Oleh: Yussamir Yusof
cyberjaya
cyberjaya
Saya berbuka puasa di Masjid Putrajaya maghrib tadi bersama rakan-rakan. Saya tidak pasti sama ada rakan saya perasan atau tidak, tapi saya menjadi saksi kepada satu kejadian yang amat mengaibkan. Dua orang non-Muslim, seorang lelaki dan seorang perempuan memasuki perkarangan masjid. Yang perempuannya tidak bertudung (sudah pasti), dan yang lelakinya berseluar pendek. Bagi pandangan mata kita, tidak sopanlah masuk ke masjid dengan berpakaian begitu, tapi cara memberitahu haruslah behikmah. Yang menyedihkan, mak guard yang bertugas di depan pintu masjid, dengan lancangnya menghalau mereka. Tanpa ada belas dan adab yang dituntut dalam Islam.
Betapa malu dan aibnya saya bila mak guard tersebut berkelakuan seperti tidak beragama. Saya tidak kisah kalau aib dan malu itu hanya dipikul oleh dia, tapi aib dan malu itu ditanggung oleh ISLAM. Saya pasti pasangan bukan Islam itu akan berperasangka buruk dan mempunyai tanggapan negatif terhadap agama Islam yang suci ini. Semuanya atas sikap atau akhlak yang tidak senonoh yang dipamerkan oleh mak guard tersebut.
Kalau kita beriya-iya benar menghebahkan bagaimana Bangsa Israil memandang manusia lain sebagai anjing dan halal dibunuh. Maka tidak jauh ideologi tersebut dengan perangai dan adab kita terhadap non-Muslim yang datang ke masjid tersebut. Sungguh Aib!
Saya tidak pasti mengapa sampai sebegitu sekali perlakuan kita secara umumnya terhadap non-Muslim yang hadir ke tempat ibadat kita. Mereka tidak najis, mereka dilindungi oleh Agama kerana mereka ahli kafir yang tidak menentang. Mengapa kita bersikap demikian? Malu sungguh!
Dalil dibenarkan memasuki Masjid bagi Non-Muslim
Banyak dalil yang membenarkan non-Muslim masuk ke Masjid. Begitu juga dengan fatwa-fatwa yang dikeluarkan oleh para ulama. Di dalam sebuah Fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa tetap fatwa menjelaskan bahawa Nabi saw pernah menahan seorang banduan, Thamaamah ibn Athaal al-Hanafi didalam masjid sebelum dia memasuki Islam. Begitu juga dengan delegasi Thaqeef dan Kristian Najraan pernah tinggal didalam masjid [Fatawaa al-Lajnah al-Daa'imah, 6/276].
Saya merayu, tolonglah jangan memalukan dan mengaibkan Islam! Saya sangat malu dan terasa hina sebentar tadi, maafkan kami wahai kamu berdua!
Assalamualaikum.
ReplyDeleteSedihnya bila tahu peristiwa ni. Tak seharusnya seorang Muslim bertindak sebegitu. Perkara yang paling ditakuti, akhlak diri yang teruk, menjadi fitnah kepada agama Islam yang dianuti kerana sepatutnya agama itu yang dapat membentuk akhlak!
Tapi mungkin juga mak guard tu jenis tak berapa nak faham kot kan. Boleh tegur kot mana-mana yang patut insyaAllah. Sebab manusia ni selalu lupa dan banyak yang tak tau.=)
Wallahualam.
Selamat meneruskan ibadah dalam bulan Ramadhan.
err..xde org gi nasihat/bagi pendapat ni kat mak guard tu ke?
ReplyDeletesbb saya percaya mak guard tu pun bukan sehari tu je keje kat situ. maybe tiap2 hari. dan mungkin lepas2 ni kalau ade pelancong2 lain pula datang, diorg akan diherdik lagi. dan seterusnya.
sampaila ada org bgtau mak guard tu, bahawa reaksi dia mencerminkan akhlaq muslim yang mengaibkan. mak guard tu nak terima or nk berubah ke tak, kita tak tahu. tapi selagi xde org bg nasihat/tegur mak guard tu, selagi tu la dia x berubah.
persoalannya, siapa nk bgtau mak guard tu? =)
Alhamdulilah.
ReplyDeletePetng tadi saya pergi lagi ke Masjid Putrajaya,hasrat untuk berjumpa dan berborak dengan makguard tersebut tidak kesempaian,sebabnya saya tak jumpa makguard tu. Insya Allah perkara ini akan saya panjangkan dengan menghantar email kepada pihak pengurusan. (saya ada email pihak mangmnt Masjid Putrajaya..huhuhu)
Terima kasih kepada Kak Norayhunt dan leokid yang dah lama kita tidak berborak...
Assalamualaikum,
ReplyDeleteI've written something similar, with regards to churches and chapels. If you don't remember, then I'll give you the link to the post:
http://imakubex.iluvislam.com/?p=21
I think it is rather a hallmark of Muslims in Malaysia nowadays to be so defensive. The reasons are in abundance; politics, social, religious, historical.
However, that doesn't make it right. It remains to be seen how things will improve with the coming of age of this new generation
Wallahua'lam
Thanks bro..
ReplyDeletedah baca article tu...totally agree!