Wednesday, February 10, 2010

MENCELA MASA = MENCELA ALLAH


Manusia sering mencari alasan untuk menjustifikasikan setiap perbuatannya. Termasuklah menyalahkan masa/waktu atau menycelanya dengan pelbagai alasan yang tidak munasabah.

“Man kenapa kau tak buat majlis kahwin kau bulan 8 saja?” Tanya Halim.

“Uish gila kau, bulan 8 bulan sial orang-orang dulu kata.” Jawab Salman selamba.

“Bulan 5 pun jangan buat, sebab bulan ini orang kata mendatangkan mudarat pada pengantin.” Karim menambah perisa.



Semuanya menyalahkan masa/waktu, sehingga mereka terlupa bahawa Allah yang mencipta masa. Menyalahkan masa, bererti mempertikaikan dan menyalahkan Allah yang menciptanya. Mencela ciptaan Allah bererti mencela Allah.

Perbuatan ini sama saja seperti yang dilakukan oleh kaum Musyrikin sepertimana yang dikhabarkan oleh Allah dalam surah al-Jatsiyah ayat 24:

“Dan mereka berkata: "Kehidupan ini tidak lain hanyalah kehidupan di dunia saja, kita mati dan kita hidup dan tidak ada yang akan membinasakan kita selain masa", dan mereka sekali-kali tidak mempunyai pengetahuan tentang itu, mereka tidak lain hanyalah menduga-duga saja.”



Dalam ayat ini Allah telah mencela kembali orang-orang Musyrik yang mencela waktu-waktu yang dicipta oleh Allah. Larangan mencela waktu juga telah diingatkan oleh Nabi Muhammad Shallahu-alaihi wasalam dalam sebuah hadith Qudsi yang direkodkan oleh Imam Muslim,
“Allah ta’ala telah berfirman, ‘Aku disakiti oleh anak Adam. Dia mencela waktu, padahal Aku adalah pencipta (pengatur) waktu, Akulah yang menukar-nukarkan malam dan siang.’ ”




Betapa kita sering terlupa, sedangkan perkara ini amat besar di sisi Allah.

Masihkan kita mahu menyalahkan masa? Atau kita yang patut yang dipersalahkan?

Fikirkanlah.




___________________________________________________________________

© YUSSAMIR.COM (2007-2009)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Yussamir .Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Yussamir .Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin YUSSAMIR . COM terlebih dahulu.

"memperkasakan paradigma"

Yussamir Yusof @ www.yussamir.com

3 comments:

  1. salam yus,

    dah lama tak singgah, artikel ini menarik perhatian saya.

    satu lagi point yang saya rasa agak penting ialah bagaimana sesetengah dari kita selalu mengadu tak cukup masa nak membuat sesuatu. bukankah Allah yang maha Adil memberi kita semua jumlah masa yang sama setiap hari? bukannya seorang dapat lebih dan seorang kurang.

    terutamanya bila bercakap mengenai kekurangan masa untuk berbakti di djalan Allah. nak pergi majlis ilmu tiada masa, nak mendirikan solat tiada masa..dan macam macam lagi.

    tetapi apabila kita mengeluh berkata..."boringlah" tidakkah timbul rasa bersalah dalam diri?

    ReplyDelete