Mungkin saya terlambat untuk mengulas isu " jawatankuasa antara agama" yang sedang sibuk dan hangat dibicarakan pada awal-awal bulan Mac dan April. Isu ini begitu hangat sehingga ia melibatkan campur tangan politik, pihak agamawan dan pihak yang berkaitan.
Saya tidak mahu mengulas tentang isu tersebut dari kacamata politik atau apa sahaja yang bukan dari saya. Tetapi saya ingin mengulas dari sudut pemahaman dan pengalaman saya menyaksikan dialog antara agama ini. Bukan sahaja dialog, tetapi perdebatan antara agama juga biasa saya ikuti dan sertai.
Mungkin pandangan ini dapat diterima atau ditolak. Tetapi bagi saya, manusia tidak boleh disekat untuk terus dan terus melontarkan buah fikiran dan pandangan. Sebagai manusia yang bertemadun dan mempunyai intelek, seharusnya kita perlu membuka ruang perbincangan sebegini seluas-luasnya.
Ceritanya begini.
Kira-kira 4 bulan lepas saya menghadiri “Friendly Critical Discussion” anjuran IIS (Islamic Information and Service Foundation) di pusatnya. Perbincangan ilmiah antara dua tokoh berlainan ideologi dan kepercayaan pada malam itu membuka ruang kritik dan perbincangan yang serius. Perbincangan tersebut sedikit sebanyak memberi tekanan ilmiah pada diri saya. Antara suka atau tidak, banyak poin-poin yang ditimbulkan oleh Pak Kalid yang membawa fahaman bahawa semua agama adalah sama, ada kebenaran yang perlu diakui.
Memang benar, kita sebagai Muslim tidak akan sesekali menerima konsep semua agama adalah sama. Tetapi isu mencari persamaan dalam agama harus diterima ketika sama-sama mencari keharmonian dalam beragama.
Analoginya mudah, kereta dan lori ada tayar dan stereng yang sama, tetapi ia dua kenderaan yang berbeza. Satu kereta, dan satu lagi lori kedua-duanya lebih banyak perbezaan dari persamaan.
Begitu juga Islam dan agama-agama samawi yang lain. Semangat dan usaha mencari persamaan yang ada atas dasar mencari kesefahaman dan keharmonian dalam agama, sejalan dengan tuntutan agama.
Firman Allah dalam surah al-Imran 3:63, “Katakanlah: "Hai Ahli Kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatupun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sebahagian yang lain sebagai tuhan selain Allah." Jika mereka berpaling maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah, bahwa kami adalah orang-orang yang berserah diri (kepada Allah).”
Untuk mencari persamaan yang ada antara agama, pokoknya ialah setiap orang dari setiap agama harus mempelajari konsep dan ajaran agama lain. Ia tidak bererti kita meminggirkan agama sendiri, tetapi sebenarnya ia memberi lebih banyak pendedahan kepada kita semua tentang erti dan kebenaran sesuatu agama. Kebenaran hanya berpihak pada satu pihak sahaja, tidak akan ada dua kebenaran dalam satu-satu masa.
Oleh sebab itu, hanya agama yang benar, dapat dan akan terus bertahan dalam dunia yang penuh dengan cabaran intelektual. Max Miller berkata, “Mengetahui ajaran agama lain sebenarnya menguntungkan kita. Dengan membandingkan antara satu agama, dan mempelajari bagaimana ajaran tersebut berbeza akan membantu memperkuatkan iman serta keyakinan diri sendiri.”
Manakala mantan Menteri Agama Republik Indonesia dan juga Sarjana Perbandingan agama iaitu Prof Dr A Mukti Ali dalam bukunya “Ilmu perbandingan Agama” berkata, “Mencari dan bertemu persamaan dan perbezaan antara agama Islam dengan agama lain adalah sangat berguna. Ia dapat menunjukkan dan membuktikan bahawa Islam melebihi agama lain. Selain itu ia juga dapat menunjukkan bahawa agama-agama lain yang datang sebelum Islam itu adalah sebagai pemula terhadap kebenaran yang lebih luas dan lebih penting dari Islam.”
Justeru, semua agama harus menggerakkan pelbagai seminar dan dialog antara agama. Dengan tujuan pendidikan dan kesedaran agama semua dapat memahami agama masing-masing dengan lebih jitu dan kukuh. Jika ini dapat dilaksanakan dengan adil dan objektif, keharmonian dan keamanan yang sedia ada dimiliki tidak akan sama sekali tergugat.
Hidup beragama harus tahu batas dan jarak yang boleh bersama. Ia tidak bermakna kita bersetuju, tetapi kadang-kala kita terpaksa untuk bersetuju pada hal yang tidak dipersetujui.
Anda tidak bersetuju? Ayuh kita berbincang secara kritikal. Saya mengalu-alukan perbincanga sihat yang disertakan dengan pandangan rasional dan bukti. Ayuh!
_______________________________________________________________
© YUSSAMIR.COM (2007-2009)
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Yussamir .Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Yussamir .Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin YUSSAMIR . COM terlebih dahulu.
"memperkasakan paradigma"
Yussamir Yusof @ www.yussamir.com

postingan yang bagus
ReplyDelete