“Sesungguhnya Bible secara keseluruhannya telah melupakan kehidupan Tuhan Jesus sejak dia berumur dua belas tahun hingga tiga puluh tahun.”
Ketika bertemu dengan perkataan di atas yang telah diungkapkan oleh Abdullah Sa’ad, saya termenung seketika. Pelbagai soalan yang timbul, dan semakin kuat perasaan ingin tahu apabila saya membaca Bible di bahagian Luke 3:23 seperti berikut, “Ketika Jesus memulakan pekerjaannya, baginda berumur 30 tahun, dan menurut anggapan orang baginda adalah anak kepada Yusuf, anak Eli, anak Matan, anak Lewi…”
Jadi kemana hilangnya cerita ataupun riwayat kehidupan Jesus sebelum baginda memulakan kerjanya sebagai Tuhan?
Sungguh pelik, para penulis Bible tidak mengetahui langsung apa yang berlaku selama 18 tahun (sejak berumur 12-30 tahun) terhadap hidup Tuhan dan penyelamat mereka!
Mungkinkah sebelum ini baginda ada seorang pertapa yang duduk di dalam gua, dan hanya menyembah dirinya dan ayahnya oleh sebab mereka berdua adalah Tuhan? Ataukah baginda hanya berdiam diri tanpa melakukan apa-apa sehinggakan para penulis Bible tidak mencatat apa-apa tentang baginda? Atau para penulis Bible tidak tahu untuk mereka cerita lain bagi menambah perisa terhadap bible?
Pelbagai tanggapan dan andaian boleh kita tuliskan satu-persatu yang akhirnya membawa keraguan besar terhadap “keaslian” Bible.
Baiklah mari kita membuat dua andaian terhadap kes ini.
Pertama, seandainya dikatakan bahawa para murid ataupun para rasul yang menulis Bible, tetapi dalam masa yang sama mereka tidak mengetahui bagaimana kehidupan Jesus ketika itu, maka berlaku kontradiksi di atas pengakuan mereka bahawa Bible terlindung dari kesalahan (oleh sebab para rasul seharusnya mengetahui kehidupan baginda waktu itu – pen).
Kedua, seandainya dikatakan bahawa para murid Jesus yang menulis Bible berdasarkan wahyu yang diutuskan oleh Ruhul Kudus, maka sudah pasti Ruhul Kudus tidak mungkin lupa dan tidak mungkin tidal mengetahui perjalanan kehidupan Jesus! Sedangkan Ruhul Kudus itu juga adalah Tuhan yang termasuk dalam lingkup 3 dalam 1 Tuhan.
Akhirnya, jika dikatakan bahawa Jesus tidal melakukan apa-apa dan disebabkan itu tidak terdapat riwayat kehidupan baginda yang dicatat. Maka apakah rasionalnya para penganut agama kristian mendakwa Jesus sebagai Tuhan mereka (mereka memanggilnya Allah), dan secara tidal langsung telah membawa kepada sebuah kenyataan bahawa Allah telah berada di bumi selama 18 tahun dan Allah langsung tidak melakukan apa-apa pun seperti yang selayaknya dilakukan oleh Tuhan!
Sesungguhnya Jesus yang difahami dan diyakini sebagai Tuhan, telah mengabaikan penganut Kristian bertahun-tahun tanpa sebarang kerja. Dan kenyataannya bahawa Jesus hanya Tuhan untuk 3 tahun!
_______________________________________________________________
© YUSSAMIR.COM (2007-2009)Hak cipta terpelihara.
Setiap artikel yang tersiar di Yussamir .Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Yussamir .Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin YUSSAMIR . COM terlebih dahulu.
"memperkasakan paradigma"
Yussamir Yusof @ www.yussamir.com
No comments:
Post a Comment