Friday, June 26, 2009

MJ KINI KAU KESEORANGAN

Seperti kanak-kanak lain juga, saya turut menjadi peminat setia kepada Michael Jackson ketika itu. Lagu-lagu beliau yang kerap diputarkan sekitar tahun 90-an di corong-corong radio, menjadikan beliau cukup dikenali di Malaysia. Saya masih ingat lagi, ketika itu saya suka menyanyi sambil meniru tarian beliau.

“U’uu..” Teriakan itu semacam trademark yang harus disebut bila menyanyikan lagu beliau. Manakala tangan kiri di celah kelengkang, dan tangan kanan pula diangkat ke atas. Teruk saya dimarahi oleh ibu saya ketika itu. Kata ibu, “macam beruk.”

Bila sudah dewasa, saya masih mengikuti lagu-lagu beliau. Tarian? Maaf, saya tidak ada bakat untuk meneruskannya. (senyum) Lagu-lagu beliau walaupun kebanyakkannya penuh dengan mesej-mesej yang tidak baik, tetapi ada juga lagu yang berunsurkan kedamaian dan persaudaraan. Misalnya lagu Heal The World, yang dicipta sendiri oleh Michael Jackson.

Pemergian beliau pada pagi tadi membuatkan ramai terpinga-pinga. Tidak menyangka Raja Pop ini akan meninggalkan terus dunia ini. Saya yang mendengar berita kematian beliau pada pagi tadi semasa mahu ke tempat kerja juga serasa tidak percaya. Saya panjatkan doa dan keampunan untuknya, jika beliau benar-benar sudah memeluk Islam. Jika belum sebagai Muslim, cukuplah sekadar ucapan takziah kepada keluarganya walaupun mustahil keluarganya mengetahui ucapan ini.

Sebagai peminat lagu-lagu beliau, saya turut merasa kehilangannya. Moga kematian beliau menghilangkan segala macam kontroversi yang pernah beliau lalui. Dunia ini sememangnya melucukan. Semasa hidupnya ramai yang mencemuh, apabila beliau sudah tiada, dunia kembali mengangkatnya seolah-olah jaguh yang tiada tolok banding.

Lagu beliau yang bertajuk You are not alone membawa saya terus kembali ke zaman kegemilangannya. Namun, penyanyinya kini ALONE di alam sana. Sebaik-baik Allah yang mengetahui segalanya.



____________________________________________________________________

© YUSSAMIR.COM (2007-2009)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Yussamir .Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Yussamir .Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin YUSSAMIR . COM terlebih dahulu.

"memperkasakan paradigma"

Yussamir Yusof @ www.yussamir.com

1 comment:

  1. salam...

    ya...arwah michael jackson memang seorang Muslim...

    nama Islamnya Mikaeel Jackson..

    alhamdulillah beliau mendapat iman sebelum bertemu Allah.

    Janji Allah : wajib syurga walaupun iman sebesar zarah.

    semoga Allah merahmatinya dan memberi kenikmatan kepadanya di alam sana. amin...

    ReplyDelete