Thursday, April 5, 2007

Terhambat atau dihambat masa


Terhambat atau dihambat masa
oleh:YaWauSin Aljohori

Terhambat atau dihambat masa,begitulah antara perkara yang nak saya ceritakan dalam artikel saya kali ini.Semuanya berlaku diluar kaawalan saya,sedih,risau dan kecewa.Semua perasaan tu melanda diri saya semalam,4 April 2007 bersamaan hari rabu.Sebenarnya saya sudah tetapkan jadual saya pada hari tersebut dengan teratur beradasarkan keutamaan,tapi dengan kuasa Allah saya bertembung dengan 5 program yang perlu saya hadiri.YaAllah betul-betul kalut seketika,mana yang nak pergi dan mana yang nak excuse.Kelima-lima program tersebut memang penting dan ketika itu jugalah bermacam-macam idea dan perasaan yang datang,ada idea yang nakal dan licik dan ada juga idea yang bersih.(tersenyum).Saya tak sangka bahawa hari tersebut ada 3 program yang berjalan serentak dan bertembung dengan jadual aktiviti saya.Sebelum ini saya sudah susun yang hari rabu malam saya akan hadiri kelas Friendly Comparetive Religioun di IIS.dan disebabkan ini juga saya perlu korbankan Latihan silat pada hari yang sama dan waktu yang sama.Alhamdulilah dapat tolenrasi daripada tenaga pengajar saya,dan berjanji akan datang pada setiap hari jumaat bagi menggantikan latihan pada hari rabu.Tapi entah macam mana,semalam saya betul sesak nafas,semalam saya dikhendaki hadir ke meeting PCM(under SRC),meeting sekolah@MMU perak, dan nterview Tanzim.Memang sah saya takkan dapat hadir semua program itu dalam satu masa yang sama.Handphone saya terpaksa matikan dan saya terpaksa membuat keputusan dengan tegas mana yang perlu saya pergi,dalam keadaan ini juga saya teringat dengan Feqh Al-Auliat oleh Yusuf Al-Qadhawi.Walaupun tidak setepat mana Auliat nya tapi alhamdulilah ia berguna pada saat begini.Kat sini saya akan terangkan serba sedikit antara method yang dibuat oleh Syeikh Yusuf berkenaan dengan pembahagian perkara berdasarkan keutamaan.

Maksud Feqh Keutamaan ialah:

meletakkan segala sesuatu pada peringkatnya dengan adil, dari segi hukum, nilai, dan pelaksanaannya. Pekerjaan yang mula-mula dikerjakan harus didahulukan, berdasarkan penilaian syari'ah yang shahih,yang diberi petunjuk oleh cahaya wahyu, dan diterangi oleh akal.(Yusuf Qardhawi feqh keutamaan ms:1)

Sesuatu yang tidak penting, tidak didahulukan atas sesuatu yang penting. Sesuatu yang penting tidak didahulukan atas sesuatu yang lebih penting. Sesuatu yang tidak kuat (marjuh) tidak didahulukan atas sesuatu yang kuat (rajih). Dan sesuatu "yang biasa-biasa" saja tidak didahulukan atas sesuatu yang utama, atau yang paling utama. Sesuatu yang semestinya didahulukan harus didahulukan, dan yang semestinya diakhirkan harus diakhirkan. Sesuatu yang kecil tidak perlu dibesarkan, dan sesuatu yang penting tidak boleh diabaikan. Setiap perkara mesti diletakkan di tempatnya dengan seimbang dan lurus, tidak lebih dan tidak kurang. Sebagaimana difirmankan oleh Allah SWT:"Dan Allah SWT telah meninggikan langit dan Dia meletakkan neraca (keadilan). Supaya kamu jangan melampaui batas tentang neraca itu. Dan tegakkanlah timbangan itu dengan adil dan janganlah kamu mengurangi neraca itu.(surah arrahman:7-9)

Dalam Buku Perubatan Islam dan bukti Sains Moden oleh Dr Daniel Zainal abidin,beliau membahagikannya kepada 3 peringkat:

  • Peringkat pertama adalah peringkat Daruriyat.Ia bermaksud keperluan asas atau kepentingan yang perlu ada dalam kehidupan. dalam bahasa yang mudah ialah kalau ia tiada maka kita tidak boleh hidup.Maka dalam konteks masalah saya ialah saya perlu buat keputusan yang betul-betul utama dan keputusan itu boleh membuatkan saya tidak terlepas perkara yangbetul-betul penting bagi saya.Dan dalam konteks ini saya mempertimbangkan Agama iaitu saya pergi interview tanzim. Peringkat ini dipecah kepada 5 bahagian iaitu: agama,nyawa,akal,keturunan dan harta benda.Perkara ini adalah antara factor utama yang perlu difikirkan dalam membuat keputusan.
  • Kedua adalah peringkat Hajiyat.ia bermaksud perkara yang diperlukan bagi menghilangkan kesusahan dan kesempitan.
  • Kedua adalah peringkat tahsinat..Ia bermaksud aspek Dan ketiga ialah peringkat Tahsinat.Ia bermaksud aspek yang dapat menyempurnakan bagi merealitikan kehidupan disamping pelihara maruah dan akhlak.Aspek ini juga perlu diambil kira apabila membuat keputusan agar perlakuan kita tidak menyimpang dan membuatkan maruah kita tercemar.

Dan dalam ketiga-tiga ini saya membuat keputusan berdasarkan kepada perimgkat pertama iaitu Daruriyat.Meskipun begitu saya disini sangat mohon maaf kepada mereka-mereka yang berharapkan saya hadir dalam meeting tersebut.Dan InsyAllah pada waktu yang lain saya akan utamakan program kalian.Tidak ada niat untuk mengecewakan kalian dan saya betul-betul terhambat oleh masa pada hari semalam dan saya harap ia tidak akan berulang lagi pada kemudian hari..Saya akhiri tulisan saya kali ini dengan ucapan beribu maaf saya mohonkan..sekian~~

jika kamu mahu menjadi seorang yang ada pandangan, maka jadilah orang yang ada pendirian, sesungguhnya pandangan akan menjadi rosak, hanya kerana kamu berbelah bagi

~pesan al-mutanabbi~

1 comment:

  1. mane lebih awla ;
    -tulis blog,
    -tgk citer korea,
    -isra' kat mamak,
    -wat esemen,
    -tido,

    hehehe:D

    ReplyDelete