“We are here not to judge but to share”
Mukadimah pertama oleh:Yussamir yusof aljohori
*Tulisan ini khas untuk semua TANZIM 07/08 dan semua ahli Institusi Usrah MMU cyberjaya
- “Kalau bukan kita yang tolong siapa yang akan tolong??”
- “Siapa kita mahu menghukum dan menentukan nasib dia?Itu semua kerja Allah dan kita disini hanya perlu berusaha untuk membentuk mereka,sebab mereka juga insan yang diciptakan Allah“.
Dialog sebegini tidak selalu saya dengar ia meniti dibibir insane yang bergelar dai’e, sedar atau tidak kita sebagai dai’e hanya pandai bergelangang di gelangang yang sudah acap kali kita pergi.Tidak mahu dan merasa tidak ‘masuk’ untuk medekati gelangang yang berbeza membuatkan kita buta hati dan perasaan,ini bukan satu fantasi tapi memang nyata telah berlaku dikalangan dai’e kita lagi-lagi dikalangan mahasiswa.
Disebabkan kita berada didalam organisasi Islam,berketayap dan bertudung labuh maka kita dengan senang-senang menghukum seseorang dengan merasakan kita sahaja yang baik dan sempurna.Jijik ke untuk kita bersama mereka yang tidak bertudung,yang tidak satu organisasi dan yang tidak pernah solat???Lagi jijik jika kita tidak mahu bersama mereka dan
Apalah gunanya organisasi Islam dan sebagainya jika didalamnya hanya mereka yang sudah tahu apa itu islam dan sudah boleh dibentuk tapi kita meninggalkan mereka-mereka yang tidak tahu apa-apa tentang islam terkapai diluar
“seorang muslim adalah saudara bagi sesama muslim ,kerana itu janganlah menganiaya,jangan membiarkannay teraniya dan janganlah menghinanya.Taqwa tempatnya disini!sambil baginda menunjuk ke dadanya sebanyak 3 kali.Alangkah besar dosanya menghina saudara sesame muslim,setiap muslim haram menumpahkan darah saudara sesame muslim.Haram merampas hartanya dan haram mencemarkan kehormatan atau nama baiknya”(Hadis Riwayat Muslim ms205)
Mereka mencari jalan tapi tidak ada siapa yang mahu menyambut mereka dan menunjukkan kejalan yang betul,kita hanya tahu memerhati dan apabila mereka membuat kesalahan kita menghukum mereka.Kemudian kita berlagak dengan mengatakan “mereka tidak tahukah itu salah kenapa mahu buat juga?Buat malu jer”.Wah!!itu lah kita yang sering berlagak pandai dikalangan mereka yang tidak tahu,lagi teruk kita berdalil dengan firman Allah “maka bertanyalah jika kamu tidak mengetahui”…Apakah ini semua???
Tidakkah kita sedar bahawa tugas kita sebagai seorang dai’e adalah membimbing dan membawa mereka-mereka yang jahil ke jalan yang diredhai.Bukanlah saya mahu mengatakan organisasi Islam tidak lagi perlu tumpu pada program kepada mereka yang sudah ‘sudah tahu’ tapi tugas kita perlu seiring,iaitu memantapkan dan membetulkan.Kita disini bukan untuk menghukum tapi untuk berkongsi dan kita mahu menjadikan organisasi Islam itu bukan hanya tertumpu pada mereka-mereka yang baik-baik sahaja.
Impian saya mahu melihat organisasi Islam lebih fleksible dan lebih terbuka dalam semua aspek.Bukan liberal tapi lebih terbuka dalam mendekati seseorang.Kita perlu buangkan dalam diri ini bahawa kita ini lah yang baik dan mereka yang kita dekati tidak baik,tapi saya mahu kita bersama berkongsi dan bersama memperbaiki diri.Selain konsep berkongsi ialah konsep kasih sayang,konsep kasih sayanglah yang akan merapatkan hati-hati kita dan seterusnya membuahkan hasil insan yang bertakwa dan berkasih sayang semata kerana Allah.
“Dari Abu Hurairah katanya RasullAllah bersabda “sesungguhnya Allah Taala berfirman pada hari kiamat kelak , “MANA ORANG-ORANG YANG SALING MENCINTAI KERANA KEAGUNGANKU?Hari ini Kunaungi mereka ,dimana tidak ada naungan yang lain selain naunganKU” (Hadis riwayat Muslim bab kebajikan ,silaturahin dan adab ms 207 kitab sahih muslim)
Ada dikalangan kita takut untuk dekati dengan rakan-rakan yang tidak bertudung dan pelbagai lagi.Takut status ‘budak baik’ dan ‘budak dakwah’ itu tercemar dan takut difitnah jika bersama dengan mereka.Saya katakana KENAPA MAHU TAKUT?????Adakah usaha kita untuk dekatkan mereka pada Allah itu adalah perkara yang tidak baik???Dan keredhaan mana yang mahu kita dapat?keredhaan Allah atau keredhaan manusia?Betulkan lah niat dan cara kita dalam berdakwah dan islah,mengapa kita takut akan itu semua jika kita sedar apa yang kita buat itu tidak melanggar syariat?
Dekati mereka dan fahami perasaan mereka,jangan memaksa tapi berlembut.Tidakkah kita ingat bahawa Nabi Muhammad SAW berdakwah dengan cara yang lembut dan berhikmah,dan dengan cara itulah Manusia yang digelar singa juga dapat dilembutkan hatinya dan menerima Islam..
Janganlah sesekali kita menghukum tapi kita dekati dan cari altenatif untuk membawa mereka kejalan yang benar.Berkongsi bukan menghukum dan berkasih sayang dalam membentuk mereka…
[16.125] Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk
Tulisan ini dibuat kerana saya sedih dengan cara dan sikap kita bila berdakwah,kita hanya mahu memantapkan tapi tidak mahu memperbetulkan.Kenapa kita tidak mahu cuba mendekati dan bersama rakan-rakan kita yang kita rasakan tidak senonoh itu bersama kita dan berkongsi apa yang kita ada.Kerana itulah tujuan kita diciptakan dan itu juga tujuan Nabi SAW diutuskan iaitu menyempurnakan Akhlak.marilah kita bersama menukar mentaliti dan paradigma kita terhadap mereka-mereka yang kita rasakan rosak dan haprak itu.Moga tulisan ini serba sedikit dapat menyedarkan kita semua.
Yussamir Yusof aljohori
Vice president(timbalan Amir) IU cyber 07/08
love this article..ske bace tulisan blog2 cam ko nih.try visit this blog..afiqsays.blogspot.com.best jugak..keep on writing..=)
ReplyDeleteTQ dya,,,,,,insyAllah aku akan lawat blog tu.....
ReplyDeleteWow.. bagus benar hujah2 yang di berikan. memang tak dapat dinafikan ramai golongan 'baik' memilih kawan sedikit. yelah, takut kalau iman di dada tak kuat, nanti terikut sekali. Juga mereka benci dengan perbuatan yang tidak senonoh itu. ALmaklumla, kalau dah tak bertudung, akan pakai baju seksi. Kalau dah tak sembahyang, akan simpan koleksi2 18sx. Mungkin mereka lupe tentang " Bencilah perkara yang mereka buat, tetapi jangan sesekali benci diri mereka"
ReplyDeleteSaya pun kadang2 termasuk dalam golongan 'baik' itu. Astagfirullah
Tetapi, ramai juga rakan-rakan da'e yang flexible bergaul dengan mereka2 yang kurang faham tentang konsep Islam sebenar. Tahniah dan syabas diucapkan kepada mereka.