Wednesday, January 28, 2009

BENTUK SEBUAH PEMIKIRAN

27 JANUARI 2009 /1.26 PAGI/ N9
KE ARAH PEMIKIR MUSLIM

Saya bukan seorang Pemikir yang sudah establish. Saya baru saja berjinak-jinak untuk menjadi seorang pemikir. Seorang pemikir harus menjadi seorang yang anti-kekangan minda. Ada mitos falsafah mengatakan bahawa seorang pemikir juga bukan seorang ilmuan, pemikir dan ilmuan adalah dua dunia yang berbeza. Pemikir adalah insan yang memeras otaknya untuk mencari apa yang baik untuk masa depan. Manakala Ilmuan adalah insan yang memeras otaknya untuk mengerti kenyataan-kenyataan yang ada.

Ya benar, memang ada perbezaan kedua-duanya. Tetapi saya anti-pengasingan terhadap dua elemen ini. Saya mahukan pencantuman dua elemen ini menjadi satu formula bagi menjadi seorang Pemikir Islam. Seorang pemikir Islam harus ada kerangka yang mengawal isi-isinya agar tidak meleleh keluar atau dipengaruhi oleh faktor-faktor luaran. Kerangka pemikiran bagi Muslim, berpunca atau berpaksikan Wahyu Allah dan Pesanan Rasul. Walaupun formula kerangka ini kurang dinilai dan dimengertikan oleh pemikir seperti Ahmad Wahib, Djohan Effendi dan lain-lain pemikir, yang mengatakan bahawa sejarah Muhammad yang harus menjadi sumber Islam, bukan Wahyu Allah dan Pesanan Rasul .


TUHAN ITU TIDAK KELIRU
Tetapi bila difikirkan apa yang mereka tinggikan atas falsafah dalam memahami Islam itu ada sedikit lompang atau kekeliruan. Sebenarnya bukanlah kekeliruan yang sangat ketara atau besar, cuma mereka tidak melihat bahawa sejarah Muhammad itu sendiri datangnya dari kedua sumber tersebut. Bagi saya, seorang pemikir Islam harus berada dalam kerangka Quran dan Sunnah. Walaupun begitu, mereka tidak boleh mengekang pemikiran mereka untuk berfikir diluar kebiasaan.

Seringkali kita dengar apa yang dikatakan dengan “berfikir harus ada batasannya” tetapi dalam masa yang sama kita mengkhianati pemikiran kita untuk terus berfikir. Cuba tanyakkan, apakah batas ataupun alat pengukur batasan berfikir itu? Tidak ada bukan? Itu sebab, selagi kita boleh berfikir, selagi itu kita jangan menghadkan kita untuk berfikir. Untuk mengatahui bilakah kita sudah sampai batasannya ialah apabila kita tidak lagi boleh berfikir. Hanya otak sahaja yang tahu batas kita untuk berfikir, biar sahaja otak yang menentukannya.

Saya tertarik dengan kata-kata yang diucapkan oleh seorang pemikir Indonesia seorang ini. Dia tidak ‘semasyhur’ Nurcholis Majid dengan idea-idea kontrovesialnya, tetapi beliau adalah teman sepemikir dengan Nurcholis walaupun banyak dasar dan idea Nurcholis ditolak oleh beliau. Ahmad Wahib namanya. Katanya, “Sebahagian orang meminta saya untuk berfikir dalam batas tauhid, sebagai rumusan kesejagatan ajaran Islam. Aneh, mengapa berfikir hendak dibatasi. Apakah tuhan itu takut terhadap akal yang diciptanya sendiri? Saya percaya pada Tuhan, tapi Tuhan bukanlah daerah terlarang bagi pemikiran. Tuhan ada bukan untuk tidak difikirkan “adanya”. Tuhan bersifat wujud bukan untuk kebal dari sorotan kritikan. Sesungguhnya orang yang mengakui berTuhan, tetapi menolak berfikir secara bebas bererti menghina rasional kewujudan Tuhan.”

Saya membenarkan apa yang diucapkan oleh Ahmad Wahib ini kerana memang Tuhan (baca Allah) menyuruh untuk kita berfikir dan sering bertanya. Atas dasar inilah saya memandang pelik kepada mereka yang tidak mahu berfikir dan menganalisis, tetapi suka untuk menyesatkan atau memandang pelik kepada mereka yang berfikir dan mengenalisis.

Antara ungkapan dasar yang sering diucap ialah, “Ukur baju di badan sendiri.” Lebih mulia jika cuba mengukur dengan usaha kemudian memakainya, dari tidak berusaha untuk menyesuaikan ukuran itu di badan sendiri kemudian menyalahkan orang lain yang cuba berusaha untuk ‘memuatkan’ baju itu di badanya. Pada saya orang-orang yang berfikir itu, walaupun hasilnya salah masih lebih jauh baik daripada orang yang tidak pernah salah kerana tak pernah mahu berfikir. Titik!


PEMBAHARU, TINGKAT GANDA DAN ISTILAH
Hanya pemikir yang akan berfikir untuk menjadi pembaharu. Kesekian kalinya, seorang pembaharu akan sentiasa ditentang oleh cakerawala tradisional yang sudah selesa dengan pemikiran tabu dan statik. Mereka tidak mahu keluar dari kepompong keselesaan walaupun mereka sudah dituangkan pelbagai fakta dan kebenaran.

“Walaupun Para sarjana yang menunjanginya?” Ya benar, walaupun Para sarjana yang menjadi kepala dalam sesebuah kelompok. Mereka tetap mahu mendepankan mitos-mitos dan adat-adat yang bercanggah untuk menjadi kekuatan kepada pengaruh mereka. Manakala para pembaharu pula, kering dengan pendekatan-pendekatan yang sesuai untuk menaikkan inkuiri dalam firasat-firasat manusia.

Perlukah berjalan dengan organisasi atau individu, juga menjadi masalah kepada para pembaharu. Jamaah Centric atau Individualistik (sekadar istilah persendirian), kadangkala bermain dalam fikiran para pembaharu dalam menjalankan misi pembaharuan terhadap pemikiran manusia. Saya tidak melihat perkara ini adalah masalah, tetapi kecelaruan! Kenapa kita tidak sahaja menjadi pembela kebenaran, tanpa perlu melihat jamaah atau individu? Yang sebenarnya, masalah paling besar ialah para pembaharu sering bermasalah dalam hal tingkat gandaan (double standard- meminjam istilah dalam pergolakan pemikiran Islam).

Tingkat gandaan ini bukan sahaja sudah menjangkiti para pembaharu, tetapi ia diwarisi dari sikap para pembela tradisional yang tabu. Sebagai seorang pembaharu yang penuh dengan idea dan semangat untuk mengembalikan manusia kepada berfikir, serta membawa tunjang agama yang bersih dari pelbagai khurafat dan tambahan, serta membawa pemikiran-pemikiran segar dan lebih kehadapan. Para pembaharu harus ada creativity. Creativity is the specifically human element, Creative thought is what mechine cannot yet do. Dalam usaha untuk menyemai sifat kreatif dalam gerak-kerja para pembaharu, mereka harus pandai memilih kreativiti mana yang harus mereka aplikasikan.

Creative Minority antara istilah yang pernah disebut oleh seorang pemikir yang bernama Toynbee. Menurut Toynbee, Creative Minority adalah insan yang berani tampil ke hadapan untuk mengambil inisiatif dalam gerak kebudayaan, menjawab atau memberi respons terhadap cabaran zamannya. Apabila ada nilai Creative Minority ini barulah para pembaharu akan mengikir sifat tingkat ganda kepada manusia yang berada di sekelilingnya. Selepas itu barulah kita bersedia untuk berhadapan dengan generasi tua/tradisional yang sudah berakar dalam masyarakat yang secara nalurinya tidak selesa dengan pemikiran baru dalam masyarakat.

Jangan risau, jangan gentar, jangan bersedih, jika para pembaharu tidak dihargai. Kerana anda akan diingati dan dihargai pada masa-masa akan datang(seharusnya para pembaharu tidak perlu ada niat semacam ini, biar Tuhan (baca Allah) yang memberi imbalan kepada anda). Seorang Sarjana dan seorang pemikir selalu menjadikan frasa ini sebagai azimat dalam meneruskan perjuangan pembaharuan mereka dalam aspek pemikiran. Hayatilah frasa ini, “There was a deep, indeed and essential difference between the genius and the masses. And so the great mind , creating for the future, was doomed in his own day to loneliness and lack of appreciation. Genius is casually related to insanity.”


SEKADAR IDEALISME
Saya sedang berusaha menjadi seorang pemikir, walaupun ia mengambil masa dan harta, serta menghambat pengorbanan diri dari cercaan, fitnah dan nista. Kerana itu asam garam seorang pemikir. Banyak lagi soal berfikir dan berfalsafah yang mahu saya tengahkan, tetapi tunggulah bila saya sudah sebati dengan dunia dialog dan pertanyaan-pertanyaan terhadap diri. Kerana ilmu itu datangnya dari keraguan, dan falsafah itu datangnya dari pertanyaan. Titik!

Terima kasih kepada MPP yang sudi mencedok dan bertanyakan idea dan pandangan-pandangan saya tentang dunia MPP dan PEMILU (sekadar meminjam perkataan Indonesia iaitu Pilihan Raya Umum) yang sekarang sedang hangat ataupun yang telah berlangsung. Saya sedikit terkejut dan teruja, kerana ada 3 MPP dari Universiti yang berlainan menghubungi saya untuk mengetahui pemikiran saya tentang Mahasiswa dan strategi. Mereka menghubungi saya kerana membaca sebuah entri pendek yang saya mengucapkan tahniah kepada Pro-Mahasiswa UM yang memenangi 19 kerusi di blog.

Saya non-Partisan, mungkin disebabkan itu mereka mahukan idea-idea neutral dari saya, walaupun saya menyokong penuh Pro-Mahasiswa (MPP di MMU tidak dipecahkan kepada dua kelompok ini). Tahniah juga pada MPP Pro-Aspirasi yang bersikap gentleman kerana sudi menjenguk idea-idea dan pemikiran saya, walaupun dengan terus terang saya nyatakan sokongan penuh saya pada Pro-Mahasiswa. Saya nyatakan pendirian saya dengan hujah-hujahnya. Mungkin artikel selepas ini akan saya utarakan hujah saya mengapa saya mendokong Pro-Mahasiswa.

Mungkin selepas ini saya akan kenakan bayaran untuk pemikiran saya. Jangan ambil serius, Sekadar bergurau! Tamat!


P/S: Terima kasih kepada Brother Engku kerana mewakafkan lebih kurang 300 minus-minus buah buku kepada saya dan sahabat saya Rahmat. Buku-buku itu akan kami hadam dan selami serta akan dikongsi bersama melalui tulisan dan ucapan. Terima kasih juga kepada Rahmat kerana berbesar hati mengambil buku-buku tersebut di Terengganu semalam.

Tuesday, January 27, 2009

TUHAN BUKAN DAERAH TERLARANG BAGI PEMIKIRAN

Buah tangan pertama untuk semester ini.

Cuti semester kali ini saya banyak habiskan dengan berpogram dan aktiviti yang bermanfaat. Bermula hari pertama lagi saya sudah memenuhi agenda cuti saya dengan mendaki gunung Nuang bersama 4 orang rakan (walaupun ajakan untuk mendaki itu dilakukan oleh Saudara Rahmat pada saat-saat akhir).

Selama 9 jam kami mendaki dan menuruni gunung Nuang (tak sampai puncak pun), penat, lelah dan merungutkan. Tetapi sebenarnya, kepenatan dan berbagai leteran itu tidak dapat mengalahkan keasyikan kami terhadap hutan dan air terjun ciptaan Allah.

“Lan, cuba kau tengok pokok balak itu.” Saya menunjukkan ke arah sebatang pokok balak besar yang sudah tumbang. Lan memandang pokok tersebut, “kenapa?” Soal Lan pada saya.

“Tumbangnya pokok itu, mengajar aku bahawa manusia yang beragama Islam tetapi tidak jelas siapa tuhannya, ia akan jadi begitu juga.” Lan sekadar mengangguk, saya tidak pasti dia faham atau tidak metafora yang saya terangkan tadi.

Saya dan Lan masih bertenggek di sebuah pokok besar yang merintangi laluan ke atas puncak Nuang. Sementara menunggu 3 orang lagi rakan yang sedang menuruni gunung, saya memerhatikan alam sekeliling. Banyak perkara yang Allah ajarkan pada manusia melalui ciptaan-Nya. Tetapi terpulang pada manusia, sama ada mahu mengambil pengajaran atau tidak terhadap pengajaran implisit ini.

“Orang Islam yang tidak kuat akidahnya, persis pokok yang tumbang itu. Pokok besar itu tumbang sebab akarnya lemah, orang Islam juga begitu. Jika akarnya iaitu Akidah tidak kuat dan sahih, maka setiap amalannya yang banyak seperti batang pokok yang besar itu, pasti amalannya tidak diterima.” Saya menjelaskan pada Lan, disamping perasaan sayu masih terselit dalam diri saya mengenangkan mereka yang sering memperolok dan melihat perjuangan sunnah di MMU sebagai sesuatu yang tidak perlu.

“Kenapa nak cerita tentang tayamum sehingga pergelangan tangan, sedangkan wuduk pun budak-budak ini tidak tahu lagi”, Ujar Kak Peah (bkn nama sebenar) pada saya.


TIDAK SALAH UNTUK BERANALOGI
Beginilah, saya bukan mahu mempertahankan hujah saya tetapi saya ingin mengajak kita sama-sama menghayati dan mendalami mengapa Allah dan Rasul menyuruh kita melakukan ibadat khusus hanya bersumberkan dalil yang sahih? Kalaupun kita tidak mahu memikirkannya dari konteks Allah dan Rasul, mari kita berfikir secara logik manusia.

Begini logiknya : Ada sebiji gelas di atas meja kita. Doktor kata, kita wajib minum air bersih 5 kali sehari. Kita pun ambil gelas itu dan isikan gelas itu dengan air lumpur. Kemudian kita mahu minum. Emak kita nampak kita nak minum air lumpur itu, emak kita pun menasihati kita agar jangan minum air lumpur itu kerana Doktor suruh kita minum air bersih. Kita kata tidak mengapa, nanti lepas minum air lumpur ini, kita akan bersihkan gelas itu dan mengisi air bersih pula.

Di atas adalah sebuah analogi yang saya buat untuk mengajak semua pembaca untuk menganalisanya secara logik. Tanyakan pada diri anda, bodoh atau tidak ‘kita’ di dalam analogi itu? Kalau anda masih waras, pasti anda akan berkata, “Sangat bodoh ‘kita’ dalam analogi itu.” Begitulah kita sekarang ini apabila melaksanakan ibadah khusus kepada Allah tanpa mengambil apa yang telah diarahkan oleh Allah dan Rasul secara sahih.

Sama sahaja dalam konteks bertayawamum sehingga ke pergelangan tangan. Mengapa kita mahu buat dua kali kerja, pertama biarkan dahulu mereka belajar bertayamum dengan pandangan pertama yang ‘kurang rajih’, kemudian kita mahu membetulkannya selepas itu. Sangat susah, bayangkan orang yang sudah lama menghisap rokok, kemudian kita mahu mengubahnya ‘on the spot’. Perkara itu sangat mustahil. Lebih baik kita betulkan sebelum mereka sudah sebati dengan pengajaran yang tidak rajih/tepat. Perkara ini berbalik kepada ‘Prevent better than cure’.


MEMBACA DAN BERFIKIR
Saya sedang membaca sebuah buku yang bertajuk “Pergolakan Pemikiran Islam” sebuah catatan harian oleh seorang pemikir Indonesia yang bernama Ahmad Wahib. Dia bukanlah seorang pembaca yang tegar,sehinggakan dia pernah berkata “Aku adalah orang yang kurang banyak membaca, sehinggakah banyak istilah-istilah ilmiah yang aku tidak kuasai dalam mengungkapkan fikiran.”(ms: 54) Tetapi dia adalah seorang pemikir, dia sentiasa berdialog dan dia sentiasa bertanya dan mengkiritik sesuatu yang dia tidak fahami dan senangi.

Dia kritik dan bertanya bukan atas alasan emosi, tetapi atas dasar jujur dengan fikirannya sendiri. “Apa guna berdiplomasi, sekadar mahu menghindari penentangan,” itu juga sebuah catatan yang dia ungkapkan dalam mengajak kita untuk berfikir. Bukan sekadar membaca, 10 atau 20 buah buku dalam masa sebulan atau cuti semester. Tetapi yang dapat hanyalah emosi dan fikiran tidak pernah diisi dan dibentuk melalui bacaan-bacaan yang dibaca.

Teorinya mudah, bukan semua orang boleh menjadi pemikir dengan membaca, tetapi seorang pemikir adalah seseorang tidak pernah lena berfikir melalui bacaan dan pemerhatian. Pemikir tidak dikuasai oleh emosi, kalau ada pun hanyalah sedikit. Yang banyaknya, pemikir dikuasai oleh fikirannya yang sentiasa berlegar mencari jawapan untuk kepuasan diri dan emosi. Seorang pemikir harus bersedia untuk menjadi orang yang sentiasa menongkah arus dalam cakerawala pemikiran biasa-biasa orang awam. Seorang pemikir harus berdepan dengan cabaran dalam pembaharuan dan gerakannya melalui fasa-fasa pemikirannya terhadap sisi-sisi kehidupan dan sosialnya.

Atas sebab inilah, ramai yang membaca tetapi masih menghina, bersangka-sangka, dan memperkecilkan usaha orang lain dan sering membuat alasan untuk terus dengan amalan lama. Mereka tidak dapat mencerna isi yang dibaca, mereka tidak berfikir dalam konteks yang lebih luas, mereka tidak bisa untuk menerima perubahan dan kebenaran. Mereka ini adalah Apologetik!




Tuesday, January 20, 2009

Pro Mahasiswa Menggegar lagi


Assalamualaikom dan selamat sejahtera.

Saya mengucapkan tahniah dan takziah kepada Pro-Mahasiswa Universiti Malaya, serta selamat berjuang dalam memperjuangkan hak Mahasiswa di Kampus. Moga apa yang dikata akan dikota, apa yang diperjuangkan akan dilaksanakan. Hidup Mahasiswa, kita berjalan tanpa tanda politik, kita berjalan tanpa arahan mana-mana agensi, kita bergerak hanya atas satu jalan dan arah, iaitu melalui suara Mahasiswa!

Tahniah sekali lagi dari saya..

Yussamir Yusof
Naib Presiden
Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Multimedia Kampus Cyberjaya


*Ucapan tahniah ini tidak mewakili keseluruhan MPP MMU Cyberjaya.

Wednesday, January 14, 2009

BERCUTI ITU SEKADAR NAMA

ISILAH MASA LUANGMU
Segala puji bagi Allah, yang menghidupkan dan mematikan hamba-hambanya. Sebelum saya tulis panjang lagi, saya mahu membuat pengumuman bahawa nombor telefon bimbit saya yang dahulunya 0192624647 tidak akan digunakan lagi. Saya menukar ke nombor telefon 0132730807. Harap Maklum. Saya akan bercuti dari 15 Januari sehingga 31 Januari, dan ini bermakna blog ini dan blog hatipalestin (hatipalestin mungkin krew lain akan berkerja untuk update) mungkin tidak akan terisi apa-apa.

Cuti bagi saya hanyalah sebuah nama, kerana cuti saya dihabiskan untuk melaksanakan tuntutan kemanusiaan dan agama. Mungkin inilah antara hiburan-hiburan untuk menenangkan dan menggembirakan hati saya.

Cuti ini saya akan ke Pahang untuk menjalankan aktiviti kependidikan teknologi maklumat untuk adik-adik di tiga buah sekolah menengah. Program ini anjuran Sekolah@MMU sebuah badan Saketeriat yang menjalankan aktiviti berteraskan pendidikan Teknologi Maklumat. Program ini akan berlangsung selama 5 hari dari 16 Januari sehingga 20 Januari.

Selepas pulang dari Pahang, pada awalnya saya merancang untuk ke Terengganu tetapi tiket sudah habis. Solusinya, saya akan pulang ke rumah untuk menulis dan membaca  Kemudian program saya akan berterusan dengan menjadi Komiti Orentasi untuk pengambilan pelajar-pelajar barubulan Januari. Program ini akan berlangsung selama 4 hari iaitu dari 28-31 Januari.

CERITA RAPAT UMUM DAN CERITA BEJAT
Sebenarnya banyak lagi saya mahu coretkan di sini, tetapi cukuplah sekadar ini dulu. Banyak perkara bersarang di hati ini, banyak perkara mahu dilontarkan.Cerita tentang rapat umum di depan Kedutaan AS, cerita tentang kempen Palestin secara sendiri-sendiri bersama beberapa rakan, membuka blog Palestin, cerita rempit cyberjaya-KL membeli barangan untuk jualan Palestin.

Tambahan, ada juga cerita-cerita dari orang yang hipokrit, dari orang yang meremehkan agama, dari orang yang meremehkan ulama’, dari orang yang meremehkan perjuangan rakan-rakan, dari orang yang mengata belakang-belakang, dari orang yang tidak memahami agama secara jelas, dari orang yang hanya tahu membaca dan bercakap tapi tidak bergerak, dari orang yang hanya tahu berpersatuan dalam kelompoknya sahaja, dan pelbagai lagi orang yang sedang berpusing-pusing di wilayah saya dan memang banyak lagi yang saya mahu ceritakan.

Tapi nantilah....


Kepada para sahabat yang sentiasa menyokong perjuangan, dan sentiasa bergerak bukan sekadar duduk diam sahaja, saya mengucapkan beribu terima kasih. Hanya Allah dapat membalas jasa kalian!


HAYATILAH NASIHAT ALLAH DAN RASUL
Nabi Muhammad s.a.w pernah berkata, “Mencaci maki sesama muslim adalah keji, dan membunuhnya adalah kekufuran.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Menurut Ibnu Hajar al-Asqolani, hadith diatas menjelaskan betapa besar hak seorang muslim, dan menerangkan bahwa orang yang mencaci maki tanpa dasar yang benar adalah keji.

Oleh karena itu, wahai hamba Allah, jangan pernah sekali-kali mencaci, mengherdik, mengejek dan memanggil dengan gelaran yang buruk. Yang demikian itu akan menyeretmu kejurang kekejian setelah kalian masuk dalam rombongan kaum mukiminin. “Dan barangsiapa tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.” (Al-Hujrat: 11)

“Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, kerana sebahagian dari prasangka adalah dosa. Dan jangan mencari-cari kesalahan orang lain. Jangan menggumpat sebagian yang lain. Sukakah salah seorang diantara kalian memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kalian merasa jijik melakukan itu. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima tobat lagi Maha Penyayang.”( al-Hujrat ayat 12)

Wahai hamba Allah! Anda harus berprasangka baik kepada sesama mukminin. Inilah perintah dari Tuhanmu, “Mengapa diwaktu kalian mendengar berita bohong itu orang-orang mukminin dan mukminah tidak bersangka baik terhadap diri mereka sendiri, dan (mengapa tidak) berkata, ‘Ini adalah berita yang jelas bohong’.” (An-Nuur: 12)


Sekian....

Wednesday, January 7, 2009

JOM KE HATI PALESTIN


Alhamdulilah saya dapat mengharungi peperiksaan akhir untuk Subjek Company Law dengan senang hati dan sangat berkeyakinan. Selepas ini ada dua Subjek lagi untuk dijawab dan moga kesemuanya berjalan dengan lancar.

Sudah 3 hari saya membuka sebuah lagi blog dibawah kelolaan saya dan juga dua orang lagi sahabat, yang didalamnya hanya mencoretkan cerita, aktiviti, dan segala bentuk informasi tentang PALESTIN. Kami memilih HATIPALESTIN sebagai nama blog ini dan akan memastikan Palestin akan terus berada di hati-hati umat Islam. Tujuan utama pembinaan blog ini ialah, memberi kesedaran kepada semua orang tentang betapa pentingnya Palestin pada Umat Islam dan juga keseluruhan manusia.


Tiada balasan yang kami pinta, biarlah usaha kecil ini akan dibalas oleh Allah di akhirat sana. Usaha ini tidak lebih hanya daripada sebahagian beribu malahan berjuta lagi pertolongan yang telah dilakukan oleh orang lain. Moga usaha kecil ini terus mendapat sokongan semua pihak. Kami menggunakan dwi-bahasa, iaitu Bahasa Melayu dan juga English.

Insya Allah blog HATIPALESTIN ini bukan sahaja akan beroperasi pada masa-masa tertentu sahaja, tetapi ia akan terus beroperasi sehingga Allah menentukannya, sama ada ditutup atau akan diteruskan oleh orang lain. Marilah berkunjung ke sana, moga ada manfaat yang diperolehi. Salam Palestin dari saya.....




Friday, January 2, 2009

SELAMAT TAHUN BARU, SALAM PALESTIN KITA SAMBUT


Semakin hari semakin sedikit umur yang telah dipinjamkan oleh Allah ini kepada saya. Tahun makin bertambah, dari tahun 2008 ke tahun 2009, tetapi saya tidak pasti adakah amal dan kebajikan saya makin bertambah atau semakin susut ditelan usia. Pelbagai peristiwa mengamit perasaan dan mewarnai kehidupan saya sepanjang tahun 2008. Tahun yang penuh dengan pancoraba dan penuh dengan liku-liku dalam pencarian saya mengenali tuhan dan erti kehidupan yang sebenar.

Keutuhan persahabatan saya dengan rakan-rakan, semakin terikat kemas dan kukuh dililit dengan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah. Agenda dakwah semakin jelas dan galak dilakukan, dengan memulakan pengukuhan akidah di mana-mana sahaja saya diberi kesempatan untuk memberi tazkirah. Walaupun agenda dakwah untuk kembali kepada ajaran Islam yang tulen semakin mendapat tempat, dalam masa yang sama juga agenda ini dimusuhi oleh beberapa pihak yang tidak menyenanginya. Kepada Allah segalanya didatangkan, dan kepadanya juga segalanya dikembalikan. Moga urusan dakwah ini sama ada senang atau susah diletakkan dan dikembalikan kepada Allah, kerana Dia-lah yang berkuasa untuk menguruskannya.

Segala puji bagi Allah, tahun baru ini saya mempunyai banyak perancangan dan agenda untuk diteruskan atau dimulakan. Setelah melihat dan memerhatikan dari seorang ke seorang rakan saya berumah-tangga; Sabau, Syed, dan Edry. Saya merasakan bahawa sebuah hubungan yang diakhiri dengan perkahwinan adalah sesuatu perkara yang harus diletakkan dalam perancangan kehidupan saya. Alhamdulilah, segala puji bagi Allah. Doakan saya, agar perhubungan yang berteraskan kepada pengakhirannya ialah perkahwinan akan menjelma dalam kehidupan saya. Insya Allah mungkin 6 tahun lagi.

Sungguh indah perkahwinan itu, sebab itu Rasulullah ada menyatakan, “Tidak ada yang boleh dilihat (lebih indah) oleh orang-orang yang saling mencintai seperti halnya pernikahan” (HR. Ibnu Majah no. 1847 dan al Hakim dalam al Mustadrak 2/147, dishahihkan oleh al Hakim dan disepakati oleh adz Dzahabi. Al Bushiri dalam Mishbah az Zujajah 2/94 mengatakan bahwa isnad hadits ini shahih dan para perawinya tsiqat.)

Dan sebenarnya banyak lagi perancangan saya, tetapi biarlah saya menyimpannya dan saya berharap segala peracangan ini dapat keizinan dari Allah untuk terlaksana.


PALESTIN
Setiap hari saya akan memastikan saya mengemaskini berita tentang saudara-saudara saya di sana. Antara laman web yang saya sering kunjungi untuk mengetahui semua berita ialah Palestinkini.info. Dicubit paha kanan, terasa sakit juga paha kiri. Begitulah perasaan saya sejak akhir-akhir ini. Setiap hari saya memendam rasa, memendam dendam terhadap Israil LAKNATULLAH. Setiap kali itu juga, doa-doa saya tidak pernah putus dipanjatkan kepada Allah agar rakyat Palestin dan para Mujahidin di sana terus kukuh dan utuh menjaga iman mereka. Perjuangan mereka melebihi perjuangan melindungi negara, perjuangan mereka adalah perjuangan membela agama dan iman mereka. Sungguh mahal nilai iman mereka, tidak sanggup mereka menggadaikannya walau sebesar gunung emas dihadapkan kepada mereka dan tidak akan sesekali mereka lari walau sebanyak mana mortar dan senjata canggih memenggal kepala mereka.

Syahid idaman kalbu mereka. “Ibu, redhalah akan pemergianku untuk berada di barisan hadapan menggempur musuh Allah.” Pinta seorang anak kepada ibunya dengan lemah-lembut. Sayu mata ibunya, hati Ibu mana yang sanggup melihat sekujur tubuh bakal terbaring di depan matanya. Tetapi iman mengatasi segalanya, dengan perlahan si Ibu bersuara, “Demi Allah yang menghidupkan dan mematikan semua makhluk di muka bumi ini. Ibu redha akan pemergianmu bersama para Mujahidin. Moga redhaku ini, engkau akan mendapat redha Allah kelak di akhirat sana.”

Mungkin inilah dialog yang berlaku di Palestin. Tidak ada gentar dan ketakutan menyelubungi mereka, pekikan dan suara tangisan anak-anak kecil dan wanita menjadi azimat kepada perjuangan mereka. Ketumbukan tentera Israil dilihat kecil dan lembik di mata-mata para Mujahidin. Kecanggihan senjata yang ada di tangan-tangan kotor tentera Israil, dilihat kemandulan, kebaculan dan kemunduran minda dan tamadun yang Israil anuti. Semuanya kecil dan sama sekali tidak menjadi masalah kepada para Mujahidin. Semuanya kerana IMAN, iman dan ketaqwaan mereka kepada Allah menjadikan mereka kuat dan hilang rasa gentar. Kerana mati di jalan Jihad adalah idaman mereka.


Mereka beriman, kemudian berjuang di jalan Allah. Bumi manakah yang tidak mahu menerima mereka? Langit manakah yang tidak terbuka luas untuk mereka? Dan manusia manakah yang tidak mencemburui mereka. Kerana perbuatan mereka itu adalah sebaik-baik amalan dan mulia disisi Allah. Hal ini telah dinyatakan sendiri oleh Rasulullah dalam sebuah hadith yang direkodkan oleh Imam Muslim, “Abu Hurairah berkata: Rasulullah s.a.w pernah ditanya: Apakah amal yang paling utama? Beliau menjawab Iman kepada Allah. Orang bertanya lagi: Kemudian apa? Rasulullah s.a.w menjawab: Berjuang di jalan Allah. Kembali dia bertanya: Kemudian apa? Rasulullah s.a.w menjawab: Haji mabrur (haji yang diterima).


TANGGUNGJAWAB KITA PULA
Banyak perkara yang kita boleh lakukan di Malaysia ini untuk membantu saudara kita di Palestin. Antara perkara yang mudah dan praktikal untuk dilakukan ialah, berdoa kepada Allah dan menyumbang dana kepada untuk perjuangan mereka di sana. Kenapa doa? Kerana doa adalah senjata paling ampuh buat umat Islam dalam mendepani pelbagai perkara dan Allah telah berjanji bahawa Dia tidak akan sesekali mensia-siakan doa dari hambanya.

Allah berkata dalam surah al-Ghafir ayat 60:

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ

“Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang Yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaku, akan masuk neraka jahannam Dalam keadaan hina”

Perbanyakkanlah doa untuk saudara kita di Palestin. Antara doa yang disarankan dan stabit dari Nabi s.a.w dalam situasi ini ialah doa Qunut Nazilah. Qunut secara istilahnya adalah seperti yang dikatakan oleh Al-Hafidh Ibnu Hajar Al-Asqalani rahimahullah: "Suatu doa di dalam shalat pada tempat yang khusus dalam keadaan berdiri."(Fathul Bari 2/490.) Dan Nazilah ertinya malapetaka atau musibah yang turun menimpa kaum muslimin dalam bentuk gempa, banjir, peperangan, penganiayaan dan sebagainya.

Dalam sebuah hadith menceritakan bahawa Rasululah membaca Qunut sebulan penuh kerana kabilah bani salim, ra'lun, zakwan dan 'Ushyayyah yang mengaku memeluk islam dan meminta kepada Rasul SAW supaya menghantar kepada mereka guru-guru untuk mengajar mereka telah dibunuh oleh mereka. “Rasulullah berqunut sebulan terus menerus dalam solat zuhur, asar, magrib, isyak dan subuh di akhir tiap-tiap kali solat apabila ia berkata "sami'allahu liman hamidah" dari rakaat akhir, beliau mendoakan kehancuran ke atas penduduk kabilah bani salim, kabilah ra'lun, zakwan dan 'Ushyayyah dan orang-orang yg dibelakang mengaminkannya.” (Direkodkan oleh Abu Daud dan Imam Ahmad)

Disamping itu, Imam Syafi'i rahimahullah berkata: "Apabila turun musibah kepada kaum muslimin disyariatkan membaca qunut nazilah pada seluruh solat wajib." (Syarhus Sunnah karya Al-Baghawi 2/279). Doa Qunut Nazilah tidak ada penetapan, kerana sebarang doa boleh dibaca selagi ia masih dalam bahasa arab. Al-Qadli Iyadl rahimahullah menukil kesepakatan jumhur ulama bahwa tidak ada doa khusus dalam qunut. Ibnu Shalah menganggap orang yang berpendapat ada doa khusus dalam qunut adalah pendapat orang yang aneh dan tertolak, serta menyelisihi jumhur ulama. (Lihat Al-Majmu' 3/477, Majmu' Al-Fatawa 23/108.) Namun kebiasaannya, doa yang sering dibaca ialah:

“Allaahumma inna nasta’eenuka wa nu’minu bika, wa natawakkalu ‘alayka wa nuthni ‘alayka al-khayr, wa laa nakfuruka. Allaahumma iyyaaka na’budu wa laka nusalli wa nasjudu, wa ilayka nas’aa wa nahfid. Narju rahmataka wa nakhsha ‘aزaabaka, inna ‘azaabaka al-jadd bil kuffaari mulhaq. Allaahumma ‘azzibil-kafarata ahlil-kitaab allazina yasudduna ‘an sabilika."

[(O Allaah, verily we seek Your help, we believe in You, we put our trust in You and we praise You and we are not ungrateful to You. O Allaah, You alone we worship and to You we pray and prostrate, for Your sake we strive. We hope for Your mercy and fear Your punishment, for Your punishment will certainly reach the disbelievers. O Allaah, punish the infidels of the People of the Book who are preventing others from following Your way].”
(Narrated by al-Bayhaqi, 2/210; classed as saheeh by al-Albaani in al-Irwa’, 2/170)

Atau sesiapa yang ingin membaca doanya didalam bahasa arab sila ke link ini: QUNUT

Credit to Akhi Masri



MENDERMA SAMBIL MEMBELI
Usaha yang mampu saya dan sahabat saya iaitu Fuad lakukan dalam membantu saudara-saudara Palestin ialah dengan menjual Mafla Palestin yang diambil dari JIM. Terima kasih kepada pihak JIM kerana menyediakan Mafla tersebut, dan terima kasih juga kepada para pelajar MMU yang menyokong Palestin dengan membeli Mafla tersebut. Bukan hanya pelajar beragama Islam, tetapi pelajar yang beragama selain dari Islam juga ada membeli, kerana mereka menganggap bahawa isu Palestin ini bukan sekadar isu orang Islam, tetapi ia merangkumi keseluruhan manusia yang waras.

Alhamdulilah, Lajnah Ekonomi Pas telah mengiklankan Mafla ini, dan sesiapa yang berminat sila hubungi saya atau Fuad di YM: akunye_email ataupun saya di ashabul_kahfiislamic. Harga Mafla yang dijual ialah RM20 dan sebahagian wang itu akan disalurkan ke Tabung Palestin dan sebahagian lagi akan digunakan untuk tujuan dakwah di MMU. Tiada sesen yang kami ambil dan bukan keuntungan tujuan kami mempromosi dan menjualnya. Cukuplah Allah dan Rasul sebagai imbalan kami di akhirat kelak. Kepada mereka yang telah membeli Mafla ini, silalah pakainya di mana sahaja anda berada dengan tujuan untuk menunjukkan sokongan kita kepada perjuangan rakyat Palestin dan keperhatinan kita kepada mereka. Dalam masa yang sama, kita menunjukkan bahawa Palestin ini bukan sahaja isu umat Islam, tetapi ia adalah isu umat manusia sejagat. Usahlah malu untuk memakainya, kerana amalan baik itu tidak perlu dirasakan hina, kerana amalan baik itu akan dilihat oleh Allah.




Sekian
Salam Palestin dari saya,
MOGA PALESTIN TERUS BERADA DI HATI KITA SEMUA