Thursday, May 10, 2007

Manusia hidup kerana ketidaksempurnaan

*gambar bersama rakan sekolah@mmu.kerana ketidaksempurnaan manusia kita semua berada disekolah tersebut bagi menampung ketidaksempurnaan itu,walaupun tidak banyak namun ada juga yang dapat kita dapat sempurnakan...........

Manusia hidup kerana ketidaksempurnaan

oleh:YaWauSin aljohori

Assalamualaikom kepada semua pembaca..

Sudah lama tangan ini tidak digerak-gerakkan sebagai wasilah melontarkan pandangan,buah pemikiran dan kajian saya,namun malam ni hati saya tergerak untuk menulis selepas berborak dengan sahabat saya sebentar tadi.

Ketika saya dan beberapa sahabat yang lain sedang khusyuk menikmati ‘makan malam’(makan malam pada pukul 1 pagi di Hassan) tiba-tiba sahabat saya naim bersuara “sebab apa korang hidup”?

Wah tetiba bersuara dengan soalan yang membuatkan kami berempat diam sejenak,berfikir apakah jawapannya.Saya menjawab sebab Allah,sahabat yang lain ada yang jawab nyawa dan survival.Dan semua jawapan itu betul tapi jawapan yang paling tepat adalah “imperfection ataupun dalam melayunya adalah ketidaksempurnaan”.

Ya!memang benar bahawa ketidaksempurnaan membuatkan kita terus hidup,bukanlah nahu mengetepikan kuasa Allah dalam persoalan ini tapi saya mahu mencari musababnya.Baiklah kalau anda masih mahu kata Allah itulah penyebab kita terus hidup,saya setuju tapi saya mahu tanya satu soalan.Kenapa kita mati?memanglah Allah yang mematikan kita tapi sebabnya mesti ada,antaranya ialah sakit tua,ada penyakit kronik dan sebagainuya.Sebabnya inilah yang saya mahu bawakan bahawa kita hidup ini adalah disebabkan kita tidak sempurna dan terlalu banyak ketebatasan dalam diri manusia yang bergelar insan.Dan Nabi pun diutuskan untuk menyempurnakan Akhlak.


Saya teruja dengan analogi yang dibawa sahabat saya naim berkenaan dengan ketidaksempurnaan manusia yang menyebabkan manusia terus hidup.Antara analoginya adalah “kenapa kita belajar?Sebab kita tidak tahu dan ingin tahu?Kenapa ada polis?Sebab ada penjenayah?”.Bayangkan jika semua manusia lengkap serba serbi dan semuanya sempurna.maka sekolah tidak ada ,universiti tidak ada,balai polis tidak ada,dan kehidupan itu adalah hambar.Kerana kita semua dah ada,tidak perlu ada ujian dan usaha.

firman-firman Allah :

[2.286] Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya

[13.11] Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri

Bila saya membaca dan memahamikan kembali ayat-ayat ini maka saya merasakan betullah bahawa ketidaksempurnaan manusia itu membuatkan Allah meneruskan kita terus hidup dimuka bumiNYA.Jika manusia itu sudah sempurna kenapa Allah kata bahawa Allah tidak akan mengubah selagi manusia itu sendiri tidak mahu mengubah nasibnya,dengan ayat ini sahaja menunjukkan manusia itu memang tidak sempurna.Dan ketidaksempurnaan itu kita terus hidup…

Mungkin ada orang didalam atau diluar blog ini tidak setuju dengan lontaran pandagan saya kali in,tapi saya mahu anda semua berfikir bahawa inilah antara sebab utama kita terus hidup dan terus berada dimuka bumi ini.Jika kita sempurna kenapa kita perlu sokogan dan dokongan dalam mencapai sesuatu,contoh paling kecil ialah boleh atau tidak kita hidup berseorang dimuka bumi ini?Tidak jawapan kerana kita perlukan manusia yang lain bagi membolehkan kita terus hidup.Lihat sahaja Nabi Adam,kehidupan didalam syurga yang sudah sempurna itu pun masih Nabi Adam kesunyian dan disebabkan itu Allah menciptakan hawa sebagai pelengkap hidupnya.Dan dari cerita itu menunjukkan bahawa manusia ini memang tidak sempurna.

Akhir sekali lagi saya ingin simpulkan bahawa “manusia hidup kerana ketidaksempurnaan“

No comments:

Post a Comment