catatatan sepanjang usaha untuk menuju puncak gunung kinabalu
*gambar2 akan disertakan tidak lama lagi..tunggu je la..Tapi kat berita harian dah kuar..huhuhuh
Episod 1
31 May 2007 bersamaan hari Jumaat
Pada awalnya aku malas nak balik kampus untuk menghadiri sessi latihan intensif kinabalu sebabnyer program tu aku terpaksa mengorbankan masa cuti aku dirumah…Erm..tapi tu pada awalnya tapi setelah melihat kesungguhan dan kecerdasan yang ditunjukkan syed dan rakan2 yang lain membuatkan hatiku luluh dan dengan relanya aku terus menge ‘pack’ barang aku ..huhuhuhuh…
Sampai jer di kampus aku terus diterjah kelaparan dan kepenatan yang teramat,dan yang paling mengecewakan takde orang yang boleh membawa aku p makan sebab semua yang ada kenderaan keluar....time tu aku dah tensen sangat tapi dengan cool nyer aku menelefon syed:
“Syed ko kat ner?Aku baru sampai ni,lepas tu lapar lak..ni yang nak hangin satu badan ni.’’ Aku merungut pada syed.
Kemudian kedengaran suara syed yang tak berapa macho tu(ala suara damascus tu) “Ok2,ko tunggu sat,kul 9.30 kita ada meeting pas habis meeting kita makan kat mamak eyh’’ Aku dipujuk syed.“Yela,yang penting bleh makan’’
Cam tu la serba sedikit dialog aku ngan syed...korang mesti kata “apa ke hei si yus ni baut dialog2 lak,tulis je la mcam biasa’’...huhuhuhu bukan apa aku sekarang ni kekurangan idea untuk menulis,lagi2 selepas aku diterjah beberapa soalan dari rakan bilik aku yang tak sabar2 nak mengorek rahsia-rahsiu aku...Namun aku tetap mengatakan “Biarlah rahsia’’..Aiceh,berahsia-rahsiu lak aku ni..takper nnt lelama diaorang tahu gak.(lagipun yang menerjah aku tu roomate aku,memg sah la....huhuhuhu)
Malam tu ada beberapa sessi taklimat dan sessi soal jawab kemudian pada pukul 12 malam sessi meeting tu tamat,dan aku ngan tergesa2 nyer terus ke kereta dan menundukkan diri didalam kereta syed..(mmg dah lapar sangat la tu)
1 june 2007 bersamaan sabtu
Jam menunjukkan 6 pagi,aku seawal jam tu kami solat dan seterusnya digerakkan kaki ini ke Track untuk berlari2 anak disana.Sesampai saja disana terlihat beberapa kelibat yang tidak menakuktkan malahan menambah semangat untuk terus berjuang bersama mereka...peluh yang menitik bagaikan titisan2 mutiara yang inginkan keringatnya terus bergelimpangan dibadan aku yang sasa itu...Namun setelah berlari anak sekitar 6 pusingan,badan dan kaki ku seakan-akan mahu ia dirahatkan dan dimnanja dan dibelai,aku seperti seorang budak yang disorong bantal kemudian disorong pula sebiji tilam yang tidak memungkinkan aku mengatakan TIDAK...
Arakian asyiknya,kami semua sekitar 14 orang perwira kinabalu telah diusulakann dengan satu idea bernas iaitu ramai2 menerjah kedai makan yang terletak nun jauh di terminal untuk memasukkan apa salahnya sebiji dua bijik karipap dan sebungkus nasi lemak yang kurasakan lemaknya tidak mungkin menambahkan berat kami semua.
Tiba-tiba:
“ALAMAK!!!!Aku tak bawak duit pulak!!!!’’ aku tak pasti gerangan siapa yang meneriak sedemikian rupa yang aku rasakan rupanya munkin tidak sehensem aku yang sedari tadi memerhatikan gelagat sang gerangan…Dan yang tidak kusangka ada sang wati dengan megahnya berkata “Tidak mengapa saudara sang gerangan,saya ada bawak duit lebih sekitar kuala lumpur,hahahha” sang wati cuba membuat lawak yang pastinya tidak siapa yang gelak… “eh takdelah,sekitar Rm 50 jer,sang gerangan boleh pinjam dulu”..Tapi yang tidak ku sangka aku pon tak bawak duit,arakian nasibnya aku pon meminjam duit sangwati yang baik hati tu…..
Setelah berpoya-poya dengan memasukkan beberapa makanan diperut, kami terus berjalan pulang ke kampus untuk bersiap2 pula selepas untuk menuju ke Puncak batu cave….Kami dipcahkan kepada dua kumpulan kerana kereta hanya ada dua buah gamaknya…Kereta syed diduduki aku,syed semestinyer,razif dan aini..Dan kereta syawal pula diduduki oleh syawal semestinya,ana kanikova,kunur,peanut,nas…sesampai sahaja disana kami dijemput oleh beberapa patung yang aku tak kenali dan yang paling memeranjatkan dan teruja ialah sebuah patung yang kira2nya tingginye 5 tinggkat seakan rumah pangsa….Apakah ini???
Abg amir dan Zati sudah sedekad menunggu kami disana,dan setelah semuanyer selesai kami terus memanjat tangga batu cave dengan semangat yang waja dan teruja,tapi tak kusangka tengahhari yang disangka tiada hujan datang gak hujan,takde la maksud aku ada dikalangan perjuang2 kinabalu yang tertewas dengan kepala2 pening..Namun kami berbangga kerana beliau bersemangat waja…Orang begitu la kami cari!!! huhuhuhuhu…
Setelah memanjat dan sebagainya,kami semua meneruskan aktiviti iaitu makan di NZ…
Pulang ke kampus dan buat hal2 masing (takkan aku naik citer gak..huhuhuh)..sambung sok punyer tarikh lak…
2 june -4 june 2007 bersamaan ahad sehingga selasa
Berada di Masjid Shah Alam untuk mengaadakan aktiviti khatam quran dan latihan sikit2 untuk kecergasan...Time ni la macam2 berlaku dan kat sini lah tempat kami merapatkan ukhawah dan mengenali lebih mendalam diantara satu sama lain...Kat sini la kami sudah menjadi seperti sebuah keluarga dan mengaggap seperti adik beradik...
Perasan itu memang tidak dapat dibendung lagi,dan aku bersyukur team kami sebegini dan diharap hubungan yang terjalin ini tidak terpputus begitu sahaja.
Hadis nabi “orang Mukmin sesama orang mukmin bagaikan sebuah rumah.Satu sama lain hendaklah saling menguatkan”(hadis riawayat Muslim)
7 June 2007 jam 3 pagi bersamaan khamis
Berkumpul di Cross Zebra sambil menunggu bas yang akan membawa kami ke LCCT,tepat pukul 4 pagi kami bertolak dan sampai di LCCT sekitar jam 4.45 pagi.
Setelah menguruskan beberapa perkara yang penting kami beramai-ramai menerjah MCD yang tidak jauh dari mata kami....Dan ketika itu juga lagu-lagu Tsiqah dan nahwan sudah berbunyi diperut kami...
“Argh!!!Perut aku sakit lak..’’ Aku terteriak,entah kenapa tiba-tiba saje perut aku terasa lain macam.Tetibe ada suatu suara disebelah aku yang menyampuk “pergila berak’’..hahaha...idea yang bernas,tanpa berkata-kata lagi aku terus meneran di toilet yang memang telah dikhaskan untuk semua orang untuk meneran disana...(apa ni citer pasal berak lak..huhuhuh)....Kusangkakan ia hanya adalah masalah nak buang besar(sopan sikit bak kata sorang wirawati KK kami) tapi rupa-rupanya bukan...Kerana masalah perut ku itu terus mencengkam jiwa aku sehinggakan didalam kapal terbang..Hahahhaha...amin yang duduk disebelah aku degan sabar menyabarkan aku. “Rilek jap,lepas lampu merah tu padam dan tukar lampu hijau ko p la buang besar,ni nak terbang ni,tak boleh nak p tandas’’..hahahhah..siap ada pakar motivasi lagi ketika saat2 genting aku lalui....Setelah kapal terbang,terbang dengan selamat diruang udara aku terus berlari2 anak ke tandas.....“aku dah agak dah...celet pakai tisu dulu pastu baru cuci dengan air..ha macam ni la selalu aku buat time naik bnda alah ni’’..Hahahah..korang takyah la nak gelakkan aku,confirm semua buat mcam tu, ada lagi teruk siap mintak cawan plastik lagi..ye la nak isi air paastu cebok,....hahahahhaa...tak yah la nak “cong’’ aku...tau sangat dah.
Jam 9.20 pagi kami sampai ke Lapangan terbang KK..Paastu tunggu team yang satu lagi trip...
sesampai je aku terus ke kedai p beli pil cek ke taun ala pil yang selalu utk sakit perut tu...aku beli 3,dua tuk aku satu g tuk aini..Alhamdulilah,lepas telan sebungkus perut aku telah dibaikkan oleh Allah yang maha esa...kemudian setelah semua berkumpul kami terus dibawa oleh agen menaiki bas dan didalam bas ada beberapa penerangan dan taklimat.
Tours guide kitorang best,nama die Abg Helmi....
antara aktiviti didalam perjalanan:
- beli barang2 keperluan macam biskut2,coklat,sardin dan bebarapa barang lagi ler
Sambung episod akan datamng untuk cerita seterusnya yer…………..
Dia orang mana weh? bagila tau...Rasul pun nak tau...
ReplyDeletebiarlah rahsia....hahahhaha
ReplyDelete