Monday, June 9, 2008

Pengalaman

Diari sebuah cinta Kota Singa

Oleh: Yussamir Yusof
Singapura-Kuala Lumpur- Johor Bahru-Negeri Sembilan
www.yussamir.com




Hari pertama

Perjalanan selama 10 jam benar-benar memenatkan. Jam 9 pagi, kami tiba di Tanjung pagar. Pagi itu terasa hangat di stesyen keretapi Tanjung Pagar menyambut kami. Tg Pagar, sebuah kawasan yang masih dalam pertikaian, antara dua buah negara yang tidak lama dahulu pernah bersatu dibawah satu pertadbiran. Ketibaan kami disambut oleh Kak Nisa, iaitu pegawai dari Jamiyah yang akan mengiring kami selama kami berada di Singapura.





Setelah bersarapan kami terus bergerak menuju ke Ibu pejabat Jamiyah yang terletak di Lorong 12 Geylang. Apa yang menghairankan kami ialah, dibalik kehanyiran dan lambakan dosa-dosa pelaku maksiat Lorong 12 Geylang, sebuah banggunan berteraskan islamik megah berdiri disitu. Buat pengetahuan para pembaca, di Singapura kawasan di sekitar lorong 12 Geylang ini dikenali dengan nama Red District. Kawasan ini penuh dengan ‘social partner’ atau lebih difahami dengan nama ‘pelacur’. Industri pelacuran mendapat kebenaran dan dibawah jagaan kerajaan. Pelangan-pelanggan yang mahu melanggan ‘ayam-ayam’ ini diwajibkan memakai kondom,dan ada hari-hari tertentu ‘ayam-ayam’ ini akan dibuat ‘medical check-up. Pada mulanya kami tidak percaya. Tetapi setelah diberi penerangan oleh pegawai Jamiyah disitu, barulah kami sedar bahawa industri tertua di dunia ini terdapat di negara ‘Maju’ ini!

Sebelum ke Ibu Pejabat Jamiyah, kami menuju ke Darul Takrim iaitu tempat penginapan bagi komiti muslimah. Darul Takrim adalah sebuah Rumah Orang-orang Tua di bawah pentadbiran Jamiyah.



Setelah selesaikan hal-hal yang berkaitan dengan penginapan komiti muslimah, kami dibawa pula ke Teluk Kurau. Penginapan bagi komiti Muslim ditempatkan di sebuah rumah banglo milik seorang Doktor di Teluk Kurau. Banglo tiga tingkat, mempunyai 6 bilik, 6 bilik air, dan keluasan lotengnya boleh dijadikan pejabat kecil adalah sebuah tempat menginap mewah yang kami perolehi. Terima kasih diucapkan kepada Dermawan Dr Kut Budin dan pihak Jamiyah yang menguruskan tempat-tempat penginapan delegasi DTS.


Setelah bersiap-siap, kami terus dibawa ke Ibu Pejabat Jamiyah. Sampai sahaja di ibu Pejabat Jamiyah, kami dijamu dengan sedikit jamuan sebelum openining ceremony di mulakan di tingkat 7. Jam 2 petang, majlis pembukaan dimulakan. Pelbagai topik dibincangkan, walaupun sepatutnya majlis ini diadakan sekejap sahaja. Tuan Haji Abu Bakar Maidin, iaitu Presiden Jamiyah sempat meluangkan masa dan memberi sedikit ucapan sebelum berangkat ke Arab Saudi pada petang itu. Terima kasih diucapkan kepada En Husin, En Hasbi dan En Mohd Nor kerana meluangkan masa bersama dengan kami.

depan jamiyah


delegasi DTS


makan -makan



Selepas tamat majlis pembukaan, kami meneruskan aktiviti yang telah dirancang. Iaitu melawat ke Darul Ma’wa. Iaitu rumah yang menempatkan kanak-kanak yang kurang bernasib baik. Seramai 83 orang kanak-kanak dari umur 10 tahun hingga 19 tahun ditempatkan di rumah tersebut. Antara aktiviti yang dilakukan pada hari itu adalah, bengkel Multimedia, game dan beberapa sessi beramah mesra dengan kanak-kanak disitu. Komiti DTS dipecahkan kepada dua kumpulan pada malam itu. Grup Mutlimedia akan menguruskan aktivit multimedia di Makmal Komputer. Grup kedua pula, menguruskan aktiviti game untuk kanak-kanak berumur bawah 12 tahun. Saya ditempatkan dalam grup kedua. Apa yang boleh saya katakan, menguruskan aktiviti ini, benar-benar mencabar ketahanan mental dan fizikal. “Terlalu Aktif” sebuah perkataan yang harus dituju kepada mereka. Walaubagaimanapun, kami sanggat gembira dan puas bersama kanak-kanak darul ma’wa. Bersama mereka, memberikan sebuah gambaran bahawa begitulah kami dahulu, semasa kecil-kecil.



Makmal komputer



Semasa melakukan program di Darul Ma’wa, saya sempat menemuramah En Sufian. En Sufian adalah seorang pegawai di darul Ma’wa, merangkap ketua di sana. Apa yang kami dapat melalui temubuat ini, sistem pentadbiran yang cekap dan kakitangan yang berkebolehan antara kelebihan yang mereka ada, dan Malaysia tiada. Walaupun bergerak di bawah bumbung sebuah badan bukan kerajaan, Kerajaan Singapura tidak pernah mengabaikan segala sisi yang diperlukan oleh Jamiyah. Seperti yang diberitahu oleh En Sufian, setiap tahun pihak dari kerajaan akan datang untuk melakukan auditing. Pihak tersebut biasanya akan menilai dari segala aspek, sama ada dari segi kepuasaan kanak-kanak terhadap sistem dan penjagaaan terhadap mereka. Dari segi makanan, sistem pembanggunan hatta berapa besar rotan yang digunakan oleh kakitangan Darul Ma’wa.

“Rumah kanak-kanak bukanlah sekadar tempat perlindungan, tetapi ia lebih daripada itu. Rumah kanak-kanak seharusnya menjadi tempat pembanggunan minda dan fizikal mereka. Sekarang ini, ramai orang melihat rumah-rumah sebegini hanya sebagai tempat tinggal kanak-kanak ini dari terbiar. Jadi, saya bertanggungjawab mengubah mentaliti ini, dan kita semuanya mempunyai tugas untuk menyatakan bahawa kanak-kanak ini bukan hanya mahu tempat perlindungan, tetapi mereka juga memerlukan pembanggunan minda dan fizikal.”

Lontaran pandangan En. Sufian tentang hal ini adalah sesuatu yang baru bagi saya di Malaysia. Selain daripada itu, Kerajaan Malaysia juga kurang memberi kerjasama kepada badan-badan bukan kerajaan yang menjalankan kerja amal sebegni. Tidak perlu pergi jauh,lihat sahaja bagaimana tidak tersusunnya sistem dan kemudahan yang ada di rumah kanak-kanak Raudah.

Usai melakukan aktiviti di Rumah Ma’wa sehingga jam 10 malam, kami terus pulang ke rumah. Bagi komiti muslim, malam itu kami ditemani oleh Brother Rafi, dia akan bersama kami selama kami berada di Singapura. Sampai sahaja di rumah, kami terus tidur kepenatan....



Bersambung....


No comments:

Post a Comment