Monday, April 30, 2007

SEKOLAH@MMU PERAK DALAM KENANGAN






SEKOLAH@MMU PERAK DALAM KENANGAN

oleh:yussamir yusof aljohori

Sekolah@MMU memang takkan dapat aku lupakan dan pasti program ini meninggallan seribu kenangan dalam diari kehidupan aku sepanjang bergelar pelajar MMU.Program ini diadakan sebagai satu tanggungjawab social MMU dan juga aktiviti tahunan UPG sebagai satu wadah memberi maklumat mengenai ICT kepada pelajar sekolah.Dan Alhamdulilah aku merasakan ia satu program yang sangat baik dan berkualiti dan memang wajar ia diteruskan.Terima kasih diucapkan pada semua rakan2 dan moga perkenalan kita disana bertambah erat apabila berada di bumi MMU.

Perjalanan mengambil masa selama 7 jam, dimulakan pada hari khamis pada jam 12.30 malam(dah masuk hari jumaat) dan sampai di Sekolah Ahmad Boestamam pada pukul 8 pagi bersamaan hari jumaat.memang sanngat letih sebab kitorang pun bukan tidur kat dalam bas,sebab masing2 tak sabar nak jumpa adik2 kat sekolah tu.Sampai2 sajer dah kena setup PA system,makmal computer dan macam2 lagi ler…Yang aku pulak kena bagi ceramah motivasi kat 70 lebih pelajar sains pda pukul 10,dan tajuk yang aku sampaikan ialah SKOR A.Korang nak tau tak,slide utk ceramah tu aku siapkan kat dalam bas..huhuhuh..memang kelam kabut,aku ingat nak buat sebelum bertolak tapi aku terlupa…Nasib baik ler sempat..

*bersama dengan intan dan siti menjaga check point explore race

Alhamdulilah semuanya berjalann lancar dan boleh dikatakan ceramah aku disambut dengan baik dan pelajar2 enjoy dengan ceramah aku.Sebab apa aku kata macam tu,sebab aku dapat rasakan dan fasilitator yang join pun merasakan begitu.Eh aku cakap macam ni bukannya aku nak bangga2 ke apa,tapi nak just gtau kalau kita pandai ambik hati dak2 ni pasti apa yang kita sampaikan itu akan didengari dan diikuti.Aku bukanlah seorang motivator yang baik tapi aku memahami jiwa remaja diorang dan aku pernah menjadi remaja,dan gunakanlah pengalaman bagi menarik perhartian diorang,Dan bila masa dah habis,diorang siap mintak lamakan lagi,aku time tu cukup2 terharu.,seb baik le Cikgu Arifin kaunselor sekolah tu bagi aku masa tambahan kat aku..hhuhuhuhuhu…

Pastu kitorang diberi kumpulan masing2 dan aku dapat 4 orang adik angkat,dua oraang laki dua orang perempuan.

*aku keletihan.....

Asyraf,hafiz,zulaika dan shahira korang memang best dan abg takkan lupakan korang….Time dalam kumpulan tu macam2 la aku buat kat diorang ni,fisrt2 jer macam biasa ler,taaruf dan mesrakan diri dengan diorang.Pada awalnya diorang macam malu2 pastu lepas tu dah tgk aku ni mesra kemain je diorang terus rapat ngan aku.Semua benda dikongsi,sepatutnya aku ada partner tapi partner aku tu akan datang pada hari sabtu(partner aku namanya dya).Buat masa ni aku sorang2 je conduct diorang.Selain LDK kitorang buat juga aktivit luar macam aktiviti sungai beracun,senaman dan lain.Tapi aktiviti utama adalah belaja FLASH MACROMEDIA,dan banyak masa budak2 ni kat dalam makmal computer.Dah la aku bukan tau apa2 pon,tapi at least aku ada juga la basic dalam benda alah ni,cuna tak berapa mahir ler.Yela aku bukan nyer faculty multimedia,aku faculty management.huhuhuhuhu…Tapi ia bukanlah satu factor yang membebankan aku,sebab tidak alasan untuk aku lepas ni untuk belajar juga mengenai FLASH ni.

Kemudian pada malam sabtu diadakan forum siswa dan aku menjadi antara panelis tuk forum ini.Selain daripada aku,panelis dia adlah cikgu nurul Huda guru Sekolah Ahmad Boestamam dan Presiden MPP Universiti Petronas saudara Munzir.Dalam forum tu macam2 lah disentuh antaranya Usaha dan perancangan.Dan forum ini berjalan degan baik.Kemudian diteruskan dengan, malam muhasabah,aku conduct aktiviti malam tu.Aktiviti lebih kepada menghayati pengorbanan ibu bapa dan membuatkan pelajar2 ni memikirkan tentang apakah erti kehidupan mereka jika mereka tidak punyai ibu dan bapa lagi.Alhamduliah aktiviti ini capai matlamatnya (sampai nangis2 la budak2 ni) dan seterusnya setiap FAsilitator bawa kumpulan diorang dan meneruskan aktiviti graf kehidupan.Time aktiviti graf kehidupan ni lagilah bertambah sedih,diorang ceritakan semua kisah hidup diorang.Aku pun nagis sekali,tapi dak2 laki ni ego tinggi diorang tak nangis pun,huhuhuh,,,tapi aku faham diorang ni memang sedih tapi control.

*ketika menjadi panelis

Adik2 semua,abg takkan lupakan korang dan akan sentiasa doakan korang Berjaya didunia dan akhirat.Ingat semua pesanan abg dan kami semua sedia mendengar masalah dan luahan dari korang dan kalau kitorang berkemampuan kitorang aku membantu korang.

Keesokkannya hari ahad adalah hari terakhir untuk program ni,hari ini memang buatkan aku dan semua fasi sangat sedih,yela kitorang dah anggap diorang ni macam adik kitiorang sendiri.Lagi2lah aku takde adik….lepas je perasmian penutup disempurnakan oleh yang berhormat kitorang meneruskan aktiviti terakhir kitorang.Time ni memang sangat2 aku takdapat tahan air mata dari mengalir,first2 jer aku nagis time kitorang nyanyi lagu Permata dunia lagu rasmi MMU.Adeh!!!Kemudian kitorang buat bulatan dan bersalaman antara Fasi dan pelajar.time ni memang aku takdaapat tahan lagi air mata.Dan semua pelajar pun macam tu,yang otai2 dan yang kata takkan nangis time kitorang wat program muhasabah pun melalak time tu.

Aku peluk diorang kuat2 sambil pesan kat diorang macam2,dan aku yang paling tak tahan ialah bila aku peluk Asyraf adik fasi aku.Dia cakap kat aku “saya dah anggap abg yus macam abg kandung saya” pergh!!aku dah la takde adik dan dia pulak takde abg,memang aku tak tahan ..melalak aku time tu..Tapi memang aku dah anggap diorang ni macam adik aku sendiri.Acap,hafiz,ika dan shira, abg yus takkan lupa kan korang,dan insyAllah satu hari abang akan jenguk korang kat sana.Kemudian kitorang tangkap gambar sama2 dan itulah hari terakhir dan hari yang aku takkan lupa selama2nya.

Kitorang bertolak balik jam 6.30 petang,dan aku dijangkiti demam dan selesema..memang perit tapi tahan jer.Pastu sampai kat kuala Selangor kitorang singgah kat restoran dan kitorang makan free,,Yehaa!!!dan pukul 12 tepat2 kitorang sampai kat MMU semula.Dan aku dan rakan2 yang lain memang happy walaupun penat dan kitorang memang sangat2 rapat time tu…Moga persahabatan kita semua akan berkekalan..Amin……sekian..


Monday, April 23, 2007

MENGISLAMISASIKAN BUDAYA SKINHEAD


MENGISLAMISASIKAN BUDAYA SKINHEAD

oleh:Yussamir yusof aljohori

*artikel kali ini menggunakan kata nama 'aku 'untuk kenakan dengan tajuk kali ini.Harap maklum

Berpakaian kemas dengan baju berjenama Ben Sherman,Lonsdale,fred Perry dan Merc,berkasut Dr Marteen kemudian seluar pula pula berjenama Levi’s ,wrangler dan lee dan berambut botak memang cukup bergaya dan smart.Namun itu semua sudah berlalu,aku hidup tidak tentu arah ketika itu,dengan menghafal beberapa Fanzine bagi memantapkan’knowledge’ antaranya Anarchy and chaos zine dan youth of culture dan berbagai lagi.Dan yang aku tak dapat lupakan aku pernah mengkhatam Bible Skinhead spirit of 69(atau lebih dikenali dengan nama SHAM 69) semata-mata untuk menunjukkan aku sebagai Da tru skinhead.

Pengalaman semua itu membuatkan aku lebih matang menghadapi atmosfera globalisasi yang kemaruk dengan budaya-budaya barat yang hanya mengenal erti untuk menghacurkan remaja-remaja timur.Aku dah rasa semuanya,tapi dalam memperkatakan tentang Skinhead ini,tidak semua aku merasakan idealogi mereka teruk dan haprak.Aku berani kata begitu sebab aku pernah bersama mereka selama 2 tahun lebih.Tak tahulah kalau korang semua tidak setuju dengan bicara aku kali ini,aku sebenarnya sudah lama mahu menulis perihal ini,tapi aku takut korang tak dapat menerimanya lagi.Tapi akhirnya aku coretkan bagi panduan kita bersama.


Sebelum aku cerita panjang aku nak ceritakan serba sedikit apa itu Skin head dan apa tujuan idealogi in.Budaya Skinhead bermula pada tahun 60-an,time tu ekonomi Britain merrosot,time tu jugalah wujud kumpulan anak muda di Chelsea dan East End di London yang mengangap diri diorang ini tersisih dari masyarakat.Kemudian diorang memang anti kapitalsime, diorang rasa kapitalisme ini hanya mengkayakan sebahagian masyakat dan memiskinkan sebahagian lagi masyarakat.Dan bagi memastikan kewujudan kumpulan mereka disedari diorang ini membawa satu budaya dan fesyen yang baru pada era itu.Dan mereka menggelarkan diri diorang sebagai SKINHEAD.(taktaula kalau salah sejarah ini,sebab aku dah ingat-ingat lupa,saper2 yang masih ingat kalau salah tolong betulkan).Dan mereka terbahagi kepada dua budaya kecil iaitu MOD dan RUDE BOYS.MOD diorang lebih pada fesyen dan RUDE BOYS lebih pada lagu macam Reggae dan ska.(kalau kita ikut dengar lagu-lagu dari ACAB dan GSC kita akan dapat tahu macamner bentuk lagu tu.Lagu dua-dua kumpulan yang aku cakap in boleh dicari kat kedai-kedai di Malaysia)

Skin head kalau kat Malaysia ini terbahagi kepada beberapa mazhab atau idealogi iaitu TRAD,SHARP,NAZI DAN JUGA SCAR(ini antara yang aku masih ingat).Dan yang menarik minat aku untuk menceritakan pasal skinhead ini adalah mengenai idealogi SHARP.
Perkataan SHARP ini diperoleh daripada perkataan SkinHead Anti Racial Prejudice.SHARP diasaskan bagi membersihkan nama skinhead dari sikap perkauman,kerana ketika itu skinhead dikaitkan dengan sikap perkauman.Antara slogan perkauman yang dilaungkan ialah White power dan mangsanya ialah orang kulit hitam.


Dan disebabkan idealogi ini lah aku tertarik untuk menceritakan disini.Dan aku merasakan jika idealogi ini dapat diislamisasikan mungkin ia akan menjadi senjata ampuh umat islam untuk berdakwah,Dan idealogi ini juga selari dengan ajaran Islam,sepertimana Rasulullah sendiri telah mengumandangkan pernyataan, bahawa orang yang berbuat demikian (assobiah) tidak akan diakui sebagai ummatnya. Sabda Nabi: "Bukan dari golongan kami siapa saja yang mengajak kepada ashabiyah, bukan pula dari golongan kami orang yang berperang kerana ashabiyah, dan tidak juga termasuk golongan kami orang yang mati kerana ashabiyah." (Riwayat Abu Daud)

Oleh disebabkan itu lah aku memandang baik idealogi ini,(walaupun pada ketika itu aku tidak tahu apa pon pasal hadis ini).

Selain daripada idealogi ini mereka juga ada prinsip yang aku rasa ia pon selari dengan islam iaitu brotherHood (persaudaraan).Prinisip ini membuatkan kitorang betul-betul rasa selamat dan kemana saja kitorang gerak kitorang akan gerak sama-sama kumpulan.Kalau sekarang ini boleh dikatakan bergerak dalam satu jamaah.(hehehehe) .Dan kalau dalam jamaah tu kitorang akan kongsi apa sahaja yang kitorang ada,dan tidak ada erti kedekut atau pentingkan diri sendiri.Dan aku masih ingat lagi ada satu pergaduhan besar kat JB antara idealogi Sharp dari Kumpulan Jb riot dan Malay Power yang beridealogikan Nazi dan time tu aku belum jadi otai lagi.Pergaduhan itu bagi aku ia adalah satu kejadian yang menunjukkan persaudaraan kitorang memang kuat dan jitu(pandagan aku pada masa tu).Dan pada masa sekarang aku merasakan kalaulah prinsip Brotherhood Jb riot dapat diISLAMISASIKAN alangkah bagus,Kerana prisnip persaudaraannya itu juga adalah selari dengan islam.Sepertimana dengan Sabda Nabi“Tidak sempurna Iman seseorang itu sehingga dia mencintai sahabatnya seperti mana dia mencintai dirinya sendiri (hadis sahih).Dan aku cukup-cukup berharap jika cita-cita aku ini iaitu untuk mengIslamisasikan budaya Skinhead dapat dilaknsanakan dan dapat sokongan dari semua pihak.Kerana peradaban islam pernah mengIslamisasikan beribu budaya kuno pada zaman silam antaranya budaya India,melayu dan lain-lain.Dan aku mengharapkan idea ini dapat membuka minda semua masyarakat agar kita dapat melihat kebaikan pada keburukan.Kerana tidak semua yang buruk adalah rosak dan tidak semua yang baik adalah intan. Tidak ada yang mustahil~sekian........

Thursday, April 19, 2007

Puasa Qada' dan fidyah


Puasa yang ingin diQada'kan dan fidyah
oleh:yussamir yusof aljohori

mintak maaf kepada mereka yang bertanya kepada saya beberapa soalan agama dan saya menjawab lambat.Semua ini diluar jangka saya,dan adatadi baru saya teringat ada seorang shabat saya bertanya tentang Qadha puasa pada saya 3 minggu lepas,dan kali ini baru kesempatan untuk menjawab pertanyaan tersebut(yang sebenarnya saya sekarang tengah sibuk bersedia untuk menghadapai Final Exam 15.5 ini).Minta maaf sangat-sangat saya ucapkan.Dan saya akan jawab berdasarkan apa yang saya tahu berdasarkan Quran dan Sunnah dan pandagan para Ulama muktabar.InsyAllah..

Berkenaan dengan perkara itu,saya mulakan dengan Firman Allah :

"(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam musafir, (bolehlah dia berbuka), kemudian wajiblah dia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui." [Surah al-Baqarah : 184]

Seterusnya saya akan bawakan pandangan Imam Syaukani didalam kitab Nailul Authar:

“Dibolehkan Qadha dengan berselang-seli itu adalah pendapat jumhur,syarih(imam Syaukani) juga berkata”hadis Aisyah itu (Aisyah berkata “aku pernah mempunyai hutang puasa ramdhan tetapi aku tidak bias mengqada’kannya melainkan pada bulan Syabaan dan yang demikian itu lantaran aku ada kesibukan dengan Nabi” (riwayat jammah)) menunjukkan boleh mengakhirkan atau menanguhkannya qada’ ramadhan itu secara terlepas baik kerana uzur atau tidak.

Dan berkenaan mereka yang tidak mengqada’kan puasanya sehingga datang ramadhan seterusnya ialah mereka akan dikenakan fidyah.Ini berdasarkan satu hadis nabi Dari Abu Hurairah dari Nabi SAW tentang seorang lelaki yang sakit di bulan Rqamdhan lalu ia tidak berpuasa ,kemudian sihat tetapi belumm bisa berpuasa sampai betemu Nabi berikutnya ,maka nabi bersabda “hendaklah ia berpuasa pada bulan ramdhan kemudian berpuasa untuk bulan yang tidak berpuasa itu,serta memberi makan seorang miskin setiap hari”(hadis ini daif,namun Daraquthni berkata “sanad hadis ini sahih ,tapi mauquf).

Dalam athar sahabat daripada Ibnu Abbas ra. berkata (maksudnya): "Barang siapa yang melengahkan qadha puasa Ramadhan sehingga didapatinya Ramadhan yang lain maka hendaklah dia berpuasa Ramadhan di bulan tersebut, kemudian barulah dia mengqadha puasa yang ditinggalkannya dahulu itu dan memberi makan pada setiap hari seorang miskin (fidyah)" [Hadith Riwayat ad-Daraquthni]

Abu abas berkata “yang berkewajiban membayar fidyah ialah orang yang sengaja meninggalkan puasa tanpa uzur,jika ada uzur todak wajib fidyah.

Menurut Dr Mustafa al-Bugha (al-Fiqh al-Manhaji - 1/350 ) :
Jika di tidak melakukan puasa dan meringan-ringankan sehingga masuk Ramadhan yang lain, ini merupakan satu dosa, maka memerlukan dia membayar fidyah, iaitu memberi makan setiap hari yang ditinggalkan sebanyak satu mudd, kepada orang2 yang memerlukan yang tinggal dinegaranya, bersedekah keatas fuqara"

Dengan kata lain : Fidyah ialah memberi makan kepada orang miskin sebanyak satu mudd (cupak) beras (atau apa2 makanan yang menjadi makanan asasi sesebuah negeri itu) bagi satu hari yang ditinggalkan.

Jawapan 1: Fidyah dibayar terus kepada fakir miskin.
Jawapan 2: orang yang berhak menerima fidyah hanyalah golongan fakir dan miskin sahaja.
Jawapan 3: Anggaran fidyah menurut Dr Mustafa al-Bugha beliau adalah : "Timbangannya (1 Mudd) : 1 1/3 pound Baghdadi, iaitu bersamaan lebih kurang 600 gram" Atau 1 Mudd adalah bersamaan 15 tahil (566.85gram).
Ia boleh dibayar dengan duit (sebagaimana pandangan Ibn Taimiyah, Dr Yusuf al-Qaradhawi), dan lebih afdhal menurut Mazhab Syafie diberikan beras.

Rujukan
[1. Dr Mustafa al-Bugha {et al]. al-Fiqh al-Manhaji : 'ala Mazhab al-Imam al-Syafie - 1. cet ke4. Damsyik : Daar al-Qalam, 2000, ms 350.]

WaAllah Alam..sekian

Tuesday, April 17, 2007

BOLEH KE SOLAT DENGAN BERKASUT???


BOLEH KE SOLAT DENGAN BERKASUT???

Oleh:yussamir yusof aljohori

Alhamdulilah Ahad lepas saya baru tamat program Mukhayam di Pahang dan alhamdulilah semuanya berjalan dengan baik.Perjalanan program tersebut akan saya ceritakan kemudian kerana artikel pada kali ini saya ingin menjelaskan satu permasalahan yang meragukan sesetangah muslim.Semasa saya mengikuti program mukhayam tersebut timbul satu persoalan dikalangan perserta mengenai boleh atau tidak solat dengan berselipar/berkasut?Kebetulan pula saya menjadi imam dan kami diarahkan untuk solat di padang,dan ketika itu ramai yang termangu sama ada nak pakai kasut/selipar atau buka.

Dan pada mulanya saya menyruh mereka semua untuk terus solat dengan berselipar/berkasut namun timbul keraguan di sesetengah makmum dan akhirnya saya menyuruh semua buka kasut/selipar bagi mengelakkan salah faham.Dan Alhamdulilah salah seorang makmum mendatangi saya selepas menunaikan solat dan mahukan saya membuat penjelasan tentang kebolehan memakai kasut/selipar semasa solat dan letakkan artikel itu di blog saya.Alhamdulilah setelah pulang ke MMU,saya terus menyelongkar kitab-kitab hadis dan buku-buku yang berkaitan dengan solat,antaranya ialah kitab sahih bukhari,muslim,nailul authar,sunan Tarmidzi(e-book Arabic),sunan Ibnu Majah(e-book) dan beberapa kitab muktabar lain.

Baiklah saya mulakan dengan hadis-hadis yang membenarkan kita solat memakai kasut/selipar:

  1. Said Bin Yazid Al-Azyid ra katanya “aku pernah bertanya Anas bin Malik adakah RasullAllah SAW pernah solat dengan memakai kasut?Anas menjawab “Ya!” (Hadis riwayat Imam Bukhari,Muslim dan dalam sunan Tirmidzi n0-396)
  2. Ibnu Abi Aus berkata bahawa pakciknya menerangkan bahawa “saya melihat RAsullAllah menunaikan solat dengan memakai kedua-dua kasutnya” (Hadis dari Sunan Ibnu Majah)

Dua hadis tersebut dengan jelas menyatakan bahwa RasulAllah memang ada memakai kasut ketika solat dan ia adalah menjadi sunnah nya dan para sahabat sendiri suka akan perbuatan memakai kasut ketika solat.

Saya ingin memetik kata-kata dari beberapa ulama hadis mengenai perkara ini,antaranya:

  1. Imam Tirmidzi didalam kitab sunannya ketikak meriwayatkan hdis pertama diatas berkata “Didalam bab ini terdapat hadis dari Abdullah Ibnu Masud,Abdillah bin Habibah,Abdillah bin Amr,Amr Bin Huraits,Syaddad bin Ans,Ats Tsaqafi,Abu Hurairah dan Atha’ dari bani hanidah.Dan hadis ini diamalkan oleh para ahli ilmu.
  2. Imam al-Iraqi didalam syarahnya terhadap kitab sunan Imam Tarmidzi “Bahawa solat dengan memakai kasut diamalkan dan disukai oleh Umar Al-khatab,Uthman Ibnu Affan,Abdullah Ibnu Abbas,Anas bin Malik,Salamah bin Al-Akwa dan Aus ibnu Ath-Tsaqafi (RA)

Ketika menjawab pertanyaan makmum saya mengenai bolehnya memakai kasut ketika solat ,saya menjawab degnan matan hadis yang tidak sempurna.Maka dikesempatan ini saya akan nyatakan sekali lagi hadis tersebut.Sabda Nabi Muhammad SAW “Berperilakulah yang berlawanan dengan orang-orang yahudi kerana mereka tidak mengerjakan solat dengan memakai sandal atau kasut mereka”(Hadis dari Syaddan binAus dari Ayahnya,Sunan Abu Daud no:622)..Hadis ini diucapkan oleh nabi disebabkan pada awal penghijrahan umat Islam ke Madinah ketika itu di Madinah sudah ada kaum Yahudi yang tinggal disana.

Dan apabila Nabi dan umat Islam mengerjakan solat di Masjid yang baru dengan tidak berkasut maka berkata penduduk kaum Ansar MAdinah bahawa orang Yahudi juga beribadah tanpa berkasut.Maka disebabkan itu nabi mengucapkan hadis ini.Namun kebolehan berkasut ini tidaklah khusus bila ada orang yahudi saja,kerana didapati setelah kejadian tersebut para sahabat dan Nabi sering solat memakai kasut dimana sahaja.

Antara syarat bolehnya memakai kasut ketika solat ialah,wajib memastikan dengan penglihatan biasa bahawa tiada kesan-kesan najis atau kotoran melekat pada kasut/selipar.Ini disandarkan dengan hadis nabi yang diriwayatkan oleh Abu Said al-Kudri ra “bahawasanya Nai SAW solat dengan berkasut,kemudian ketika sedang solat baginda membuka kasutnya lalu perbuatan ini diikuti oleh para makmum.Usai solat Nabi SAW bertanya “Mengapa kalian membuka kasut kalian?Mereka menjawab “kami melihat Tuan membukanya maka kami pun membukanya.Mendengar itu Nabi SAW berkata “Jibril datang kepadalu mengkhabarkan bahawa pada kasutku ada kotoran.Maka apabila kamu datang ke masjid hendaklah kamu balikkan kasut dan lihatlah apakah ada kotoran di telapaknya.Jika ada sapulah ia dan gosoklah ia dengan tanah,kemudian solatlah dengan memakainya”(Hadis dari Sunan Abu Daud-no:620)

Prof.Dr.Hasbi as-Siddieqie berkata “solatlah dengan memakai kasut adalah dibolehkan walaupun mudah membukanya.Dan ini bukanlah rukhsah bagi kasut yang panjang sahaja (but) kerana mengingati sukar untuk membukanya.Najis-najis yang terdapat pada kasut itu gosoklah pada tanah,bahkan sebahagian ulama berkata “demikianlah cara yang lebih utama(iaitu solat berkasut) (Prof.Dr.Hasbi as-Siddieqie-koleksi hadis-hadis hokum)

Walaubagaimanapun suasana masjid atau sura di zaman kini yang dilengkapi dengan permaidani dan marmar yang cantik sudah tentu tidak dituntut solat dengan memakai kasut didalamnya.Kebolehan memakai kasut itu lebih kepada suasana yang menuntut kita untuk solat memakai kasut,misalnya solat dipadang,tanah,hutan dan lain-lain.

Dan ada sebahagian kita akan ragu-ragu denga sunnah ini tapi kita kena ingat bahawa Sunnah Nabi adalah lebih utama kita ikuti dari pandangan kita sendiri atau keraguan nafsu.Imam Ibnu Qoyim menyatakan dalam hal ini “Diantara yang tidak menyenangkan hati orang yang was-was ialah solat dengan berkasut padahal ianya a adalah sunnah Nabi SAW dan para sahabat,.Imam Ahmad pernah ditanya mengenai solat berkasut, maka katanya “Demi Allah solat berkasut itu adalah baik benar” (Imam Ibnu Qoyim-ighastatul lahfan,ms 80)..

Kesimpulannya,solat memakai kasut adalah dibenarkan dan tidak timbul “kaki perlu jejak tanah” dan sebagainya.Kerana sunnah nabi adalah lebih utama kita ikuti dari pandagan kita sendiri yang tidak berasas kadang kala.Dan kepada rakan-rakan mukhayam,moga artikel ini dapat merungkai permasalahan kita ketika itu.dan segala silap dan salah moga dimaafkan dan saya sangat gembira dapat berkenalan dengan anda semua dengan lebih dekat.Moga tautan ukhwah kita berterusan,dan sila2lah add saya kat Ym-ashabul_kahfiislamic.

sekian wasalam…………

Friday, April 13, 2007

mencari sinar disebalik awan yang mendung

mencari sinar disebalik awan yang mendung

perjuangan untuk memperjuangkan islam perlu daya juang yang tidak berbelah bagi,dan perjuangan itu lebih bahagia jika perjuangan itu mendapat redha dari Allah yang maha pencipta...

saya tidak ada selama 3 hari mulai jumaat kerana pergi ke program usrah iaitu mukhayam.InsyaAllah selepas pulang dari program tersebut saya akan hidangkan dengan artikel selanjutnya...doakan saya selamat pergi dan balik...

Tuesday, April 10, 2007

KENAPA TAK PUAS HATI DENGAN IRAN PASAL PEMBEBESAN TAWANAN??


KENAPA TAK PUAS HATI DENGAN IRAN PASAL PEMBEBESAN TAWANAN??

oleh:YaWauSin Aljohori

Sejak Negara Iran membebaskan tentera Britain secara tehormat maka ramailah suara-suara yang tidak berpuas hati dengan tindakan pemerintah tersebut.Suara-suara tersebut terus berkumandang di yahoo.group dan pelbagai lagi.

“Nak tunjuk hebat dan baik la tu,macam tak tau sifat taqiah dia tu“

“Tak patut Iran buat begitu,tak sedarkah diorang yang Britain tu dah macam-macam buat pada orang islam dan dia senang-senang jer bagi camtu“

Dan macam –macam lagi suara-suara ini perbualkan dan saya naik menyampah dengan sikap begini.Kemain laungkan perjuangkan sunnah (tidak semua mereka yang perjuankan sunnah sebegitu sikapnya,dan saya tujukan pada mereka yang tak gheti bahasa ini) dan mahu amalkan sunnah tapi sunnah berbuat baik terhadap tawana mereka sudah campak kelaut jauh-jauh.Sabda nabi “RasulAllah SAW mengirim satu pasukan berkuda ke Nejd.Kemudian mereka datang kembali membawa seorang lelaki dari Bani Hanifah yang bernama Tsumamah Bin Utsal.Mereka mengikat lelaki itu pada sebuah tiang masjid.RasulAllah mendatanginya,kemudian baginda bersabda“lepaskan dia!!’’Setelah Tsumamah pergi ke sebatang pohon kurma dekat masjid ,kemudian beliau mandi dan setelah itu beliau kembali ke masjid dan masuk Islam.Beliau mengecapkan “Aku mengaku bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah’’(Hadis riwayat Bukhari) .Selain dari hadis ini,ada lagi hadis adab yang ditunjukkan nabi antaranya ialah, Dari Abu Musa r.a katanya “RasulAllah SAW bersabda “Bebaskanlah orang tawanan,beri makanlah orang lapar dan kunjungilah orang sakit’’

Tidakkah kita melihat hikmahnya nabi berbuat begitu?kelembutan Nabi terhadap tawanan membuatkan hati tawanan itu terbuka untuk menganut Agama Islam dan membuatkan kesalahfahaman orang bukan islam yang selama ini mengatakan Islam adalah jahat akan berubah dan akan menjadi positif.Kita ketepikan isu dahulu Isu syiah dan sunni,yang penting kita adalah masih bersaudara.(walaupun mungkin ada yang tidak setuju dengan perkataan saudara ini).Kerana apa saya mengatakan syiah ini tetap saudara kita walaupun pelbagai ideologi mereka yang menyalahi syarak ialah mereka masih mempercayai bahawa Allah itu adalah tuhan mereka dan nabi Muhammad itu pesuruh Allah.

Saya suka memetik kata-kata Syeikh Yusuf al-Qardhawi dalam kitab fatwanya “barangsiapa yang meninggal dalam keadaan bertauhid, iaitu sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir dia berikrar dan mengucapkan dua kalimat Syahadat, maka dia berhak berada di sisi Allah dan masuk syurgaNya.Orang tersebut sudah dapat dipastikan oleh Allah akan masuk syurga, walaupun masuknya terakhir (tidak bersama-sama orang yang masuk pertama), kerana dia diazab terlebih dahulu di neraka disebabkan kemaksiatan dan dosa-dosanya yang dikerjakan, yang belum bertaubat dan tidak diampuni. Tetapi dia juga tidak kekal di neraka, kerana di dalam hatinya masih ada sebutir iman’’ .(Walaupun kita tahu Syeikh adalah antara Ulama yang lantang dalam isu syiah ni,tapi beliau tetap berusaha untuk berbaik dengan syiah).

Hujah ini disokong dengan sabda Nabi

  1. Dari Abu Dzar r.a. yang menceritakan bahawa Rasulullah saw bersabda, "Barangsiapa mengucapkan, 'Laa ilaaha illallaah,' kemudian meninggal, maka pasti masuk syurga."
  2. Dari Anas r.a., bahawa Nabi saw. telah bersabda, "Akan keluar dari neraka bagi orang yang mengucapkan, 'Laa ilaaha illallaah,' walaupun hanya sebesar satu butir iman di hatinya."
  3. Dari Abu Dzar pula, dia telah berkata bahawa sesungguhnya Nabi saw telah bersabda, "Telah datang kepadaku malaikat Jibril dan memberi khabar gembira kepadaku, bahawa barangsiapa yang meninggal diantara umatmu dalam keadaan tanpa mempersekutukan Allah, maka pasti akan masuk syurga, walaupun dia berbuat zina dan mencuri." Nabi saw. mengulangi sampai dua kali.

Oleh itu saya berpendapat bahawa sangkaan-sangkaan busuk kita terhadap perbuatan Pemerintahan Iran dengan melepaskan tawanannya iaitu tenteta Britain itu perlu kita sokong dan hormati.Sebab apa yang baik kita contohi,dan mana perbuatan yang buruk yang buat dan menyalahi syariat maka kita tolak sejauh-jauh mungkin.Kerana didalam satu riawayat yang sahih mengatakan Nabi SAW suka mendengar syair-syair dari orang arab yang kafir ketika itu,selagi isi kandungannya baik maka nabi terima dan jika isi kandungannya tidak baik dan menyalahi syariat maka nabi menolaknya.Maka konsep inilah yang perlu kita amalkan.

Dan pasti ada yang mengatakan saya pro syiah dan sebagainya tapi saya mahu para pembaca membaca maksud firman Allah ini “Dan janganlah kamu tertarik kerana kebencian suatu kaum sehingga kamu tidak berlaku adil,Maka berlaku adillah kerana keadillan itu lebih dekat lepada takwa…” (al-maidah:5).Perhatikanlah dan renungkanlah ayat ini sedalam-dalamnya,jangan hanya apabila orang diluar sana megatakan “puak” kita ini teruk maka kita akan melenting,sebab kita juga berbuat begitu pada mereka.

Maka oleh itu,muhasabahlah diri kita,adakah kita selari dalam mengikuti manhaj kita??Jangan biarkan sikap comot kita ini membuatkan orang diluar sana memandang sinis perjuangan kita untuk menegakkan sunnah dan jangan biarkan juga orang diluar sana mengolok-olokkan kita dek sikap kita yang terlalu keras ini.Bersederhanalah wahai sahabatku semua,kerana dengan kesederhanaanlah kita dapat membangunkan manhaj para salafu soleh. firman Allah “hai orang-orang yang beriman !jauhilah banyak menyangka,kerana sesungguhnya sangkaan itu berdosa”(al-hujarat 12),dan juga Sabda Nabi “Hati-hatilah kamu terhadap prasangka,kerana sesungguhnya prasangka itu adalah sedusta-dusta perkataan”(hadis riwayat Bukhari) .

Dan akhir sekali saya berpesan kepada diri saya sendiri,marilah kita menjauhi sikap yang suka bersangka-sangka dan bersikap ghulu(berlebih-lebihan) dalam menyampaikan dakwah kita.Jangan kita hanya pandai melaung-laungkan berbagai-bagai slogan dan cogan kata,tapi kita sendiri tidak melakukannya seperti mana slogan-slogan itu nyatakan.Firman Allah yang bermaksud “janganlah kamu berkata-kata tapi kamu tidak melakukannya’’

sekian~~
*baru habis study MA1(chapter cash budget) dan dapat gak la faham..huhuhuhu

Monday, April 9, 2007

Remaja antara keburukan seks bebas dan kebaikan seks halal(perkahwinan)


Remaja
antara keburukan seks bebas dan kebaikan seks halal(perkahwinan)

OLEH:YUSSAMIR YUSOF ALJOHORI


Remaja dan seks bebas adalah dua perkara yang boleh dikatakan tidak boleh terlepas Dari digandingkan bersama.Dan ia kini sudah menjadi trend dan jika ada remaja yang tidak tahu dan pernah melakukan seks dikatakan kolot dan jumud.Pandagan saya ini bukan hanya satu sangkaan tapi mempunyai asas bukti untuk menyokong dakwaan saya.Kajian yang dilakukan oleh Universiti Pensylvania menunjukkan terdapat lebih kurang 400,000 remaja dibawah umur di Amerika yang berkerja sebagai pelacur,dan menurut The Washington Post yang bertarikh 11 Februari 2000 melaporkan 80% daripada bahan-bahan lucah yang melibatkan kanak-kanak atau dikenali dengan istilah Child Pornography adalah datangnya dari asia iaitu Negara Jepun.Dan baru-baru ini juga kita dikejutkan dengan kajian seorang penyelidik yang mengatakan bahawa boleh dikatakan 1 remaja wanita dalam 10 wanita melakukan seks secara bebas.Dan ini betul-betul mengejutkan!!!

Ada juga remaja yang mengaitkan cinta dengan seks,dan jika ada cinta yang tidak menyediakan seks maka ia bukan dinamakan cinta.MasyaAllah begitu bahaya dan dangkal pemikiran sebegini,dan menakutkan bagi masyarakat Malaysia Khususnya.Saya mengatakan begini kerana saya pernah bersama dengan remaja begini dan mereka beranggapan bahawa seks ini adalah satu perkara yang enteng dan tidak perlu diperbesarkan..Memang nyatalah apa yang dikatakan oleh Nabi Muhammad dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dalam sahihnya “Akan muncul daripada umatku yang menghalalkan Zina,sutera bagi lelaki,minuman arak dan lagu-lagu yang melalikan.”.Zina adalah perlakuan seks diantara berlainan jantina tanpa apa-apa ikatan yang menghalalkannya,dan memang kini sudah berlambak dan dan menjadi barah dikalangan remaja kita.Dan apa yang menyedihkan ialah tiada sesiapa yang perduli mengenai isu ini dengan serius.Sedangkan zina ini amatlah dilarang dalam Islam,malahan untuk mendekatinya pun Islam melarang.sepertimana Allah berfirman “Janganlah kamu mendekati kepada zina,sesungguhnya Zina itu adalah satu perbuatan yang keji.Dan satu jalan yang buruk” (Al-Israk:32)

Memanglah kita katakana bahwa gelora seks ini adalah satu fitrah tapi kita perlu sedar dan sedar bahawa gelora seks ini perlu disalurkan berdasarkan petunjuk yang telah digariskan Islam itu sendiri bukan berdasarkan hawa nafsu kita.Dan memag kita sedar bahawa. Islam menggangapnya sebagai satu fitrah yang sengaja Allah ciptakan pada manusia(terutama remaja) kerana dsitu terdapat beberapa hikmah yang amat besar.Dorongan atau keinginan ini tidaklah satu perbuatan yang jijik.Tidak sesekali tapi ia akan berubah menjadi kotor dan jijik apabila kita melampaui batas-batas yang telah ditentukan oleh Allah dan melanggar syariat.Antara jalan yang paling tepat untuk menyalurkan keinginan nafsu ini ialah dengan pernikahan.Sabda Nabi Muhammad Wahai pemuda,siapa diantara kalian sanggup untuk bernikah maka nikahlah.Sesungguhnya dengan pernikahan,penglihatan akan lebih terpelihara dan kemaluan akan lebih terjaga.”(hadis Ibnu Mas’ud yang diriwayatkan oleh Bukhari,muslim.at-tirmidzi,dan an-nasai.Penyataan sanffup dalam hadis tersebut bermana berkemampuan untuk membiayai pernikahan dan memberi nafkah [al-muntaqa min kitab at-tarhib wa targib,al-Qardhawi:2/549 no 1095)

Dan Nabi juga bersabda tentang adanya bentuk ibadah dalam perlakuan seks yang halal diantara suami dan isteri iaitu “Dalam perhubungan badan terdapat nilai sedekah”Sahabat bertanya “Wahai RasulAllah,apakah jika salah seorang diantara kami menyalurkan shawatnya akan mendpat pahala?”Sabda Nabi “Bukankah apabila hubungan itu dilakukan dalam bingkai haram ia berdosa?Maka,jika dilakukan dalam bingkai halal ia akan mendapat pahala”

Antara komplikasi atau kesan seks bebas menurut perubatan moden antarnya ialah penyakit jangkitan seksual atau dikenali sebgai STD.STD bermaksud sexually transmitted disease,dan penyakit ini kerap menjangkiti inidividu melalui seks bebas.Lebih kurang dua puluh jenis penyakit daripada kumpulan ini sudah dikednal pasti antarnya ialah,syphilis,gonorrhea,genital herpes,genital wart,trichomoniasis,bacterial vaginosis,ifeksi cytomegalovirus,infeksi Chlamydia dan yang paling berbahaya ialah AIDS.

Di Amerika saha ia menjangkiti 13 juta manusia setahun dan majoritinya ialah kaum wanita(sumber perubatan islam dan bukti sains moden).Dan kos yang diperlukan bagi merawat dan mencegahnya menjangkau $ 10 Billian.Antara komplilasi yang timbul melalui penyakit-penyakit ini ialah :

  • mengandung diluar rahim atau dikenali sebagai ectopic pregnancy
  • barah kemandulan
  • sakit jantung
  • infeksi dan sakit puan

Dan bagi bayi yang dilahirkan pula akan mengalami :

  • penyakit radang paru-paru
  • terencat akal
  • ganguan sistem saraf dan sakit mata

Menurut Isnttitusi Alahan dan Penyakit Berjangkit Kebangsaan(NAID) Amerika,jumlah kes penyakit jangkitan seksual semakin meningkat pada hari ini,ini disebabkan ramai remaja terlibat dengan hubungan seks tanpa perkahwinan disamping berleluasa seks bebas didalam masyarakat.(rujuk NAID fact sheet,An Introduction to sexually transmitted disease,July 1999,http://www.naid.nih.gov/facsheet/stdinfo.htm)

Nah!!saya telah jelaskann tentang bahayanya seks bebas terutamanya kepada remaja dan juga kepada masyarakat,dan berdasarkan kepada fakta-fakta sains tersebut kita secara tak langsung sedar bahawa mengapa Islam betul-betul tegas terhadap perkara in.MasyaAllah Ta barak Allah!!.

.Dan sekarang kita tinjau pula apa kebaikan perkahwinan yang dianjurkan oleh Islam berdasarkan Syarak dan perubatan mioden.Antara faedah seks yang halal melalui perkahwinan ialah :

  • kedamaian hati.- Menurut kajian perubatan moden ketika syahwat memuncak,badan seseorang akanmengeluarkan bahan kimia seperti endorphins yang berfungsi mencegah kesakitan dan mendatangkan ketenangan.Disamping itu sentuhan diantara suami dan isteri akan meransang pengeluaran bahan Oxytocin yang menghasilkan rasa tenang dan damai.Dan satu lagi kajian yang dilakukan oleh Majlis Penyelidikan Sains Manusia,sentuhan juga merangsang pengeluaran hormon serotonim yang meningkatkan daya ketahanan badan dan sekaligus mencegah seseorang daripada dijangkiti penyakit.(sumber News24.com,Why Sex is Good For You,Moipone Komane,12 Febuari 2001,http://.news24.co.za/news24/health/Health News/)

  • Dan yang kedua ini pasti akan tersenyum,iaitu AWET MUDA..Ini dijelaskan oleh Dr david Weeks seorang pakar neuropsikologi dari Hospital Royal edinburgh yang membuat kajian selama 10 tahun berhubungan kesan seks(yang halal) keatas kesihatan mendapati mereka yang mengadakan hububungan seks lebih kurang 3 kali seminggu kelihatan 10 tahun lebih muda daripada mereka yang lain.Dan yang paling menarik ialah Dr Weeks mengatakan bahawa mereka yang betukar-tukar pasangan mereka tidak akan mengalami perubahan positif tapi ia akan mengalami perubahan negatif akibat daripada perbuatan betukar-tukar pasangan.(rujuk BBC News,Sex Keeps You young,10 March 1999).

Saya berharap penjelasan saya tentang keburukan tentang seks bebas terhadap remaja ini akan membuka lembaran baru dimana para remaja sedar dan berusaha untuk menghindari daripada mendekati perkra ini..Dan saya berharap tulisan ini mendapat manfaat dan akan menjadi satu titik tolak kepada perubahan positif dikalangan remaja tentang perkahwinan yang sah menurut Islam. sekian~~~~

Didalam memahami ilmu agama kita tidak boleh bersikap malu dalam, untuk menanyakan dan mempelajari sesuatu hal. Aisyah r.a. telah memuji wanita Anshar, bahwa mereka tidak dihalangi sifat malu untuk menanyakan ilmu agama(kepada yang berkelayakan dan memahami ilmu itu sendiri). Walaupun dalam masalah-masalah yang berkaitan dengan haid, nifas, janabat, dan lain-lainnya, di hadapan umum ketika di masjid, yang biasanya dihadiri oleh orang banyak orang dan di saat para ulama mengajarkan masalah-masalah wudhu, najasah (macam-macam najis), mandi janabat, dan sebagainya.(sahih Muslim bab haid)~~