REMAJA KINI
oleh:YaWauSin aljohori
Ramai yang tercari-cari identity ketika memasuki alam remaja dan saya juga pernah mengalami keadaan itu,dan terasa lucu bila mengingati kembali kisah dulu.Mencari-cari identity itu bukanlah bermaksud hilang ingatan atau gila tapi satu usaha untuk menyesuaikan diri dialam remaja.Alam remaja memang menyeronokkan dan satu alam yang membentuk peribadi kita sama ada mahu menjadi remaja yang baik atau yang nakal.Zaman remaja sebenarnya tidak ada istilah jahat tapi lebih kepada istilah nakal,dan boleh dikatakan sebahagian rakan saya yang nakal kini sudah berada di menara gading.Erm..pelikkan,tapi itulah reality dan reality bukan satu fantasi.Perjalanan menempuh alam remaja akan membuatkan kita lebih matang dan mengenali siapa diri kita.
Persahabatan,percintaan,pembelajaran dan sebagainya adalah satu acuan yang ada dialam remaja dan dialam ini jugalah kita merasainya semuanya.Zaman remaja adalah satu zaman yang perlu dititik beratkan kerana pada ketika inilah remaja mempunyai semangat,kedegilan,energi dan produktif.Dari konteks Islam zaman remaja adalah zaman kekuatan ditengah-tengah kelemahan,kelemahan masa kanak-kanak dan kelemahan masa tua.Kerana ia selari dengan Firman Allah [30.54] Allah yang menciptakan kamu bermula dengan keadaan lemah, selepas berkeadaan lemah itu Ia menjadikan kamu kuat. Setelah itu Ia menjadikan kamu lemah pula serta tua beruban. Ia menciptakan apa yang dikehendakiNya, dan Dia lah jua yang Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa.
Remaja adalah satu aset negara yang sangat bernilai,dan pelbagai organisasi dan program dijalankan bagi membentuk remaja kita agar menjadi remaja harapan Bangsa.Bekas Presiden Indonesia pernah mengatakan“ Jika inign melihat masa depan sesebuah negara maka lihatlah para pemuda pemudinya“.Memang tak dapat disangkal lagi kenyataan beliau mengenai hal ini,kerana kekayaan sesebuah negara adalah remaja itu sendiri.Perihal remaja ini terdapat satu hadis yang didalamnya terdapat pertanyaan Allah pada remaja.Mafhum Hadis“Tidaklah akan bergeser kaki seorang hamba di Hari Kiamat kelak sehingga mereka ditanya empat perkara.Tentang Usianya untuk apa dihabiskan,tentang masa depan mudanya untuk apa dipergunakan,tentang harta dari mana dia dapat dan untuk apa dinafkahkan,dan tentang ilmu untuk apa diamalkan“(HR Al-baihaqi dan selainnya dari hadis Muadz Bin Jabal.Hadis inijuga diriwaytkan oleh At-Tirmidzi dengan lafaz yang berbeza dari Abu Barzah Al-Aslami.Menurut beliau hadis ini tergolong Hassan Sahih(lihat Al-Muntaqa Min At-targhib wa Tarhib karangan Al_qaradhawi:1/131 no 85)
Kalau kita lihat hadis ini,Allah menanyakan masa remaja secara khusus,kerana apa?Kerana ketika masa remajalah kita mempunyai kekuatan dan semangat yang membuak-buak.Ada sesetengah remaja yang sudah sedia ada berada dalam limgkungan orang-orang yang salih dan mereka pun telah dbentuk sebegitu sejak dilahirkan.Alhamdulilah.Akann tetapi bagaimana dengan remaja yang bukan dari golongan itu?Situasi ini pernah saya hadapi dan ia amat memeritkan,hati mahu kejalan Islam tapi tak jumpa jalan yang perlu saya turutiYang anehnya ada segelintir Ugamawan yang memandang lekeh remaja yang sebegini dan mengangap mereka kotor dan kadang-kadang remaja juga begitu segan dan takut untuk berjumpa dengan Ugamawan ini.Kerana apa?Kerana ugamawan berasa tidak selesa dan merasakan membuang masa bila berdamping dengan mereka-mereka ini?saya hairan dengan sikap bergini,tidakkah kita semua sedar bahawa diantara Manusia yang paling dicintai Allah adalah pemuda yang bertaubat.Allah berfirman“sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyucikan diri“ (Al-Baqarah:222).
Kadang-kadang ada suara yang berlegar menyalahkan antara satu sama lain tentang keruntuhan Akhlak remaja kita,tapi saya kurang pasti adakah mereka ini pernah membaca satu hadis Nabi iaitu:“Setiap kalian adalah pemimpin dan bertanggungjawab atas yang dipimpinya.Seorang imam adalah pemimpin dabn bertangungjawab atas yang dipimpinnya.Dan seorang lelaki adalah pemimpin bagi keluarganya dan ia bertanguungjawab atas yang dipimpinnya.Dan seorang wanita adalah pemimpin dirumah suaminya dan ia bertangungjawab atas yang dipimpinnya..“ (Hadis Muntafaqun Alaih dari Ibnu Umar)
Kalau kita melihat hadis ini,semaunya bersalah dan tidak ada isu timbul“ kau salah aku betul“ ,kita perlu bersama berganding bahu memikirkan altenatif untuk selesaikan masalah remaja agar ia tidak terus merebak menjadi barah dalam masyarakat kita.Kemewahan,hiburan dan kekalutan menciplak agenda barat dalam budaya kita juga adalah antara beribu masalah yang menjadi punca permasalah ini terjadi.Abu Atahiyah berkata dalam syairnya“Sesungguhnya masa muda,kekosongan dan kemewahan sangatlah merosakkan seeorang“.
Jika kita lihat remaja kita pada hari ini,mereka berlumba-lumba meniru gaya artis,dressup yang melampau dan lebih buruk lagi tidak tahu mana halal dan haram.Semuanya dibedal sesuka hati.Dan kalau kita mahu mempersalahkan mereka 100% amatlah tidak adil,mereka jadi begitu antara sebab ialah mereka telah disogok dengan berbagai budaya hindunisme yang dibawa dari barat kemudian disini kita mengasimilasikannya dalam budaya kita.Apakah ini yang negara kita bangga-banggakan dan mahukan???Jika kita berterusan begini maka impian kita mahu melihat pemuda hebat seperti Muhammad Al-Fatih yang membuka Konstantinopel dan meruntuhkan Benzatium pada tahun 1453 M yang ketika itu hanyalah berumur 23 tahun,maka impian hanyalah tinggal impian dan ia akan terus menjadi fantasi bagi kita semua.
Maka tangungjawab kita semua sekarang adalah bersama-sama berganding bahu dan memberikan perhatian yang sewajarnya kepada para remaja,Kita semua menginginkan remaja yang taat pada tuhan walaupun perlu mengorbankan diri sebagaimana yang dicontohkan oleh Nabi Ismail letika ayahnya mahu menyembelihnya.Allah berfirman untuk menceritakan sirah ini kepada manusia dalam Quran,maksudnya „Wahai anakku,sesungguhnya aku bermimpi menyembelihmu.Bagaimana pandanganmu?Kemudian dijawab oleh Ismail “Wahai ayahku,lakukanlah apa yang diperintahkan Allah kepadamu.InsyAllah engkau akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar“ (surah As-Shafat:102).
Abu Hatim meriwayatkan dari Ibnu Abas berkata „Allah tiada mengutus seorang nabi kecuali dari kalangan pemuda,dan seorang alim tidaklah diberi ilmu kecuali dia masih muda.Kemudian,beliau membaca Ayat “Mereka berkata:Kami dengar ada seorang pemuda yang mencela berhala-hala ini yang bernama Ibrahim“.(surah An biya’:60)
Dan akhir sekali saya mahu menyatakan bahawa berdosalah kita apabila tidak memperdulikan masalah remaja dan berdosalah kita apabila tidak memikirkan persoalan mereka dan berdosalah kita jika kita memperlekehkan mereka,Kerana remaja diluar sana perlu bimbingan dan panduan lagi-lagi dari pihak ugamawan.Maka ugamawan perlulah berusaha untuk mendekati ramaja,gunakanlah method yang mudah dan tidak menyusahkan para remaja.
Sekian dari remaja MMU.......
wow gambar pertama tu gambar artis2 hiphop ternama antarabangsa. aku rasa aku masih boleh sebut nama tiap yang ada dalam gambar tuh hehehe.
ReplyDeleteperluke remaja terlibat dgn politik?sile jawab..
ReplyDeletebergantung bagaimana pemahamannya tentang politik dan kesedarann tentang politik,,kalau dia mahu meliatkan dalam politik eloklah hbskan beljar dulu..dan kemudiann ceburkan dalam politik dengan serius,,ini antara saranan sahaja,,,sekian
ReplyDeletetertarik sangat la dgn artikel mcm ni..
ReplyDeleteinsya Allah semua ini akan membantu umat islam menegakkan syiar islam yg benar...
ReplyDelete