Saturday, October 31, 2009

ANDA LAYAK BERPOLIGAMI?


“Kalau diberi peluang untuk beristeri lebih dari seorang, encik nak tak?” Seorang lelaki tua berbaju biru tiba menyoal saya.

“Eh, kenapa pakcik tanya macam tu?” Saya terkejut, tetiba ditanya. Pakcik tadi memuncungkan mulutnya pada buku yang sedang saya baca.

“Ohhhh…” Patutlah, pakcik di sebelah saya ini turut tumpang sekaki membaca buku yang sedang saya baca.

Perjalanan dari KL Sentral ke Seremban menaiki Komuter seperti sebuah perjalanan yang panjang. Dengan kelewatan yang berpanjangan, dan orang ramai yang terlalu mementingkan diri membuatkan saya malas untuk berebut-rebut untuk masuk ke dalam komuter. Saya mahu naik komuter yang seterusnya, walaupun lambat sejam.


Saya buka buku Ask Brother Shah yang sedang saya terjemahkan. Membaca kembali tajuk Why Poligamy membuatkan saya bertambah sayang dengan Islam. Tidak sangka pula, pakcik yang berada di sebelah saya turut ikut membaca secara ‘curi-curi’.


“Mengapa Islam mempromosi Poligami? Bukankah lebih baik beristeri seorang sahaja seperti agama Kritian dan Hindu.” Soalan ini sering diajukan apabila idea poligami disuarakan.


Lebih-lebih lagi apabila Seminar perbandingan agama dijalankan. Soalan ini bukan sahaja ditanya oleh orang bukan Islam, malahan orang Islam sendiri!

Pertamanya, kita perlu membetulkan salah faham yang mengatakan Islam mempromosi Poligami. Yang sebenarnya, poligami telah wujud beratus tahun sebelum al-Quran diwahyukan kepada Nabi Muhammad sallahu-alaihi wasalam. Malahan dalam al-Quran tidak ada satu pun ayat yang boleh difahami bahawa Islam mempromosi poligami.


Apa yang Al-Quran jelaskan hanyalah batasan maksimum seseorang suami boleh memiliki isteri. Sepertimana yang disebutkan dalam surah an-Nisa 4:3, “Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yang yatim (bilamana kamu mengawininya), maka kawinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi : dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kawinilah) seorang saja, atau budak-budak yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya.”


Sebelum turunnya ayat di atas, Poligami adalah sesuatu perkara yang biasa di kalangan kaum lelaki di seluruh dunia. Poligami yang diamalkan tiada batasan, lelaki boleh memiliki seberapa banyak wanita yang ingin dikahwini. Dua, tiga, sepuluh mahupun seribu, tidak ada sesiapa yang boleh menghalang.


Menariknya, keizinan untuk berkahwinan lebih dari seorang sehingga kepada empat mempunyai syarat yang ketat, iaitu KEADILAN. Sememang untuk berlaku adil terhadap para isteri adalah sukar, sepertimana yang diperingatkan oleh Allah dalam surah an-Nisa ayat 129, “Dan kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri(mu), walaupun kamu sangat ingin berbuat demikian, karena itu janganlah kamu terlalu cenderung (kepada yang kamu cintai), sehingga kamu biarkan yang lain terkatung-katung. Dan jika kamu mengadakan perbaikan dan memelihara diri (dari kecurangan), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”


“Betul ke agama Kristian dan Hindu melarang penganutnya beristeri lebih dari seorang.” Pakcik sebelah saya tanya ragu-ragu. “Eh macam tipu je..” Saya pandang muka pakcik tersebut. Dalam hati saya, “Dia tanya kita, dia jawab balik.”


Ya memang benar. Dakwaan bahawa agama Kristian dan Hindu melarang penganutnya berpoligami adalah tidak benar.

Misalnya agama Kristian, di dalam kitab suci mereka yang bernama Bible, penuh di dalamnya merekodkan bahawa Nabi-Nabi mereka berpoligami.

Misalnya Nabi Ibrahim direkodkan bahawa mempunyai tiga orang Isteri, iaitu Sarah, Hajar dan Keturah (.Bible: Genesis 25), Nabi Daud mempunyai banyak Isteri (Bible : 2 Samuel 12:2), dan Nabi Sulaiman mempunyai Tujuh ratus isteri dan Tiga ratus gundik (Bible: 1 Kings 11:3).

Catatan-catatan bible tersebut, sebenarnya telah menafikan dakwaan bahawa Kristian mengharamkan Poligami. Begitu juga dengan agama Hindu, tidak ada satu ayat pun dalam kitab suci mereka mengharamkan Poligami.

Malah di dalam kitab-kitab suci mereka seperti Kandha Puranam, Ramayana dan Srimad Bhagavatam, ada merekodkan Tuhan-tuhan mereka mengamalkan Poligami.

Misalnya Krishna mempunyai 16,081 isteri, dan Raja Dasharata (Ayah kepada Rama) mempunyai tiga orang isteri; Kousalya, Sumitra dan Kaikeyi.

Sekali lagi, catatan-catatan dari kedua-dua kitab suci agama ini telah menafikan dakwaan bahawa agama mereka menolak poligami!


Poligami dalam Islam tidak dilihat hanya sebagai alat untuk memuaskan nafsu lelaki, tetapi ia sebagai mekanisma sesebuah masyarakat meletakkan beban tanggungjawab yang lebih kepada mana-mana lelaki yang sanggup untuk mempunyai lebih isteri. Malahan sistem ini memberi perlindungan yang sangat besar kepada wanita.

Tidak seperti perempuan simpanan, isteri kedua, ketiga, dan keempat di dalam Islam dilindungi sepenuhnya dan mereka mempunyai hak keatas perundangan. Perkahwinan mereka diakui.

Anak yang mereka lahirkan adalah anak sah, dan jika suami mereka meninggal, isteri-isteri dan anak-anak si suami dijamin mendapat harta warisan mengikut sistem faraid.

Saya membuat kesimpulan sendirian; tanpa dipengaruhi pakcik di sebelah saya. Bahawa, mereka yang memandang poligami sebagai sistem yang menindas dan tidak elok, kerana mereka melihat dan memahaminya dari sudut pandangan manusia biasa, tidak berdasarkan akal rasional dan releven.

Sebagai seorang Muslim saya berbangga dan bersyukur bahawa Islam menyediakan sistem yang cukup baik untuk manusia. Malahan para wanita harus bersyukur bahawa Allah telah membina sistem poligami yang sebenarnya manfaatnya lebih banyak untuk wanita berbanding lelaki.


“Jadi, sekarang ini pakcik nak berpoligami-lah?” Tanya saya sebelum menaiki komuter yang sudah sampai.


“Err.. Pakcik tak mampu, seorang pun tak terjaga.” Kelihatan gigi yang rongak bila pakcik tersebut senyum pada saya. Saya menganggukkan kepala, kemudian terus tenggalam dalam kesesakan manusia di dalam komuter.




____________________________________________________________________


© YUSSAMIR.COM (2007-2009)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Yussamir .Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Yussamir .Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin YUSSAMIR . COM terlebih dahulu.

"memperkasakan paradigma"

Yussamir Yusof @ www.yussamir.com

5 comments:

  1. encik yus,

    nice entry(:
    i mean the way u write it hehe.
    cuz i read it till the end of the story;p

    ReplyDelete
  2. Ye cik atie.

    tq sbb baca, sllnya scroll je.huhu...

    ReplyDelete
  3. "mereka yang memandang poligami sebagai sistem yang menindas dan tidak elok"

    Selalunya kaum wanita yg akan beranggapan sedemikian. Betul kan?
    Guru ana di SMIH pernah kata, perempuan yg anti-poligami ni pada hakikatnya tamak (paham2 je la), dan juga zalim (mereka menzalimi wanita yg lain).
    Bagi kaum wanita: maaf kalau terkasar bahasa. Don't take my word for it.

    Melalui poligami, berapa ramai wanita dpt diselamatkan (kalau kita ikut apa yg digariskan sunnah) sbb pd akhir zaman ni, wanita lebih ramai dpd lelaki. Kalau kawin sorang satu, nnt ramai yg membujang kempunan nak ada anak.

    ReplyDelete
  4. salam ziarah.. sudah lama kak tak datang menyinggah. Ohho.. inilah isunye ye. Kawan2 ukm ade dgr awk bg talk dgr Bro shah sekali. Semua sibuk nak poligami..walaupun yg satu belum ada lagi. Hehehe. Jawab mereka..kita kena niat juga walaupun belum tentu dapat.

    ReplyDelete
  5. bila dapat keluar ke pasaran buku tu?

    ReplyDelete