Pagi tadi saya duduk sekejap di depan TV. Kebetulan rancangan Usrah kali ini memaparkan tajuk Pengurusan Jenazah. Tapi tidak lama, saya sempat menonton bahagian menutup dan mengikat kain jenazah sahaja. Tapi seperti ada sesuatu yang menggugah perasaan, iaitu ketika jenazah di'bungkus' dan diikat.
Serta merta, saya membayangkan mayat yang diikat itu adalah saya, dan saya sedang menunggu untuk ditanam bila-bila masa sahaja. Perasaan bercampur baur, dan saya sedar untuk mengakui kematian pelbagai perspektif dan perasaan akan datang.
Tapi yang pasti, kematian itu pasti dan ia akan datang kepada setiap makhluk yang bernyawa. Kepada Allah kita datang, dan kepada Allah jua kita kembali. Cuma, adakah kita sudah bersedia untuk berhijrah ke alam barzakh ataupun tidak.

