Allah itu Maha Mendengar dan Maha Mengetahui. Ketika artikel ini ditulis saya baru sahaja pulang dari bersenam. Janganlah gelak, sekarang ini aktiviti bersenam menjadi aktiviti harian saya disamping kerja-kerja lain.
Semalam saya berkunjung ke PWTC sempena Pesta Buku Antarabangsa. Itupun secara tidak sengaja, selepas Kak Ros dari Saba Islamic Media hubungi saya untuk menjadi MC untuk slot Saba Islamic Media. Alhamdulilah, saya tidak keseorangan. Bro Shahkirit turut berada pada petang itu untuk menyampaikan sedikit tazkirah pendek mengenai isu “Allah milik Siapa?”
Semasa bersenam petang tadi, saya tersenyum sendirian. Memikirkan apa yang berlaku semalam. Seperti tidak percaya, kerana cita-cita ataupun boleh saya katakan mimpi saya telah tertunai. Walaupun ia tidak tertunai seperti yang diharapkan, tetapi Allah tetap merealisasikan mimpi saya tersebut.
Tahun lepas, selepas saya menyiapkan manuskrip pertama saya dan menghantarnya ke KarangKraf. Saya sudah bermimpi untuk berdiri di pentas PWTC untuk mempromosi buku pertama saya. Bukan sekadar mempromosi biasa-biasa, tetapi mempromosi sebuah buku alat bantu dakwah yang selama setahun lebih saya usahakan.
Tapi Allah lebih mengetahui. Manuskrip saya masih lagi dibawah seliaan dan editing pihak yang terbabit. Namun Allah tidak mematahkan semangat saya. Dia telah memberi peluang kepada saya untuk berada di pentas PWTC juga. Walaupun ia dalam bentuk yang berbeza. Terima kasih Allah, sebab itulah saya percaya kepada KUASA MIMPI.
Allah Maha Pemurah, apabila saya turut berpeluang untuk menemui editor yang menguruskan manuskrip saya pada petang itu juga.
“Eh muda lagi!” Kata Kak Wan Rohana, Ketua Editor, Karya Bestari.
Saya tersenyum mendengar. Mungkin manuskrip yang dihantar itu tidak selari dengan usia saya baru sahaja mencecah 23 tahun. Alhamdulilah, mungkin ada kebaikan yang akan boleh dimanfaatkan bersama apabila manuskrip tersebut dibukukan.
Selepas selesai program saya sempat berlari ke Pustaka Yamien untuk membeli buku Zabrina A.Bakar. Buku bertajuk, “Life Is an Open Secret – You, Me and We” menjadi buku kedua dari beliau yang saya beli. Zabrina seorang penulis yang sangat bijak bermain dengan bahasa dan hati.
Tulisan-tulisan motivasi beliau banyak menyumbang kepada nilai dan kekuatan motivasi saya. Berbeza dengan penulis motivasi yang lain. Tulisan beliau yang seolah-olah sedang bercerita, kemudian sangat berdisplin dalam memetik hadith, memberi nilai kredit yang besar kepada beliau. Untuk Pesta buku kali ini, saya mesyorkan para pembaca Paradigma dan sesiapa sahaja untuk membeli buku-buku beliau yang boleh didapati di Pustaka Yamien.
Buku ini khas saya belikan untuk orang yang teristimewa. Moga ada gembira untuknya.
Berbalik kepada cerita saya dapat menjadi MC pada hari semalam. Saya percaya bahawa mimpi-mimpi saya itu bakal dan akan terlaksana. Saya semakin kuat untuk mempercayai bahawa BERMIMPI boleh membawa manusia mencapai cita-citanya.
Jangan takut untuk bermimpi….
Cyberjaya
21 Mac 2010
____________________________________________________________________
© YUSSAMIR.COM (2007-2009)
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Yussamir .Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Yussamir .Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin YUSSAMIR . COM terlebih dahulu.
"memperkasakan paradigma"
Yussamir Yusof @ www.yussamir.com
Saya pernah diberitahu ianya adalah 'The Power Of Intention'
ReplyDeleteApa yang kita fikirkan adalah seakan-akan doa yang kelak dimakbulkan Allah.Believe in something strong enough and it will come true with Allah's grace.
Saya sendiri dah banyak kali cuba dan memang Alhamdulillah berjaya.
Teruskan menulis dan berkongsi pengalaman bersama masyarakat.