Tinjauan dari teropong iman
Oleh:Yussamir Yusof Aljohori
22 Syawal 1428H
**baru sampai MMU..
Alhamdulilah artikel saya yang bertajuk Hadis Palsu Di Bibir Penasyid tersiar di majalah Melinia bulan November.Bersyukur kerana artikel berkenaan diterima oleh editor majalah tersebut.Bukan mudah untuk menyuarakan perihal tersebut,lagi-lagi masyarakat kini sukar untuk menerima kritikan sedemikian.Stigma-stigma “kau bukan Ustaz” atau “kau bukan ada kelulusan agama” sebenarnya boleh menjadi kekecohan dalam Institusi Nasihat.Institusi nasihat-menasihati bukan hak ekslusif kepada mereka yang ada kelulusan agama atau yang bergelar ustaz,tetapi ia hak semua manusia yang beriman..
Allah berkata dalam surah Al-Balad:17:
ثُمَّ كَانَ مِنَ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلصَّبۡرِ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلۡمَرۡحَمَةِْ
Dan dia (tidak pula) termasuk orang-orang yang beriman dan saling berpesan untuk bersabar dan saling berpesan untuk berkasih sayang.
Sepertimana ayat di atas,orang yang beriman sentiasa menasihati antara satu sama lain dan saling membantu dalam pelbagai hal yang hak.Orang yang beriman tidak akan membiarkan saudaranya dalam kerosakan,orang yang beriman juga tidak sanggup melihat saudaranya terus berada dalam kejahilan.Menjadi kewajiban seorang muslim yang mengetahui memberi tahu kepada saudaranya yang tidak tahu.Terutama hal-hal yang berkaitan dengan hal-ehwal agama.Kewajiban ini diutarakan Allah dalam surah
An-Nisa’:58:
إِنَّ ٱللَّهَ يَأۡمُرُكُمۡ أَن تُؤَدُّواْ ٱلۡأَمَـٰنَـٰتِ إِلَىٰٓ أَهۡلِهَا وَإِذَاحَكَمۡتُم بَيۡنَ ٱلنَّاسِ أَن تَحۡكُمُواْ بِٱلۡعَدۡلِۚ إِنَّ ٱللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُم بِهإِنَّ ٱللَّهَ كَانَ سَمِيعَۢا بَصِير
Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.
Oleh itu,tidak ada sebab lagi untuk kita menyekat Institusi Nasihat-menasihati ini terus berkembang di tengah-tengah masyarakat.Biarkan Institusi ini terus menjadi tempat manusia diami,agar nilai-nilai yang terdapat didalamnya dapat disebar luas.
Saya berharap,selepas ini tulisan-tulisan saya yang terjurus kearah pemeliharaan kesahihan hadis dan hal-hal yang bersangkut paut dengan agama dapat terus dibaca oleh masyarakat.Saya percaya dengan kuasa penulisan,dan sentiasa berharap satu hari nanti tulisan-tulisan saya dapat mengubah masyarakat ke arah kebaikan.Pengaruh pena ini sudah lama diperakui.Sehinggakan Allah sendiri telah bersumpah terhadapnya dalam surah Al-Qalam:1:
نٓۚ وَٱلۡقَلَمِ وَمَا يَسۡطُرُونَ
Nun, demi kalam dan apa yang mereka tulis
Namun hari ini pengaruh pena diperluaskan lagi dengan adanya kemudahan-kemudahan terkini.Seperti Komputer dan sebagainya,namun Ilat (tujuan) tetap sama,iaitu memberi nasihat melalui penulisan.
Alhamdulilah cuti tiga minggu ini saya gunakan sebaik mungkin.Antara kerja yang saya lakukan ketika cuti adalah menyiapkan buku pertama saya.Buku pertama yang saya usahakan iaitu ‘Seharian bersama Allah dan Rasul’ sekarang berada dalam proses terakhir.Proses ini melibatkan penyaringan Status Hadis kali kedua terhadap doa-doa yang saya kumpulkan oleh Pakar Hadis.Pakar ini adalah seorang saya kenali dengan baik,dan beliau merupakan orang yang terbaik bagi penyaringan ini.Saya berharap beliau sudi untuk membantu saya,dan diharapkan proses ini dapat dijalankan dengan lancar.
Sebenarnya idea untuk menulis novel ini sudah lama dalam perancangan,namun sekarang ini barulah berkesempatan untuk meneruskannya.Novel ini berkonsepkan Novel Islamik,di dalamnya terdapat pengembaraan manusia dalam mencari kebenaran dan pelbagai lagi dimuatkan.Namun bagi saya ianya terlalu awal untuk diceritakan kepada semua,cumanya saya berharap ia menjadi realiti satu hari nanti.Masa dan bila tidak dapat dipastikan,namun saya optimis dalam membukukannya.Kita merancang Allah juga merancang,tetapi perancangan Allah yang lebih baik dan sempurna.Saya hanya berserah kepada-Nya,yang pasti saya sudah melakukan apa yang sepatutnya saya lakukan.Berkenaan dengan Takhrij Hadis kitab Fadhail Amal,hal ini pernah disuarakan kepada saya oleh seorang sahabat yang saya kenali melalui yahoo group GPTD.Dia beriya-iya menyarankan saya agar mentakhrij hadis yang terdapat didalam Kitab Fadhail Amal.
Dengan keterbatasan ilmu dan masa,akhirnya saya dengan bantuan seorang sahabat merangkap roomate saya bersetuju untuk cuba mentakhrijnya.Dengan kuasa Allah,sehingga kini saya hanya dapat mentakhrij 16 hadis sahaja.Masa dan keutamaan saya menyiapkan kerja yang lebih penting saya siapkan membuatkan tidak semua hadis dapat saya takhrij.InsyaAllah,saya akan cuba untuk mentakhrij hadis-hadis lain jika berkesempatan.
Usaha-usaha saya dalam dunia penulisan ini tidak lain hanya semata-mata untuk meninggikan syiar Allah.Kata Allah:
ذَٲلِكَ وَمَن يُعَظِّمۡ شَعَـآٰٮِٕرَ ٱللَّهِ فَإِنَّهَا مِن تَقۡوَى ٱلۡقُلُوبِ
Dan barangsiapa mengagungkan syi'ar-syi'ar Allah maka sesungguhnya itu timbul dari ketakwaan hati.(Surah Al-Hajj:32)
Moga usaha ini sentiasa mendapat rahmat dan keberkatan dari Allah ta’ala,tanpa-Nya siapalah diri ini.Akhir sekali,saya berharap para pembaca Paradigma mendoakan agar segala kerja dan usaha saya dipermudahkan dan diberkati oleh Allah.Dan saya sentiasa berdoa agar saya dan anda dilindungi dari sifat-sifat mazmumah,terutamanya sifat bongkak dan riak.Moga kita semua tidak termasuk dalam golongan yang disebutkan dibawah ini:
وَلَا تُصَعِّرۡ خَدَّكَ لِلنَّاسِ وَلَا تَمۡشِ فِى ٱلۡأَرۡضِ مَرَحًاۖ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ كُلَّ مُخۡتَالٍ۬ فَخُورٍ۬
Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (karena sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri.(surah Luqman:18)
***keputusan peperiksaan lepas saya mendapat keputusan yang memberansangkan.Pointer saya pada semester ni meningkat 0.24,namun belum ada rezeki untuk mencapai tahap Dean list,namun masih dalam lingkungan 3 pointer.Terima kasih kepada sesiapa yang mendoakan kejayaan saya. |
No comments:
Post a Comment