Tuesday, September 9, 2008

BERHENTI PERKHIDMATANNYA



Oleh: Yussamir Yusof
Cyberjaya


Blog ini berhenti seketika perkhidmatannya, kerana saya tidak mampu untuk menulis lagi. Tidak mampu untuk memberi dengan fikiran yang waras, dan kritis.

Saya berpenyakit, penyakit jiwa yang sukar diubati dengan ubat-ubat yang wujud di farmasi. Mungkin ubat itu akan terzahir dengan cara mendekatkan diri dengan-Nya. Jiwa saya rungsing, resah dan kecewa dengan kehidupan dunia ini. Sedih dikecewakan, dan sedih diperhambakan oleh dunia yang kadang-kala saya melihat terlalu memperkudakan saya.

Wanita dan harta menjadikan mata gelap memandang akhirat, menjadi penyumbang gelapnya hati. Bila tersedar, cepat-cepat merangkak, cepat-cepat berjalan dan cepat-cepat berlari menuju sang Pencipta. Dia yang menciptakan cinta, dia juga menciptakan harta, dia menciptakan keresahana dan dia juga menciptakan kebahgiaan.

Jari-jemari, akal dan hati yang diberi-Nya sejak 21 tahun tidak digunakan sepenuhnya untuk mendekatkan diri kepada-Nya. Namun kesedaran untuk memberi dengan menulis di alam maya sejak dua tahun lalu, banyak mematangkan dan memberi saya pelbagai pengalaman dan pengajaran. Namun, menulis dan mengamalkannya bukan perkara yang mudah. Kita akan kecewa bila kita menulis tetapi kita sukar untuk sama-sama menghayatinya.

Jiwa saya kacau! Kacau kerana saya belum memahami agama secara kaffah. Memahami agama perlu juga memahami bagaimana Agama itu membentuk diri saya sebagai Muslim. Jiwa saya kacau, jiwa saya kacau, jiwa saya kacau!


Mohon maaf kepada semua pembaca paradigma. Paradigma harus memuhasabah dirinya. Melihat kedalam hati dan melihat kedalam akal insani. Harus rehat, harus berfikir dan harus dekatkan diri kepada-Nya. PARADIGMA akan berehat hingga pada satu masa yang akan tiba. Insya Allah, kerana saya mencari apa yang perlu saya cari, agar jiwa saya tidak terus kacau.

Maafkan saya! Saya mencari Tuhan, agar jiwa saya berasa sebagai hamb

15 comments:

  1. uikss yus..
    bro~xkan mwajuk kot???
    xde life r mwajuk2 ni ;p

    ReplyDelete
  2. ahaks..perlu niatkan dan pantulkan setiap ayat..baris..rangkap dan perengan tulisan itu ke satu jasad si empunya tulisan.kalo tak terkesan pada org pasti terkesan pada diri sendiri.Apa yang ditulis perlu benar-benar menjadi satu muhasabah diri..ahaha..

    cantas..cantas..cantas!!~

    ReplyDelete
  3. "Berdoalah kepada Allah dalam keadaan kamu yakin ianya diterima Allah, dan ketahuilah Allah tidak menerima doa dari orang yang hatinya lalai dan tidak bersungguh" ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3479 : AlMunziri dan Albani : Sanad & Hadis Hasan )

    smoga dirimu tenang.

    ReplyDelete
  4. Erm sy br jerk pertama kali ke blog ni..Pengisian menarik tetapi jika penulis memerlukan masa untuk menghasilkan post terbaik..Ya dipersilakan :D

    ReplyDelete
  5. Waduh.. bro.
    Aku baru nak berjinak-jinak di sini, sudah mahu mencari diri pula?
    Apa kata, sambil merenung diri, sambil mencari kaffah, kau terus-terusan menulis? Menceritakan prosesnya juga dapat mendidik pembaca di sini juga,kan?

    p/s: SangPelangi yang dulu pembaca sepi di sini, akan mula melontar ideanya setelah lama mempersiapkan senjata. Haha..

    ReplyDelete
  6. salam...

    hummm...smoga Allah mmbantu kamu dalam pncarian diri kamu semula ok ^__^

    terus bermujahadah...

    salam ramadhan dari pusat persediaan

    ReplyDelete
  7. moga temui kembali misteri diri yang hilang

    ReplyDelete
  8. Immanuel Kant pernah berhenti menulis selama 10 tahun sebelum kembali dengan adikarya-adikarya hebatnya. Kita berikan Yus peluang berdiam diri untuk merenungi mana perlu. Moga kembalinya nanti dengan hasil besar.

    ReplyDelete
  9. salam

    Allah akh.. jgn gitu la.. ana pnah rase mcm tu.. stiap kali ana mnulis, ana akn tulis psl diri sndiri.. lbih kpd diri sndiri.. dan pastinya tuk dkongsi kpd org lain..

    ana pnah mnyandang post yg sama spt enta dlm mpp mse di KUIS dulu.. cbrn di mmu lbih berat rase ana.. La tahzan akh!

    Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman. (3:139)

    ReplyDelete
  10. yap pade...

    mmg kadang2 manusia perlu sendiri menilai zaman muda2 untuk pertingkat potensi diri akan datang...

    bro kalau pasal pompuan it's not big deal lah..waste time and energy to mourn for it kui3X

    ReplyDelete
  11. Dengan sepenuh sokongan dan kasih sayang ya akhi...

    ReplyDelete
  12. Salam,

    Saudara, atau mungkin panggil Adik, (atau Anak?)
    Saya berumur 42 tahun dan saya terjumpa blog saudara.
    Ianya blog yang menarik. Saya telah me-recommend-kan kepada anak remaja saya berumur 14 tahun.
    Banyak yang anak saya dan diri saya sendiri boleh pelajari dari blog ini dengan links yang disertakan dan juga bagi memahami jiwa remaja masakini dalam pencarian menjadi muslim sejati.

    Saya berharap saudara tidak berhenti kerana saudara berjaya memanfaatkan orang lain dengan blog ini. Teruskanlah

    ReplyDelete
  13. Saya harap anda terus menulis

    ReplyDelete
  14. yus,
    kekecewaan, kesedihan adalah lumrah hidup..ambillah sedikit masa untuk hibernate..anggaplah segala derita itu cabaran yang amat mahal, bukan menjadikan dirimu jatuh dan terus rebah..seterusnya kembalilah dgn idea2 lebih bernas..dan sesungguhnya setiap sesuatu ada tempoh2nya..

    ayuh orang muda..

    drpd cgwan yg sentiasa menyokong perjuanganmu..

    ReplyDelete