Thursday, June 28, 2007

BEZANYA UNDANG-UNDANG...


BEZANYA UNDANG-UNDANG...
ibnuyusof aljohori



  1. Sir John Salmon in his book, Jurisprudence, defines law as ‘The body of principle recognizes and applied by the state in the administration of justice….

  1. Tolstoy: “rules established by MEN who have control of organized power and which are enforced against the recalcitrant by the lash, prison, or even murder.”

  1. Syariah Law: “The Syariah has been created by GOD and human role is to discover and articulate it rather than invent it.It is established in the Holy Quran revealed to the Prophet Muhammad SAW.”



Saya mahu semua pembaca menilai ketiga-tiga definisi undang-undang yang ada diatas kemudian berikan saya satu perbezaan besar yang ada didalam definisi tersebut.Dan saya yakin jawapan yang akan diberi adalah GOD,saja saya membesarkan perkataan GOD itu agar memudahkan anda semua menilai ketiga-tiga definisi tersebut.Ya!! GOD atau dengan bahasa cantiknya adalah Allah,itulah yang membezakan undang-undang yang cipta manusia dengan Allah.NAmun masih ada yang buta mata dan hati dalam hal ini,masih lagi mahu mempertahankan undang-undang manusia kemudian memperlekehkan undang-undang Allah.




Saya pernah menanyakan kepada Pensyarah ‘BUSINESS LAW’ saya berkenaan kenapa Undang-undang di Malaysia hanya dibahagikan kepada dua iaitu CIVIL dan CRIMINAL dan tidak ada Syariah Law dalam pembahagian tersebut??(ketika itu juga pensyarah saya seakan tidak percaya yang saya akan membangkitkan persoalan itu).




Kemudian pensyarah yang juga seorang peguam menjawab bahawa undang-undang Malaysia tertaluk dibawah sections 3(1) of the Civil Law act 1956 (revised 1972) didalam seksyen tersebut ia menyatakan, “in Peninsular Malaysia, the courts shall apply the common law of England and the rules of equity as administered in England on the 7th day of April,1956,than in Sabah and Sarawak, the courts shall apply the common law of England and the rules of equity, together with statutes of general application, as administered or in force in England on the 1st day of December 1951 and the 12th day of December 1949 respectively.”




Saya tersenyum bila mendengar jawapan terbebut,petah dan bijaksana pensyarah saya ini memang layak jadi seorang peguam.Namun jawapan beliau membawa saya kepada soalan seterusnya yang saya rasakan ia perlu dipersoalkan.

“So. Our country didn’t have sovereignty, that’s true sir?” Saja saya memberi soalan ‘provoke’ berbentuk ayat tanya kepada pensyarah saya,agar ia menjadi lebih dramatic.




“No, its didn’t mean that our country don’t have sovereignty, but Malaysia is a part of colonies that’s why we should follow the Common Law. And we’re not following the whole law; we just follow the law if the law is applicable.

Saya tertarik dengan kenyataan yang dibuat oleh pensyarah saya diatas, “kita sebahagian dari jajahan England dan kita mesti mengikut semua undang-undang yang telah mereka gubalkan.Tetapi kita hanya ikut jika undang-undang itu masih praktikal”




Saya mahu mempersoalkan lagi disini,jika kita masih mengikut telunjuk orang yang pernah menjajah kita ini bermakna kita masih lagi dibawah jajahan mereka.Semua orang boleh terima kata-kata saya ini,masakan kita masih mahu mengikut undang-undang mereka setelah kita bebas???Jadi apa makna kebebasan Negara kita????



Dan lagi tidak logik setelah kita berhempas pulas cuba untuk menjadikan Negara Malaysia sebagai Negara Islam(sehinggakan seorang ulama besar dari sebuah University Islam terkemuka pernah mengakuinya) kita masih menggunakan undang-undang yang digubal oleh mereka yang bukan beragama Islam.Dan keadaan yang paling Pelik dan ajaib ialah meletakkan mahkamah Syariah dibawah Mahkamah Tinggi dan dijadikan sebagai Subordinat Court dan bukannya Superior Court.(rujuk General Principle of Malaysian Law,5th edition by Lee Mei Pheng)



Saya berasa Malu dan terhina bila Mahkamah Syariah dikatakan sebagai subordinate Court bukannya Superior Court sedangkan Undang-undang Islam digubal oleh Allah dan undang-undang Civil dan Criminal yang diagung-agungkan itu hanyalah cebisan pemikiran manusia yang terhad akalnya.Saya bukan mereka-reka pernyataan ini tapi ia sendiri dinukilkan atau didefinisikan oleh tokoh undang-undang dunia antaranya oleh Tolstoy :“rules established by MEN who have control of organized power and which are enforced against the recalcitrant by the lash, prison, or even murder.”



Kalau begini lah gayanya dan sikapnya maka tiada apa-apa yang boleh dibanggakan dengan nama NEGARA ISLAM selain dari kehinaan dari Allah.Aggaknya akal ‘mereka’ masih tidak boleh menilai dengan baik definisi undang-undang diantara undang manusia dengan undang-undang tuhan,orang yang waras tentu sekali tidak akan menafikan bahawa undang-undang yang cipta tuhan adalah yang terbaik,tidak ada kesilapan dan penggubalan atau pembatalan, berbanding dengan undang-undang manusia yang seringkali terlibat dengan seribu satu percanggahan dan permasalahan

Fikir-fikirkan lah wahai para pembaca sekalian.Jika kalian pemuda dan pemudi islam maka andalah pewaris Negara dan sanggupkah anda semua meneruskan semua ini di masa hadapan??fikirkan lah sejenak,dan buatlah keputusan dengan fikiran yang waras berteraskan iman dan taqwa bukan berteraskan nafsu pada pangkat dan sebagainya.

~Aku yang sedih~……

2 comments:

  1. Saya mmg tak arif bila bercakap pasal hukum2 Islam dan sistem perundangan kat mana2 negara sekalipun, tapi apa yg saya faham yg perlu didahulukan dan diselesaikan terlebih dahulu adalah kebajikan rakyat tu sendiri dan segala seribu satu macam penyakit sosial yg ada dlm masyarakat sekarang ni.

    Contoh paling senang kita nak ambil utk hukum org mencuri. Sebelum nak sampai pada tahap pelaksanaan tu, yg perlu dipastikan dahulu semua rakyat dah terjaga dari segi basic needs mereka (tanggungjawab pemerintah) dan kalau masih didapati mencuri jugak, baru dilaksanakan certain2 hukuman berdasarkan syariat. Tapi realiti sekarang ni, dah 50 yrs merdeka pun masih ramai lg yang nak dpt air bersih pun susah.

    Tapi kalau kita perhatikan walaupun negara2 Barat banyak yg dah capai kemajuan dan taraf hidup mereka sgt tinggi, welfare rakyat boleh dikatakan pd tahap yg sangat baik tapi masalah sosial mereka still antara yang paling teruk di dunia. So itu masalah dari segi spiritual pulak. Selagi tak diseimbangkan kedua2nya, masih takkan ke mana.

    ReplyDelete
  2. melaksanakan hukum Allah adalah satu kebajikan kepada rakyat...berkenaan dengan soal air bersih dan sebagainya,jika perlaksanaan terhadap pemerintahan Islam juga memngikuti jalan dan undang2 Islam PASTI ia akan dapat diselesaikan,,,dan mungkin saya hanya mmberi buah pemikiran yang insyALlah akan memberi pemangkin kepada perlaksanaannya......saya bukan bercakap atas kapasiti politik tapi atas dasar saya taat kepada sistem Allah....mungkin pendapat saya ada cacat celanyer,tapi perlaksanaan hukum Allah tidak ada cacat celanya......
    sekian~

    ReplyDelete