Monday, July 20, 2015

SALAM LEBAR-AN DI HARI RAYA


Assalamualaikum semua? Apa khabar? Dah berapa rumah korang beraya? Berapa banyak duit raya dapat? Dan berapa kilogram berat naik? Opss hehe

Selamat hari raya saya ucapkan kepada semua. Dah sebulan berperang dengan diri dan mendidik diri untuk menjadi lebih baik. Bulan Syawal ini pula waktu kita tengok hasil dan progress yang kita dapat masa bulan Ramadhan. Antaranya, cara kita makan dan mengawal nafsu terhadap makanan. 

Okay straight to the point. Berapa kilogram berat badan korang naik? Jangan nak sengih-sengih sangat. Cepat timbang sekarang! 

Mungkin ada yang naik 2kg, ada 3kg, dan kemungkinan ada yang naik sampai 8kg tak sampai 5 hari berhari raya. Bila tanya, senang saja dia jawab, "Balas dendam bro, makan sampai muntah." 

Alamak! Puasa sebulan turun 4kg, Hari raya naik 8 kg. Didikan bulan Ramadhan tak sampai ke hati dan perut. Jangan macam ini, sepatutnya bila rayalah badan kita semakin sihat dan cergas. Bukannya memenuhkan perut dan memenatkannya untuk memproses kembali makanan itu. 

Okay, saya nak share beberapa tips untuk korang tak terlajak lagi 25 hari di bulan Syawal ini. Lagi 5 hari yang dah terlajak laris  makan itu kira halal-lah. Untuk lagi 25 hari, cuba kita amalkan tips di bawah ini agar badan kita kembali cergas, slim-melim, dan sihat.

  • Pertama: Bila ke rumah kawan-kawan dan sanak-saudara, pastikan bawa air masak sendiri. Kalau tiada botol belilah air mineral di kedai-kedai runcit. Beli yang 1.5 liter punya. Jangan malu, bawa saja air mineral itu waktu berhari raya. Sampai di rumah saudara, jangan sentuh air manis. Ya JANGAN SENTUH, sentuh pun tak boleh inikan pula untuk diminum. Kalau tak malu, minta air masak dengan tuan Rumah. Beritahulah yang kita sekarang sedang diet tak boleh minum air manis. Itu kalau tak malulah.

  • Kedua: Jangan makan makanan yang diproses. Apa itu makanan yang diproses? Makanan yang diproses macam kuih raya! Korang tahu tak, kuih raya itu banyak gula dan diproses dengan pelbagai bahan yang boleh menggemukkan korang. Jangan syok sangat makan kuih raya, konon-konon taknak makan ketupat dan rendang. Kononnya kuih raya tak menggemukkan. Jadi, bila sampai rumah yang diziarahi, tutup mata dekat balang kuih muih itu. Kalau tak malu juga, angkat balang-balang itu dan letakkan kembali ke rak Tuan Rumah. Bila Tuan Rumah tanya, cakap sahaja, "Kaki saya hamoir dipotong disebabkan kuih ini." Kemudian senyum dan terus duduk.

  • Ketiga: Makan makanan yang asli. Apa itu? Ketupat, rendang, dan tempe jawa itulah makanan yang asli. Makan saja makanan ini. Tapiiii kawallah sikit, makan sepinggan cukuplah. Makan makan juga, kalori yang diambil pun perlu dijawa dan dikira. Kalau tak tahu nak kira, boleh emelkan saya atau whatsapp 0126714353. Saya akan berikan kalori intake yang diperlukan badan korang. Percuma tak payah bayar pun.

  • Keempat: Waktu malam janganlah beraya lagi. Keberangkalian korang mendapat pelbagai masalah kesihatan bila malam pun korang masih melantak makan rendang, laksa johor dan lauk pauk yang pelbagai. Dari pagi sampai ke petang dah masukkkan macam-macam dalam perut itu, biarlah malam perut itu berehat. Berhenti makan selepas jam 7 petang. Waktu begini biar perut tenang dan bekerja secara aman. Kalau ada kawan-kawan atau saudara mara ajak beraya selepas jam 7, beritahu mereka, "Nak bersiap untuk tahajud dan baca al-Quran." InsyaAllah mereka akan tunduk segan dan terus berzikir di dalam kereta. 

  • Kelima: Mulakan aktiviti senaman secara santai. Tak perlu ekstrime sangat, kalau dapat berjalan 10 ribu langkah pun sudah bagus. Tak perlu hari-hari, seminggu dapat 3 kali pun sudah memadai. Bagi yang nak hilang lemak lebaran semasa di hari lebaran, bolehlah lari 5 km 3 kali seminggu (untuk mereka yang sudah biasa berlari dan dibawah 100kg) . Biasanya larian atau berjalan ini boleh membakar 200-500 kalori sahaja dalam masa sejam ke dua jam. Okaylah untuk seminggu 2 atau 3 kali.  Pastikan semasa berlari, cara bernafas dan berlari adalah betul. Dengan cara yang betul barulah kita akan mendapat kesan yang maksima.
Kalau ada yang nak join Fitclub saya, boleh lah hadir ke Stadium Tun Fatimah, Bukit serindit Melaka setiap hari Isnin dan Khamis pada jam 5.30 petang setiap minggu. Program ini adalah program kesihatan yang tersusun, Fun, ringkas tetapi boleh membakar lebih 1000 kalori setiap kali dilakukan. Untuk tahu lanjut boleh whatsapp/call/sms saya di 0126714353.

Okay, cukup dulu 5 tips kejayaan untuk kekal kurus, sihat dan ceria di hari raya. Kalau nak dapatkan lagi detail menurunkan berat badan dan mendapatkan berat yang ideal. Korang boleh tekan link ini KURUS Oii


Terima kasih sebab membaca artikel SALAM LEBAR-AN pada kali ini. Jumpa di artikel akan datang lagi :)


No comments:

Post a Comment