Monday, June 23, 2008

Kehidupan



Erti Hidup Pada Memberi

Oleh: Yussamir Yusof

www.yussamir.com
cyberjaya
2.27 pagi/ 24 Jun 2008



Selamat pengantin baru


Selamat penganting baru diucapkan kepada Saudara Amir, salah seorang sahabat saya yang sama-sama mendaki gunung Kinabalu pada tahun lepas. Tidak ada seindah kata, secantik bahasa untuk digambarkan betapa indahnya apabila seseorang itu bergelar suami dan isteri. Moga doa yang dititipkan ini, menjadi azimat bagi Amir dan isteri bahagia melayar bahtera cinta.

“Semoga Allah memberi berkah kepadamu dan atasmu serta mengumpulkan kamu berdua (pengantin laki-laki dan perempuan) dalam kebaikan.” (HR penyusun-penyusun kitab Sunan, kecuali An-Nasai dan lihat Shahih At-Tirmidzi 1/316)



Dengan memberi kita merasai

Kalau semalam saya puas melihat dan meraikan kebahgiaan sahabat saya yang baru sahaja berkahwin. Hari ini pula, saya bahagia melihat kepadatan bilik BR 1022 dengan pelajar-pelajar yang mahu bersama dalam keluarga Institusi Usrah. Alhamdulilah, segala puji bagi Allah yang sentiasa mahukan kebenaran di atas kebatilan. Malam tadi ; 23 Jun 2008 / Isnin / Jam 9 malam Institusi Usrah mengadakan perjumpaan ahli-ahli Institusi Usrah yang lama dan juga yang baru. Dalam perjumpaan singkat malam itu, saya diberi kesempatan untuk menyampaikan sedikit ucapan dan ulasan mengenai Majalah Insight kepada ahli Institusi Usrah. Kepuasan tergambar melalui senyuman dan ucapan terima kasih yang tak terhingga daripada saya.

Saya percaya bahawa masih ada dan ramai lagi, mahasiswa MMU mempunyai hati dan keinginan kepada hal-hal kebaikan. Malam itu juga, Presiden Institusi Usrah menjelaskan bahawa Institusi Usrah bukanlah sebuah organisasi yang terlalu Islamis. Di mana ahli-ahlinya harus bertudung litup,bertudung labuh, seorang yang ada fikrah agama yang kukuh dan lain-lain. Sehinggakan ada sesetengah ahli terpaksa berpura-pura memakai tudung dan berkelakuan baik untuk menyertainya.Menurut beliau, hal-hal sebegini tidak ada dalam Institusi Usrah. Tambahan lagi, beliau juga menerangkan bahawa Institusi Usrah bukanlah tempat untuk menghakimi seseorang itu, sama ada salah atau benar. Apa yang Institusi Usrah bawakan hanyalah sebuah perkongsian dan sebuah pertalian kekeluargaan. Oleh sebab itu, moto Institusi Usrah ialah “We are here not to judge, but to share”.

Moga kehadiran yang menggalakan ini, membuatkan barisan Tanzim lebih bersemangat dan sentiasa istiqomah dalam perjuangan dakwah dan islah. Yang penting kini bukanlah meramaikan lagi, tetapi menjaga ahli-ahli baru dan lama yang ramai ini agar terus berada dalam Institusi Usrah. Haruslah bertekad menjadikan Institusi Usrah sebagai wadah menyampaikan Islam melalui medium yang sederhana dan fleksibel.

Tulisan ringkas saya ini, saya tujukan kepada semua ahli-ahli Usrah dan khususnya untuk barisan Tanzim sekelian. Kepada mereka yang baru mengenali Institusi Usrah, selamat datang diucapkan. Sekian.






p:s/ kepada yang terkejut saya ini Timbalan Presiden 1, maka jangan terkejut lagi. Kalau jumpa tegur-tegurlah ye. Saya tidak beserban, tidak berjubah, tidak berjanggut(sebab tak tumbuh-tumbuh dari dulu..huhuhu). Inilah diri saya, dan saya pasti ahli-ahli IU tidak akan rasa ada ruang untuk mendekati saya, kerana kita tidak berbeza.

3 comments:

  1. "Dan orang-orang Yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi Penolong bagi setengahnya Yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. Allah menjanjikan orang-orang Yang beriman, lelaki dan perempuan, (akan beroleh) Syurga-syurga Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka kekal di dalamnya dan beroleh tempat-tempat Yang baik di Dalam "Syurga Adn" serta keredaan dari Allah Yang lebih besar kemuliaannya; (balasan) Yang demikian itulah kejayaan Yang besar. [At-Taubah 9:71-72]

    Semoga istiqamah ya akhi..

    Send my regards to IU's members, salam ukhwah.=)

    ReplyDelete
  2. sayer terkejut sbb dah btau yg awk ni tumbln amir 1.. huhu muktmr blm lg kan~.....

    ReplyDelete
  3. Sessi 07-08 mmg saya timbalan amir 1 juga, tahun sessi 08-09 masih lagi diamanahkan sebagai timbalan amir 1.Sebelum muktamar kami dah berbincang hal ini...
    datanglah muktamar nnt ye..

    ReplyDelete