan mara bahaya. Tidak ada seorang pun yang akan terlepas dari cubaan dan ujiaan ini. Yang membezakan seseorang itu hanyalah, bagaimana ia menghadapi ujian tersebut.


“Jika ada manusia yang ingin selamat dan sentiasa menang ke atas lawannya, dan sentiasa sihat tanpa merasa kesakitan, maka manusia tersebut tidak mengenal taklif (tugas dan kewajiban) dan tidak faham bagaimana berserah diri kepada Allah” (Imam Ibnu al-Jauzi dalam bukunya Shaidul Kaathir)

LAMAN BARU

Semakin hari semakin malas saya mengemaskini blog. Tidak tahu mengapa, mungkin ia ada kaitan dengan kerja-kerja saya yang tidak tentu masa.

Laman Domain sudah beberapa kali memberitahu bahawa domain www.yussamir.com akan 'expired' tidak lama lagi. Saya perlu memperbaharuinya, namun setelah berfikir panjang saya membuat keputusan untuk tidak meneruskan domain tersebut.

Bagi saya, cukuplah menggunakan domain percuma yang ditawarkan di blogspot. Selagi ia boleh memuatkan tulisan-tulisan saya, maka ia akan digunakan.

Selamat tinggal www.yussamir.com.

Setelah 5 tahun ia dikenali sebagai laman 'serius' saya, hari ini ia akan menjadi http://yussamir.blogspot.com sebagai pengganti.

Semoga semua tulisan-tulisan saya di situ dapat diakses di blog baru ini.