Thursday, May 10, 2007

Sikap bila berhadapan dengan masalah murtad!!!!


Sikap bila berhadapan dengan masalah murtad!!!!

*11 mei 2007 5.25 pagi,,artikel kedua pada hari sama setelah menulis pasal ketidaksempurnaan manusia....

Dua bulan lepas saya ada bentangkan kertas kerja saya mengenai murtad di IIS,dan kini saya pula berhadapan dengan perkara ini didepan mata saya.Namun kali ini saya bukan mahu bincangkan kertas kerja saya tu,tapi saya nak bincang mengenai sikap kita bila berrhadapan dengan situasi ini.Banyak orang dan sikap yang pernah saya jumpa dan sikap-sikap inilah yang kadang-kadang menambah masalah dan menambah buruknya dari baiknya.

Saya hairan bila ada sesetengah orang ni bersemangat kemain tinggi tapi tak kena pada tempatnya.Bersemangat mencaci dan memaki meraka2 yang murtad dan sebgainya memang kerja mereka dan kalau boleh diorang ni kalau dibenarkan membelasah pon meraka akan belasah.Oh..sikap apa ini?Adakah ini yang diajar oleh Islam?Adakah ini yang diajar oleh nabi?Tentu sekali tidak,sikap kita sepatutnya apabila berhadpan dengan perkara ini perlulah bertenang dan cuba mencari altenatif bukannya terus menyerang.

YA!!Mencari altenatif bukannya menghukum!!Siapa kita mahu menghukumnya?Oh ya pasti yang akan kata “Hukum orang yang mnurtad adalah bunuh!!!kita bunuh dia!!!” wah!Bersemangat bang nak bunuh orang..Lucu bila orang yang tidak tahu mahu menahu-nahu(betul ke bahasa saya ini.Tak kisahlah yang penting faham).Tahukah kita bahawa berhukum dengan hokum Allah itu perlu ada peringkatnya dan caranya.Bagi mereka yang tidak baca lagi kertas kerja saya mengenai murtad ini saya sarankan untuk baca. http://ibnuyusofaljohori.blogspot.com/2007/02/murtad-dan-perbincangan-ilmiah.html

Inilah mentality kita apabila berhadapan dengan situasi ini,lagi2 bunuh!!kenapa kita tidak mahu mencari altenatif untuk membendungnya????Adakah kita pernah mendekati mereka-mereka ini?Adakah kita mengenalinya??Tidak!! tapi kenapa kita beriya2 mahu membunuhnya?Aduh kesian sungguh dengan “orang-orang lalat “ ini,busuk melata tapi mahu membersihkan orang lain.

Saya disini bukan mahu memberi tip-tip untuk berhadapan dengan situasi ini tapi sekadar mahu membawa para pembaca saya muhasabah diri sebelum mahu menghukum orang lain.”Dalil?Sudah banyak saya bawakan tapi tiada seorang pun mahu mengendahkan,biarkan kali ini saya membawa tulisan saya mewakili suara hati orang2 yang murtad ini.Bukan saya mahu membela perbuatan mereka tapi saya kecewa dengan sikap orang-orang yang mengaku islam tapi bersikap tidak islam bile berurusan dengan masalah ini.Adakah kita pernah cuba merasai bagaimana perasan mereka ketika membuat keputusan berbuat begitu?Adakah kita pernah mengambil tahu apakah puncanya??TIdak!!kita semua hanya tahu melihat kesalahan mereka tapi tidak mahu ambil pusing apa sebabnya..Ah persis seperti orang gila kamu semua ini,berbuat sesuatu tanpa berfikir panjang,hanya turutkan nafsu syaitan.Bergelak sakan syaitan bila melihat semua ini,.Sedih!!persetan dengan sedihmu yang hanya sebentar tanpa ada kesedaran yang azali didalam dirimu.

Ayoh saudaraku,kita bermujadalah dengan berhikmah bukan dengan kata-kata kesat dan perbuatan yang tidak senonoh(menampal poster,mencarut,mengutuk di shoutbox dan sebagainya)..ADuhai saudaraku,banngunlah dari lelapmu itu..Bersihkan sikapmu dari kotoran jijik yang melekat diseluruh tubuhmu sebelum bersemangat membela Islam.

sekian dari sahabatmu yang bingung dengan sikap kotormu……

[16.125] Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.

1 comment:

  1. I like the picture. Pink Floyd is an excellent band.

    Nothing else to add, really.

    ReplyDelete