Ramai
yang bercakap soal sukses dan berjaya. Tetapi tidak ramai yang bercakap tentang
attitude dan kesungguhan. Kerana attitude dan kesungguhan adalah sesuatu yang
sukar untuk dilaksanakan. Sedangkan sukses dan kejayaan seseorang bergantung
kepada dua perkara ini.
Apakah
attitude? Attitude ataupun sikap
adalah perkara asas yang perlu ada dalam diri seseorang. Sama ada sikap yang
baik atau buruk, bergantung kepada apa yang mereka mahukan.
Bagi
mereka yang menginginkan kejayaan, sudah pasti sikap yang baik diperlukan bagi
mereka. Sesuatu tindakan yang baik untuk menuju kejayaan, bermula dari sikap
yang baik.
“Nothing
can stop the man with the right mental attitude from achieving his goal:
nothing on earth can help the man with the wrong mental attitude.” – President Thomas
Jefferson
John
C. Maxwell membuktikan sikap memainkan peranan yang penting dalam kehidupan
manusia dalam bukunya 101 Collection what every leader needs to know. Dan dalam
cerita tersebut, John ingin menjelaskan bahawa Sikap yang buruk memberi kesan
yang besar kepada masyarakat.
“Diceritakan
terdapat 5 orang disahkan keracunan makanan kerana dikatakan telah minum
minuman yang dijual di stadium. Disebabkan itu, pihak stadium telah
mengeluarkan arahan kepada semua penonton untuk tidak membeli minuman tersebut
dan menceritakan terdapat 5 orang keracunan kerana minuman tersebut. Tidak
beberapa kemudian, hospital dipenuhi orang ramai yang telah membeli minuman
tersebut. Apabila ditanya, mereka menjawab telah keracunan makanan. Namun
setelah disiasat, sebenarnya 5 orang yang keracunan makanan tersebut bukan
disebabkan minuman yang dibeli, tetapi makanan yang dibeli di gerai sebelum
masuk ke dalam stadium. Secara serta merta, mereka yang berada di dalam
hospital selepas mendegar perkara tersebut tidak lagi berasa sakit.”
Lihatlah,
betapa terbukti sikap yang buruk sangat memberi kesan kepada seluruh
masyarakat. Itu sebab John mengatakan Bad Atitude Compound Faster Than Good
Ones. Bukti juga dengan sikap yang baik, ia sudah pasti memberi kebaikan kepada
masyarakat dan diri sendiri.
“A
positive attitude leads to happiness and success and can change your whole
life. If you look at the bright side of life, your whole life becomes filled
with light. This light affects not only you and the way you look at the world,
but also your whole environment and the people around you. If it is strong
enough, it becomes contagious.”
KESUNGGUHAN
Saya
tidak pasti apakah kerja yang tidak memerlukan kerja keras yang bersungguh-sungguh.
Seseorang itu sukar untuk mencapai kejayaan tanpa kesungguhan. Kesungguhan
adalah salah satu aspek penting dalam meniti jambatan kejayaan.
Dalam
Islam ia disebut sebagai Al-Mujahadah. Terdapat banyak ayat dalam al-Quran
menekankan kepentingan kerja keras dalam berkerja untuk kebaikan diri dan
masyarakat. Misalnya dalam surah al-Imran ayat 142, “Apakah kamu menyangka kamu
akan masuk jannah (taman/syurga) padahal Allah belum menyatakan (siapakah) di
kalangan kamu orang yang berjihad bersungguh-sungguh dan orang yang sabar.”
Para
ulama mempunyai pelbagai pandangan mengenai perkataan Mujahadah. Antara yang
ditafsirkan oleh mereka ialah, “istifragh ma fil wus’i”, yang bermaksud
menumpukan seluruh tenaga dan usaha yang ada bagi merealisasikan setiap kerja
yang baik. Ia selari dengan sabda Rasulullah sepertimana yang direkodkan oleh
Imam Al-Baihaqi, “Sesungguhnya Allah azza wajalla sangat suka (bahkan cinta)
jika seseorang daripada kamu, apabila melakukan kerja, maka dia bekerja dengan
tekun (bersungguh-sungguh).” (Riwayat Baihaqi)
HATI
BURUNG
Setelah
mempunyai sikap yang baik, dan berusaha bersungguh-sungguh, kepada Allah jua
kita serahkan. Tiada tempat yang lebih layak untuk kita serahkan segala urusan,
kecuali kepada Allah yang berkuasa ke atas semua perkara.
Jom
kita jadikan hati kita seperti hati burung.
“Dari
Abu Hurairah Rasulullah S.A.W bersabda, “Akan masuk syurga suatu kaum, hati
mereka seperti hati burung” (HR. Muslim)
Menurut
Saidina Umar al-Khatab, bahawa beliau mendengar Rasulullah bersabda mengenai
hati burung ini. Sabda Rasulullah, “Andaikan kalian tawakal kepada Allah dengan
sebenarnya, nescaya Allah akan memberi rezeki kepada kalian seperti memberi
rezeki kepada burung. Mereka pergi pagi hari dengan perut kosong dan pulang
petang hari dengan perut kenyang.” (Direkodkan oleh Imam Tirmidzi, dan beliau berkata,
‘hadith hasan sohih)
Semoga
sukses semuanya :)
No comments:
Post a Comment