Tulisan ini bukanlah untuk mencari permusuhan antara kita dengan Al-Fadhil al-‘Alim as-Syeikh Dr Muhammad Uthman El-Muhammady. Dan jauh sekali untuk mengajar Al-Fadhil yang lebih arif dan alim dalam pengetahuan agama.
Al-Fadhil adalah seorang yang merdeka dan berhak untuk membantah fahaman dalam agama Islam yang tidak beliau setujui.
Malahan pasti bagi kita, al-Fadhil bersetuju dalam setiap perkara manusia tidak pernah sama (kecuali dalam akidah), kerana masing-masing mempunyai pandangan yang berbeza.
Boleh jadi, perbezaan pandangan ini sebenarnya memberi rahmat dan percambahan intelektual pada diri umat Islam yang mencintai ilmu.
Kita juga pasti, al-Fadhil bersetuju bahawa kebenaran itu lebih kita cintai dari mana-mana tokoh yang kita sayangi. Malahan perbezaan pandangan ini seharusnya lebih menanamkan rasa kasih dan sayang antara kita. As-Syauqi dalam sebuah syairnya ketika mendendangkan perihal perbezaan pandangan ini berkata, “Perbezaan pandangan tidak boleh merosak rasa saling menyayangi.”
Di dalam artikel yang bertajuk “Terjemahan kitab Al-Radd ‘ala al-Wahabiyah oleh Sayyid Zaini Dahlan” oleh al-Fadhil ke majalah Milenia edisi bulan Ogos 2009 bilangan ke 84 ada beberapa perkara yang harus diperhatikan semula. Kitab yang ditulis oleh As-sayyid Zaini Dahlan ini sebenarnya banyak di dalamnya fitnah yang besar dan batil terhadap al-Imam Muhammad bin Abdul Wahab. Malahan mengenai musafir menziarahi makam Rasulullah sebenarnya telah disalah-fahami oleh As-Sayyid Zaini Dahlan terhadap kalam Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab.
1. Penjelasan tentang menziarahi makam Rasulullah
Al-Imam Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab tidak pernah melarang umat Islam untuk menziarahi makam Rasulullah. Tetapi yang beliau larang ialah berniat semata-mata datang ke Madinah untuk menziarahi Rasulullah ataupun memasukkan sekali menziarahi makam rasullullah dalam manasik haji.
Sebetulnya ialah, berniat untuk datang ke Madinah adalah untuk melakukan solat di dalam Masjid Nabawi. Dalam masa yang sama, meluangkan masa untuk menziarahi makam Rasulullah.
Larangan untuk melakukan perjalanan (musafir) semata-mata untuk menziarahi Rasulullah mencakupi semua tempat dan semua kuburan, sehingga tidak boleh pula untuk tujuan shalat, memohon berkat atau beribadah. Menziarahi kubur tidak boleh menjadi niat utama dalam perjalanan menuju ke Madinah.
Walaubagaimanapun menziarahi makam Rasulullah adalah salah satu adab dan digalakkan kepada seluruh umat Islam. Hikmah perintah menziarahi kubur (bukan sahaja tertaluk kepada makam Rasulullah) adalah untuk mengingatkan manusia kepada akhirat, dan orang-orang yang telah mati.
Larangan untuk menjadikan ziarah ke makam Rasulullah sebagai niat utama disebabkan mahu mengelakkan umat Islam menjadikan amalan menziarahi makam Rsulullah sebagai ‘id iaitu amalan berkunjung berulang-ulang dan menjadi rutin.
Nabi Muhammad alahi-wasalam telah bersabda, “ Janganlah kalian menjadikan rumah-rumah kalian sebagai kuburan, dan janganlah kalian menjadikan kuburanku sebagai sesuatu (yang dikunjungi berulang-ulang secara) rutin. Berselawatlah kalian kepadaku, kerana sesungguhnya selawat kalian disampaikan kepadaku di mana pun kalian berada.” (Hadith direkodkan Abu Daud dalam Al-Manasik (2042), dan Ahmad (2/367) )
Salah faham As-Sayyid Zaini Dahlan terhadap apa yang ditulis oleh Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab telah ditiru bulat-bulat oleh Yusuf al-Nabhani dalam kitabnya yang bertajuk Syawahid al-Haq fi al-Istighosah bi Sayyid al-Khalq. Malahan ramai lagi yang tersalah faham dengan tulisan Syeikh Muhamad bin Abdul Wahab, antaranya Muhammad Najib dalam kitabnya Sawqih dalam Tabyin al-Haq wa al-Sawwab, dan Muhammad Tahir Yusuf dalam kitabnya Quwwah al-Difa’ wa al-Hujum.
Bagi menjawab tuduhan-tuduhan ini Syeikh Muhamad bin Abdul Wahab dengan sendiri telah membantah segala tuduhan ini di Makkah pada bulan Muharam tahun 1218H. Kata beliau, “Kami menetapkan kemuliaan Nabi kita Muhammad sallahu ‘alayhi wa sallam melebihi kemuliaan makhluk lainnya secara mutlak. Baginda hidup di dalam kuburnya menerusi kehidupan alam barzakh melebihi kehidupan para syuhada’ sebagaimana termaktub dalam al-Quran. Baginda mendengar ucapan salam yang diucapkan ke atasnya serta mengenali para penziarah yang menziarahi kuburnya.
Namun Nabi sallahu ‘alayhi wa sallam tidak pula mengarahkan bermusafir melainkan untuk menziarahi masjidnya serta bersolat di dalamnya. Walaubagaimanapun sekiranya seseorang itu berniat untuk menziarahi Nabi sallahu ‘alayhi wa sallam berserta dengan niat menziarahi masjid serta solat di dalamnya, maka ia tidak mengapa. (Rujuk Al-Durar al-Saniyyah jil 1, hlmn 127-128)
2. Penjelasan hadith-hadith yang dinukilkan dalam artikel
Dalam artikel yang ditulis kembali oleh al-fadhil ini, kita beranggapan bahawa beliau tidak sengaja atau terlupa untuk menyemak kembali hadith-hadith yang digunakan. Antara hadith-hadith tersebut ialah:
1. Barangsiapa yang menziarahiku setelah aku mati, maka seolah-olah ia menziarahi ketika aku masih hidup. (Hadith direkodkan Ad-Daru Quthni (2/278), Al-Baihaqi (5/246), Ibnu Adi dalam Al-Kamil (2/382). Lihat As-Silsilah Adh-Dha'ifah (47, 1021)
[Ulasan Hadith : Hadith ini semuanya dari sanad Hafsh bin Sulaiman dari Laits bin Abi Sulaim. Sanad hadith ini lemah kerana lemahnya Laits bin Abi Sulaim, oleh karena terbukti bahawa beliau mencampur-aduk hadith. Manakala Hafsh bin Sulaiman yang dinamakan juga al-Gadhri sangat lemah seperti yang dinyatakan oleh Ibnu Hajar dalam kitabnya at-Taqrib, bahkan Ibnu Muin menyatakan sebagai pendusta dan pemalsu hadith. ]
2. Barangsiapa yang menziarahiku, maka aku menjadi pemberi syafa'at atau menjadi saksi baginya. (Hadith direkodkan oleh Ath-Thayalusi (65), Al-Baihaqi (5/245). Lihat Irwa'ul Ghalil (1127). )
[Ulasan Hadith: Hadits ini mungkar kerana di dalam sanadnya terdapat seorang perawi yang bernama Musa bin Hilal Al ‘Abdi. Beberapa ulama ahli hadith seperti Abu Hatim, Al Bukhari, An Nasai, Al Hakim, Ibnu Abdil Hadi, Ibnu Hajar dan Al Baihaqi sendiri (yang meriwayatkan hadits tersebut) mengkritik perawi tersebut.]
3. Barangsiapa yang menunaikan haji ke Baitullah walhal dia tidak menziarahiku maka sesungguhnya dia bersikap kasar kepadaku.”
[Ulasan hadith: Ini hadits maudhu'. Hal ini telah ditegaskan oleh adz-Dzahabi dalam kitabnya yang bertajuk al-Mizan jilid 3 halaman 237. Begitu juga dengan Syeikh ash-Shaghan di dalam kitab al-Ahadith al-Maudhuiyah halaman 46.]
Setelah disemak dan diteliti kembali, semua hadith-hadith ini batil, tidak ada asalnya, para ulama hadith telah menjelaskan kebatilannya. Para ulama ahli hadith menegaskan bahwa sanad-sanadnya lebih lemah daripada sarang labah-labah.
Di antara para ulama yang menegaskannya adalah Ibnu Khuzaimah, al-Baihaqi, an-Nawawi, al-‘Uqaili, adz-Dzahabi, as-Suyuthi dan yang lainnya.
Malahan hadith-hadith yang berkenaan dengan ziarah makam Rasulullah tidak ada seorang pun dari ahli hadis seperti Bukhari, Muslim atau Ashabus Sunan seperti Abi Daud dan Nasaii, malah tidak seorang pun dari para ahli sanad seperti Ahmad dan yang semisal dengannya seperti imam-imam fikeh seumpama Malik, Syafie, Ahmad, Ishak, at-Thauri, Awzaii, Abi Hanifah dan yang semisal dengan mereka yang meriwayatkannya.
Barangsiapa yang ingin tahu kedhaifan sanad dan kemungkaran matan riwayat-riwayat di atas, bolehlah membaca kitab ash-Shaarimul Munki fir Radd 'Alas Subki karangan al-Hafizh Ibnu 'Abdil Hadi.
Beliau telah mengumpulkan dan memeriksa hadith-hadith yang berkaitan dengan ziarah Rasulullah. Beliau menyebutkan hadith-hadith tentang ziarah kubur satu persatu lalu membicarakan kelemahannya serta ulasan para ulama tentangnya.
Tambahan itu, antara kitab-kitab yang mengulas kedhaifan dan kepalsuan hadith-hadith di atas ialah ialah dalam buku At-Talkhis al-Habir jilid 2 halaman 507-509, Fadhail Madinah halaman 583-595, As-Silsilah Ad-Dhaifah Jilid 1 halaman 61-63, Tanbih Zair al-Madinah halaman 16-30, bantahan terhadap Al-Akhna'i karya Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah, bantahan terhadap As-Sabaki karya Ibnu Abdil Hadi dan bantahan terhadap An-Nabhani karya Al-Alusiy. Hendaknya kita tidak terpedaya oleh orang yang berdalih dengan hadith-hadith tersebut.
3. Pengakuan Ulama besar terhadap As-Sayyid Zaini Dahlan ini?
Syeikh Fauzan al-Sabiq dalam kitabnya yang bertajuk Al-Bayan wa al-Isyhar menyatakan, “Sebahagian para ulama besar Makkah mengulas tentang Dahlan seperti berikut: “Berdasarkan penelitian didapati bahawa hasil karya Dahlan laksana bangkai yang tidak boleh dimakan kecuali oleh orang yang berada dalam keadaan terdesak.” Oleh itu ia ditolak oleh kebanyakkan para ulama di India, Iraq, Najd serta selainnya dengan mendedahkan segala bentuk kesesatan yang terdapat di dalamnya.
Aku dapati dari beberapa alim ulama berdasarkan dokumen para ilmuan Islam yang berkata berkenaan Dahlan seperti berikut: “Hakikatnya Dahlan seorang Rafidhi (Syiah Rafidhah) namun menyembunyikan pegangannya dengan bertaklid kepada salah satu dari mazhab yang empat.” Di antara bukti menunjukkan Dahlan seorang Rafidhi yang hanya bertopengkan mazhab Ahlu-Sunnah khasnya mazhab yang mulia al-Imam Syafie’ rahimahullah ialah sebuah kitab yang dikarangnya bertajuk Asna al-Muthalib fi Najah Abi Talib. Ia ditulis bagi menolak dengan penuh hawa nafsu kitab-kitab hadith serta as-Sunnah yang sahih lagi mutawatir.”
Ulasan dan penjelasan di atas ini sekali lagi ditegaskan bahawa bukanlah niat kita untuk mengajar atau menunjukkan alim terhadap al-Fadhil al-‘alim as-Syeikh Dr Muhammad Uthman el-Muhammady.
Kita sendiri telah banyak menadah ilmu dari karya-karya serta tulisan-tulisan al-Fadhil yang penuh dengan hikmah. Tetapi tulisan ini adalah secebis kajian dan pengetahuan yang ingin dikongsi bersama dengan al-Fadhil bagi melihat kebenaran dan menolak kebatilan.
Kita dan seluruh umat Islam lebih cintakan kebenaran dari mana-mana tokoh yang kita cintai. Manakala kita percaya al-Fadhil lebih arif dengan firman Allah yang bermaksud, “Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Surah al-Maidah 5:8)
Sebelum mengakhiri perkongsian kita dengan al-Fadhil, kita memetik kata-kata Imam Hassan al-Banna dalam risalahnya yang bertajuk Da’watunaa. Kata Hassan al-Banna, “Perbezaan bukan merupakan aib akan tetapi yang aib dan yang tercela ialah fanatik tehadap sesuatu pandangan serta mengongkong kebebasan akal fikiran manusia. Pandangan terhadap masalah-masalah perbezaan seperti inilah sebenarnya mampu mempersatukan kembali hati-hati yang berpecah-belah. Dan cukup bagi manusia bersatu di atas sesuatu yang boleh membuat muslim menjadi muslim yang sejati.”
__________________________________________________________________
© YUSSAMIR.COM (2007-2009)
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Yussamir .Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Yussamir .Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin YUSSAMIR . COM terlebih dahulu.
"memperkasakan paradigma"
Yussamir Yusof @ www.yussamir.com

Salam,
ReplyDeleteA WELL WRITTEN article.
Lebih lunak dan lembut dari peringatan Buya Hamka dalam karyanya Teguran Suci Dan Jujur Hamka Kepada Mufti Johor (as-Sayyid Alwi bin Tahir al-Haddad).
p/s:Semoga Al-fadhil al-‘alim as-Syeikh Dr Muhammad Uthman El-Muhammady dapat mengoogle dan membaca artikel ini dan berkongsi hujah beliau pula insyaAllah.
Wasalam.
ReplyDeleteSudah email pada beliau. Tetapi malangnya email yang didapati dilaman UIA tak valid. Moga2 al-fadhil terjumpa blog ini.
WaAllahualam.
uthman@iiu.edu.my
ReplyDeleteelmuhammady1@yahoo.com
603 - 6207 3461
ni tak valid?
Invalid.
ReplyDeleteThis is an automatically generated Delivery Status Notification
Delivery to the following recipient failed permanently:
uthman@iiu.edu.my
Technical details of permanent failure.
Dan
This is an automatically generated Delivery Status Notification
Delivery to the following recipient failed permanently:
elmuhammady1@yahoo.com
Technical details of permanent failure.
Tapi saya sudah menghantar di email yang baru, diberi oleh seorang student beliau rasanya.
InsyaAllah saya masih menunggu reply al-Fadhil.
WaAllahualam,
Bin Baz ulama wahhabi ada menyatakan bahawa melawat makam Rasulullah adalah syirik,haram,bahkan kafir.Mereka puak wahabi ini menghukum maksiat sesiapa yang melawat makam Rasulullah.Bah kan Bin Baz keluar fatwa wajib roboh kubah hijau diatas makam dan wajib keluarkan jenazah Rasulullah dari Masjid Nabawi.Kamu wahabi jangan sesekali keluar jasad Rasulullah dari makamnya kalau tidak nahas kamu.Bin Baz jadi ikitan kamu,Albani jadi ikutan kamu,ibnu taimiyyah jadi ikutan kamu sedangkan fatwa bertulis Bin Baz sijahat itu menghukum albani dan ibnu taimiyyah sebagai kafir.Adakan orang wahabi ikut semua tidak kira islam atau kafir.Kamu mengkafirkan ibnu Hajar Asqolany kerana mentakwil sedangkan orang yang mula2 mentakwil adalah Ibnu Abbas.Ulama2 ASWJ menggunakan takwil antara imam bukhari imam ghazali dan semua ulama ASWJ.dakah kamu mahu mengkafirkan semua.Kenyataan bertulis DRMAZA di al ahkam menyatakan ada ulama menghalalkan liwat.siapakah ulama itu?tentu ulama wahabikan.Golongan wahabi meliwat 500 kanak2 pakistan sehinggan kerajaan pakistan keluar kenyataan bertulis menyatakan kekesalan itu.Kenapa DR MAZA keluar kenyataan itu?sedangkan islam secara jelas mengharamkan liwat.Kamu mengubah kitab imam nawawi dan imam syafii.Fatwa bin baz kata haram gantung nama Allah dan Muhammad dalam rumah.Haram ada gambar,kenapa tak haramkan gambar raja saudi di duit riyal?kenapa tak keluar fatwa haram kepada raja saudi yang suka berjudi.Adakah kamu hanya menjadi syaitan bisu dan jaga jawatan semata2.Kamu mengkafirkan golongan sufi sedangkan Rasulullah sebahagian daripadanya.Kamu menghalalkan darah yang tidak mengikut kamu sedangkan kamu hanyalah ajaran sesat yang baru lahir demi kepentingan british dalam menjatuhkan khilafah islam.Kamu bertanggungjawab menjatuhkan khilafah islam dengan bersekongkol dengan british.Salahuddin ayubi sultan alfateh yang di sebut dalam hadis nabi adalah ASWJ bukannya wahabi.Tidakkah kamu dengar hadith nabi yang menyatakan akan lahir fitnah dari najd iaitu wahabi.Kamu ikut ajaran wahabi sedangkan ayahnya dan bapa saudaranya orang pertama mengkafirkan pengasas kamu.Kamu membunuh penduduk taif yang tidak mengikut kamu ....kami masih ingat,,,,,kamulah pengkhianat islam.....
ReplyDeleteAssalamualaikom Pak Lah.
ReplyDeleteTerma kasih kerana sudi memberi komentar. Saya sengaja melepaskan komentar Pak Lah, kerana saya sedar dan yakin para pembaca paradigma sudah matang dan berfikiran lebih dari tulisan Pak Lah.
Cukuplah saya memberi bukti di atas kesilapan fakta dan tulisan Pak Lah di atas tuduhan Dr MAZA menghalalkan liwat dengan link di bawah ini.
http://www.youtube.com/watch?v=Rmx_V6yfrm4&feature=player_embedded
Ini adalah kenyataan dari mulutnya senditi tentang finah liwat yang Pak Lah lemparkan.
Paradigma dan seluruh pembaca dan orang yang bergfikir melihat fakta, bukan main cakap-cakap. Kalau main cakap-cakap tanpa berdasarkan bukti, semua orang boleh buat. :)
Kita semua sudah lama menjadi matang dan intelek Pak Lah. Paklah jangan ketinggalan keretapi.
WaAllahualam.
Kata “wahhabi” sudah tidak terasa asing ditelinga kita, ketika orang yang awam mendengar kata ini dan ketika membayangkan kelompok yang disebut dengan sebutan ini maka yang terbetik di mereka adalah aliran Islam yang sesat yang suka mengkafirkan atau menyesatkan kaum muslimin lainnya dan segudang celaan-celaan lain. Semuanya disebabkan oleh adanya sumber-sumber atau rujukan yang tidak jelas kebenarannya dan hanya kedustaan belaka yang tersebar dikalangan orang awam mengenai “Wahhabi”, atau juga karena ketaqlidan (hanya ikut-ikutan) sebagian orang awam terhadap tulisan-tulisan tersebut. Oleh karena itu dalam pembahasan ceramah bedah buku ini akan meluruskan dan membantah beberapa tuduhan yang dilontarkan kepada dakwah yang dibawa oleh Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab ini yang disampaikan langsung oleh penulis, Ustadz Abu Ubaidah Yusuf As-Sidawy. Bagi yang ingin mendapatkan penjelasan detail silahkan merujuk langsung ke buku langsung.
ReplyDeleteIkuti ceramah lengkap di
http://kajian.net/kajian-audio/Ceramah/Abu%20Ubaidah%20Yusuf%20As-Sidawi/Meluruskan%20Sejarah%20Wahabi