Friday, January 2, 2009

SELAMAT TAHUN BARU, SALAM PALESTIN KITA SAMBUT


Semakin hari semakin sedikit umur yang telah dipinjamkan oleh Allah ini kepada saya. Tahun makin bertambah, dari tahun 2008 ke tahun 2009, tetapi saya tidak pasti adakah amal dan kebajikan saya makin bertambah atau semakin susut ditelan usia. Pelbagai peristiwa mengamit perasaan dan mewarnai kehidupan saya sepanjang tahun 2008. Tahun yang penuh dengan pancoraba dan penuh dengan liku-liku dalam pencarian saya mengenali tuhan dan erti kehidupan yang sebenar.

Keutuhan persahabatan saya dengan rakan-rakan, semakin terikat kemas dan kukuh dililit dengan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah. Agenda dakwah semakin jelas dan galak dilakukan, dengan memulakan pengukuhan akidah di mana-mana sahaja saya diberi kesempatan untuk memberi tazkirah. Walaupun agenda dakwah untuk kembali kepada ajaran Islam yang tulen semakin mendapat tempat, dalam masa yang sama juga agenda ini dimusuhi oleh beberapa pihak yang tidak menyenanginya. Kepada Allah segalanya didatangkan, dan kepadanya juga segalanya dikembalikan. Moga urusan dakwah ini sama ada senang atau susah diletakkan dan dikembalikan kepada Allah, kerana Dia-lah yang berkuasa untuk menguruskannya.

Segala puji bagi Allah, tahun baru ini saya mempunyai banyak perancangan dan agenda untuk diteruskan atau dimulakan. Setelah melihat dan memerhatikan dari seorang ke seorang rakan saya berumah-tangga; Sabau, Syed, dan Edry. Saya merasakan bahawa sebuah hubungan yang diakhiri dengan perkahwinan adalah sesuatu perkara yang harus diletakkan dalam perancangan kehidupan saya. Alhamdulilah, segala puji bagi Allah. Doakan saya, agar perhubungan yang berteraskan kepada pengakhirannya ialah perkahwinan akan menjelma dalam kehidupan saya. Insya Allah mungkin 6 tahun lagi.

Sungguh indah perkahwinan itu, sebab itu Rasulullah ada menyatakan, “Tidak ada yang boleh dilihat (lebih indah) oleh orang-orang yang saling mencintai seperti halnya pernikahan” (HR. Ibnu Majah no. 1847 dan al Hakim dalam al Mustadrak 2/147, dishahihkan oleh al Hakim dan disepakati oleh adz Dzahabi. Al Bushiri dalam Mishbah az Zujajah 2/94 mengatakan bahwa isnad hadits ini shahih dan para perawinya tsiqat.)

Dan sebenarnya banyak lagi perancangan saya, tetapi biarlah saya menyimpannya dan saya berharap segala peracangan ini dapat keizinan dari Allah untuk terlaksana.


PALESTIN
Setiap hari saya akan memastikan saya mengemaskini berita tentang saudara-saudara saya di sana. Antara laman web yang saya sering kunjungi untuk mengetahui semua berita ialah Palestinkini.info. Dicubit paha kanan, terasa sakit juga paha kiri. Begitulah perasaan saya sejak akhir-akhir ini. Setiap hari saya memendam rasa, memendam dendam terhadap Israil LAKNATULLAH. Setiap kali itu juga, doa-doa saya tidak pernah putus dipanjatkan kepada Allah agar rakyat Palestin dan para Mujahidin di sana terus kukuh dan utuh menjaga iman mereka. Perjuangan mereka melebihi perjuangan melindungi negara, perjuangan mereka adalah perjuangan membela agama dan iman mereka. Sungguh mahal nilai iman mereka, tidak sanggup mereka menggadaikannya walau sebesar gunung emas dihadapkan kepada mereka dan tidak akan sesekali mereka lari walau sebanyak mana mortar dan senjata canggih memenggal kepala mereka.

Syahid idaman kalbu mereka. “Ibu, redhalah akan pemergianku untuk berada di barisan hadapan menggempur musuh Allah.” Pinta seorang anak kepada ibunya dengan lemah-lembut. Sayu mata ibunya, hati Ibu mana yang sanggup melihat sekujur tubuh bakal terbaring di depan matanya. Tetapi iman mengatasi segalanya, dengan perlahan si Ibu bersuara, “Demi Allah yang menghidupkan dan mematikan semua makhluk di muka bumi ini. Ibu redha akan pemergianmu bersama para Mujahidin. Moga redhaku ini, engkau akan mendapat redha Allah kelak di akhirat sana.”

Mungkin inilah dialog yang berlaku di Palestin. Tidak ada gentar dan ketakutan menyelubungi mereka, pekikan dan suara tangisan anak-anak kecil dan wanita menjadi azimat kepada perjuangan mereka. Ketumbukan tentera Israil dilihat kecil dan lembik di mata-mata para Mujahidin. Kecanggihan senjata yang ada di tangan-tangan kotor tentera Israil, dilihat kemandulan, kebaculan dan kemunduran minda dan tamadun yang Israil anuti. Semuanya kecil dan sama sekali tidak menjadi masalah kepada para Mujahidin. Semuanya kerana IMAN, iman dan ketaqwaan mereka kepada Allah menjadikan mereka kuat dan hilang rasa gentar. Kerana mati di jalan Jihad adalah idaman mereka.


Mereka beriman, kemudian berjuang di jalan Allah. Bumi manakah yang tidak mahu menerima mereka? Langit manakah yang tidak terbuka luas untuk mereka? Dan manusia manakah yang tidak mencemburui mereka. Kerana perbuatan mereka itu adalah sebaik-baik amalan dan mulia disisi Allah. Hal ini telah dinyatakan sendiri oleh Rasulullah dalam sebuah hadith yang direkodkan oleh Imam Muslim, “Abu Hurairah berkata: Rasulullah s.a.w pernah ditanya: Apakah amal yang paling utama? Beliau menjawab Iman kepada Allah. Orang bertanya lagi: Kemudian apa? Rasulullah s.a.w menjawab: Berjuang di jalan Allah. Kembali dia bertanya: Kemudian apa? Rasulullah s.a.w menjawab: Haji mabrur (haji yang diterima).


TANGGUNGJAWAB KITA PULA
Banyak perkara yang kita boleh lakukan di Malaysia ini untuk membantu saudara kita di Palestin. Antara perkara yang mudah dan praktikal untuk dilakukan ialah, berdoa kepada Allah dan menyumbang dana kepada untuk perjuangan mereka di sana. Kenapa doa? Kerana doa adalah senjata paling ampuh buat umat Islam dalam mendepani pelbagai perkara dan Allah telah berjanji bahawa Dia tidak akan sesekali mensia-siakan doa dari hambanya.

Allah berkata dalam surah al-Ghafir ayat 60:

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ

“Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang Yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaku, akan masuk neraka jahannam Dalam keadaan hina”

Perbanyakkanlah doa untuk saudara kita di Palestin. Antara doa yang disarankan dan stabit dari Nabi s.a.w dalam situasi ini ialah doa Qunut Nazilah. Qunut secara istilahnya adalah seperti yang dikatakan oleh Al-Hafidh Ibnu Hajar Al-Asqalani rahimahullah: "Suatu doa di dalam shalat pada tempat yang khusus dalam keadaan berdiri."(Fathul Bari 2/490.) Dan Nazilah ertinya malapetaka atau musibah yang turun menimpa kaum muslimin dalam bentuk gempa, banjir, peperangan, penganiayaan dan sebagainya.

Dalam sebuah hadith menceritakan bahawa Rasululah membaca Qunut sebulan penuh kerana kabilah bani salim, ra'lun, zakwan dan 'Ushyayyah yang mengaku memeluk islam dan meminta kepada Rasul SAW supaya menghantar kepada mereka guru-guru untuk mengajar mereka telah dibunuh oleh mereka. “Rasulullah berqunut sebulan terus menerus dalam solat zuhur, asar, magrib, isyak dan subuh di akhir tiap-tiap kali solat apabila ia berkata "sami'allahu liman hamidah" dari rakaat akhir, beliau mendoakan kehancuran ke atas penduduk kabilah bani salim, kabilah ra'lun, zakwan dan 'Ushyayyah dan orang-orang yg dibelakang mengaminkannya.” (Direkodkan oleh Abu Daud dan Imam Ahmad)

Disamping itu, Imam Syafi'i rahimahullah berkata: "Apabila turun musibah kepada kaum muslimin disyariatkan membaca qunut nazilah pada seluruh solat wajib." (Syarhus Sunnah karya Al-Baghawi 2/279). Doa Qunut Nazilah tidak ada penetapan, kerana sebarang doa boleh dibaca selagi ia masih dalam bahasa arab. Al-Qadli Iyadl rahimahullah menukil kesepakatan jumhur ulama bahwa tidak ada doa khusus dalam qunut. Ibnu Shalah menganggap orang yang berpendapat ada doa khusus dalam qunut adalah pendapat orang yang aneh dan tertolak, serta menyelisihi jumhur ulama. (Lihat Al-Majmu' 3/477, Majmu' Al-Fatawa 23/108.) Namun kebiasaannya, doa yang sering dibaca ialah:

“Allaahumma inna nasta’eenuka wa nu’minu bika, wa natawakkalu ‘alayka wa nuthni ‘alayka al-khayr, wa laa nakfuruka. Allaahumma iyyaaka na’budu wa laka nusalli wa nasjudu, wa ilayka nas’aa wa nahfid. Narju rahmataka wa nakhsha ‘aزaabaka, inna ‘azaabaka al-jadd bil kuffaari mulhaq. Allaahumma ‘azzibil-kafarata ahlil-kitaab allazina yasudduna ‘an sabilika."

[(O Allaah, verily we seek Your help, we believe in You, we put our trust in You and we praise You and we are not ungrateful to You. O Allaah, You alone we worship and to You we pray and prostrate, for Your sake we strive. We hope for Your mercy and fear Your punishment, for Your punishment will certainly reach the disbelievers. O Allaah, punish the infidels of the People of the Book who are preventing others from following Your way].”
(Narrated by al-Bayhaqi, 2/210; classed as saheeh by al-Albaani in al-Irwa’, 2/170)

Atau sesiapa yang ingin membaca doanya didalam bahasa arab sila ke link ini: QUNUT

Credit to Akhi Masri



MENDERMA SAMBIL MEMBELI
Usaha yang mampu saya dan sahabat saya iaitu Fuad lakukan dalam membantu saudara-saudara Palestin ialah dengan menjual Mafla Palestin yang diambil dari JIM. Terima kasih kepada pihak JIM kerana menyediakan Mafla tersebut, dan terima kasih juga kepada para pelajar MMU yang menyokong Palestin dengan membeli Mafla tersebut. Bukan hanya pelajar beragama Islam, tetapi pelajar yang beragama selain dari Islam juga ada membeli, kerana mereka menganggap bahawa isu Palestin ini bukan sekadar isu orang Islam, tetapi ia merangkumi keseluruhan manusia yang waras.

Alhamdulilah, Lajnah Ekonomi Pas telah mengiklankan Mafla ini, dan sesiapa yang berminat sila hubungi saya atau Fuad di YM: akunye_email ataupun saya di ashabul_kahfiislamic. Harga Mafla yang dijual ialah RM20 dan sebahagian wang itu akan disalurkan ke Tabung Palestin dan sebahagian lagi akan digunakan untuk tujuan dakwah di MMU. Tiada sesen yang kami ambil dan bukan keuntungan tujuan kami mempromosi dan menjualnya. Cukuplah Allah dan Rasul sebagai imbalan kami di akhirat kelak. Kepada mereka yang telah membeli Mafla ini, silalah pakainya di mana sahaja anda berada dengan tujuan untuk menunjukkan sokongan kita kepada perjuangan rakyat Palestin dan keperhatinan kita kepada mereka. Dalam masa yang sama, kita menunjukkan bahawa Palestin ini bukan sahaja isu umat Islam, tetapi ia adalah isu umat manusia sejagat. Usahlah malu untuk memakainya, kerana amalan baik itu tidak perlu dirasakan hina, kerana amalan baik itu akan dilihat oleh Allah.




Sekian
Salam Palestin dari saya,
MOGA PALESTIN TERUS BERADA DI HATI KITA SEMUA

No comments:

Post a Comment