Saturday, April 21, 2012

Pejam celik, pejam celik, tiba-tiba Muhammad Yassir dah lahir. Kalau dulu berdua, sekarang aku dah bertiga. Macam-macam perasaan ada, tak boleh nak diluahkan satu persatu.

Aku ingat lagi, time itu aku dekat PD ada ZeroToHero Herbalife. Isteri aku bbm minta aku balik awal sebab waterbag dia dah pecah. Kelam-kabut dibuatnya. Aku call adik-adik aku yang ikut sekali pergi training itu, inform diorang yang kakti dah nak bersalin. time itu masing-masing excited. hahaha...

Aku sempat jumpa Uncle Allen, dia pesan dekat aku semuanya kena tawakal pada Allah. Bukan doktor, bukan hospital, semuanya bergantung kepada Allah. Terima kasih Uncle.







Dari PD aku terus direct ke Hospital Pantai Ayer Keroh. Sampai-sampai terus masuk ke Labour Room, atie dah terbaring sakit. Masa itu belum sakit sangat, tapi bila doktor masukkan IVF, terus perut atie senak dan sakit sangat-sangat. 



Time itu aku macam hilang arah kejap. Tak tahu nak buat apa time atie dah sakit-sakit sangat. Bila dah sakit sangat, doktor pun injet ubat tahan sakit. Mula-mula doktor tanya nak injet epidural ke? Aku dengan atie cakap taknak, sebab Epidural banyak kesan sampingan.

Lepas dah bagi injet, atie still sakit. Then doktor bagi atie asap. Setiap kali dia sakit, dia kena sedut asap itu. Kesian aku tengok. Azab sangat, time itu macam nak nangis tengok isteri yang aku sayang dalam keadaan macam itu.

Alhamdulilah, lepas 7 jam dalam Labour room, atie dah mula sakit sangat untuk bersalin. Doktor siap-siapkan barang dan aku terus stay sebelah dia.

Buat pertama kali, secara live aku tengok macam anak aku lahir ke dunia. Pertama kali juga, aku tengok betapa susahnya nak lahirkan anak. Terus aku teringat Ibu aku yang susah payah lahirkan aku dan jaga aku selama ini.

5 jam sebelum sakit nak bersalin

Time ini juga, aku sangat hargai susah payah isteri aku mengandung dan melahirkan Muhammad Yassir. Dari meneran sampailah anak kami lahir aku tengok secara live.

Alhamdulilah, selepas beberapa kali akhirnya Muhammad Yassir selamat dilahirkan. Keluar saja dia, nurse terus bagi Atie peluk dia untuk beberapa minit.

Lepas itu nurse terus bawa ke bilik lain mandikan dia dan timbang. Selepas setel semua, nurse panggil aku untuk azan. Time ini, memang sangat-sangat-sangat terharu. Aku angkat Muhammad Yassir, beri salam kemudian aku azan perlahan-perlahan dekat telinga kanan dia.

Aku azan tersekat-sekat sebab nangis. Perasaan gembira, terharu dan excited yang amat sangat. Nurse sebelah aku, tersenyum je. dah biasa agaknya tengok.

Alhamdulilah, aku bersyukur sebab aku dapat tengok anak aku dari awal dia lahir sampailah sekarang. Banyak benda aku nak share pasal Muhammad Yassir. InsyaAllah aku akan sambung lagi bila ada masa. :)

Ini pun masa aku update blog dia ada sebelah tengah menyusu. Esok masuk hari ke tujuh Muhammad Yassir berada di dunia. Hari esok juga, aku akan cukur rambut dia, sesuai dengan sunnah Rasulullah.

Doakan agar Muhammad Yassir tumbuh sebagai pembela agama :)



No comments:

Post a Comment