Saturday, March 6, 2010

SAYA MASIH INGAT WAKTU ITU...


Saya masih ingat lagi, ketika itu saya masih seorang budak gemuk. Budak gemuk yang menjadi gurauan rakan-rakan. Walaupun gemuk, tapi saya tetap aktif dalam sukan dan berpersatuan. Saya anggota persatuan Polis Trafik, dan juga pemain bola sepak sekolah. Budak gemuk yang penuh semangat, tetapi malas belajar.

Saya masih ingat lagi, waktu itu saya mempunyai ramai kawan. Darjah satu saya kelas 1 Dahlia, kemudian 2 cempaka, 3 cempaka, 4 melor, 5 melor dan akhir sekali 6 Ariff. Kenanngan yang masih lagi saya ingat, banyak di kelas 6 Arif.

Kelas pertama yang sejak dari awal sudah lama saya idam-idamkan. Banyak kenangan di kelas ini. Banyak juga hati-hati yang terluka di kelas ini, terutama cikgu Rosnaini.

“Awak kalau nak balik, balik awal-awal. Bukan sekarang baru nak balik.” Cikgu Rosnaini menengking tepat ke muka saya. Saya masih lagi.

Waktu itu sudah 10 tahun saya tinggalkan. Waktu itu, saya belum lagi terfikir bahawa saya akan berada di menara gading. Ah, terlalu emosi mengingatkan kisah-kisah lalu. Terima kasih cikgu, kalau bukan kerana tengkingan cikgu waktu itu, saya mungkin tidak akan berada di Universiti.

10 tahun yang cukup panjang. Ramai yang sudah lama tidak ketemu, dan ada juga yang terus menghilang diri. Tapi hari ini, saya gembira. Saya bertemu kembali rakan-rakan semasa di sekolah rendah. Satu-persatu saya ketemu, semuanya sudah berubah dan semuanya berbeza.


Terima kasih Facebook.

Saya gembira, usaha saya selama ini untuk mencari mereka kembali dimakbulkan. Itu pun oleh sebab Farahwahida, pengawas kelas 6 Arif yang ‘add’ saya di facebook. Terima kasih Farah.

Selepas ini, saya berharap untuk bertemu mereka. Bukan lagi sebagai seorang budak gemuk, tapi sebagai seorang lelaki yang bernama Yussamir Yusof.

Sehingga kini, saya masih ingat waktu itu.


___________________________________________________________________

© YUSSAMIR.COM (2007-2009)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Yussamir .Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Yussamir .Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin YUSSAMIR . COM terlebih dahulu.

"memperkasakan paradigma"

Yussamir Yusof @ www.yussamir.com

4 comments:

  1. salam..

    kdg fb ni pentg sebb blh mengembalikn ukhwah shbt2..

    sy pn begitu..tjuan utama, mencari balik shbt lama..

    nice entry
    :)

    ReplyDelete
  2. salam

    jaga diri lah dlm fb, mula2 sya pon rasa cam tu gak happy jumpa kwn lama but then.........biarlah rahsia ~

    ReplyDelete
  3. ada peninkatan...
    tentu sekarang kawan2 bro yusammir x ketawakan bro dah kan....

    ReplyDelete
  4. Yusuf&COH : Semua perkara ada pro dan kont. Tetapi ia kembali kepada tujuan kita. Kalau menggunakan FB ada tujuan yang baik, maka baiklah. Dan ia vice versa :)

    Gurlz: InsyaAllah dah tak ketawakan,huhuhu :D

    ReplyDelete