Hari pertama di Grant Thornton
Technical base training akan dijalankan selama seminggu untuk kami di bahagian Audit. Kawan-kawan (ada 3 orang semuanya) yang diserapkan ke bahagian Advisory seronok-seronok dapat rehat dan duduk-duduk. Saya pada mulanya diserapkan ke bahagian Advisory ditarik semula untuk diserapkan ke bahagian Audit. Bahagian Audit ada 3 kumpulan;(semuanya ada 8 orang) Kumpulan Kuning, Kumpulan Merah dan Kumpulan Biru. Saya dan dua orang lagi diserapkan ke kumpulan kuning. (macam kelakar bunyinya bila diterjemahkan, tetapi saya Anti-PSMI)
Dari jam 8.30 pagi sehingalah jam 5.30, kami dikhendaki untuk membaca manual Audit yang telah disediakan. Bukannya hardcopy tapi baca di komputer! Mata semakin mengecil perut semakin lapar. Akhirnya jam 12.45 yang ditunggu-tunggu telah tiba, keluar makan dan solat jam 2 masuk semula di tempat kerja. Dua kali makcik pembuat air membuatkan kami air nescafe. Hehe, di sini kami disediakan minumuan sebanyak dua kali, pagi dan petang. Fleksible sebenarnya, tetapi disebabkan kami masih baru banyak benda yang kami perlu tahu dan mahir.
Bukan sebarangan, semuanya perlu tepat dan mengikut GAAP (General Accepted Accounting Principle). Saya akan diberi sebuah komputer riba, tetapi bukan menjadi hak milik tapi sekadar pinjaman. Hanya tiga orang sahaja yang mendapat komputer riba, yang lain-lain menggunakan komputer riba masing-masing. Saya sekarang tidur awal dan bangun awal. Terkejut? Biasalah kehidupan sekarang adalah kehidupan sebagai seorang pekerja. (Macam poyo je bunyi)
Baru habis menulis repot harian, tak banyak yang ditulis sebab minggu ini hanyalah latihan. InsyaAllah selepas tamat tempoh latihan kami akan diberi tugasan untuk membantu Senior Auditor dan Junior Auditor. Saya mahu tidur, bangun awal dan bersiap awal. Saya teringat dengan formula yang dari dahulu sehingga sekarang saya tak pernah nak ikut; formula SATU (Sedia Awal Tumpuan Ulangkaji).
Selamat malam, esok akan menghadap software Audit yang berbagai teori dan nombor yang harus difahami dan diingati!
____________________________________________________________________
© YUSSAMIR.COM (2007-2009)
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Yussamir .Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Yussamir .Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin YUSSAMIR . COM terlebih dahulu.
"memperkasakan paradigma"
Yussamir Yusof @ www.yussamir.com
No comments:
Post a Comment