Oleh: Yussamir Yusof
Cyberjaya
Sahur dan subuh
9/10/2008
Cyberjaya
Sahur dan subuh
9/10/2008
“Alhamdulilah, kita hari ini mendapat saudara baru.” Beritahu Pak Kasim kepada hadirin di masjid selepas mengislamkan seorang lelaki yang beragama Hindu sebelumnya.
“Saudara baru”. Sejak dari dahulu saya tertanya-tanya, betul ke jika seseorang sebelum ini bukan beragama Islam kemudian menganut agama Islam digelar saudara baru?
Pernah saya terfikir jika ‘saudara baru’ itu sudah menjadi Muslim selama 20 tahun adakah gelaran saudara baru itu masih releven? Walaubagaimanapun, mengasingkan atau membeza-bezakan Muslim kepada baru dan lama bukanlah sesuatu yang datangnya pengamalan Rasulullah dan juga para sahabat.
Muslim adalah bersaudara
Muslim adalah bersaudara, tidak ada yang membezakan kita semua. Hanya iman dan takwa yang membezakan kita, namun perbezaan itu tidak terzahir pada kaca mata kita. Hanya Allah yang mengetahui, sepertimana yang dikhabarkan Rasulullah dalam sebuah hadith yang sahih, “Bahawasanya Allah tidak memandang akan lahir (rupa dan harta) kamu, tetapi memandang hati dan amalan kamu.”
Muslim bersaudara, apabila kita sembah tuhan yang satu, dan mengikut Nabi dan Rasul yang sama, maka kita adalah bersaudara. Kerana Muslim adalah orang yang beriman, iman kita bahawa Tiada Tuhan yang layak disembah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Allah berkata dalam surah al-Hujarat ayat 10, “Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara.”
Tiada beza, antara saudara dan saudara lama. Kerana kadang-kala saudara baru itu lebih islamnya dari saudara lama yang sudah lama islam warisannya. Jadi, soal siapa baru dan siapa lama tidak timbul. Yang menjadi soalnya sekarang ialah, adakah kita benar-benar mengenali Islam dengan pemahaman atau sekadar warisan nenek-moyang kita. Tepuk dada, ketuk kepala tanya iman!
Dato' Mustapha Ma ini orang hebat. Jauh beza yang mengata diri sendiri 'lama'.
ReplyDeletesalam... sebenarnya antara kami dah tak menggunakan saudara baru.. cuma orang yang melabelkan seperti itu.. dari mula saya masuk Islam dah.. kami dianggap "Saudara Kita".. penggunaan saudara baru juga seperti ada jurang antara Islam memang Islam dan yang masuk Islam... so adanya baik nya anggap kami adalah saudara sesama Islam..
ReplyDelete