“Yus, Dr Asri kena tangkap. Kau ada tak kat tempat kejadian? Nanti kau tulis di blog kau.” Kenalan saya menghantar sms.
“Yo bro. Apa cerita ni. Dr Asri kena cekup? Nanti update dengan aku.” Satu lag isms masuk ke dalam sistem pesanan ringkas saya.
“Amin. Betul ke Dr Asri kena tangkap?” Tanya Along saya.
“Biar betik. Wa panas giler bro. Lu tgk2 sikit Dr Asri. Apa2 hal kasitau wa.” Bahasa kurang enak, tapi saya kenal penghantar sms ini. Dia antara pembaca setia blog saya, dan seringkali komennya saya tidak lepaskan.
Ramai yang menghantar sms kepada saya bertanyakan kejadian malam tadi. Saya tidak sempat untuk membalas ke semua sms yang diterima. Walaubagaimanapun, saya ucapkan terima kasih dengan keperihatinan anda semua.
Pertama: Saya dan ramai lagi melihat penangkapan ini adalah sebuah tindakan yang tidak sihat dan perlu diperbetulkan oleh sebuah organisasi Agama. Tindakan menangkap Dr Asri atas alasan tidak ada tauliah adalah alasan dangkal dan tidak masuk akal. Mengapa saya katakan begitu?
1. Beliau adalah bekas Mufti sebuah kerajaan yang dilantik secara terus oleh ketua Agama Kerajaan Negeri Perlis iaitu DYM Tuanku Raja Perlis. Ini bermakna, penangkapan ini telah memberi gambaran bahawa perlantikan beliau sebagai Mufti oleh DYM adalah silap dan menghina DYM Tuanku di atas perlantikan tersebut.
2. Memberi gambaran bahawa Universiti Islam Antarabangsa, antara Universiti Islam yang disegani di Malaysia, sebagai sebuah Universiti yang mengeluarkan graduan Doktor Falsafah yang tidak layak untuk menyampaikan ilmu yang diperolehi dari menara gading tersebut.
3. Beliau adalah Ahli Jawatankuasa Agama Islam Negeri perils.
Cukup tiga alasan yang saya boleh berikan untuk memberi gambaran bahawa menangkap Dr Asri berasakan beliau tidak ada tauliah adalah alasan yang jahil lagi memalukan.
Kedua: Kenyataan Presiden Persatuan Peguam Syariah Malaysia mendakwa bahawa Dr Asri sahaja membesar-besarkan isu ini amat memalukan. Dengan menghantar memorandum yang penuh dengan fitnah dan tuduhan yang tidak berasas, kemudian dipamerkan di laman web mereka, ini mereka katakana ini hanyalah isu masalah teknikal?
Oleh sebab itu, saya katakan dakwaan bahawa Dr Asri yang sengaja membesarkan isu ini adalah memalukan. Masakan momerandum yang penuh dengan fitnah dan tuduhan serta dipamerkan secara terbuka dikatakan sebuah isu kecil yang tidak perlu diperbesarkan?
Sebagai badan peguam, mereka lebih arif bahawa tindakan menfitnah dan membuat tuduhan kepada peribadi seseorang adalah sebuah kesalahan besar. Malahan agama mengiktiraf perbuatan ini sebagai sebuah kejahatan yang lebih besar dari membunuh. Saya tanyakan, adakah dosa yang sama dengan membunuh adalah isu kecil dan perlu dipandang remeh?
Ketiga: Saya ingin menegur dan meluahkan rasa terkilan saya kepada moderator di laman islamik Iluvislam. Beliau yang saya maksudkan ialah Moderator anak_pejuang, iaitu moderator soaljawab agama di laman web tersebut. Pelawaan saya untuk menjemput beliau bertemu dengan Dr Asri serta membentangkan ‘bukti-bukti’ yang sering di copy-paste di iluvislam, tidak dilayan.
Sedangkan jika beliau benar-benar mahu membetulkan Dr Asri serta menyahut cabaran Dr Asri untuk menunjukkan bukti-bukti; bahawa beliau mencaci para ulama serta berbagai lagi, beliau harus menyahut seruan ini.
Jika beliau sering menguar-uarkan pelbagai pekara yang negative terhadap Dr Asri, sepatutnya beliau berani ke hadapan atas nama “Amar Ma’aruf Nahi Munkar”. Tetapi sayang, beliau tidak sanggup tampil ke hadapan walaupun saya telah memberikan nombor telefon saya.
Sikap moderator agama yang hanya pandai bercakap sebegini haruslah dipandang sebagai perbuatan khianat!
Keempat: Saya ucapkan tahniah dan terima kasih kepada YB Saari Sungip dan YB Zuridah yang setia mendampingi Dr Asri dari awal sehingga akhir. Akhlak dan peribadi yang ditunjukkan oleh kedua wakil rakyat ini sebenarnya sedikit sebanyak melembutkan hati ramai orang terhadap ideologi yang mereka perjuangkan; PAS dan PKR.
Namun saya percaya, mereka berjuang bukan kerana ideologi parti mereka, tetapi kerana mereka sedar bahawa ada orang yang perlu mereka lindungi dari kejahatan.
Saya berada di sana, dan saya melihat sendiri bagaimana gigihnya mereka mempertahankan Dr Asri.
Sekalung tahniah dan ucapan terima kasih saya kepada mereka berdua. Hati saya terpikat dengan akhlak dan ketenangan yang ditunjukkan oleh kedua-dua YB ini, terutama YB Saari Sungip. Syabas YB!
Kelima: Terima kasih juga saya ucapkan kepada mereka yang mendalangi isu ini. Kerana dengan isu ini, Dr Asri dikenali seluruh negara. Sama ada yang pernah mendengar mahupun yang belum pernah dengar, pasti akan terus dan terus mencari maklumat tentang diri beliau.
Sudah pasti buku-buku, cd ceramah, kaset-kaset ceramah beliau akan dibeli dan dinilai oleh masyarakat. Dalam masa yang sama, dakwah sunnah mengalir dan terus berkembang secara tidak sedar dan tidak langsung kepada seluruh masyarakat Malaysia.
Seperti yang ditulis oleh Ustaz Zaharuddin, “Semua ini membuka lebih besar jalan kepada Dr Asri untuk mendapat samada perhatian, sokongan dan dakwahnya juga akan semakin dekat dan sampai ke hati orang ramai yang baru tertarik untuk membaca blognya, mendengar ucapannya dan sebagainya. Semua akibat isu penangkapan ini.”
Keenam: Saya mengharapkan sesiapa sahaja yang mengikuti isu ini haruslah menilai dengan adil dan saksama. Sama ada yang baru kenali beliau mahupun yang sudah lama mengenali beliau.
Bacalah, dengarlah dan fahamilah tulisan-tulisan beliau serta ceramah-ceramah beliau yang boleh didapati di laman web peribadi beliau mahupun di Youtube.
Dengan cara itu, kita boleh menilai dan mengadili ketokohan serta kelunakan beliau dalam menyampaikan ilmu. Setiap perkara kita harus dengar dari mulut empunya diri, bukan hanya sekadar mendengar-dengar dari mulut orang lain.
Melalui cara itu, tidak akan timbul salah faham mahupun salah tanggapan terhadap mana-mana tokoh, khususnya Dr Asri dalam perkara ini.
Ketujuh: Isu ini harus diselesaikan dengan segera. Pihak berwajib terutama pihak di jabatan Perdana Menteri harus mengambil tindakan segera mengkaji dan menggubal kembali kaedah pemberian Tauliah kepada para penceramah.
Sebuah badan bebas dan yang dianggotai oleh para cendekiawan dan Sarjana Islam, perlu ditubuhkan dan seterusnya menggubal sebuah sistem pemberian tauliah secara seragam di seluruh negara.
Kelapan: Alhamdulilah, saya panjatkan kesyukuran kepada Allah. Betapa ramai para pemimpin mahupun tokoh agama telah membuat kenyataan berhubung penangkapan beliau.
Antaranya ialah YAB Dato’ Sri Najib, Perdana Menteri Malaysia yang mempersoalkan penangkapan yang dibuat terhadap Dr Asri.
Para pembaca boleh ke laman web Dr Asri, di sana diletakkan link-link akhbar yang menyiarkan kenyataan-kenyataan tokoh-tokoh tersebut kepada Dr Asri.
Kesimbalan: Moga semua ini memberi kebaikan kepada perjuangan meneggakan sunnah di Malaysia. Saya dan seluruh pentaksub Allah dan Rasul, sentiasa menyokong dan mendoakan kesejahteraan dan keselamatan Dr Asri dalam mengharungi mehnah ini.
Saya namakan episod kehidupan Dr Asri ini dengan nama “Epilog suka dan duka Sang Pembaharu”.
Laman-laman yang menulis tentang perkara ini:
1-YB Zulkifli bin Nordin
2-Ustaz Nasruddin Tantawi
3-Dato' Sri Najib, Perdana Menteri Malaysia
4-Bekas Yang DiPertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Datuk Dasuki Ahmad
_______________________________________________________________
© YUSSAMIR.COM (2007-2009)
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Yussamir .Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Yussamir .Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin YUSSAMIR . COM terlebih dahulu.
"memperkasakan paradigma"
Yussamir Yusof @ www.yussamir.com

salam bro..just nak tanye, ape pendapat bro tentang Syeikh Nuruddin Al-Banjari?
ReplyDeleteWasalam.
ReplyDeleteSyeikh al-fadhil Nuruddin al-Banjari adalah seorang ulama dan ilmuan Islam. Beliau berguru dengan ramai ulama' dan beliau juga digelar sebagai azhar sani di Mesir.
Namun begitu, ada beberapa pandangan beliau dalam beberapa tempat, masih boleh diperbincangkan dan dinilai bersama.Hal ini adalah perkara biasa di kalangan ulama' dan sebagai orang yang mengkaji dan mencari ilmu, kita harus menghormati tetapi dalam masa yang sama kita sentiasa kristis dalam menerima mana2 pandangan. Tidak siapa pun orang tersebut.
Pandangan saya secara umum, saya sangat menghormati beliau. Malahan pegangan akidah beliau juga adalah mengikut manhaj Salafusoleh.
WaAlahualam.
Amat memalukan apabila pihak yang bertanggungjawab menjaga imej agama sendiri bertindak macam tu...buat tangkapan, minta hadir ke mahkamah, pastu persilakan pulang...malu2...Yus, tolong sampaikan salam saya pada Dr. Asri.
ReplyDeleteThesis PhD beliau diselenggara oleh tokoh hadith hebat di UIAM. Prof. Dr. Muhammed Abul Lais yang juga lecturer hadith saya ketika first degree dulu.
Tindakan yg secara tak langsung, menafikan ketokohan ilmu para ulama'...=(
Kalau dari segi undang2 memang Dr Asri dah dikira salah . Hatta Dr Ishak Baharom mantan mufti sendiri pernah dipecat dan digam .
ReplyDeleteIni baru sekelumit perjuangan taklah seteruk mana . Tapi saya sendiri terkilan bila Dr. Asri mendakwa ada orang mengatakan dia memalsukan sijilnya sedangkan tidak ada pun tuduhan itu . Malah sampai sekarang pun Dr. Asri tidak menyaman penuduh itu yang dia dakwa mengeluarkan kenyataan tersebut sedangkan ketika sidang akhbar beria2 dia hendak menyaman orang yang menuduh dia memalsukan sijil ijazahnya.
Saya sendiri sudah banyak kali mengikut kelas Dr. Asri semasa di Perlis . Pengajian yang bagus berkisar hadis2 dan sanad tapi kalau boleh Dr. Asri kurangkan kritikan berbentuk sindiran yang boleh mengundang kemarahan orang . Kita hendak berdakwah bukan hendak bermusuh. Di Perlis sekarang kembali bergolak antara 2 pihak . Hatta Dr. Juanda sendiri x mampu nak tanganinya .