Assalamualaikom kepada semua..
Ramadhan mula meninggalkan kita,dan Syawal pula mendekati kita.Dalam menghadapi kedua-dua hal ini,para salafusoleh ada yang bergembira dan yang bersedih.Gembira kerana berjaya menempuh Madrasah Ramadhan dengan cemerlang,dan bersedih kerana terpaksa meninggalkan seribu macam kebaikan yang terdapat di Madrasah Ramadhan.Sebaik- baik umat adalah golongan para Salafusoleh, dan berbahagialah mereka yang mengikuti jejak-jejak mereka.Moga diri kita semua juga berjaya untuk mencontohi diri mereka,moga ketaqwaan kita meningkat dan seterusnya menjadi mereka yang sentiasa mendapat Ramat dan kasih sayang Allah.
"Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang beruntung"(2: 5)
Di kesempatan ini,saya Yussamir Yusof memohon maaf kepada semua rakan-rakan diatas segala kesilapan dan kesalahan saya,sama ada secara sengaja atau tidak.
"Jika kamu melahirkan sesuatu kebaikan atau menyembunyikan atau memaafkan sesuatu kesalahan (orang lain), maka sesungguhnya Allah Maha Pema'af lagi Maha Kuasa"(4:149)
"sedekah tidak mengurangi harta seseorang .Seseorang yang pemaaf Allah menambahkan kemuliaan baginya.Dan seorang yang tawaduk kepada Allah maka Allah akan menaikkan darjatnya"(Muslim)
Akhir sekali,saya ucapkan selamat Hari Raya maaf zahir dan batin.
Jubair bin Nufair berkata : "
Yussamir Yusof
Vice President 1,
Institusi Usrah,
Cyberjaya Campus MMU,
http://www.yussamir .com
Salam syawal, salam lebaran untuk adik sekeluarga. Cantik nota di blog ini, ternyata sesuai dgn namanya - paradigma
ReplyDeleteSalam syawal, salam lebaran untuk adik sekeluarga.
ReplyDelete