Thursday, April 19, 2007

Puasa Qada' dan fidyah


Puasa yang ingin diQada'kan dan fidyah
oleh:yussamir yusof aljohori

mintak maaf kepada mereka yang bertanya kepada saya beberapa soalan agama dan saya menjawab lambat.Semua ini diluar jangka saya,dan adatadi baru saya teringat ada seorang shabat saya bertanya tentang Qadha puasa pada saya 3 minggu lepas,dan kali ini baru kesempatan untuk menjawab pertanyaan tersebut(yang sebenarnya saya sekarang tengah sibuk bersedia untuk menghadapai Final Exam 15.5 ini).Minta maaf sangat-sangat saya ucapkan.Dan saya akan jawab berdasarkan apa yang saya tahu berdasarkan Quran dan Sunnah dan pandagan para Ulama muktabar.InsyAllah..

Berkenaan dengan perkara itu,saya mulakan dengan Firman Allah :

"(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam musafir, (bolehlah dia berbuka), kemudian wajiblah dia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui." [Surah al-Baqarah : 184]

Seterusnya saya akan bawakan pandangan Imam Syaukani didalam kitab Nailul Authar:

“Dibolehkan Qadha dengan berselang-seli itu adalah pendapat jumhur,syarih(imam Syaukani) juga berkata”hadis Aisyah itu (Aisyah berkata “aku pernah mempunyai hutang puasa ramdhan tetapi aku tidak bias mengqada’kannya melainkan pada bulan Syabaan dan yang demikian itu lantaran aku ada kesibukan dengan Nabi” (riwayat jammah)) menunjukkan boleh mengakhirkan atau menanguhkannya qada’ ramadhan itu secara terlepas baik kerana uzur atau tidak.

Dan berkenaan mereka yang tidak mengqada’kan puasanya sehingga datang ramadhan seterusnya ialah mereka akan dikenakan fidyah.Ini berdasarkan satu hadis nabi Dari Abu Hurairah dari Nabi SAW tentang seorang lelaki yang sakit di bulan Rqamdhan lalu ia tidak berpuasa ,kemudian sihat tetapi belumm bisa berpuasa sampai betemu Nabi berikutnya ,maka nabi bersabda “hendaklah ia berpuasa pada bulan ramdhan kemudian berpuasa untuk bulan yang tidak berpuasa itu,serta memberi makan seorang miskin setiap hari”(hadis ini daif,namun Daraquthni berkata “sanad hadis ini sahih ,tapi mauquf).

Dalam athar sahabat daripada Ibnu Abbas ra. berkata (maksudnya): "Barang siapa yang melengahkan qadha puasa Ramadhan sehingga didapatinya Ramadhan yang lain maka hendaklah dia berpuasa Ramadhan di bulan tersebut, kemudian barulah dia mengqadha puasa yang ditinggalkannya dahulu itu dan memberi makan pada setiap hari seorang miskin (fidyah)" [Hadith Riwayat ad-Daraquthni]

Abu abas berkata “yang berkewajiban membayar fidyah ialah orang yang sengaja meninggalkan puasa tanpa uzur,jika ada uzur todak wajib fidyah.

Menurut Dr Mustafa al-Bugha (al-Fiqh al-Manhaji - 1/350 ) :
Jika di tidak melakukan puasa dan meringan-ringankan sehingga masuk Ramadhan yang lain, ini merupakan satu dosa, maka memerlukan dia membayar fidyah, iaitu memberi makan setiap hari yang ditinggalkan sebanyak satu mudd, kepada orang2 yang memerlukan yang tinggal dinegaranya, bersedekah keatas fuqara"

Dengan kata lain : Fidyah ialah memberi makan kepada orang miskin sebanyak satu mudd (cupak) beras (atau apa2 makanan yang menjadi makanan asasi sesebuah negeri itu) bagi satu hari yang ditinggalkan.

Jawapan 1: Fidyah dibayar terus kepada fakir miskin.
Jawapan 2: orang yang berhak menerima fidyah hanyalah golongan fakir dan miskin sahaja.
Jawapan 3: Anggaran fidyah menurut Dr Mustafa al-Bugha beliau adalah : "Timbangannya (1 Mudd) : 1 1/3 pound Baghdadi, iaitu bersamaan lebih kurang 600 gram" Atau 1 Mudd adalah bersamaan 15 tahil (566.85gram).
Ia boleh dibayar dengan duit (sebagaimana pandangan Ibn Taimiyah, Dr Yusuf al-Qaradhawi), dan lebih afdhal menurut Mazhab Syafie diberikan beras.

Rujukan
[1. Dr Mustafa al-Bugha {et al]. al-Fiqh al-Manhaji : 'ala Mazhab al-Imam al-Syafie - 1. cet ke4. Damsyik : Daar al-Qalam, 2000, ms 350.]

WaAllah Alam..sekian

No comments:

Post a Comment