Pentingnya PERCAYA
Oleh: Yussamir Yusof
Cyberjaya
24 Jun 2008
www.yussamir.com
http://tetasan.blogspot.com
Bukan sekadar menonton
Menonton filem bukan sekadar menonton. Walaupun gelak dan tangis akan berlangsung selama mana filem itu berlangsung. Tetapi betapa ruginya manusia, jika tidak mencari kebaikan dan apa-apa yang bermanfaat dalam filem yang ditontonnya itu. Saya berkata begitu kerana, setiap kali saya menonton filem, saya akan pastikan saya mendapat sesuatu masej dan manfaat dalam filem tersebut. Semalam saya menonton filem Kungfu Panda. Perkataan, “You must believe” adalah antara dialog yang diucapkan oleh Master Oogway kepada Shifu yang masih saya ingat sehingga sekarang. Dialog tersebut memberi kesan yang mendalam bagi diri saya, sebagai seorang Muslim dan juga seorang pelajar Akaun. Percaya adalah sebuah perkataan yang memberi makna besar dalam kehidupan manusia. Kerana percaya bahawa kehidupan ini ada pencipta, maka manusia sehingga kini masih terus mencari penciptanya. Bagi Muslim, percaya menjadi elemen terbesar dalam kehidupan beragama. Rukun imam adalah menifistasi kepercayaan Muslim dari zaman Rasullullah hingga akhir hayat. Percaya kepada Allah, percaya kepada Rasul, percaya kepada Malaikat, percaya kepada Kitab-kitab, percaya pada Qada’ dan qadar dan percaya kepada hari Kiamat adalam 6 elemen percaya yang masyhur dikalangan umat Islam.
Percaya juga adalah elemen besar dalam sistem perakaunan, terutama dalam sistem Audit. Sesuatu standard ataupun tanda aras dalam memastikan penyata kewangan dan lain-lain aspek yang dikhendaki oleh akta syarikat 1965, MIA(Malaysian Institute of Accountant) harus menyediakan dengan teliti dan sistematik. Setelah semua aspek yang diperlukan dalam memastikan sesuatu standard itu mencapai piawaian ISA (International Standard Of Account), maka barulah standard yang dikeluarkan dalam sesebuah negara boleh DIPERCAYAI.
Kenapa PERCAYA sangat diperlukan?
Dalam islam, percaya menjadi motivasi kepada penganutnya. Sebagai contoh, Syurga yang dijanjikan oleh Allah, tidak ada seorang pun pernah mengetahui bagaimana rasa dan nikmatnya di sana. Tetapi kenapa umat Islam berlumba-lumba ingin mendapatkannya? Tidak syak lagi bahawa, PERCAYA menjadi pememangkin umat Islam kearah mendapatkan syurga dengan mengerjakan amal kebajikan dan menjauhi keburukan. Namun untuk memangkin PERCAYA dalam diri manusia, mesti ada sesuatu alat untuk memastikan pemangkin itu berjaya dicetuskan. Jadinya, dalam islam Al-Quran dan Hadith menjadi alat untuk memangkin percaya ini wujud dalam diri manusia,khususnya umat Islam. Alatnya ialah, dengan memberi gambaran dan pengkhabaran tentang Syurga melalui Al-Quran dan Hadith Nabi.
“Perumpamaan syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang takwa ialah (seperti taman); mengalir sungai-sungai di dalamnya; buahnya tak henti-henti sedang naungannya (demikian pula). Itulah tempat kesudahan bagi orang-orang yang bertakwa, sedang tempat kesudahan bagi orang-orang kafir ialah neraka.” (Surah Ar-ra’d: 35)
Begitu juga dengan sistem perakaunan.Untuk memastikan percaya itu wujud dalam diri pengguna, maka pelbagai syarat dan peruntukan disediakan, bagi memastikan percaya itu wujud dengan sendirinya. Dalam erti kata yang lain, pengguna tidak akan ada syak wasangka tentang kebenaran atau kepalsuan sesuatu penyata tersebut, atas sebab penyata tersebut telah disahkan oleh badan-badan yang bertanggungjawab, di mana badan-badan ini telah disahkan boleh dipercayai.
Jadinya percaya itu adalah perkara yang memang wujud dalam diri manusia. Seterusnya, boleh dikatakan bahawa percaya itu adalah separuh daripada keimanan umat Islam. Tanpa kepercayaan terhadap Rukun Iman, maka tidak sempurna seseorang yang mengaku dirinya Muslim. Begitu juga dengan sistem perakaunan, jika sistem yang disediakan tidak dipercayai lagi. Maka sudah pasti, sistem kewangan dan lain-lain yang berkaitan dengan perkaunan akan bercelaru, dan pasti akan timbul kes penipuan, penyelewangan dan lain-lain. Maka percaya itu perlu dipercayai!
ps: Saya akan terus percaya, bahawa umur itu bukan penghalang...