Saturday, June 13, 2009

ADAKAH ANAK-ANAKMU MENGERTI?


Sewaktu saya masih berada di bangku persekolahan saya tidak pernah terfikir untuk bekerja keras mencari rezeki. Disebabkan saya tidak pernah terfikir, saya tidak mengerti pengorbanan dan jerit-perih yang ditanggung oleh kedua ibubapa saya. Yang penting bagi saya ketika itu, makan, minum, tempat tinggal, duit bulanan, dan pakaian serba-serbinya cukup. Tanpa sedikit pun saya berfikir, adakah ibubapa saya juga merasa cukup seperti apa yang mereka beri kepada saya. Kadang-kadang saya pula cerewet dan komen itu silap dan ini salah. Silap haribulan saya merajuk sehingga tidak bertegur dengan ibubapa. Ya, ketika itu saya berasa semuanya betul, dan apa yang ditegur oleh ibubapa semuanya seperti mengongkong kehidupan saya.

Nah kini, saya yang baru sahaja praktikal di sebuah Firma Audit di Kuala Lumpur. Saya baru terfikir dan berasa jerit-perihnya mencari rezeki. Walaupun tidak sehebat dan segigih kedua ibubapa saya, tetapi sudah cukup memberitahu kepada saya betapa besar pengorbanan mereka kepada anak-anak mereka. Bangun seawal pagi, kemudian menyediakan keperluan anak-anak, bersiap untuk ke tempat kerja, kemudian di pejabat terbeban dengan pelbagai kerja, dan balik pula bingit telinga mendengar anak-anak bertengkar. Tetapi senyum tetap terukir, dan suara halusnya memujuk kami memukau kami untuk berhenti bertengkar. Tapi hati mereka siapa yang peduli?

Kini saya mula melangkah ke alam fasa mengerti dan mengenali sisi kehidupan kedua ibubapa saya. Saya mengkagumi pengorbanan mereka, dan saya mengerti perasaan mereka. Kehidupan itu sering berlaku proses, proses yang membangunkan watak dan perwatakan manusia. Begitu juga dengan diri saya. Proses ini mematangkan diri saya untuk merenung dan menilai sisa-sisa umur yang masih Allah berikan kepada saya. Semakin saya kenal dan dekat dengan pengertian hidup ini, jari-jemari saya semakin kuat dan lincah merakamkannya melalui penulisan. Saya mahu berkongsi pahit manisnya hidup sebagai hamba dan khalifah di muka bumi ini. Saya mahu berkongsi nikmat iman dan Islam dengan seluruh manusia yang saya kenal. Dan saya juga ingin berkongsi nikmat kasih, pengorbanan dan sayangnya kedua orang ibubapa saya dengan seluruh makhluk yang ada.

Puisi ini khas untuk ibupa seluruh dunia

Mukanya?
Dulu kedut-kedut tidak ada,
Semuanya tegang-tegang berlaka,
Tapi kini ia semakin mengendur,

Kelihatan wajahnya semakin lesu.


Senyumnya?

Senyumnya seperti dulu,
Melirik setiap kali bersua muka,

Lidahnya pula sering mengucap doa,

Buat anak yang semakin dewasa.

Kudratnya?

Sudah semakin senja,

Tidak kuat untuk berjalan sini-sana,

Matanya pula semakin renta,

Tapi hatinya tetap segar sentiasa.


Doanya?

Setiap hari diutus doa buat kita,

Tidak mengenal putus asa,

Bermunajat untuk insan tercinta,

Doa mereka sentiasa diredhai oleh-Nya.


Umurnya?
Semakin senja semakin tua,

Menunggu panggilan Tuhan yang esa,

Bakti dan jasa tidak terkata,

Untuk insan bernama anakanda.




Selamat setiap hari kepada ibu dan bapa seluruh dunia...




___________________________________________________________________

© YUSSAMIR.COM (2007-2009)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Yussamir .Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Yussamir .Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin YUSSAMIR . COM terlebih dahulu.

"memperkasakan paradigma"

Yussamir Yusof @ www.yussamir.com

1 comment:

  1. sebab tu la kan syurga anak tu bwh tapak kaki ibu..

    bukan diri anak tu bwh kaki ibu, tapi syurga si anak.. tempat knikmatan yg paling tingga utk si anak bwh kaki ibunya..

    anak2 jarang mengerti pengorbanan ibu bapa sebab mereka membesar, berubah dan terlupa..

    yg x berubah ialah ibu bapa.. sebab tu ibu bapa x terlupa..anak2 lupa saat mak dia menanggung kandungan hingglh berpenat lelah menjaga masa anak2 x sihat.. nak besarkan anak2..

    tp anak2 masa kecil manja2.. then bila remja lupa perasaan mereka thdp ibu bapa masa mreka kanak2..

    sbb tu kne ada org ceritakan smula pd anak2 sgla jasa pngorbanan ibu bapa tu supaya ank tu x tlupa & ingt slalu.. kalau ibu bapa x mampu nk bercerita pastikanlah ada org lain yg ceritakan kisah pngorbanan ibu bapa mreka..

    kalau seorg anak tu rasa dari pemerhatian spjg yg dia ingt & sedar, mak ayah dah byk bekorban.. ketahuilah masih byk lg pengorbanan yg dia tak tahu...

    :-)

    ReplyDelete