Tuesday, April 10, 2007

KENAPA TAK PUAS HATI DENGAN IRAN PASAL PEMBEBESAN TAWANAN??


KENAPA TAK PUAS HATI DENGAN IRAN PASAL PEMBEBESAN TAWANAN??

oleh:YaWauSin Aljohori

Sejak Negara Iran membebaskan tentera Britain secara tehormat maka ramailah suara-suara yang tidak berpuas hati dengan tindakan pemerintah tersebut.Suara-suara tersebut terus berkumandang di yahoo.group dan pelbagai lagi.

“Nak tunjuk hebat dan baik la tu,macam tak tau sifat taqiah dia tu“

“Tak patut Iran buat begitu,tak sedarkah diorang yang Britain tu dah macam-macam buat pada orang islam dan dia senang-senang jer bagi camtu“

Dan macam –macam lagi suara-suara ini perbualkan dan saya naik menyampah dengan sikap begini.Kemain laungkan perjuangkan sunnah (tidak semua mereka yang perjuankan sunnah sebegitu sikapnya,dan saya tujukan pada mereka yang tak gheti bahasa ini) dan mahu amalkan sunnah tapi sunnah berbuat baik terhadap tawana mereka sudah campak kelaut jauh-jauh.Sabda nabi “RasulAllah SAW mengirim satu pasukan berkuda ke Nejd.Kemudian mereka datang kembali membawa seorang lelaki dari Bani Hanifah yang bernama Tsumamah Bin Utsal.Mereka mengikat lelaki itu pada sebuah tiang masjid.RasulAllah mendatanginya,kemudian baginda bersabda“lepaskan dia!!’’Setelah Tsumamah pergi ke sebatang pohon kurma dekat masjid ,kemudian beliau mandi dan setelah itu beliau kembali ke masjid dan masuk Islam.Beliau mengecapkan “Aku mengaku bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah’’(Hadis riwayat Bukhari) .Selain dari hadis ini,ada lagi hadis adab yang ditunjukkan nabi antaranya ialah, Dari Abu Musa r.a katanya “RasulAllah SAW bersabda “Bebaskanlah orang tawanan,beri makanlah orang lapar dan kunjungilah orang sakit’’

Tidakkah kita melihat hikmahnya nabi berbuat begitu?kelembutan Nabi terhadap tawanan membuatkan hati tawanan itu terbuka untuk menganut Agama Islam dan membuatkan kesalahfahaman orang bukan islam yang selama ini mengatakan Islam adalah jahat akan berubah dan akan menjadi positif.Kita ketepikan isu dahulu Isu syiah dan sunni,yang penting kita adalah masih bersaudara.(walaupun mungkin ada yang tidak setuju dengan perkataan saudara ini).Kerana apa saya mengatakan syiah ini tetap saudara kita walaupun pelbagai ideologi mereka yang menyalahi syarak ialah mereka masih mempercayai bahawa Allah itu adalah tuhan mereka dan nabi Muhammad itu pesuruh Allah.

Saya suka memetik kata-kata Syeikh Yusuf al-Qardhawi dalam kitab fatwanya “barangsiapa yang meninggal dalam keadaan bertauhid, iaitu sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir dia berikrar dan mengucapkan dua kalimat Syahadat, maka dia berhak berada di sisi Allah dan masuk syurgaNya.Orang tersebut sudah dapat dipastikan oleh Allah akan masuk syurga, walaupun masuknya terakhir (tidak bersama-sama orang yang masuk pertama), kerana dia diazab terlebih dahulu di neraka disebabkan kemaksiatan dan dosa-dosanya yang dikerjakan, yang belum bertaubat dan tidak diampuni. Tetapi dia juga tidak kekal di neraka, kerana di dalam hatinya masih ada sebutir iman’’ .(Walaupun kita tahu Syeikh adalah antara Ulama yang lantang dalam isu syiah ni,tapi beliau tetap berusaha untuk berbaik dengan syiah).

Hujah ini disokong dengan sabda Nabi

  1. Dari Abu Dzar r.a. yang menceritakan bahawa Rasulullah saw bersabda, "Barangsiapa mengucapkan, 'Laa ilaaha illallaah,' kemudian meninggal, maka pasti masuk syurga."
  2. Dari Anas r.a., bahawa Nabi saw. telah bersabda, "Akan keluar dari neraka bagi orang yang mengucapkan, 'Laa ilaaha illallaah,' walaupun hanya sebesar satu butir iman di hatinya."
  3. Dari Abu Dzar pula, dia telah berkata bahawa sesungguhnya Nabi saw telah bersabda, "Telah datang kepadaku malaikat Jibril dan memberi khabar gembira kepadaku, bahawa barangsiapa yang meninggal diantara umatmu dalam keadaan tanpa mempersekutukan Allah, maka pasti akan masuk syurga, walaupun dia berbuat zina dan mencuri." Nabi saw. mengulangi sampai dua kali.

Oleh itu saya berpendapat bahawa sangkaan-sangkaan busuk kita terhadap perbuatan Pemerintahan Iran dengan melepaskan tawanannya iaitu tenteta Britain itu perlu kita sokong dan hormati.Sebab apa yang baik kita contohi,dan mana perbuatan yang buruk yang buat dan menyalahi syariat maka kita tolak sejauh-jauh mungkin.Kerana didalam satu riawayat yang sahih mengatakan Nabi SAW suka mendengar syair-syair dari orang arab yang kafir ketika itu,selagi isi kandungannya baik maka nabi terima dan jika isi kandungannya tidak baik dan menyalahi syariat maka nabi menolaknya.Maka konsep inilah yang perlu kita amalkan.

Dan pasti ada yang mengatakan saya pro syiah dan sebagainya tapi saya mahu para pembaca membaca maksud firman Allah ini “Dan janganlah kamu tertarik kerana kebencian suatu kaum sehingga kamu tidak berlaku adil,Maka berlaku adillah kerana keadillan itu lebih dekat lepada takwa…” (al-maidah:5).Perhatikanlah dan renungkanlah ayat ini sedalam-dalamnya,jangan hanya apabila orang diluar sana megatakan “puak” kita ini teruk maka kita akan melenting,sebab kita juga berbuat begitu pada mereka.

Maka oleh itu,muhasabahlah diri kita,adakah kita selari dalam mengikuti manhaj kita??Jangan biarkan sikap comot kita ini membuatkan orang diluar sana memandang sinis perjuangan kita untuk menegakkan sunnah dan jangan biarkan juga orang diluar sana mengolok-olokkan kita dek sikap kita yang terlalu keras ini.Bersederhanalah wahai sahabatku semua,kerana dengan kesederhanaanlah kita dapat membangunkan manhaj para salafu soleh. firman Allah “hai orang-orang yang beriman !jauhilah banyak menyangka,kerana sesungguhnya sangkaan itu berdosa”(al-hujarat 12),dan juga Sabda Nabi “Hati-hatilah kamu terhadap prasangka,kerana sesungguhnya prasangka itu adalah sedusta-dusta perkataan”(hadis riwayat Bukhari) .

Dan akhir sekali saya berpesan kepada diri saya sendiri,marilah kita menjauhi sikap yang suka bersangka-sangka dan bersikap ghulu(berlebih-lebihan) dalam menyampaikan dakwah kita.Jangan kita hanya pandai melaung-laungkan berbagai-bagai slogan dan cogan kata,tapi kita sendiri tidak melakukannya seperti mana slogan-slogan itu nyatakan.Firman Allah yang bermaksud “janganlah kamu berkata-kata tapi kamu tidak melakukannya’’

sekian~~
*baru habis study MA1(chapter cash budget) dan dapat gak la faham..huhuhuhu

3 comments:

  1. Salam,artikel yang menarik keran membawa mood pembaca dari awl(mula-mula ingat sokong syiah huhu)tapi sememangnya dibuktikan bahawa Islam mengiktiraf perbuatan yang baik walaupun musuh yang lakukannya.cumer harap untuk pemantapan lagi dalam artikel pastikan semua Ayt Quran ada surah dan rujukan dan hadith klu boleh selain narrator ada sumber periwayatan baik Sahih Bukhari atau sebagainya(klu ada no.hadith ke berapa lagi baik).Semua ini bergantung pada kemampuan tapi klu ayat Quran tu memang kene ada no. ar.hehe k,mantap!

    ReplyDelete
  2. terima kasih...InsyAllah saya akan perbaiki dari semasa ke semasa...

    ReplyDelete
  3. salam. a very good view indeed. teruskan menulis, it's refreshing :)

    ReplyDelete