Pagi tadi saya duduk sekejap di depan TV. Kebetulan rancangan Usrah kali ini memaparkan tajuk Pengurusan Jenazah. Tapi tidak lama, saya sempat menonton bahagian menutup dan mengikat kain jenazah sahaja. Tapi seperti ada sesuatu yang menggugah perasaan, iaitu ketika jenazah di'bungkus' dan diikat.
Serta merta, saya membayangkan mayat yang diikat itu adalah saya, dan saya sedang menunggu untuk ditanam bila-bila masa sahaja. Perasaan bercampur baur, dan saya sedar untuk mengakui kematian pelbagai perspektif dan perasaan akan datang.
Tapi yang pasti, kematian itu pasti dan ia akan datang kepada setiap makhluk yang bernyawa. Kepada Allah kita datang, dan kepada Allah jua kita kembali. Cuma, adakah kita sudah bersedia untuk berhijrah ke alam barzakh ataupun tidak.
MENILAI KEMATIAN
Sedih? Gembira? Kecewa? Pelbagai perasaan akan menyelebungi perasaan. Jika kita semua menilai perasaan ketika menghadapi kematian menurut penilaian manusia, maka kita akan mendapat pelbagai jawapan.
Bagi orang yang sengsara dan tidak mahu lagi berada di dunia, mereka gembira jika mereka dapat berhijrah ke alam barzakh secepat mungkin. Kemungkinan mereka gembira sebab tidak tahan dengan kesusahan, dan kesengsaraan.
Sedih, mungkin aparat-aparat yang kaya raya akan sedih untuk berhadapan dengan kematian. Mungin, mendengar kematian sahaja sudah cukup menggerunkan perasaan mereka. Mereka belum bersedia untuk melepaskan segala harta dan kemewahan yang sedang dikecapi.
Ya, pelbagai penilaian akan hadir, dan sudah pasti penilaian terhadap kematian bagi manusia bukanlah hujah wahyu. Bagi mereka yang beragama, pasti setiap keyakinan memberi definasi dan penilaian yang berbeza tentang kematian.
MATI MEMEDIHKAN
Saya cuba menrangkumkan pelbagai hadith mengenai kematian, dan kesimpulannya kematian itu memeritkan. Tidak ada satu pun yang terlepas dengan keperitan kematian, hatta sakratulmaut juga akan mengahadapinya.
Dari Ibnu Abi Ad-Dunya rahimahullah meriwayatkan dari Syaddad bin Aus Radhiyallahu 'anhu, dia berkata: "Kematian adalah kengerian yang paling dahsyat di dunia dan akhirat bagi orang yang beriman. Kematian lebih menyakitkan dari mata-mata gergaji, guntingan gunting, panasnya air mendidih di benjana. Seandainya ada mayat yang dibangkitkan dan menceritakan kepada penduduk dunia tentang sakitnya kematian, pasti penghuni dunia tidak akan senang dengan hidupnya dan tidak nyenyak dalam tidurnya."
Rasulullah juga tidak terlepas dari merasa kepedihan apabila berhadapan dengan maut. Sepertimana yang diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi, bahawa Saiditina Aisyah menceritakan, "Aku tidak cemburu kepada sesiapa pun di atas kemudahan kematian(nya), selepas aku melihat kepedihan kematian pada Rasulullah" (Hadith riwayat Imam Tirmidzi dalam kitab Janaiz bab penderitaan dalam kematian)
Walaupun begitu, bergembiralah orang-orang yang beriman kepada Allah. Kerana Allah sentiasa menjanjikan perkara yang terbaik kepada mereka yang taat kepada Allah, dengan sebenar-benar ketaatan. Firman Allah dalam surah an-Nahl ayat 32, "Orang-orang yang dimatikan dalam keadaan baik oleh para malaikat dengan mengatakan (kepada mereka): "Salamun 'alaikum (keselamatan sejahtera bagimu)", masuklah ke dalam syurga itu disebabkan apa yang telah kamu kerjakan".
Kecewalah mereka yang tidak beriman dan bersedih akan kematian yang akan dihadapinya. Allah tidak pernah lupa dan lalai kepada orang-orang yang menyekutukannya dan melanggar perintahnya.
Firman Allah, "Sesungguhnya hamba yang kafir (dalam riwayat lain) yang jahat jika telah berpisah dengan dunia, menyongsong akhirat, maka malaikat-malaikat yang kasar akan turun dari langit dengan wajah yang buruk dengan membawa dari neraka. Mereka duduk sepanjang mata memandang. Kemudian malaikat maut hadir dan duduk di atas kepalanya dan berkata: “Wahai jiwa yang keji keluarlah engkau menuju kemurkaan Allah dan kemarahan-Nya". Maka ia mencabut (rohnya) seperti mencabut saffud yang banyak mata besinya dari bulu yang basah." (Hadis diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Abu Daud)

MUHASABAH DIRI
Saya cuba merenung kembali, sepanjang 25 tahun saya hidup, berapa banyakkah amalan takwa yang membolehkan saya mati dalam keadaan beriman. Satu persatu wajah insan yang saya sayangi hadir dalam redupan mata. Seolah-olah, waktunya sudah tiba untuk saya menghadap Allah, Tuhan pencipta seluruh Alam.
Bergetar jiwa, berlinangan air mata, mengigil seluruh badan apabila memikirkannya. Mahu tidak mahu, saya perlu sentiasa muhasaba diri mengingat mati. Hidup ini ada noktahnya, tetapi ia tidak terhenti di situ, ia akan disambung di alam barzakh dan akhirat nanti.
Keseoronokkan, dan harta yang berlimpah ruah terasa pahit dan sukar untuk ditelan. Tapi itulah realiti yang perlu saya dan semua orang merasainya. Tanpa ada kelewatan mahupun dicepatkan waktunya, ia akan hadir seperti yang telah ditakdirkan oleh Allah.
Firman Allah dalam surah Al-Munafikun ayat 11, "Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya dan Allah Amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan."

Anak saya baru sahaja berusia 8 bulan, dan ia mengingatkan saya bahawa setiap kematian akan ada kelahiran. Putaran itu akan berterusan, sehingga sampai pada satu masa putaran itu tidak akan berlaku dan kita semua akan dikumpulkan dalam tempat yang sama, iaitu Padang Masyar.
Tangisan anak saya mengejutkan, seperti mengingatkan saya bahawa menunggu kematian bukanlah hanya duduk di kerusi dan menonton televisyen. Tetapi segeralah menghadap Allah memohon keampunan, mengumpul amalan, dan sentiasa bersangka baik bahawa Allah akan memberi rahmat dan kebaikan apabila tiba masa kita nanti.
"Dan datanglah sakaratul maut dengan sebenar-benarnya. Itulah yang kamu selalu lari darinya". (Surah Qaaf: 19)
Yussamir Yusof
Bukit Katil, Melaka.
13 Disember 2012
No comments:
Post a Comment