Sunday, March 7, 2010

KENAPA ALLAH CIPTAKAN KITA?

“Assalamualaikum. Brother Yus, saya nak Tanya. Kenapa Allah ciptakan manusia?” Sebuah sms masuk ke dalam inbox telefon bimbit saya. Sebentar lagi saya akan ke hadapan untuk sessi soal-jawab bersama lagi 3 panel. Soalan ini sebenarnya antara soalan yang pernah saya tanyakan kepada diri sendiri.

Saya bangun, kemudian mecapai pembesar suara yang ada di atas meja.

“Sebelum manusia bertanyakan mengapa kita diciptakan oleh Allah. Malaikat sudah lama bertanyakan perkara tersebut kepada Allah.

Peristiwa ini boleh kita baca dalam surah al-Baqarah ayat 30, “Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?”


Ketika ini Malaikat sendiri bertanya mengapa Allah ingin menciptakan manusia. Tetapi dengan mudah Allah menjawab, “Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.” dalam ayat yang sama.


Allah telah memberi jawapan kepada kita. Bahawa manusia tidak akan tahu mengapa mereka diciptakan oleh Allah. Walaubagaimanapun, Allah tetap memberi sedikit pengetahuannya kepada manusia dengan menjelaskan tujuan mereka hidup di muka bumi ini.

Antara yang Allah jelaskan mengapa Dia menciptakan manusia ialah, agar manusia dapat mengabdikan diri kepada-Nya dan seterusnya memakmurkan bumi sebagai khalifah-Nya.

Firman Allah dalam surah az-Zariat ayat 56, “Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.”

“Ketahuilah sesungguhnya pengetahuan manusia amat terbatas berbanding pengetahuan Allah. Hanya Allah mengetahui apakah sebab dan faedah Dia menciptakan kita di muka bumi. Sebagai ciptaan, kita harus akur bahawa kita tidak ada daya dan kekuatan untuk mengatasi atau melampaui pengetahuan dari pencipta kita.” Saya menamatkan jawapan untuk soalan tersebut.


Petang itu, terdapat banyak soalan yang ditanya. Tetapi tidak semua dapat dijawab kerana masa yang terhad dan keterbatasan pengetahuan saya dan rakan-rakan panelis. Moga kursus perbandingan agama selama dua hari ini, sedikit sebanyak dapat memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar Kolej INTI Nilai tentang betapa pentingnya keluar berdakwah kepada orang-orang bukan Islam.


“Dakwah bukan aktiviti, tetapi ia adalah sebahagian dari kehidupan.”







____________________________________________________________________

© YUSSAMIR.COM (2007-2009)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Yussamir .Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Yussamir .Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin YUSSAMIR . COM terlebih dahulu.

"memperkasakan paradigma"

Yussamir Yusof @ www.yussamir.com

6 comments:

  1. assalamua'alaikum bro yus..
    manusia dicipta sebagai khalifah di bumi..utk memakmurkan bumi??
    ape maksud memakmurkan bumi??
    dan ape sebenarnya tugas seorang khalifah??kalau kita sebagai khalifah, mesti kita kena tahu ape tugas kita..
    itu saje.. tq :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. khalifah ialah peganti kpd hamba allah.. gelaran tertinggi bg semua makhluk dibumi allah.. "tidak aku jadikan manusia dan jin selain dr mengABDIkan diri kepadaKu" knp manusia adlh khalifah allah dimuka bumi,krn manusia dikurniakan Akal yg tiada pd jin serta yg lain.. wallahualam..

      Delete
    2. apa yg akal boleh lakukan kpd bumi?

      Delete
  2. tugas khalifah tu : litahkuma bainannaasi bil 'adli bihukmillah

    ReplyDelete
  3. hmm nt sy tanye org lagi.. by the trm kasih ..

    ReplyDelete
  4. salam,
    terima kasih ata info tsbut. mohon dihalalkan ilmu ini untuk sharing. TQ.-mariana ftc-

    ReplyDelete