Tuesday, April 27, 2010

MEMBINCANGKAN KEMBALI ARTIKEL 9/10 REZEKI


Saya terpanggil untuk merespon komen yang ditinggalkan oleh seorang kenalan maya saya iaitu Geekspro di bahagian komen artikel "9/10 rezeki dalam perniagaan?"

Oleh kerana ruangan komen terhad, saya terpaksa menulis sebuah lagi artikel untuk menjawap persoalan yang ditimbulkan oleh beliau. Saya berterima kasih kepada beliau kerana membangkitkan persoalan ini. Saya berharap, persoalan beliau dan jawapan balas saya akan membuka perbincangan sihat dan pemikiran kritis tanpa menerima bulat-bulat sesuatu pandangan.



Di bawah ini saya memuatkan kembali soalan beliau dan pandanga beliau. Kemudian saya menulis jawapan saya di bawahnya. Selamat berbincang.



Geekspro: Bukankah hadis dhaif masih lagi boleh diguna pada perkara2 melibatkan fadhailul a'mal dengan menyatakan kedhaifannya serta dengan syarat hadis dhaif itu bukanlah terlalu dhaif..

Jawapan saya: Memang benar, tetapi yang menjadi masalah apabila Hadith ini menjadi hujah me’laku’kan perniagaan. Tambahan pula kebanyakkan yang menggunakan perkataan ini sendiri tidak tahu bahawa hadith ini dhaif. Jadi, persoalan nak menyatakan atau tidak bahawa hadith ini dhaif bila menyebut perkataan pun sudah kelam-kabut.

Berkenaan hadith dhaif boleh digunakan untuk fhadail A’mal. Saya ada menulisnya dahulu. Sila rujuk kembali artikel tersebut : hadith dhaif



Geekspro: selain itu, sudahkah saudara memeriksa kedalam sunan sittah takut2 hadis ini ada disokong oleh mana-mana hadis lain yang hampir sama yang boleh menguatkannya?

Jawapan saya: Hadith ini tidak ada direkodkan oleh mana-mana Imam hadith. Maknanya tidak ada di rekodkan dalam sunan sittah. Saya mencarinya dengan menggunakan perisian Maktabah Syamilah. Jika saudara boleh membaca arab, sila search perkataan التجارة في الرزق أعشار


Dalam masa yang sama, Ustaz Adlan salah seorang ustaz yang mahir dalam bidang hadith yang pernah belajar hadith secara talaqqi dengan Syeikh Muhadith Syuib Al-Arnouth turut menyatakan hal yang sama.



Geekspro: Piawaian dalam menentukan status hadis ini bukankah ianya di susun oleh ulama bukannya Nabi...maka hanya dengan disebabkan 1 orang perawi tidak siqah maka ia telah menjatuhkan martabat hadis ini padahal mungkin ia benar2 datang dari Nabi...

Jawapan saya: Ini yang membezakan mereka yang mempelajari ilmu mustolah hadith dengan mereka yang tidak. Ilmu dalam menentukan status sesuatu hadith adalah bermula dari para sahabat. Tetapi ia tidak disusun secara sistematik dan dibukukan oleh mereka. Para sahabat selepas kewafatan Rasulullah dan kehilangan dan tersebarnya para sahabat di seluruh tempat, telah lama membina cara memelihara sesuatu hadith dari dipalsukan atau tersilap.

Tetapi yang mengembangkannya dan menyusunnya dengan baik ialah para tabi’ dan tabien dan seterusnya para ulama yang memberi fokus dalam bidang hadith. Antaranya ialah Imam Ahmad, Syafie dan para ulama yang lahir selepas mereka. Antara penyusun metod ilmu hadith yang mantap dan ketat ialah al-Imam Bukhari.

Antara dasar ilmu ini ialah melihat siapa perawi hadith. Misalnya hadith tentang memberi salam tiga kali.

Dari Abu Musa Al Asy'ari katanya dia datang menemui Umar bin Khathab. Lalu dia memberi salam, Assalamualaikum saya Abdullah bin Qais (nama Abu Musa), tetapi tidak ada yang menyahuti salamnya. Kemudian diulangnya memberi salam sampai tiga kali, tetapi tetap tidak ada yang menyahut. Kerana itu dia pulang saja kembali.

Kata Umar sesudah itu, "Panggil, panggil dia kemari." Setelah Abu Musa datang, Umar berkata, "Wahai Abu Musa kenapa kamu pulang? Kan kami sedang sibuk." Kata Abu Musa, "Aku mendengar Rasulullah Salllahu'Alayhi Wasalam bersabda:" Minta izin (memberi salam) tiga kali. Jika di izinkan silakan masuk. Jika tidak pulang saja kembali."

Kata Umar, "Engkau harus mendatangkan saksi ke hadapanku berhubung dengan Hadith itu. Jika tidak ku hukum kamu." Lalu pergilah Abu Musa. Kata Umar, "Jika dia mendapatkan saksi, kalian akan menemuinya petang nanti dekat mimbar. Jika tidak kalian tidak akan menemuinya. Tatkala hari telah petang, mereka mendatangi Umar "Bagaiman, hai Abu Musa? Apakah kamu telah mendapat saksi?"

Kata Abu Musa, "Sudah! Iaitu Ubaiya bin Ka'ab !" Kata Umar, "Boleh! Dia saksi yang adil (memenuhi syarat) Hai Abu Thufail! bagaimana pendapatmu (Kesaksianmu) mengenai masalah ini? Jawab Ubaiya bin Ka'ab, "Memang, aku telah mendengar pula Rasulullah Sallallahu' Alayhi Wasalam bersabda seperti yang dikatakan Abu Musa. Kerana itu janganlah kamu gegabah menjatuhkan hukuman terhadap para sahabat Rasulullah!"

Jawab Umar "Subhanallah! Sekarang aku telah mendengar Hadith darimu. Kerana itu aku lebih suka menyelidiki akan kebenarannya." (Sahih Muslim)

Perbuatan Saidina Umar ini telah membawa kepada Ilmu sanad, kemudian dikembangkan oleh para ulama lain dengan terbentuknya ilmu jarah wa ta’dil dalam menilai seseorang periwat hadith tersebut.

Oleh sebab itu, metod atau mustalah hadith ini telah dibentuk dari dasar para sahabat yang telah sabit bahawa mereka juga adalah hujah Rasulullah.

“Hendaklah kamu kembali (ittiba') kepada sunnahku dan sunnah para Khulafa ar-Rasyidin yang mendapat petunjuk selepasku” (H/R Ahmad (4/162). Abu Daud (5/13). Turmizi (7/437) dan Ibn Majah (1/15) )




Geekspro: Bukankah Syeikh Al-Bani juga tidak terlepas daripad dikritik sehingga ada yg mengatakan bahawa sanad hadisnya tidak bersambung kepada Rasulullah...

Jawapan saya: Syeikh Al-Albani bukan mengeluarkan pandangan sendiri, tetapi menukilkan penilian Ibnu hatim salah seorang ulama besar di kalangan Imam Ghazali sendiri. Dan memang benar, beliau tidak akan terlepas dari kesalahan. Tetapi dalam konteks ini, beliau bukan mengeluarkan pandangan sendiri tetapi sekadar menukil. Beza tau, nukil dengan pandangan sendiri.

Pelik, mengapa tidak mempertikaikan Al-Hafiz Al-iraqi, sedangkan beliau lebih pertama mempertikai hadith tersebut setelah menyemak kitab Ihya’. Mungkin, kita terlalu prejudis kepada susuk tokoh seperti al-Albani ini. Nasihat saya, bacalah karya-karya al-Albani dan janganlah hanya mendengar-dengar dari orang lain sebelum membuat sebarang sangkaan terhadap beliau.



WaAllahualam

sekadar bertanya untuk sama-sama kita lebih mengkaji...



_______________________________________________________________

© YUSSAMIR.COM (2007-2009)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Yussamir .Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Yussamir .Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin YUSSAMIR . COM terlebih dahulu.

"memperkasakan paradigma"

Yussamir Yusof @ www.yussamir.com

1 comment:

  1. Jawapan saya: Hadith ini tidak ada direkodkan oleh mana-mana Imam hadith. Maknanya tidak ada di rekodkan dalam sunan sittah. Saya mencarinya dengan menggunakan perisian Maktabah Syamilah. Jika saudara boleh membaca arab, sila search perkataan التجارة في الرزق أعشار

    Kalau dah semak bagus la...Saya sekadar bertanya sebab kadang2 sesuatu hadis kita baca dalam sebuah kitab disebut dhaif & bila baca dalam kitab lain disebut sahih..ini disebabkan hadis itu datang dari jalur berbeza...jalur pertama mungkin tidak cukup syarat sahih tapi jalur kedua pula cukup menyebabkan dia menjadi sahih...Saya cuma khuatir hadis yang bro yus nyatakan dhaif itu ada beberapa jalur dan yang dinyatkan dhaif itu, yang bro jumpa dalam keadaan jalur lain belum lagi dijumpai...katalah ada jalur lain yang sahih maka ia akan menyokong hadis dhaif tadi..

    Berkenaan Syeikh Al-Bani tu sy memahami bahawa dia menukilkan kalam org lain yg lebih hebat bukan datangnya dari dirinya sendiri...

    Tidak ada niat untuk meremehkan Syeikh Al-Bani cuma sekadar bertanya disebabkan ramai yang mengkritik beliau...atas dasar itu saya ingin tahu serba sedikit kenapakah beliau cukup hebat dikritik..

    ReplyDelete