Thursday, June 19, 2008

Dari Khabar




Altenatif

Oleh: Yussamir Yusof
20 Jun 2008
Cyberjaya
www.yussamir.com
http://tetasan.blogspot.com



“Orang agama tunjuk ego.”

Saya tertarik membaca ulasan yang dibuat oleh Roslan Aziz baru-baru ini. Ulasan ini dibuat setelah Pemuda Pas menghalang konsert yang bakal dianjurkan di Selangar. Apa yang menarik ialah, pandangan yang dibuat oleh beliau ini menujukkan bahawa orang awam sememangnya sudah bosan dengan telatah orang agama.

“"Orang yang tahu fasal agama, ego dia lebih tinggi. Cuba kita pergi kepada seorang ustaz dan kata kepada dia, hadis ustaz salah, sanad tak betul. (Awak) ingat dia boleh terima? Mereka ini hendak tunjuk suci,"(Roslan Aziz dalam Malaysiakini)



Bukan nak menyokong mana-mana pihak, tetapi seharusnya para agamawan sedia untuk dikritik dan sedia untuk memberi altenatif. Namun, apabila ada sahaja Mufti yang berkeinginan untuk turut sama turun dalam dunia hiburan, dengan menyediakan lirik-lirik dan lagu-lagu yang berteraskan membawa manusia ke arah menghayati Islam. Maka ada pula mulut-mulut yang berasa tidak selesa dengan tindakan luar ‘tabi’e’ Mufti ini. Mereka menghalang konsert-konsert yang didalamnya terdapat pelbagai unsur-unsur yang membawa kepada maksiat. Tetapi mereka tidak pernah untuk menyediakan ruang dan altenatif agar konsert-konsert ini dijalankan dengan kadar yang mendekati landasan islam. Antaranya, menyediakan ruang konsert yang dapat memisahkan antara lelaki dan perempuan. Berkerjasama dengan para pemuzik dan karyawan dalam konteks mengubah lagu dan lirik. Menyediakan skrip-skrip filem yang membawa kepada penghayatan agama;misalnya ayat-ayat cinta, kun fa yakun dan kiamat sudah dekat.


Saya memetik lagi kata Roslan aziz:

"Tidak ada konsert, di Kelantan ada juga anak luar nikah. Ini soal pembangunan budaya. Ini juga tentang cari makan. Konsert kalau tidak benarkan, mesti beri alternatif lain,"


Sampai bila agamawan mahu bersikap seperti tuhan,jangan hanya tahu menghukum tetapi tidak pernah berusaha mencari jalan/altenatif. Begitu juga kepada para karyawan dan pemuzik, sampai bila anda mahu berkarya dengan karya-karya yang hanya mengkhayalkan manusia tetapi tidak membawa sebarang faedah kepada manusia. Hidup bukan untuk selama-selamanya. Biarlah hidup itu bererti dengan memberi sesuatu yang bererti kepada diri sendiri dan masyarakat sekeliling, terutama untuk agama. Berganding bahulah, antara satu sama lain. Islam tidak pernah menghalang hiburan, kerana fitrah manusia memang memerlukan hiburan. Dalam kehidupan bukan seluruhnya kita perlu serius dan bertekun. Islam tidak memerlukan kerahiban, Islam juga bukan agama yang mengongkong. Kata Nabi Muhammad saw dalam sebuah hadith yang direkodkan oleh Muslim, “Kemudian Rasulullah s.a.w, bersabda: "Demi Zat yang diriku dalam kekuasaannya! Sesungguhnya andaikata kamu disiplin terhadap apa yang pernah kamu dengar ketika bersama aku dan juga tekun dalam zikir, niscaya Malaikat akan bersamamu di tempat tidurmu dan di jalan-jalanmu. Tetapi hai Handhalah, saa'atan, saa'atan! (berguraulah sekadarnya saja!). Diulanginya ucapan itu sampai tiga kali."

Akhir kata, jangan menuding sesama kita. Tetapi duduk berbincang dan berkerjasama. Jangan seorang berlagak seperti Tuhan, dan seorang lagi berlagak seperti serba tahu.

WaAllahualam..

6 comments:

  1. Assalamualaikum.

    Manusia memang suka menghukum daripada menasihat dan menegur. Sama juga, manusia amat payah ditegur kerana merasakan yang menegur lebih banyak dosa dan tetap ada cacat cela. Bila yang menegur bukan menegur kerana Allah, bila yang ditegur pula merasakan dirinya betul walaupun salah pada pandangan Allah, keadaan jadi payah.

    My point is, apa-apapun, soal seketul daging di dalam diri manusia itu yang perlu diteliti.

    Wallahualam.

    ReplyDelete
  2. Salam, saya menyokong pandangan dari norayhunt dan yus,dua dua belah pihak sepatutnya duduk berbincang,setiap sudut pandangan memang berbeza kerana dari latar belakang karier yang berlainan, tapi cuba kita ingat kembali Rasulullah saw sendiri tidak pernah menjejakkan kaki ke konsert2 yang merapu,.jika kita benar mengikut sunnah dan menyedari yang kita adalah umat Baginda saw..

    ReplyDelete
  3. Alhamdulilah
    Terima kasih kepada Norayhunt dan Anonymous. Saya suka menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh Anonymous.
    Memang benar Nabi Muhammad saw tidak pernah ke konsert yang merapu, tetapi pernah tak saudara melihat hadith yang lain tentang Rasulullah membenarkan Saiditina Aisyah melihat tarian pedang orang abshah.Kemudian hadith tentang rasulullah membenarkan seorang kafir mendeklamasikan syair ,dimana syair tersebut mngandungi banyak pengajaran (walaupun datang nya dari orang bukan islam).
    Apa yang saya sebutkan bahawa, jangan melihat islam itu sebuah agama yang jumud. Dakwah boleh diperlbagaikan. Selagi tidak ada dalil yang qat'ie dan disitu masih ada isu2 yang boleh dibincangkan (iaitu tidak ada penetapan yang jelas) maka disitu perlu kita perbincangkan. Jika dengan cara konsert yang diberi altenatif cara islam dapat menyebarluaskan kepada penghayatan Islam,maka apa salahnya.
    Mungkin pandangan saya ini ada cacat celanya,tetapi disini kita saling menerima dan memberi. Moga perbincangan kita ini membuka lebih banyak perbincangan yang mencambah kepada kecintaan kepada Allah.

    WaAllahualam..

    ReplyDelete
  4. Yang menegur juga perlu berhati-hati supaya dalam mengkritik sikap orang lain yang ego, yang menegur sendiri tidak terlondeh kainnya hingga nampak dia turut punya ego. Hingga hujah jadi tidak objektif. Hingga kritikan menjadi emotion over mind. Melanggar hukum emas critical thinking. Mengenai Roslan Aziz tu, dia pun dah minta maaf. Biasalah kita manusia kekadang banyak pendam2. Sekali terkeluar sure jadi emosi sikit. Kita semua pernah merasa jadi macam tu.

    Golongsn yang terasa holier than thou dengan ilmu agama yang ada juga kena mula peka terhadap kesan psikologi yang kian wujud dalam masyarakat. Memang dah banyak saya jumpa kes orang2 memendam perasaan tidak puas hati dengan sikap2 holier than thou kelompok yang cuba menjadi authority mengawal pemikiran. Orang lain perlu tutup mulut kerana mereka rasa merekalah satu2nya rujukan untuk selamat di akhirat. Rasa2 yang terpendam ini kadangkala bukan kerana ditegur, tetapi kerana mual dengan sikap 'diktator pemikiran' yang diamalkan.

    Masa untuk semua pihak bermuhasabah.

    wallahua'lam

    ReplyDelete
  5. Salam..
    Edry,kalau londeh seluar ok lagi,,macam hop sikit...hahhaha..

    ReplyDelete
  6. Hmmmm...
    teringat pulak kisah Nabi kita semasa perang Khandak, Baginda telah bersyair sambil menggali parit, kemudian syair baginda tersebut disambut dan dibalas oleh pengikut2 yg lain....meriah macam nasyid agaknyeee....hehe

    lirik dia lebih kurang:

    Baginda:
    اللهم لا عيش الا عيش الاخرة
    واغفرللانصار والمهاجرة

    Pengikut:
    نحن الذين بينع محمدا
    على الجهاد مابا قين أبدا

    cam tu le lbh kurng...x ingt sgt liriknye...kalu ade sape2 ingat tlon bg tau ^_^

    ReplyDelete