Assalamualaikum semua. Rasanya dah lama kot tak update apa-apa artikel dekat blog. Jadi, hari ini nak update sedikit tentang perjalanan ke Kuantan - Terengganu dan Kelantan. Tapi secara khsususnya nak cerita tentang 2 kafe femes kebabom dekat Terengganu.
Memandangkan saya dan isteri memang gila lepak kedai kopi (isteri suka hot chocolate yang ada art), dan saya memang gila kopi. Jadi artikel kali in saya nak cerita tentang dua tempat menarik yang perlu korang pergi kalau ke pantai timur.
Pertama ialah Kedai Kopi Haipeng. Jangan risau, makanan dan minunan dekat sini semuanya halal dan sedap! Haa macam mana nak ke kedai haipeng?
Tak silap saya kedai kopi Haipeng ada tiga lokasi, satu dekat Chukai, Kemaman dan dekat Kuantan. Tapi yang saya dan isteri pergi dekat Kemaman, tempat yang agak cantik dan selesa. Tapi nama kedai dah tukar kepada SuKiyang Coffee.
Secara keseluruhan makanan dia biasa-biasa saja, dan sedikit mahal jika nak dibandingkan makanan yang sama yang ada di luar. Minuman dia memang superb.
- Saya minum air kopi apa entah, tapi memang sedap dan terasa kopi. Eh memanglah rasa kopi, sebab kadang-kadang ada kedai kopi buat air kopi tapi banyak yang rasa ialah manis! Rasa kopi sikit sangat. Harga dia? Sama dengan harga kedai-kedai kopi dekat KL. RM8 ke atas.
- Servis okay. Sampai-sampai saja dah ada orang ambil pesanan. Siap melawak dengan kami. Dia explain satu persatu setiap kopi yang ada, sampailah ke kopi vietnam fungsi dia "abang boleh bawa kereta tak mengantuk sampai vietnam, serisu bang mata terbuntang je." Okay masa dia cakap itu memang muka serius!
- Nasi lemak, nasi dagang dan kuih-muih yang disediakan dekat tengah-tengah kedai, kena self-service ambil sendiri, Korang bolehlah pilih kuih-muih kalau nak merasa.
- Susun atur kedai kemas dan cantik. Dekorasi dia pun ala-ala zaman dulu. Memang klasik.
- Kebersihan okay, sebab saya biasanya nak check kebersihan pergi tandas. Kalau tandas jaga baik, maksudnya memang bersihlah kedai.
Macam mana nak ke Haipeng ini? Senang saja, masuk ke Terengganu dari Kuantan, terus sahaja sampai ke Kemaman. Kedai Haipeng ini dekat bandar Kemaman, dekat kawasan Bank, dan kedai-kedai. Agak sedikit tersorok, tapi kalau guna Waze senang .
Enjoy gambar-gambar di bawah:
kuih-muih dekat tengah-tengah |
roti bakar yang mahal :( |
GIAN KOPI QAWWA CAFE next entry ya :)
No comments:
Post a Comment