Doktor buat keputusan macam gilaa......
Cepat! ya memang gila cepat. Aku sekadar nak berkongsi pengalaman semasa berada di Hospital Gomen (kerajaan). Ya hospital Gomen yang selalu kena bash dan selalu kena komplen.
Aku kemalangan pada 9 Disember, selepas terlanggar kereta yang keluar dari simpang. Alhamdulilah orang ramai banyak membantu, dan tak sampai 30 minit ambulans pun sampai. Dari Desa Duyung ke hospital ambil masa 20 minit.
Sakit? Memang sakit, tapi pegawai yang iring dalam ambulans sangat mesra. Sedar-sedar dah sampai hospital, terus dimasukkan ke Zon Kuning (separa kritikal).
Okay. Berapa lama jururawat dan doktor uruskan kaki aku? On the spot! Sampai-sampai, kaki dibersihkan
Sementara menunggu Doktor Pakar Check kaki, waktu pun dah nak masuk Asar. Memanglah tiada kemudahan asas untuk solat bagai semua dekat bahagian kecemasan. Tapi Alhamdulilah, ada seorang jururawat ini namanya Zairul bantu aku solat. Dialah yang dapatkan aku bekas dan air untuk ambil wudhu'. Tak ambil masa pun, 5 minit dah selesai solat.
Kuncinya adalah bertanya. Kalau korang komplen takde orang nak beri perhatian bagai, tak boleh solat bagai, sebab korang berat mulut. Kalau ringan mulut, jururawat dekat situ, dengan senang hati boleh bantu.
Lepas Pakar datang check, aku terus masuk Wad biasa di Banggunan D, katil nombor 8. Doktor beritahu aku akan dibedah malam ini lepas maghrib. So aku tak boleh makan dan minum sehinggalah pembedahan selesai.
Owh lupa, sebelum dibedah, aku kena scan dulu. Alaa scan yang hospital swasta charge 400-500 sekali scan itu. Haa, lepas scan barulah dapat confirmation aku boleh dibedah.
Lepas Maghrib aku dibawa ke OT (operation theater). Sampai dekat OT, pakar bius terangkan risiko
bius dan lain-lain, dan aku pun siap tanya macam-macam. Rilek saja dia jawab dan yakinkan pada aku risiko bius di bahagian tulang belakang ini 0.01% saja.
6 hari terlantar dekat hospital. Makan 4 kali sehari, pagi , tengahari, petang dan malam. Setiap pagi katil dikemas dan cadar ditukar. Bekas Urine setiap hari ditukar, dan jururawat yang ramah menjaga aku.
Setiap pagi Doktor dan Pakar datang tengok kaki, bagi penjelasan. Dan ubat-ubatan semua bagus-bagus. Bandage ditukar setiap hari, dressing setiap hari.
Masa balik, isteri aku bayar RM85. Untuk keseluruhan kos sepanjang 6 hari di hospital.
1- Kos pakar tulang.
2- Kos scan
3- Kos bedah dan masuk antena
4- Kos makan
5- Kos katil
6- Kos dressing
7- dan lain-lain.

Lepas pakar bius jumpa, Doktor Ortho pula jumpa aku terangkan apa yang dia nak buat pada kaki aku. Kemudian tandatangan, dan terus masukkan aku dalam OT.
Sepanjang pembedahan, Alhamdulilah semua berjalan dengan baik. Pakar bius itu siap tanya aku lagi, nak tidur ke tak. Haha. 2 jam setengah proses berlangsung, semuanya selamat.
Macam mana jahitan kaki aku?
Doktor jahit kelim ke jahit tepi?
Diorang jahit 'cincai' saja. Bolehlah rapatkan daging dan tulang kaki semula. Jahitan yang diorang terpaksa perah kepala selama 5-6 tahun dekat Universiti dan terpaksa tanggung beban jika pesakit ada komplikasi!
Jahitan Doktor-doktor ini dapat dibuka selama 15 hari. Alhamdulilah luka baik, daging dah rapat, dan semua luarbiasa. 'Jahitan Cintai' ini lah yang diorang buat dekat kaki aku, dan aku berterima kasih sangat-sangat pada diorang.
Macam mana jahitan kaki aku?
Doktor jahit kelim ke jahit tepi?
Diorang jahit 'cincai' saja. Bolehlah rapatkan daging dan tulang kaki semula. Jahitan yang diorang terpaksa perah kepala selama 5-6 tahun dekat Universiti dan terpaksa tanggung beban jika pesakit ada komplikasi!
Jahitan Doktor-doktor ini dapat dibuka selama 15 hari. Alhamdulilah luka baik, daging dah rapat, dan semua luarbiasa. 'Jahitan Cintai' ini lah yang diorang buat dekat kaki aku, dan aku berterima kasih sangat-sangat pada diorang.
6 hari terlantar dekat hospital. Makan 4 kali sehari, pagi , tengahari, petang dan malam. Setiap pagi katil dikemas dan cadar ditukar. Bekas Urine setiap hari ditukar, dan jururawat yang ramah menjaga aku.
Setiap pagi Doktor dan Pakar datang tengok kaki, bagi penjelasan. Dan ubat-ubatan semua bagus-bagus. Bandage ditukar setiap hari, dressing setiap hari.
Masa balik, isteri aku bayar RM85. Untuk keseluruhan kos sepanjang 6 hari di hospital.
1- Kos pakar tulang.
2- Kos scan
3- Kos bedah dan masuk antena
4- Kos makan
5- Kos katil
6- Kos dressing
7- dan lain-lain.
Kesimpulannya, aku hormat dan berterima kasih kepada semua yang terlibat dalam bidang perubatan ini. Bersyukur sangat dapat masuk hospital kerajaan, menjadikan aku orang yang memandang tinggi kepada mereka.
Tidur 4 jam sehari itu benda biasa bagi doktor-doktor ini. Kau nak demand lebih-lebih, kau kena ingat kau sedang deal dengan manusia. Diorang pun ada rasa penat, ngantuk dan sebagainya. Kalau korang nak orang hormat dan layan dengan baik, kita sendiri kena hormat dan layan mereka dengan baik.
Hidup ini ada Beri dan Ambil (give and take). Kalau kau hormat orang, orang hormat kau. Ramai cuba banding-bandingkan hospital kerajaan dan swasta. Dua-dua hospital ini aku dah pernah merasa, sama saja. Kalau ada beza, pun sikit saja.
Aku boleh bayangkan berapa kos aku kalau masuk hospital swasta. Ada cecah 10 Ribu ke atas. Barulah aku sedar, kebenaran Biras aku cakap "Hospital kerajaan ini bagus." Ya lah, aku ingat dia saja nak sedapkan hati sebab dia Doktor Kerajaan. Tetapi rupa-rupanya memang betul.
Please. Kalau kita tak pernah rasa dan tak pernah tengok macam mana hospital Kerajaan ini beroperasi. Jangan komplen lebih-lebih.
Pss: Dressing dekat klilik kesihatan Rm1 sekali. Dekat klinik swasta RM50 dressing, tak sampai 5 minit. Jadi, korang sendiri boleh fikir. Servis yang sama tapi harga kaw-kaw mahal.
Aku dedikasi ucapakan TERIMA KASIH dan hormat kepada seluruh Doktor-doktor dan jururawat yang bertukus-lumus di HOSPITAL KERAJAAN.

Terima kasih semua!
Yussamir Yusof
Small Horse
Small Horse
Yeayyy tq for the kind word abg yus! Doakan yg baik2 aja utk pekerja kesihatan spt kami
ReplyDeleteYeayyy tq for the kind word abg yus! Doakan yg baik2 aja utk pekerja kesihatan spt kami
ReplyDelete