Thursday, May 3, 2007

Kesalahan yang biasa dilakukan ketika solat


Kesalahan yang biasa dilakukan ketika solat

Oleh:YaWauSin aljohori

“Min kenapa kau ikat rambut kau tu?”Tanya Zai ketika bersiap-siap untuk menunaikan solat jumaat sebentar nantii.Zai sudah lama memerhatikan tindak tanduk Min yang setiap kali mahu menunaikan solat dia akan mengikat rambutnya kebelakang.“Oo..aku ikat rambut ini sebab takut nanti dahi aku tak cecah tempat sujud time sujud nanti” jawab Min pada Zai.

“Tapi kan Min aku ada baca kat buku Sifat solat Nabi dan kitab Nailul Authar ,kat buku tu ada satu hadis yang tak silap aku Nabi melarang kita menyelak rambut ketika sujud. Macam ni la kau tunggu sini jap,aku pergi ambik kitab tu,kau boleh baca sendiri sebab aku pun tak pasti betul ke tak pa yang aku beritahu kau tadi.”jujur Zai.

Sementara menunggu Zai balik ke biliknya dan membawa kitab tersebut Min membuka kembali ikatan rambutnya. “Erm baik aku buka dulu,kot-kot betul ke apa yang Zai cakap” Min tak sedap hati.

“Min ni ha kitabnya,nah!Ko baca sendiri la eyh”Zai menghulurkan kitab Sifat solat nabi oleh Syeikh Nasirudin al-bani dan kitab Nailul Authar oleh Imam Syaukani.

Sejurus mendapat kitab-kitab tersebut Min terus membacanya “Aku diperintahkan untuk bersujud dengan tujuh anggota badan ,iaitu kening sekaligus hidung,dua tapak tangan dua lutut,jari-jari kedua kaki,dan kami tidak boleh menyelak lengan baju dan rambut” (Hr Bukhari dan Muslim).Eh Zai betullah.” Getus Min pada Zai. .

“Min tak silap aku kat situ ada komentar dari Al-Bani tau,cuba kau baca sebab aku rasa kalau ko baca syarah dia lagi ko jelas” Saran Zai pada Min sahabatnya.

“Aah ada…Al-bani menerangkan hadis ini,iaitu larangan menyelak lengan baju dan rambut agar tidak terjurai bukan sahaja ketika solat tetapi sebelum solat lalu ia melaksanakan solat.Dan menurut jumhur ulama ia termasuk dalam larangan dan dikuatkan oleh hadis nabi yang menyatakan bahawa orang yang solat tidak boleh menyelak rambutnya ketika sujud.”

“Wah..betullah kata Zai tadi.Eh Zai kat sini ada gak kata jika kita membiarkan rambut kita terjurai ketika sujud kita dapat gak pahala sujud tapi kalau kita ikat rambut kita bererti kita tidak sujud dan disamakan dengan orang yang tangganya dibelenggu sebab tidak dpat meletakkan kedua tangannya ketika sujud.Dan satu g ni ha!Nabi kata kalau kita ikat rambut nanti rambut yang kita ikat tu akan jadi tempat duduk syaitan”Jelas Min pada Zai. “Yeye je ko ni,takkan la jadi tempat duduk syaitan?” Soal Zai pada Min.“Betullah Zai hadis ini dari Abu Daud dan tarmidzi dan dihasankan oleh mereka dan hadis ini juga telah disahkan oleh Ibnu Kuzaimah dan Ibnu Hiban’’.Bagi Min,menerangkan darjat hadis itu kepada Zai adalah satu kewajiban sebab dia tahu Zai hanya menerima sesuatu hadis jika hadis itu darjatnya sahih dan perkara itu lumrah bagi mereka berdua yang mengambil jurusan Ilmu hadis di MMU.

setelah mereka berdua puas dengan jawapan terhadap persoalan yang timbul sebentar tadi, baru lah mereka berdua tenang dan dengan gembira nya mereka terus menuju ke Masjid untuk menunaikan solat Jumaat........

Kesimpulan dari cerita ini.DILARANG UNTUK MENYELAK RAMBUT KETIKA SUJUD DAN DILARANG MENGIKAT RAMBUT KEBELAKANG KETIKA SOLAT (larangan mengikat rambut ini hanya bagi lelaki bukan perempuan ini berdasarkan pendapat Ibnu Al-Arabi yang diambil oeh Imam Syaukani).

Sekian~~~

4 comments:

  1. "jurusan Ilmu hadis di MMU."

    huhuhu heavennya kalau ada....

    ReplyDelete
  2. Itulah masalahnya yang timbul apabila kepala bertelanjang. Sebaiknya pakai kopiah atau songkok atau seumpamanya sekaligus menghilangkan keraguan ini.

    Hmm, kalau kita memakai baju lengan panjang, ini bermaksud kita tidak boleh menyintingkannya??

    Yus, cuba check balik, kening atau dahi? Semua orang tahu dua benda ini berbeza, jadi yang mana satu? Mungkin kena check matan asal dalam bahasa Arab??

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum. Maafla lmbt respon pasl ni. br perasan akan kewujudan blog ni.anyway,congratulation..bgusla.. hmm,nk ckap,btl gak mcm bro hanif ckap,pkai jela kopiah @ wateva seumpama tu, so xdela confuse la..n nk tny, napekan org llk xpkai something atas kepala? bkn ke byk hikmahnye? lagipun kan nmpk manis.. =)

    ReplyDelete
  4. maaf lambat menjawab..
    Pakai atau tak pakai alas kepala adalah satu keinginan dan kemahuan seseorang.Selagi tidak ada nas yang mewajibkan seseorang itu memakai alas kepala,maka selagi itu ia dibawah kehendak si pemakai.
    Walaubagaimanapun,memakai alas kepala ini adalah satu sunnah dari Rasulullah. Maka mengikutnya adalah satu kebaikan dan jika sesiapa yang tidak mengikutnya,maka tidaklah mengapa...

    Hanya kepada Allah dikembalikan..

    ReplyDelete