Episod 2
Setelah selesai membeli belah dan makan di Menggatal kami terus dibawa menyelusuri jalan-jalan tar yang aku rasakan satu pencapaian terbaik yang pernah kerajaan lakukan bagi penduduk luar Bandar.Tiba-tiba Abg Helmi bangun dan cuba untuk mencapaikan sesuatu tapi bunyi ejin bas yang aku rasakan bingit menganggu pendengaran kami,namun dapat juga kami menangkap bait-bait suaranya “Sebentar lagi kita akan berhenti di sebuah kawasan yang menjual barangan kraf dan kamu semua boleh melihat pandagan cantik disekitar sana bah”..Perkataan bah itu seperti satu element bahasa yang tidak boleh dilepaskan oleh orang2 sabah,aku pernah menanyakan mengenainya dan majority mengtakan bahawa ia sekadar penyedap bualan…Menarik…hehehheehe
Usai sampai kawasan yang diperkatakan kami diberi masa selama 2 jam untuk merayau-rayau disekitar kawasan tersebut.Terdapat banyak barangan kraf yang dijual dan kebanyakannya diperbuat dari rotan…Masing-masing membeli buah tangan dan aku juga tidak terlepas untuk berbuat demikian,aku beli rotan ‘majis’ yang membuatkan aku pening kepala untuk mengeluarkan tali dari rotan tersebut.Selain tu aku beli tongkat rotan sebagai alat bantuan aku ketika memanjat dan meneruni gunung kinabalu dan sehelai baju sabah.
Tepat jam 3.45: kami terus bergerak ke tempat penginapan kami di D’Villa yang aku boleh katakan menarik dan selesa.Cuaca di kawasan tu sudah terasa sejuknya dan aku bagaikan bermimpi seperti di perantauan. “Sejuk betul la,gigil aku dibuatnya” Tegur aku pada alam.Mungkin Alam memahami keadaan aku kerana alam sudah biasa dengan suasana begini kerana Alam memang dicipta Allah untuk sentiasa bersedia dengan pelbagai cuaca.Tabik aku pada Alam yang sentiasa bersama makhluk yang bergelar insan.
Setelah check in dan mengemas barang2 yang tak tersusun aku dan rakan2 yang lain keluar dari bilik dan menuju ke sebuah kedai untuk ‘mengeteh’…Huih!! dapat minum air panas time2 macam ni memang nikmat,terima kasih Allah sebab ciptakan Air panas…
Sessi bergambar memang tak boleh lekang dari hidup aku,sampaikan ada insan yang menegur aku “Dalam kamera ni gambar ko lebih banyak dari tuan punyer kamera..hahahahha”…
Jam 6.30 petang :Maghrib awal di Sabah, sudah masuk waktu….Kami bergegas balik ke bilik setelah Syed ketua rombongan memberi beberapa taklimat dan membahagikan surah yang perlu dibaca setiap peserta,dan aku dapat surah zalzalah….
“Surah Zalzalah??Aku hafal lagi ke tak ek?” hahah mengelabah aku,seb baik la aku masih ingat lagi,baca 2-3 kali balik semula dah hafal balik..Alhamdulilah…tu pasal bila orang cakap aku dak tahfiz aku naik segan,yela nama je dak tahfiz tapi lupa surah tu,surah ni..Haru dibuatnya….Sedih pun ade gak tapi nak wat camner,tapi at least aku kalau baca balik aku leh ingat balik..ok la tu dari lupa terus….AstagfiruAllah yus..apa nak jadi la ko ni…..
NI aku nak cerita ni,time nak ambik wuduk masing2 takut,mana taknyer air dia sejuk bangat…hahhha….tapi aku respect r,sebab masing2 menunaikan tanggungjawab sebagai muslim dengan jayanya…bagi kredit kat diorang…pastu solat jamak maghrib isyak..lepas itu kitorang ada dinner makan nasi berlaukkan ayam,tauhu ,sayur fresh dan sup yang sodap…lepas makan dengar pula ceritera Abg Helmi tentang pengalaman dia berjumpa dengan jembalang lah dan macam2 lagi cerita dongeng yamg dihidangkan…pastu dia ada sentuh bab Semangat gunung dan ada juga menyentuh perkara yang boleh cacatkan akidah..tapi time tu takkan aku nak mengentan lak,aku dengar je la…tapi keesokkan harinya aku explaine
Disamping aku buat artikel santai ni aku nak selitkan lah beberapa Firman Allah dan Hadis nabi berkenaan “keharaman meminta pertolongan selain dari Allah”…
Antara Firman Allah ialah: Firman Allah s.w.t.:
Firman Allah s.w.t.:
“Bahawa ada beberapa orang laki-laki dari manusia yang meminta perlindungan kepada beberapa laki-laki dari jin, maka jin-jin itu hanya menambah dosa dan kesalahan” (QS. Al jin, 6).
*Maksud Dalam ayat ini Allah s.w.t. memberitahukan bahawa ada di antara manusia yang meminta perlindungan kepada jin agar merasa aman dari apa yang mereka khuwatirkan, akan tetapi jin itu justru menambah dosa dan rasa khuwatir bagi mereka, kerana mereka tidak meminta perlindungan kepada Allah. Dengan demikian, ayat ini menunjukkan bahawa isti'adzah (meminta perlindungan) kepada selain Allah adalah termasuk syirik dan terlarang.
Manakala Hadis nabi pula:
Khaulah binti Hakim menuturkan: aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Barang siapa yang singgah di suatu tempat, lalu ia berdo'a:
(aku berlindung dengan kalam Allah yang maha sempurna dari kejahatan semua mahluk yang Ia ciptakan) maka tidak ada sesuatupun yang membahayakan dirinya sampai dia beranjak dari tempatnya itu" (HR. Muslim).
Berdasarkan kepada hadis diatas menunjukkan bahawa kita hanya boleh meminta pertolongan dari Allah dan dengan jelas ia menunjukkan keharaman kita meminta pertologan selainn dari Allah. Dan untuk menambahkan lagi kefahaman semua saya membawa satu lagi Firman Allah:
“Dan janganlah kamu memohon / berdo'a kepada selain Allah, yang tidak dapat memberikan manfaat dan tidak pula mendatangkan bahaya kepadamu, jika kamu berbuat hal itu maka sesungguhnya kamu dengan demikian termasuk orang-orang yang dzolim (musyrik)” (QS. Yunus, 106).
Saya harap semua para pembaca dan rakan2 ekspedisi faham kenapa saya menegaskan kenapa kita perlu menidakkan konsep minta kebenaran dan keselamatan dari semangat gunung.Aku tak nafikan bahawa perkara2 ghaib ini memang berlaku tapi kita semua ingat juga bahawa semua ini milik Allah dan kepada Allah la kita bermohon….
Ok,kita teruskan semula pengembaraan KK kita,setelah dengar cerita dan sebagainya kami terus masuk ke kamar masing2.Dan dalam jam 9.45 malam aku terus nyenyak dibuai mimpi.dan cuaca ketika itu bagi aku amatlah sejuk…(tapi yang hairannye ada gak yang siap buka baju time tidur..huhuuhuh..memang mantap la korang…huhuhuhuh)
8 June 2007 bersamaan hari Jumaat
Kami semua bangun seawal jam 5 pagi,sebabnya waktu subuh di Sabah adalah jam 4.50 pagi…Yang paling berat nak buat ialah mengambil wuduk…huhuhu…Selepas solat subuh kami semua diarahkan supaya tidak tidur kembali dek kerana kami perlu mengemas barang2 dan kelengkapan untuk memanjat…
Tepat jam 6.20 pagi : kami ke kawasan lapang didepan Bilik kami untuk mengadakan sedikit sessi merengang dan memanas badan sebelum menghadap santapan.
Jam 7 Pagi: kami dihidangkan dengan sarapan yang sangat istimewa iaitu Mee Basah Sabah…Memang sedap,dengan sayurnye yang fresh dan menyelerakan…Kalau boleh tambah pasti aku akan menambahkannya…Kemudian disusuli dengan air kopi..PErgh!!!Memang menyenangkan….
Setelah selesai menyelesaikan tugasan makan,kami diberikan beberapa taklimat dan nasihat di kawasan lapang tadi oleh Amin,Abg Ray ,Syed dan aku yang tetiba bagi tazkirah lak sikit…huhuuhu..(yang benarnya aku baca doa,,,huhuhu)…
Kemudian jam 8.40 pagi: kami bertolak ke
Kami memulakan pendakian Jam 9.30 Pagi………..
Pada mulanya aku adalah antara orang terakhir dalam team sebab aku tak biasa lagi dengan tekanan….Kemdian setelah dapat menyesuaikan diri dengan tekanan udara barulah pergerakanku lancar dan laju….Disepanjang perjalanan kitorang ambillah gambar,,huhuhu…masing2 buat pose yang tak bleh tahan…Guna kamera Aini the Ironwoman…(aku panggil macam tu sebab memang kuat pon makcik ni panjat gunung..dia gak la yang memotivasikan aku untuk terus bergerak dengan laju)….
Dan yang paling membanggakan aku ialah aku adalah antara orang pertama sampai di Laban rata iaitu check point pertama kitorang…Dalam group pertama tu termasuk juga Aini dan peanut..Kira dalam group tu ada 3 orang jer…
sampai jam 3.30 petang..
Sampai je di Laban rata kami terus check in bilik dan bayar deposit bilik.Laki2 dapat bilik 7,perempuan dapat bilik 1 dan 2…..Sementara tunggu yang lain-lain kitorang makan2 la makanan yang kitorang bawak…Makan roti sapu ngan sardine,makan cokelat,biskut dan minum air panas…Lepas dah kenyang dan selesa kitorang memulakan acara menangkap gambar….Pemandangan di laban Rata cukup menarik dan terpesona…betapa besar kuasa Allah…SubhanaAllah!!!!!
*Aboo Hurayrah t reported that the Messenger of Allah r said: ‘Saying:
سُبْحَانَ اللهِ، والحَمْدُ للهِ، لَا إِلَهَ إلَّا اللهُ واللهُ أَكْبَرُ.
Subhanal-lah, walhamdu lillah, la ilaha illal-lah wallahu akbar.
‘ How perfect Allah is, and all praise is for Allah. None has the right to be worshipped except Allah, and Allah is the greatest.’
….. is more beloved to me than everything the sun has risen over.’
Dalam jam 4:,Razif dan Is pula menyusul kami,kemudian Amin,Ainor dan Nas pula….Setelah lama menunggu beberapa orang lagi yang tak sampai2 lagi kami membuat keputusan untuk naik ke Gunting lagadan dulu iaitu tempat penginapan kami 2oo meter dari laban rata….Setelah sampai di gunting lagadan kami terus masuk ke bilik dan cuba untuk menyesuaikan diri dengan tekanan udara dan kesejukan….Disamping itu,Amin dan Ainor cuba memasak kari ayam dan nasi untuk santapan malam….Tapi sebelum sempat nasi masak kami dan meratah kari ayam dengan roti yang ada….dan ketika ini syawal dan ana pun sudah sampai….Aku ketika itu terlalu sakit kepala dan belakang badan…Aku masuk tidur awal waktu itu,
jam 6.30 : setelah solat jamak qasar maghrib dan isyak aku terus melelapkan mata..tapi aku tak boleh juga melelapkan mata sebab aku betul2 sakit ketika itu..Aku rasa aku sudah terkena mountain sicknes…Untuk makluman Pembaca antara sakit yang ditakuti dikalangan para pendaki adalah Moutain sicknes.Antara sipmtom2 penyakit ini adalah,sakit2 kepala,mudah ngantuk,muntah2 dan beberapa lagi…
.
Jam 7 malam:(tak silap aku,sebab aku menanyakan hal ini pada rakan yang masih berjaga ketika itu) group terakhir sampai ke tempat penginapan kami….
Jam 9 malam: aku terjaga,dan ketika itu aku mengadu tentang kesakitan aku pada rakan2 yang lain..Dan aku berterima kasih para Razif sebab sanggup untuk mengurut belakang badan aku yang ketika itu aku tak tau nak cakap macam ner betapa sakitnya badan aku..Abg amir pun ada menasihatkan aku “yus kalau sakit sangat tak payah la panjat,tapi kalau nak cuba juga takper la”…time tu ada gak terlintas nak mengalah tapi aku teringat dengan beberapa kata-kata motivasi yang sering kali aku pakai “adakah kita perlu gagal sebelum kita tahu kita akan gagal,sedangkan kejayaan menanti didepan mata kita”…..Abg Amir pun ada juga menyindir manja pada aku “lain kali janganlah kejar aini tu,dia laju kau pun nak laju..Dia bawak bag kecik kau bawak beg besar”..huhuhu,,aku sekadar ketawa dan senyum…..
lepas kena urut aku terus lelap sampai jam 1.30 pagi,.,...Ketika itu kepala aku sangit yang amat…..Aku tampal koyok dua keeping dan terus berjaga…..Ketika ini juga lah aku mewartakan bahawa “Stamina 20% manakala mental 80%....Ketika ini mental betul2 memainkan peranan dan aku alhamdulilah berjaya memanipulasikan minda aku…Dan hasil bacaan dan kajiaan aku mengenai otak berguna dan berbalai..dan sesiapa yang mahu membaca artikel aku mengenai otak boleh la klick kat link ni http://ibnuyusofaljohori.blogspot.com/2007/03/keajaiban-otak-manusia.html
Jam 2.00 pagi: kami berkumpul dan diberi taklimat oleh Abg fazli dan Wellfred mengenai beberapa peraturan sebelum,sedang dan selepas memanjat gunung.(mereka berdua ini adalah guide kitorang)….
Jam 2.30 pagi: kitorang dibenarkan memulakan ekspedisi dan macam biasa aku pada awal berada di kelompok belakang sekali…Setelah sejam dapat menyesuaikan diri dengan tekanan aku mula lajukan langkah…Ketika ini aku bersama Ainor dan razif,kami bertiga berjalan dalam kelompok yang sama..Dan perkara yang tak elok berlaku ketika ini iaitu HeadLamp aku nyer bateri habis…..adeh!!!terpaksa aku menumpang cahaya lampu Ainor dan razif….Setelah sampai di check point Sayat-sayat kami perlu mendaftarkan diri…
Kemudian setelah berehat berapa ketika dan makan cokelat penambah tenaga kami meneruskan perjalanan…Dan pada ketika ini hanya ada aku dan ainor,razif masih lagi berehat di sayat-sayat…..Aku dan Ainor meneruskan perjalanan namun berlaku lagi masalah iaitu kaki ainor krem dan sakit…Dia terpaksa bergerak perlahan,dan waktu itu juga sudah mula cerah….Dan aku terus melajukan pergerakan aku dan terpaksa meninggalkan Ainor(bukan tak sayang kawan,tapi terpaksa sebab misi mengkhkatamkan Quran perlu dilaksanakan dengan seawall yang mungkin,takut tak sempat)….
Sebanyak 12 kali aku berhenti untuk mengambil udara dan merehatakan otot2 aku,dan perkara yang tak boleh aku lupakan ialah aku dengan sedih dan simpatinya meminta air pada seirang pendaki ini. “Sir,I need some water..I forget to bring it..Can i?”hahahaha….apa punya sengal la aku,daki gunung tapim tak bawa air…hahahaha…seb baik la mamat tu bagi aku air,yang tak boleh bla dia bagi aku air kopi..huhuhuhuh…
.Dan Alhamdulilah Jam 5.50 pagi :aku sampai di puncak…Betapa syukur dan gembiranya aku bila sampai dipuncak….Ketika aku sampai sudah ada yang mendahului aku..iaitu Amin,peanut dan kunur…aku orang ke-4 sampai dipuncak didalam team kinabalu challenge….Lepas dah tangkap gambar aku mula cari port yang selesa untuk aku menunaikan solat subuh disitu…Setelah mengambil wuduk dengan kaedah khuf aku terus menunaikan solat subuh…Ketika solat,aku tak tertahan-tahan lagi air mata untuk mengalir,betapa kerdilnya aku disisi MU ya Allah dan betapa besar keaagunngan MU…..Setelah usai memanjatkan doa aku meneruskan acara iaitu acara menangkap gambar…Aini dan abg ray pun sampai sementelahan itu…….
Usai Syawal dan ana sampai kami mulakan acara mengkhatamkan Quran tapi aku yang bacakan untuk semua…Saat tu terasa sejuk sangat,mengigil2 aku baca Quran….Sampai saja di surah Ikhlas kami ramai2 membaca dan usai surah terakhir maka sempurnalah misi kami iaitu ‘MENGKHATAMKAN QURAN DI PUNCAK GUNUNG TERTINGGI ASIA’……Bergambar dengan ‘bena’ dan merangkamkan detik2 bahagia itu menerusi kamera Aini…..setelah 30 minit diatas kami mula untuk meneruskan perjalanan untuk turun…….
Ketika ini sudah masuk tarikh 9 June 2007 bersamaan sabtu
Perjalanan meneruni Gunung Kinabalu juga adalah satu cabaran yang besar juga,kerana ia menggunakan kekuatan kaki...Macam2 skill diorang guna untuk mengelakkan kaki sakit ketika turun,ada yang jalan secara mengereng,kebelakang dan macam2 lagi..seb baiklah takde yang guling2kan badan..huhuhuhuhuh...Untuk operasi turun gunung ni aku dan kunur agak laju dari yang lain2...(tapi yang paling laju ialah Amin dan Is sebab diorang ni turun Awal)...Aku dan kunur sampai guting lagadan pada Jam 9.05 pagi..
Setelah rehat di situ selama 1 jam,aku dan beberapa orang yang ada terus bersiap2 dan berjalan turun ke Laban rata untuk makan dan panas2kan badan..Lagipun di gunting lagadan tiada air.....
Di Laban rata aku order nasi goreng cina..hhuhuh..harga dia Rm15...Oklah tu berbaloi dan sesuai dengan kos dan perkhidmatan diorang....Tapi malangnya nasi goreng cina tu tak sedap...aku tak habis pun makan,aku makan pun sekadar isi perut.Masing2 ada yang order TomYam(huhuhu,,,takde lauk pon tomyam tu...ok la tu...),mee watan dan lain2....
Jam 12.30 tengahari: kami semua meneruskan perjalanan turun ke bawah semula...ke timpohon gate…..Pada awalnya aku bersama Aini dan Syed,tapi aku tetiba terasa semangat pula,aku melajukan pergerakan aku…dan hanya berhenti di pondok2 rehat sekadar minum air……ketika aku berseorangan menuruni gunung,aku sangkakan aku dah tersilap jalan sebab aku rasakan jalan aku lalu ni tak pernah pula aku perasan.,..huhuh...yang tak leh tahan aku siap berdoa dan baca doa seribu dinar agar Allah tunjukkan jalan..Dan alhamdulilah aku berjumpa dengan tanda arah.....Syukur......
Dan aku sampi di timpohon gate jam 2.25 petang,dan aku ingatkan aku orang pertama sampai dibawah tapi sangkaan aku meleset sebab Amin dah sampai awal dari aku..Dia awal 5-10 minit dari aku....
Sementara menunggu yang lain2 aku cuba melelapkan mata dengan baring di kerusi yang sedia ada,tapi mata tetap tak mahu lelap sebab kesejukan....
Jam menunjukkan 5 petang:,aku ambil wuduk menggunakan air yang ada dibotol kemudian membentangkan raincoat aku dan terus menunaikan tanggungjawab aku pada Ilahi......(kiblat aku tanya pakcik yang jaga tempat pendaftaran tu,,,Seb baik time aku tanya mana kiblat dia tak jawab “Kiblat arah kaabah la“..huhhhhuhuhu...*lawak ni aku ciplak dari edry)...Kemudian kami bergilir2 solat .....
Oklah cerita bahagian terakhir aku akan sambung pada episod akan datang....sekian...
No comments:
Post a Comment